Thursday, April 4, 2013

Apa gunanya Anwar lari ke Perak?Jadual Jelajah Perak.Jui Meng masih komited pada PKR,PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara,

NONE

ULASAN Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.

Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.

Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.

Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.

Di satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir.

Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang.

Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke Perak untuk mengaut undi Melayu.

Bukan sahaja untuk projek menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan.

Jika sahih beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu.

Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

4 April 2013 (Khamis)

1)  8.30- 12.00 mlm – Ceramah Perdana  Pakatan Harapan Rakyat         
        
Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong
 
2)   9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
         
Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik

3)    Barisan Penceramah:

i.                     YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                   Dr Mohumad Nur Manuty

iii.                  YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

iv.                 YB Sivakumar

v.                   Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid

vi.                 Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab

vii.                Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad

viii.              Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

ix.                 YB Dr Lee Boon Chye

x.                   Ustaz Termizi Abd Hamid

xi.                 Haji Sufian Mohd Nordin
Jui Meng masih komited pada PKR, kata sumber
11:57AM Apr 4 2013
Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng masih komited pada perjuangan PKR walaupun pemimpin tertinggi parti masih belum menentukan kerusi yang akan ditandinginya.
Sumber dalaman PKR melihat demikian, walau keputusan muktamad bagi kerusi Chua mungkin hanya akan diputuskan esok selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber itu lagi, Chua dijangka akan mengadakan sidang media hari ini di ibu pejabat PKR, apabila parti memutuskan kerusi yang akan ditandinginya itu.

“Chua Jui Meng komited pada perjuangan PKR walaupun kerusi belum diputuskan lagi,” kata sumber berkenaan yang enggan dinamakan.

Difahamkan, Chua mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lalu selepas gagal mendapatkan kerusi Parlimen Gelang Patah, yang akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

Timbalan presiden parti Azmin Ali dalam satu sidang media semalam dilaporkan berkata, isu berhubung Chua dijangka telah selesai selepas perjumpaan bekas naib presiden MCA itu dengan Anwar.

Azmin juga berkata, Chua akan mendapat satu kerusi yang sesuai dengannya di Johor.

Kenyataannya itu menguatkan lagi dakwaan yang timbul bahawa Chua kini dikatakan cuba mengintai kerusi Parlimen Bakri, Kulai dan Segamat.

Bagaimanapun ada juga cakap-cakap yang menyebut bahawa Chua dijangka akan bertanding di Segamat yang sebelum ini ditandingi oleh calon DAP yang kalah kepada MIC dengan majoriti 2,991 undi.


PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara

Harakahdaily, 04 Apr 2013
KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.

"Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya.

11 perkara itu adalah:

i) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara  adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;

ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar

iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi

iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;

v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.

vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;

vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;

viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;

ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;

x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.

xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.

"Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar," kata Mahfuz.

UPdated ...Jadual Jelajah Perak Dato Seri Anwar Akan Isytihar Calon Dun Perak Di Gerik,Hari Ini...


Debaran semakin bergetar dengan hebat.Parlimen sudah dibubar,dan bermulalah perang plihanraya bagi parti yang bertanding.Bahang panas kian terasa memandangkan PRU 13 adalah yang paling sengit dan merupakan titik perubahan kepada senario politik negara.

Dato Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah lagi negeri Perak.Setelah Bota,Kg Gajah,Lumut dan Bagan Serai,kini tiba giliran untuk kawasan Gerik dan Lenggong.Sesunguhnya kawasan kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional di negeri Perak.Kedatangan DSAI kesini diharapkan dapat memberi suatu tolakan besar kepada BN.

Oleh kerana semalam telah berlaku Pembubaran Parlimen,Maka Dato Seri Anwar terpaksa mempercepatkan untuk melakukan pengistiharan calun calun DUN PKR Perak.Pengistiharan ini akan dilakukan di Pekan Gerik.Diharapkan para penyokong dan rakyat jelata dapat berhimpun disana sebagai tanda sokongan.

Ustaz Zulkifly Ibrahim

Tujuan pengistiharan awal ini adalah  supaya calun dapat menentu dan mengerakkan Jentera Pilihanraya masing masing.Calun calun telah diberi kuasa dan kebebasan untuk menentukan sendiri jentera pilihanraya.Calun juga berkuasa untuk menolak sebarang campurtangan dari pihak pihak tertentu.
Jentera Dun Bota

Untuk Dun Bota,Ustaz Zulkifly Ibrahim sudah hampir pasti menjadi bakal calun,yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.Untuk kepastian sila lah bertandang ke Pekan Gerik malam ini.Wakil TBO akan berada disana untuk buat liputan secara live untuk anda.

Menjamu Selera Di Gerai Berdekatan Bilik Gerakan Utama Bota
Ustaz Zul Serius Membincangkan Strategi Pilihanraya
Ini Pun Jentera..

Thursday, April 04, 2013

Jadual Jelajah Anwar ke Perak hari ini selepas bubar parlimen

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

4 April 2013 (Khamis)

1)  8.30- 12.00 mlm – Ceramah Perdana  Pakatan Harapan Rakyat         
        
Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong
 
2)   9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
         
Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik

3)    Barisan Penceramah:

i.                     YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                   Dr Mohumad Nur Manuty

iii.                  YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

iv.                 YB Sivakumar

v.                   Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid

vi.                 Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab

vii.                Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad

viii.              Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

ix.                 YB Dr Lee Boon Chye

x.                   Ustaz Termizi Abd Hamid

xi.                 Haji Sufian Mohd Nordin

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Bubar Hari Ini,Najib Sampai Lupa Tarikh ,Harga Saham Menjunam Jatuh..Tanda Tidak Percaya BN Akan Terus Memerintah?


Parlimen bubar hari ini (MK)
10:36AM Apr 3 2013
dikemaskini 11.30am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan.    
Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.   
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Najib membuat pengumuman tersebut hari ini sempena ulangtahun keempatnya sebagai perdana menteri, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Dalam ucapannya selama kira-kira 15 minit itu, Najib turut memuji usaha yang dijalankan anggota pentadbirannya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinet.

Katanya, usaha yang dijalankan itu antara lainnya berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan menunjukkan bahawa kerajaan BN bertanggungjawab.

“Kejaan ini letak kepentingan rakyat malaysia mengatasi segalanya. Kami merupakan kerajaan yang berani menepati janji dan memelihara amanah. Bukan sikap kami tanam tebu di bibir.

“Bukti komitmen mampu diukur oleh prestasi sepanjang empat tahun,” katanya dalam ucapan tersebut.

Turut menyertai Najib ketika membuat pengumuman tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri.
   
Sementara itu menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.
   
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
   
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN enguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
   
Dalam pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
   
Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
   
Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.
   
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
   
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
   
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan  17 pilihan raya kecil diadakan.








PM umum bubar Parlimen, harga saham menjunam
10:44AM Apr 3 2013
Harga pasaran saham jatuh mendadak sejak pasaran dibuka pada jam 9 pagi, sebelum perdana menteri mengumumkan pembubaran parlimen hari ini.
NONEIndeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur menjunam 29 mata atau 1.73 peratus pada jam 10.55 pagi kepada 1,656 mata selepas merekod paras 1,635 mata pada kira-kira jam 10.30 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Bekas Pemuda UMNO Dirai Oleh Sekretariat PR Parit Dan Pekida..Sanggup Hadapi Rintangan

Saudara Riduan yang telah menyertai PAS telah bertekad untuk melawan segala rintangan dan dugaan yang akan beliau hadapi dari pihak UMNO.Beliau menegaskan bahawa kemasukan beliau kedalam Parti Pas adalah ihklas dan ingin mengikuti perjuangan PAS yang dianggapnya benar benar mahu mengangkat Islam dalam pemerintahan negara.
Beliau sebelum ini diugut oleh pihak Umno kerana menaikkan bendera PAS di kampungnya menyedari bahawa perjuangan UMNO adalah jauh tersasar daripada membela nasib rakyat.Ridzuan yang memasuki UMNO atas semangat untuk membela ekonomi dan nasib bangsa merasa kecewa kerana faktor faktor utama yang memgagalkan pembelaan nasib rakyat ini adalah disebabkan oleh pemimpin UMNO sendiri.Diperingkat cawangan lagi telah kelihatan pemimpin Umno tempat berlumba lumba untuk membolot kekayaan untuk diri sendiri.Pemimpin UMNO membahagikan kekayaan dan tanah negara dikalangan mereka sahaja dan melupakan hak hak rakyat miskin.

Pengerusi Pekida Perak Turut Sama Hadir Untuk Beri Sokongan
             Menyedari hakikat ini,beliau berazam melakukan perubahan diluar UMNO,kerana UMNO sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana kerosakan nya sudah parah hingga merebak keakar umbi.Beliau pada mula nya ingin melakukan penghijrahan seorang diri sahaja,namun apabila hasrat beliau diketahui oleh sahabat sahabat yang lain,maka penghijrahan ini mendapat sokongan 20 orang ahli pemuda UMNO yang lain.Ini adalah kerana rata rata dari mereka amat menyedari akan kepincangan dan tindakan Ridzuan ini adalah suatu pemangkin bagi mereka melakukan perubahan


              Pihak Sekteriat PR Parit dan Pekida telah mengambil inisiatif untuk meraikan mereka ini dalam suatu jamuan ringkas yang turut di hadiri oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim, Calun DUN Bota.Saudara Ridzuan dan rakan rakan turut diperingatkan tentang tindakan tindakan yang bakal diambil oleh UMNO akibat penghijrahan beliau ini oleh ahli ahli Pekida dan mereka sedia memberi bantuan sekiranya terdapat ancaman ancaman yang dialami oleh pemuda pemuda ini.

Tuesday, April 2, 2013

GEMPAR !!! Khairul Fahmi Akan Saman Utusan Isu Kontroversi Di Twitternya Dalam Ucapan Ceramahnya Di Selayang Pandang

 YB William Leong 

 Rakyat hadir beramai-ramai mendengar ceramah

 YB Nizar Jamaluddin turut hadir memberikan ceramah  
penjelasan mengenai isu-isu yang berlaku di negeri Perak  

 Pandangan dari belakang

 Khairul Fahmi memberikan penjelasan yang ringkas 
mengenai isu konterversi di Twitter 




Bertempat di Markas PAS Selayang Pandang malam tadi telah diadakan satu ceramah kelompok dan di antara penceramah-penceramah  yang hadir memberikan ceramah malam tadi ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong , Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin serta Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Fahmi Mat Som yang hangat mengenai isu kontroversi di twitter baru-baru ini...

Khairul Fahmi berkata " keadaan politik ini semakin haru semakin celaru dan semakin merisaukan sehingga menyedarkan masyarakat bahawa politik sebegini perlu dihentikan ...terlalu ramai masyarakat pimpinan Pakatan Rakyat khususnya telah dihina telah diaibkan sehingga ada facebookers bernama Azizah Sabariah Nik Anwar telah mendedahkan bahawa Menteri Besar Kelantan ada Skandal Seks dengan seorang wanita di Mekah baru-baru ini ..ini adalah merupakan salah satu benda yang menyebabkan kemarahan saya cukup tinggi..dan itulah saya nak jelaskan punca tweet saya dalam twitter itu.".

Di akhir ucapannya beliau akan menfailkan saman terhadap Utusan Malaysia kerana memfitnah kerana menuduh beliau menghina Nabi SAW... TBO

Monday, April 1, 2013

HATI..HATI..Ada Usaha Usaha Pihak Tertentu Untuk Mengedarkan Manifesto Pakatan Rakyat Yang Berlambangkan Salib..

           Perkara ini telah didedahkan oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim,Ketua Penerangan PKR Perak pada Perlancaran Bilik Gerakan PAS Lambor Kanan pada 30 hb March yang lalu.Menurut Ustaz Zulkifly,maklumat ini diterima dari sumber sumber dalaman.


           Tujuan penyebaran manifesto yang mempunyai lambang salib ini adalah untuk mengelirukan rakyat daripada manifesto PR yang sebenar.Selain dari itu,ianya bertujuan untuk menakut nakutkan masyarakat Melayu yang rata ratanya berugama Islam.Kononnya dengan penyebaran manifesto yang mempunyai lambang salib ini,bermaksud Pakatan Rakyat terutamanya DAP akan berusaha menjadikan negara Malaysia sebuah negara Kristian.

          Taktik keagamaan ini sememangnya telah lama dimainkan oleh UMNO.Pada permilihan UMNO yang lalu,ketika Tengku Razaleigh mencabar Mahadhir sebagai Presiden UMNO,gambar Tengku  memakai sugah yang mempunyai lambang salib telah disiarkan di media massa.Akibatnya tengku telah tewas tipis kepada Mahathir.Sekali lagi taktik yang sama akan digunakan pada PRU 13 ini.

         Ustaz Zulkifli yang bakal bertanding untuk merebut kerusi DUN Bota itu,menasihatkan masyarakat supaya tidak termakan oleh hasutan fitnah pihak pihak tertentu itu.Menurut beliau lagi PR tetap memperjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi dan akan mengambil langkah langkah besar untuk mempastikan Islam tetap berkembang kukuh pada penganut penganutnya di Malaysia.

         Saudara Madhi Hassan,Naib PKR Perak pula turut mengukuhkan lagi dengan infomasi yang agak memeranjatkan iaitu didalam perlembagaan Parti DAP ada menyatakan bahawa DAP akan menyokong perlembagaan negara iaitu mengekalkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.Persoalannya terdapatkah dalam perlembagaan UMNO yang mahu mempertahankan Agama Islam sebagai agama rasmi negara?

Msinc-Umno..Sembang Boleh Lah...

Rombongan Baju Kuning Ke Ipoh HIJRAH BOTA...

Haji Maamur Ketua Pengarah Pilihan Raya DUN BOTA ,Hj Bakar Pengerusi Tetap Dan Husin Ketua AMK
Barisan Baju Kuning Yang Sungguh Ceria Lan Dan Harun AMK

Cikgu Hasan Naib Ketua Cabang Dan Isteri Kak Bada

Basharudin,Samad Timb.Ketua AMK,Zaharin,M Zul Ajk AMK..

Hj Ramli Timb.Pengarah Piliharaya dan Ketua Penerangan

ENCIK M ZUL...

Bersama Muhamad Nur Manuty Dan Anuar Zakaria Di Pejabat PKR Negeri

Anak Anak Encik Maamur..Penting Untuk Kerja Kerja Sebaran Risalah..

Baju Hijau Tu,Tokeh D'Lereng..Terima Kasih Sebab Belanja Minum..

Termizi AMK Bahagian Keselamatan Dan En Khusairi Timbalan Ketua Cabang Parit

Gerai Yang Terkenal Dengan Mee Udang Dan Yong Tau Foo


Sunday, March 31, 2013

Sidang Media dan Ikrar Khas Bloggers / Facebookers serta Pelancaran Kempen #UmnoHaram











Photo : Enoasan

Satu Sidang Media dan Ikrar Khas Bloggers / Facebookers Haramkan Umno berlangsung di Dewan Himpunan Cina Selangor/Kuala Lumpur (KLCAH) pagi tadi . Sidang media ini adalah lanjutan dari perjumpaan khas para bloggers dan facebookers yang di adakan pada minggu lepas bagi menjelaskan isu "UMNO Haram"  TBO
 



Satu sidang media berlangsung sebentar tadi berkenaan dengan pelancaran kempen #UmnoHaram yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di ibu negara.

Sesi tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard dengan penyelaras kempen Revolusi 13 diketuai oleh Tarmizi Mohd Jam.

Turut hadir ialah bekas ahli dewan undangan negeri (DUN) Sabah, Yahya Lampong yang juga memberi maklumat tambahan berhubung pendedahan mengejutkan ini.

Dalam taklimat sebelum pelancaran, CheguBard menyatakan bahawa sejarah penubuhan Umno pada 1946 sendiri sudah bermasalah hingga diharamkan mahkamah persekutuan pada 4 Februari 1988.

Ketua Umno Tanah Merah, Ikhmal Hisyam Abdul Aziz sebenarnya berdaftar dengan cawangan Umno yang tidak didaftarkan, seperti yang didedahkan salah seorang ahli Umno bahagian itu, Amran Ab. Rahman.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, seorang ahli Umno bahagian itu, Amran dan dua rakannya membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2011.

Dalam tuntutan mereka, Amran menamakan tiga defendan iaitu Ikmal Hisyam sebagai defendan pertama, Abdul Rauf Yusoh iaitu Setiausaha Kerja Umno Malaysia sebagai defendan kedua dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) selaku defendan ketiga.

Amran dan dua rakannya mendakwa defendan pertama merupakan seorang ahli Umno cawangan Pondok Lama dalam bahagian Tanah Merah dan dilantik sebagai ketua bahagian pada pemilihan parti tahun 2008.

Cawangan tersebut sebenarnya tidak wujud kerana tidak pernah mengadakan mesyuarat tahunan selain tiada minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan yang mesti dihantar kepada Umno bahagian dan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Ikmal secara salah memegang jawatan tersebut dan telah menghadiri perhimpunan agung Umno selama empat tahun berturut-turut dari tahun 2009 hingga 2012 lalu.

Tambahnya lagi, Umno Tanah Merah adalah sebuah pertubuhan haram di bawah seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 kerana ia gagal mematuhi peruntukan seksyen 12(1) akta yang sama.

Malangnya ketika itu semasa proses mahkamah, mereka hilang locus standi kerana mereka dipecat tetapi tarikh pemcatan tersebut dipertikaikan kerana ia sudah dipinda tarikh ke belakang (back dated) iaitu mereka dipecat sebelum keputusan mahkamah yang membicarakan kesahihan perlantikan Ikmal Hisyam sebagai ketua bahagian.

Didapati, 126 cawangan Umno bahagian tersebut rupanya tidak didaftarkan dan bukti tersebut dikeluarkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno, Adnan Mansor.

Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di negeri-negeri yang disyaki mempunyai cawangan Umno tidak berdaftar enggan mengeluarkan senarai cawangan atas alasan kesemua maklumat tersebut kini berada di Putrajaya.

Akta Pertubuhan 1966 (Seksyen 10 Peraturan-Peraturan 16) dengan jelas menyatakan mana-mana pertubuhan yang ingin menjalankan aktiviti mestilah mendaftarkan kesemua cawangan atau bahagian dibawahnya sebelum disahkan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun setelah disiasat, hanya 25 peratus cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara didapati berdaftar dengan pendaftar pertubuhan setakat 2011.

Setakat ini, beratus-ratus emel dihantar ke alamat HaramkanUmno@gmail.com termasuk data-data sulit yang dikeluarkan oleh kakitangan kerajaan yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan jijik Umno dan Barisan Nasional.

Perkara ini telah dibincang dalam Umno sendiri beberapa hari lalu kerana dikhuatiri gerakan Haramkan Umno ini akan menggugat kedudukan mereka.

Adnan Mansor sendiri gusar dengan perkembangan ini dan telah meminta beberapa maklumat mengenai gerakan ini secara terpeinci dari sumber dalaman termasuk cawangan khas PDRM.

Kes ini sudah mendapat perhatian Majlis Tertinggi (MT) Umno dan dijangka tiada maklum balas akan diperolehi kerana parti itu kini dalam persediaan pilihanraya umum.

Dari Blog : Jalan Pulang




Linkwithin