Thursday, July 25, 2013

Ikan Ikan Yang Pelik Dan Besor Di Sungai Perak

Ikan Tongsan ini ada sedikit keganjilan kerana ianya berwarna PinkYang pelik nya ialah gambar diatas sekali..kerana ianya berwarna pink..kemungkinan tongsan ini spieses albino atau balar.Keganjilan ini menyebabkan nelayan ini agak khuatir untuk mengambilnya dari bubu.Beliau terpaksa memerhatikan mata ikan ini,samada berkedip atau tidak sebelum memegangnya.Ikan ini kemudiannya dibeli oleh seorang guru untuk dijadikan hidangan moreh..ada sesiapa tahu,apakah nama ikan ini?
Ikan apakah yang disebalah kanan nelayan tersebut.Matanya agak terjojol.Menurut Nelayan ini beliau tidak pernah melihat ikan ini di peraitran Sungai Perak sebelumnya..Siapa dapat beri jawapan?Disebelah kirinya ialah ikan Tongsan Hitam.
Kalau tengokan kepada carikan diekor ikan ini..pasti ada lagi yang lebih besor..oleh itu rerajin ler mengail di Sg Perak





Orang Lambor,Telok Bakong..kalau jumpe ikan nie..deme mempireet..lari semuanye..hi..hi..
Kerapu Sungai...??




Saturday, July 20, 2013

Minuman buah ‘kantau’ mampu sejukkan badan semperna PRK Besut...


Minuman buah ‘kantau’ mampu sejukkan badan
Othman menunjukkan minuman buah kantau yang dijual di gerainya.

 KUALA KANGSAR - Mungkin ramai golongan muda tidak pernah merasai keenakan buah ‘kantau’ yang khasiatnya dipercayai mampu menyejukkan badan, membuatkan ia menjadi pilihan ketika tibanya bulan Ramadhan.

Namun, di kalangan ‘orang lama’ di sekitar Kuala Kangsar, khasiatnya sudah lama diketahui dan selalu menjadi minuman pilihan ketika berbuka puasa.

Menurut seorang peniaga buah kantau, Othman Basri, 44, dia setiap tahun menjual buah tersebut bagi menambah pendapatan keluarganya.

Tambahnya, sebelum Ramadhan dia bekerja sebagai nelayan tetapi menjual buah kantau sepenuh masa setiap kali tibanya bulan puasa.

“Pendapatan saya memang meningkat setiap kali saya jual buah kantau ini. Macam tahun lepas, saya peroleh lebih RM7,000 sebulan dengan jual buah ini saja,” jelasnya.

Katanya, bukan mudah untuk mengambil buah tersebut kerana dia dan isterinya perlu meredah hutan tebal kerana buah tersebut biasanya berada di tengah hutan ataupun di tepi sungai.

Malah getah pokok kantau boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan tidak ramai yang mampu bertahan dengan keadaan itu.

“Keluarga saya sudah 18 tahun berniaga buah kantau ini dan memang setiap kali bulan Ramadhan kami akan berniaga buah ini.

“Kalau kami tak berniaga, memang ramai orang kampung akan datang ke rumah kami dan tanya kenapa kami tidak jual buah kantau lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Momin Mohamad, 42, gemar membeli buah kantau untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Menurutnya, dia sejak dari dulu menggemari buah  itu kerana rasanya yang unik dan mampu menyejukkan badan setelah seharian berpuasa.
“Kalau ikutkan buah kantau ni rasanya tawar saja tapi bila campur dengan air macam air sirap, memang rasanya sedap sangat,” katanya.

Msinc-Ate kome kenai ke buah kantau ni macam mane?Buah kantau ni warna dia putih putih.besor besor guli aje.Buahnya lembut kalau yang original rasanya tawo.Kena taruh pemanis dan perwarna.Kalau disejukkan..julin bikik mate bile makannya.bulan pose nih ..kalau kena buah kantau..nyakorr...belah belah Kg Gajah ,Parit ade juge pengusaha buah kantau...Sesape yang tak ponah merase..cobe ler cari..rasa satu ..nak lagi satu..rasa dua..nak lagi dua..Di Besut ..ade ke ijak buah kantau ni ..teman tak tau ler..reti ke orang sane memprosesnye???...karang bergaru satu badan weh..yer le getahnya kalau kene gateeel...macam mambang kuning jugeeek..

Saturday, July 6, 2013

Wifi percuma di Perak patut disediakan kerajaan



Pemuda PAS Perak melihat cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong Mohamad Kamil Shafie bagi menempatkan wifi percuma di Manong - walaupun ia tidak dikemukakan dalam ‘akujanji' atau ‘manifesto' BN - telah lama disambut baik oleh Pakatan Rakyat.

Ia tamparan hebat kerana wifi percuma ini ada kaitannya dengan sejarah Zambry.

Yang menariknya, usaha menempatkan wifi percuma ini di Manong tidak dilakukan atau diperoleh daripada kerajaan negeri tetapi melalui Pertubuhan Peladang.

Mengikut sejarahnya, ketika Zambry sebagai exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dengan teknologi maklumat semasa kepimpinan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali dahulu, usaha menempatkan wifi percuma di setiap daerah sehingga kini masih gagal dilaksanakan.

Dan usaha Mohamad Kamil secara sinisnya menempelak Datuk Seri Zambry yang digagalkan satu ketika dahulu.

Bagi kami, usaha menempatkan wifi percuma ini boleh sebenarnya dikendalikan oleh kerajaan negeri mengikut kemampuannya, kecualilah kerajaan negeri sememangnya tidak mampu menyediakan wifi percuma kepada rakyat.

Isu wifi percuma ini sewajarnya ditangani kerajaan negeri kerana Zambry dahulu telah menjanjikan wifi percuma di setiap daerah di negeri Perak.

Kami tegaskan sewajarnya usaha ADUN Manong perlu menjadi contoh dan usaha bagi semua tempat memperoleh wifi percuma terutamanya luar bandar yang sepatutnya menjadi tumpuan utama kerajaan negeri.


DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS timbalan ketua, Dewan Pemuda PAS Perak.

Saturday, June 29, 2013

Keselamatan Warga Emas Terancam..Apakah Tindakan Yang Wajar??

Warga emas cedera diragut
Warga emas cedera diragut
Jaasa menunjukkan tangannya yang cedera akibat direntap dengan kuat oleh peragut.

BOTA - Seorang warga emas mengalami detik cemas apabila dia diragut di hadapan rumahnya dalam kejadian pagi kelmarin.

Jaasa Jelias, 77, yang menceritakan detik kejadian berkata, sebelum itu dia sedang berehat di kerusi di hadapan rumahnya setelah selesai menjemur kain.

“Saya baru sahaja selesai menjemur kain dan memang sudah menjadi kebiasaan untuk berehat di hadapan rumah.

“Pada ketika itu saya berada seorang diri di rumah kerana anak telah pergi ke klinik untuk mengambil ubat,” katanya yang tinggal di Kampung Teluk Bakong.

Kata Jaasa, ketika dia berehat, seorang lelaki datang dengan menaiki motosikal dan meletakkan motosikal itu di garaj rumahnya.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa dan hanya melihat tingkah-laku lelaki berkenaan sebelum dia menegur saya dan bertanya saya tinggal dengan siapa.

“Saya yang menganggap tidak ada apa-apa akan berlaku menjawab tinggal seorang diri dan tiba-tiba dia terus meluru ke arah saya lalu menarik rantai tangan yang ada saya pakai,” katanya.

Jaasa berkata, setelah rantai itu putus, lelaki berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkannya dalam keadaan kesakitan.

Jelasnya, akibat tarikan kuat itu dia mengalami luka di tangan dan lebam akibat cengkaman kuat lelaki berkenaan.

“Saya terus menjerit memanggil jiran dan mereka yang menolong saya untuk memberitahu anak-anak mengenai kejadian ini,” katanya.

Jaasa berkata, dia bukan sahaja kehilangan rantai tangan yang dianggarkan bernilai RM4,000 malahan turut mengalami kecederaan.

“Saya berasa  fobia untuk berada di luar rumah seorang diri ataupun melihat kelibat sesiapa sahaja yang datang ke rumah,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bota.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian itu.

Friday, June 21, 2013

MALAM MENJELANG HIMPUNAN BLACKOUT #505 DI PADANG MERBOK KL

 Final Countdown menuju #KL226 berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor  antara mereka yang hadir seperti  Mat Sabu , Tian Chua, Tamrin Ghafar  serta ramai lagi

 Rakyat yang hadir ke dewan mendengar taklimat akhir menjelang himpunan #KL226   di Dewan Perhimpunan Cina Selangor

 Suasana di dalam dewan

 Skrin di pasang di luar dewan 

 Mat Sabu memberikan sedikit ucapan 

Suasana di Padang Merbok pada tengah malam, kelihatan ada yang sudah sampai awal-awal lagi

Jamuan Nasi Arab Di Bilik Gerakan Utama PKR Bota Berlangsung Meriah

Ustaz Zulkifli Menjadi Tetamu Undangan Khas

Hidangan Yang Berlaukkan Rendang Ayam Kampung Begitu Menyelerakan


Sunday, June 16, 2013

Gambar-gambar Peserta Flashmob Black 505 Di Bebaskan









Peserta Flashmob Black 505 Yang Di Tahan Di hadapan pusat membeli Belah Sogo  di bebaskan malam tadi di Balai Polis Dang Wangi...

Linkwithin