Ini bukti waktu kejadian dalam video Anwar sedang godek pc nya di romah.Udah mandang modai lain gamaknya!!Kes Liwat 2 pun merepek meraban dah endingnya.Udah ler kome rakyat Malaysia yang ngundi BN tu...ijak kome memalu nak nyokong BN lagi.Mane nak di hale muka bila dalam kes liwat jubor Saifool ade ayor mani dia sendiri.Ijak kome kanjei mikiorkannya.Bubar aje Dun Sarawak bideo sex pulak...berjagai benor kes liwat tak leh nolong BN dah!!Dah memang tak codek buat lak bab bideo seks ni..aje yang tenggin tak kancup kancup.Kesannye kome tak caye tengok ler senjata makan tuan melantak BN ni.
Boleh pulak nayang cite koko(blue le) kat hotel pulak tu..auwmak aje handei Abg T ni.Apa ulamak Umno komen..apah ijak sohh aje.Mufti Perak ce cite ce cite skit.Lau keme nayang blue harus kene kejor memperit lari.Ni kat hotel glamer lagi.Ape gelornya udah buleh ker nengok blue kome di Hotel Carcosa Negara.Sapa ler punya idea banggang ni,gatai lagi nak taruh seminggu bagi aje ler kat polis terus.Nyusahkan aje buat tayangan free tu.
Mari bersama Pakatan Rakyat abaikan kisah lucu dan lucah ini.LAWAN TETAP LAWAN!!
Tuesday, March 22, 2011
Monday, March 14, 2011
Kumpulan Libanglibu -Rela {Studio Version}
KUMPULAN LIBANGLIBU - RELA
LAGU &LIRIK :BOB METALLERS HEADBANGERS IPOH
MUZIK : KUMPULAN LIBANGLIBU
RAKAMAN :STUDIO LIBANGLIBU
Rela.. .rela kamu di pergunakan
Rela.. .rela kamu di perkudakan
Rela hidup kamu dah tersepit
Rela kamu semua dapat duit
Rela kamu memang takda prinsip
Rela kamu memang jenis tak cerdik!!!
Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!
Rela …rela kamu di pergunakan
Rela… rela kamu di perkudakan
Rela kamu tak sanggup nak bangkit
Rela kamu asyik suka tabik
Rela kamu fikiran sempit
Rela kamu memang…
Kaki suka bodek!!!
Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!
Rela kamu mesti rela berkorban!
Rela kamu mesti buat perubahan!
Rela bersama rakyat dalam pakatan
Rela bersama rakyat tolak barisan
Rela bersama rakyat tentang kezaliman
Rela bersama rakyat tegakkan keadilan
Kami rela
Sanggup berkorban
Kami rela
Tegakkan keadilan
Kami rela
Bersama pakatan
Kami rela
Tumbangkan Barisan
RELA!!
RELA!!
RELA!
Vesri video HD akan menyusul!!
Wednesday, March 9, 2011
Umno Penyelamat Melayu ?
Pada minggu lalu, 3hb March 2011,telah berlangsung Ceramah Perdana di Kampong Telok Bedayong Lambor Kanan dengan penceramah utamanya Che Gu Bard,YB Idham Lim dan Dr Najihah.Penceramah yang pertama ialah Dr Najihah yang merupakan ketua Dewan Muslimat Pas Parit,Sessi ceramah telah bermula dari pukul 9.30 malam.Para penyokong dari serata daerah telah berkunjung ke Markas Pas yang baru dibuka itu.Dengan adanya markas Pas di Kampong Telok Bedayong ini,adalah merupakan suatu momentum besar kearah pengembangan Parti Pas dikawasan ini.Tahniah kepada tuan rumah yang membenarkan tempat tersebut dijadikan sebagai markas.
Chegu Bard sebagai penceramah kedua telah banyak mengupas isu isu semasa yang sedang berlaku di negara Malaysia.Beliau menegaskan bahawa kerajaan Umno yang memerintah sekarang gagal menjalankan tangungjawabnya dengan baik,Kesan kenaikan harga minyak telah menyebabkan rakyat hidup dalam kesusahan.Sepatutnya kerajaan dapat mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat hasil dari keuntungan yang berlipat ganda.Kontrak sosial antara pemerintah ( kerajaan Tun Abd Razak ) pada masa itu,mestilah ditunaikan.Ini bermakna rakyat menyerahkan hak mereka keatas hasil petrolium kepada kerajaan,kerajaan pula bertanggungjawab untuk mengagihkan keuntungan kembali kepada rakyat melalui bayaran royalti. Suatu perkara yang tidak dilakukan oleh kerajaan Umno sekarang.
Segala kekayaan negara telah dibolot semua oleh kroni Umno,suatu perkara yang sama diamalkan oleh mana kerajaan yang korap.Beliau juga telah menyentuh tentang penyusutan yang melampau terhadap keluasan tanah rezab Melayu.Mengikut undang-undang persekutuan Setiap tanah rezab Melayu yang diambil oleh kerajaan,ianya hendaklah diganti dengan kawasan yang lain dengan jumlah keluasan yang sama.Statistik menunjukkan dari 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia sewaktu British meninggalkan Malaya,ianya berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar pada tahun 1995.
Mengapakah tanah ini tidak diganti.Ini menunjukkan bahawa Umno yang memerintah lah yang telah merampas dan merompak tanah orang Melayu.Suatu hakikat yang berlawanan dengan motto Umno untuk memartabatkan bangsa Melayu,sebaliknya mereka menjadi api didalam sekam,musuh didalam lipatan dan runcing didalam pepat diluar kepada bangsa Melayu.Satu persoalan lagi sekiranya ada bahagian yang digantikan,dimanakah ianya diletakkan.Satu kajian yang telah dibuat,kebanyakan tanah gantian Rezab Melayu ini telah diletakkan dikawasan yang tidak ada nilai ekonomi seperti dikawasan Banjaran Titiwangsa,dalam Tasek Banding dan Tasik Chini serta kawasan hakisan sungai dan pantai.
Tanah Melayu yang bernilai telah diambil oleh Umno melalui Kerajaan yang memerintah atas dasar pembangunan(sebenarnya untuk mereka sahaja..)Kesimpulannya orang Melayu mengalami kerugian yang besar akibat dari pengambilan Tanah Rezab Melayu ini.
Penceramah ,berikutnya telah disampaikan oleh Y.B Idham Lim.Topik utama ucapan beliau ialah tentang kepincangan yang berlaku dalam perjuangan Umno yang berlandaskan kaum melayu yang dilihatnya sebagai satu perjuangan yang sempit dan menyeleweng dari semangat demokrasi.YB Idham Lim menegaskan bahawa orang Melayu,orang Cina dan orang India tidak akan selamat dibawah semangat melayu itu.Pemberian hak kepada melayu bukan bermakna keadilan telah dicapai,terdapat kes dimana penyerahan tanah diberikan kepada orang melayu tetapi diberi kepada keluarga sendiri.Kes Ini dapat dilihat dengan apa yang terjadi di Felda Malau.Ini menjelaskan bahawa Umno sememangnya mengunakan kuasa untuk kepentingan sendiri dan kroni.Kepimpinan dibawah Umno jelas akan menindas dan menekan orang Melayu.
Adalah selamat sekiranya bernaung dibawah panji panji Islam.Islam akan menjamin keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.Kefahaman kebangsaan akan menjurus kepada semangat taksub dan bangga kepada bangsa yang lebih mirip kepada Zionism atau Fasism. Bermegah megah dan bangga kepada bangsa ini dikenali sebagai assabiah ini adalah dilarang didalam Islam. Fahaman assabiah ini menjadi punca kejatuhan pemerintahan Khalifah Othmaniah di Turki.Kebangkitan rakyat di Turnisia dan di Mesir adalah luahan hati rakyat yang bencikan ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah secara berleluasa.Rakyat yang perihatin akan sentiasa mengambil berat akan kehendak masyarakat sekeliling dan bukannya hanya mementingkan kepentingan persendirian sahaja.
Msinc-fikir-fikir kan lah..bukannya fikirkan boleh… ( untuk rompak harta rakyat ).
Friday, March 4, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Thursday, February 10, 2011
Warga Telok Bakong Menempa Sejarah Dengan Penubuhan Pusat Terapi Medan Elektrik
Warga Telok Bakong, Supian Bin Kiman telah menubuhkan sebuah Pusat Rawatan berasaskan Kaedah Terapi Medan Elektrik di No 8,Taman Indera Barat Titi Gantong Bota Perak.Pusat Rawatan tersebut mempunyai 2 mesin iaitu Al Jabbar dan Alpha One.Selain menjalankan rawatan terapi medan elektrik ini,beliau juga turut menjual produk produk kesihatan.Pusat ini mula dibuka pada 8.00am hingga 12.00 malam.Setiap sessi rawatan akan berlangsung selama setengah jam dan ianya dikenakan bayaran RM2.00.Bayaran ini dianggap berpatutan kerana ramai warga emas yang berkunjung untuk mendapatkan rawatan.Menurut Encik Supian,beliau mengenakan bayaran yang rendah untuk membolehkan semua orang mendapat faedah dari mesin tersebut,kerana kos untuk membeli mesin tersebut adalah mahal.Beliau pada awal nya telah membeli sebuah mesin Alpha One adalah untuk kegunaan persendirian,kerana beliau sendiri menghidap penyakit jantung,tetapi memikirkan bahawa mesin itu boleh bermanfaat kepada orang ramai,beliau telah mengambil inisiatif membuka sebuah pusat rawatan yang juga bersebelahan dengan kedai runcitnya.Beliau kemudiannya,telah membeli mesin Al Jabbar sebagai tambahan,berikutan sambutan yang mengalakkan dari masyarakat setempat
Berikut adalah kebaikan-kebaikan rawatan Terapi Medan Elektrik ini.
1.Untuk merangsang arilan bioelektrik di dalam badan dengan mengunakan input aliran elektrik dari luar tubuh untuk mengalakkan pemulihan sel sel yang telah rosak.
2.Membaiki tisu-tisu yang telah rosak dan memulihkan fungsi fungsi sistem saraf
3.Menyeimbangkan nilai PH darah.
4.Membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan keupayaan penyembuhan semulajadi.
5.Terbukti berupaya merawat pelbagai jenis penyakit kronik lain seperti Diabetis,Insomnia,Gout,Angin Ahmar,Rheumatism,Artiritis,Lemah jantung,masalah buah pinggang,Resdung,Kolestrol tinggi,Lemah tenaga batin,Gangguan Kitaran Haid,Asma dan masalah hati tanpa perlu mengambil sebarang ubat-ubatan.
6.Kaedah Rawatan Terapi Elektrik ini adalah alternatif yang selamat tanpa kesan sampingan dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Untuk keterangan lanjut,bolehlah berhubungi sendiri dengan Encik Supian di talian 012-531 9804.
Msinc-Diharapkan orang ramai mengunakan kesempatan ini untuk mencapai taraf kesihatan yang baik supaya kita dapat sama sama menumbangkan kerajaan Barang Naik ini.(tiap kali ngisi minyak jer…darah aku musti nyerappp…)
Jaiswings : Dapat ker free nry dah promo ni hehehe
Friday, January 21, 2011
Tukar Tiub: KLIP WAJIB UNTUK DILIHAT Kumpulan Libanglibu
BENTOK DAN ISI
NIKMATI SATU KERJA SENI
umum selalu bertanya apakah patukan untuk menilai satu satu kerja seni.
kenapa yang ini diangaap seni?
dan kenapa yang itu dianggap sampah ?
jawabnya ini:
dalam pembentukan seni ada dua pekara yang amat penting
bentok dan isi - form and content - inilah yang menjadi tangga ukur
biasanya kita ada melihat banyak kerja kerja seni
dari pelbagai bentuk - bentuk bentuk indah tetapi tidak memiliki isi
lukisan, lakaran, arca, filem, musik, novel, certot, teater, bangsawan - kebanyakan hampeh kerana tidak memiliki isi - bentuk indah tetapi isinya kosong.
keadaan ini dicelarukan oleh kerja seni genre bodek yang berkeliaran. kerja seni genre bodek ini kerjanya membodek kuasa yang wujud
ditahap pensejarah negara kita hari ini yang harus kita rayakan ialah SENI MELAWAN - jagan lupa hanya seni melawan yang berani membuka tirai yang baru.
sejak zaman berzaman seni melawan telah membuka luas dunia kita hari ini.
shaer dan gurindam melahirkan sajak
lukisan zaman pencherahan melahirkan art moden
patong bentuk manusia kini melahir ukiran yg konsep
semua ini melalui perlawanan
melawan yang lama untuk melahirkan yang baru
bila sajak muncul di tanah melayu
sajak juga diperlekeh - ini pekasra biasa
yang abru akan membawa perubahan
seni akan terus berkembang - lihat musik dari era klasikal
masuk ke era jazz - big band - pop - rock - blues
punk - metal - core - grunge - lihat dan lihat
musik yang terus kekal ialah musik yang melawan
dengarkan lagu lennon - imagine - sampai hari kiamat
nanti lagu ini masih relevant - ini kerana bentuk dan isinya melawan
melawan disini bukan hanya bermakna melawan gerombolan!
melawan betuk lama
melawan kezaliman
melawan cara menulis lama
melawan cara memetik gitar
melawan cara pukul drum
hidup yang saheh ialah hidup yang melawan!
aku melawan maka aku wujud!
aku tunduk maka aku mati!
paling penting!
melawan seni genre bodek yang
membunuh kreativiti.
kreaviti suci hanya mucul apabila kita
bagun melawan - dengar lagu INTERNATIONALE
satu satunya lagu telah lebih seratus tahun
masih relevant hinnga hatri ini
nota:
siapa yang mengaku dirinya seniman
tetapi tidak tahu lagu INTERNATIONALE
harus membuka youtube dan mendengar
lagu ini dalam semua bahasa yang wujud dalam dunia
ini - dari peranchis, ke inggeris , ke belanda ke melayu
hanya belum ada lorat perak
NOTA:
nikmatilah seni libanglibu
satu seni melawan
metal yang bagun melawan
NIKMATI SATU KERJA SENI
umum selalu bertanya apakah patukan untuk menilai satu satu kerja seni.
kenapa yang ini diangaap seni?
dan kenapa yang itu dianggap sampah ?
jawabnya ini:
dalam pembentukan seni ada dua pekara yang amat penting
bentok dan isi - form and content - inilah yang menjadi tangga ukur
biasanya kita ada melihat banyak kerja kerja seni
dari pelbagai bentuk - bentuk bentuk indah tetapi tidak memiliki isi
lukisan, lakaran, arca, filem, musik, novel, certot, teater, bangsawan - kebanyakan hampeh kerana tidak memiliki isi - bentuk indah tetapi isinya kosong.
keadaan ini dicelarukan oleh kerja seni genre bodek yang berkeliaran. kerja seni genre bodek ini kerjanya membodek kuasa yang wujud
ditahap pensejarah negara kita hari ini yang harus kita rayakan ialah SENI MELAWAN - jagan lupa hanya seni melawan yang berani membuka tirai yang baru.
sejak zaman berzaman seni melawan telah membuka luas dunia kita hari ini.
shaer dan gurindam melahirkan sajak
lukisan zaman pencherahan melahirkan art moden
patong bentuk manusia kini melahir ukiran yg konsep
semua ini melalui perlawanan
melawan yang lama untuk melahirkan yang baru
bila sajak muncul di tanah melayu
sajak juga diperlekeh - ini pekasra biasa
yang abru akan membawa perubahan
seni akan terus berkembang - lihat musik dari era klasikal
masuk ke era jazz - big band - pop - rock - blues
punk - metal - core - grunge - lihat dan lihat
musik yang terus kekal ialah musik yang melawan
dengarkan lagu lennon - imagine - sampai hari kiamat
nanti lagu ini masih relevant - ini kerana bentuk dan isinya melawan
melawan disini bukan hanya bermakna melawan gerombolan!
melawan betuk lama
melawan kezaliman
melawan cara menulis lama
melawan cara memetik gitar
melawan cara pukul drum
hidup yang saheh ialah hidup yang melawan!
aku melawan maka aku wujud!
aku tunduk maka aku mati!
paling penting!
melawan seni genre bodek yang
membunuh kreativiti.
kreaviti suci hanya mucul apabila kita
bagun melawan - dengar lagu INTERNATIONALE
satu satunya lagu telah lebih seratus tahun
masih relevant hinnga hatri ini
nota:
siapa yang mengaku dirinya seniman
tetapi tidak tahu lagu INTERNATIONALE
harus membuka youtube dan mendengar
lagu ini dalam semua bahasa yang wujud dalam dunia
ini - dari peranchis, ke inggeris , ke belanda ke melayu
hanya belum ada lorat perak
NOTA:
nikmatilah seni libanglibu
satu seni melawan
metal yang bagun melawan
Monday, December 27, 2010
Tukar Tiub : BERITA TERPANCUT AWAL
BERITA TERPANCUT AWAL
INI PUN DARI BOTA PARIT
nota:
band metal
yang wajib didengar
bukan melawang
tapi melawan
40 AHLI PKR CABANG PARIT SERTAI UMNO – berita hairan
Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Parit menyertai UMNO Bahagian Parit dengan menyerahkan borang permohonan kepada Ketua UMNO bahagian itu, Mohd Zaim Abu Hasan, semalam.
Bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan Perak dan Exco Pemuda PKR Malaysia, Faizal Efendi, berkata dengan kemasukan ke UMNO, dua ranting PKR iaitu Kampung Durian Kudung dan Kampung Selat, Bota dibubarkan.
Beliau berkata, empat lagi ranting PKR, iaitu Titi Gantung, Kampung Tua, Kampung Lambor Kanan dan Padang Changkat mungkin akan dibubarkan selepas lebih 150 lagi ahli PKR menyertai UMNO tidak lama lagi.
Katanya, ahli PKR sudah muak dengan perangai dan tindakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim yang bertindak untuk kepentingan peribadi, bukannya berjuang mengikut matlamat asal parti.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit…. BERITA INI KELUAR AWAL SANGAT…. kah kah kah..
kah kah kah… PATUT KELUAR SEMINGGU SEBELUM PRK TENANG… BARU GEMPAQ..kah kah kah..
kah kah kah...APA SUDAH SILAP... kah kah kah..
kah kah kah... PSYWAR SUDAH KANTOI?.... kah kah kah..
kah kah kah… TEMAN TAK SANGKA ADA PKR DI BOTA PARIT… kah kah kah..
kah kah kah… TEMAN INGAT ADA CIK GU SHIDA SAJA DI PARIT…. kah kah kah..
nota:
jangan lupa ada metal rock band libanglibu
satu satu nya metal rock yang mengegarkan
cari dan dengar lagu dari parit ini !
Sunday, December 19, 2010
Lagu Baru: KUMPULAN LIBANGLIBU - Rela
KUMPULAN LIBANGLIBU
Rela
Intro 4x
Rela.. .rela kamu di pergunakan
Rela.. .rela kamu di perkudakan
Rela hidup kamu dah tersepit
Rela kamu semua dapat duit
Rela kamu memang takda prinsip
Rela kamu memang jenis tak cerdik!!!
Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!
Rela …rela kamu di pergunakan
Rela… rela kamu di perkudakan
Rela kamu tak sanggup nak bangkit
Rela kamu asyik suka tabik
Rela kamu fikiran sempit
Rela kamu memang…
Kaki suka bodek!!!
Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!
Rela kamu mesti rela berkorban!
Rela kamu mesti buat perubahan!
Rela bersama rakyat dalam pakatan
Rela bersama rakyat tolak barisan
Rela bersama rakyat tentang kezaliman
Rela bersama rakyat tegakkan keadilan
Kami rela
Sanggup berkorban
Kami rela
Tegakkan keadilan
Kami rela
Bersama pakatan
Kami rela
Tumbangkan Barisan
RELA!!
RELA!!
RELA!!
LAGU &LIRIK :BOB METALLERS HEADBANGERS IPOH
Saturday, December 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
















