Thursday, October 28, 2010

jubur kosong

Sambungan dari sesi soal balas yang diambil alih oleh Sankara Nair dari ketua pasukan pendakwaan, Karpal Singh.

Hakim Zabidin Mohd Diah meminta mahkamah rehat selama 15 minit, sebelum Sankara meneruskan sesi soal balas.

Perbicaraan bersambung selepas rehat 15 minit.

Sankara bertanya kepada Dr Razali, bagaimana dia dapat maklumat berkenaan "pelincir" (lubricants)?

Razali menjawab: "Saya mendengar berkenaan pelincir, di dalam bilik di mana Saiful (pengadu) ditemu bual berkenaan sejarah perubatannya".

Sankara bertanya: "Mengapa pelincir itu penting?".

Razali menjawab: "Untuk melakukan 'aksi memasukkan' sesuatu dengan lebih lancar, contohnya liwat".

Sankara bertanya lagi: "Di mana dalam laporan P22, kamu minta ujian kimia ke atas pelincir tersebut?"

Razali membalas, ujian tidak perlu untuk meneliti jenis pelincir yang digunakan.

Sankara mengingatkan Razali bahawa ujian kimia ke atas pelincir tersebut sangat mustahak.

Tanya Sankara: "Adakah kamu minta atau menguji pelincir itu bila kamu minta ujian untuk tusukan?"

Razali menjawab: "Tidak, saya tidak buat (ujian kimia pelincir)".

Sankara menanya lagi: "Saya kena bertanya tentang soal kelakuan dalam tandas: Adakah kamu pernah baca atau bertanya Saiful tentang pengelap?".

Razali menjawab: "Saiful memberitahunya dia tidak buang air besar selama DUA (2) hari sebelum dia datang ke sini (HKL) untuk ujian perubatan".

Sankara bertanya lagi: "Dr Razali, kamu seorang doktor, tidakkah kamu pernah terfikir betapa pentingnya sejarah laporan perubatan Saiful? Ini adalah liwat!".

Razali membalas: "Ia bergantung sebenarnya, tidak semestinya penting. Sejarah boleh berlaku bila-bila masa. Boleh dirujuk semula dan panggil pesakit".

Sankara menambah: "Saya letak ia sebagai satu yang munasabah. Jika seseorang itu tidak buang air besar selama 3 hari, ia munasabah!".

Hakim Zabidin minta Sankara teruskan.

Sankara bertanya lagi kepada Razali mengenai jenis-jenis bakteria dalam dubur dan berapa banyak.

Razali kemudian menyenaraikan beberapa jenis dan dia tidak dapat ingat semua. Kuantitinya banyak, dan mungkin berjuta dan tidak dapat dihitung biasanya.

Sankara bertanya jika Razali pernah bertanya kepada Saiful tentang kesakitan di dubur, jika ada.

Razali menjawab: "Memang ada rasa sakit tetapi ia tidak lama dan kemudian ia akan hilang".

Sankara membalas: "Ia tidak hilang, tetapi ia ditukar!".

Sankara membaca laporan: "Ada rasa sakit apabila buang air besar".

Razali menjawab dia tidak ingat tetapi bersetuju ia adalah soalan yang bagus dan relevan jika ditanya secara wajar.

Sankara bertanya kepada Razali bagaimana dia memeriksa Saiful secara terpeinci.

Razali menjawab: "Saya arahkan badannya ke arah lateral kiri di atas katil pemeriksaan".

Razali menambah: "Lateral kiri bermaksud membaringkan badan pesakit mengiring dengan lengan kanan di atas (bahagian kiri di bawah) dan lutut di atas dada".

Razali selepas itu menggunakan sejenis alat dipanggil "proctoscope" (alat untuk memeriksa dubur) yang diperbuat daripada plastik.

(Nota: Lihat gambar di bawah, alat proctoscope)



Razali kemudian menggunakan "saline" (air bergaram) sebagai pelincir tetapi tidak dapat masuk lebih jauh ke dalam dubur, lalu dia menggantikan saline dengan pelincir gel.

Razali kemudian menggunakan kapas bersteril untuk mengelap tiga bahagian berlainan dalam dubur dan setiap kali mengelap, dia menyerahkan sampel itu kepada Dr Siew dan disimpan dalam bekas.

Sankara bertanya adakah elasan (calitan) itu dilakukan secara tersusun sama seperti yang dicatat dalam laporan perubatan?

Razali menjawab: "Ya."

Dia juga menambah: "Setiap sampel diambil gambarnya dan dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu".

Sankara menjelaskan: "Kami tidak memperoleh semua gambar-gambar itu untuk rujukan dan minta kamu jelaskan kepada mahkamah".

Sankara menambah lagi: "Apa keadaan sampel pada masa itu?".

Razali menjawab: "Ada sedikit kekotoran pada sampel (kapas lap) dan saya boleh bayangkan bagaimana".

Sankara bertanya: "Adakah ia (kekotoran) dalam bentuk mukus? (lembap)".

Razali menjelaskan: "Tidak. Biasanya tidak".

Sankara bertanya lagi: "Razali, adakah kamu seorang doktor forensik terlatih?".

Razali menjawab: "Tidak."

Sankara bertanya: "Adakah kamu biasa mengambil gambar-gambar elesan (calitan)?".

Razali menjawab: "Tidak".

Sankara lagi: "Adakah kamu sedar ada atau tidak memang ada ujian proktoskopi sebelum kamu melakukannya?".

Razali menjelaskan: "Saya tahu ada ujian tersebut tetapi tidak pasti sama ada alat proktoskopi digunakan".

Sankara bertanya: "Ada cara lain selain dari ujian menggunakan alat tersebut?".

Razali menambah: "SP1 adalah cuma mengatakan alat itu yang digunakan".
Sankara bertanya lagi: "Adakah Saiful cakap ada apa-apa selain dari alat itu dimasukkan?".

Yusof membantah dengan mengatakan Razali tidak dapat laporan dari Pusrawi dan SP1 tidak menyatakan alat tersebut digunakan.

Razali menjelaskan dia tidak tahu apa yang telah berlaku (di Pusrawi).

Sankara menjelaskan, secara jelasnya, kamu berada bersama Saiful, kamu boleh tanya dia sendiri!

Sakara menambah: "Kamu sepatutnya berhati-hati kerana kamu telah membuat sampel ujian dan amat bahaya sekiranya ada tanda-tanda pencemaran ke atas sampel yang kamu ambil".

Sankara bertanya tentang gambar yang Razali ambil dan minta dia jelaskan secara terpeinci.

Razali menjawab: "Gambar itu tidak ada pada saya".

Sankara bertanya: "Kamu kata kamu sudah ambil gambar. Kawasan mana yang kamu telah ambil?".

Razali menjawab: "Kesan parut di tengkuk dan alur atas kemaluan".

Sankara bertanya: "Berapa panjang dubur dan kedalaman anal?".

Sankara kemudian menyerahkan satu tiub silinder lutsinar kepada Razali.

Sankara bertanya kepada Razali: "Adakah benda ini seakan sama dengan alat proktoskopi yang digunakan ke atas Saiful?".

Razali menjawab: "Saya kena ukur kerana kebiasaannya alat yang digunakan panjangnya kira-kira 6.5 sentimeter (sm)".

Pegawai mahkamah kemudian memberi sebuah pembaris untuk Razali mengukur benda yang diberikan oleh Sankara.

Razali membuat lawak: "Sankara 'punya' 8sm".

Hadirin dalam mahkamah ketawa.

Razali menambah, dia bertanya kepada Saiful sama ada boleh atau tidak dia masukkan alat itu ke dalam duburnya. Saiful menjawab OK.

Sankara bertanya: "Apa punca-punca yang menyebabkan dubur sakit?".

Razali menjawab: "Kesakitan boleh berlaku disebabkan oleh kecederaan, tusukan pada alur dubur atau penyakit".

Sankara bertanya: "Selepas pemeriksaan pada dubur, apa kesimpulan kamu?"

Razali menjawab: "Dubur kelihatan kosong, jadi saya menulis dalam nota ianya sebagai kosong".

Sankara bertanya adakah dubur menyerap air secara tetap, dan jika ya, adakah semua cecair mampu diserapnya?

Razali menjawab: "Tidak semua, bergantung kepada jenis cecair yang melaluinya".

Sankara bertanya: "Adakah kamu setuju dubur tersebut ditusuk secara paksa?".

Razali memberitahu: "Jika pesakit itu betul-betul dalam kesakitan, jangankan nak periksa, sentuh tubuh pesakit pun tidak dibenarkannya".

Hakim Zabidin meminta Sankara berhenti dari meneruskan soalannya.

Mahkamah ditangguhkan jam 147 petang.

Mahkamah akan bersambung jam 830 pagi esok.

Hadirin mula bersurai.

Sunday, October 17, 2010

Kumpulan Libanglibu - Melayu Mesti Berani [HQ]

Sebarkan kepada anak muda agar mesej dalam lagu sampai!!Teristimewa buat pengundi Galas dan Batu Sapi!!Undilah PR!!


 
Lagu & Lirik : Bob PR MetalHeadbangers Ipoh

Melayu Mesti Berani

Panglima masuk pekan
Bawa keris dengan kawan…yeahh

Lagak macam kurang siuman
Asyik cium keris cium tangan
Melayu lagi!!
Hidup Melayu lagi!!

Elok Panglima masuk hutan
Tinggal bersama kawan kawan
Tiap malam raya sakan
Menjerit –jerit dengan orang utan
Sampai pagi!!
Jeritlah sampai pagi!!

Panglima mati kutu
Hairan melayu tak macam dulu
Melayu kita sudah tahu
Umno,Perkasa kaki tipu
Tipu Melayu
Pengkhianat Melayu!!

Dari dulu hingga kini
Umno hanya jaga kroni
Kebas projek sana sini
Hak rakyat kita zalimi
Jangan Undi!!
Jangan bagi Undi!!

PRU 13 nanti,
Orang Melayu mesti berani
Tolak BN samasekali,
Dan selamatkan Malaysia ini

Usir Zionis!!
Umno Zionis!!
Apco Zionis!!
Dacing Zionis!!

DACING MEMANG KAKI KENCING!!
DACING MEMANG KAKI KENCING!!
DACING MEMANG KAKI KENCING!!
DACING MEMANG KAKI KENCING!!

(KUASA RAKYAT KUASA MUKTAMAD,SELAMATKAN MALAYSIA,LAGU KAMI UNTUK MASA
DEPAN ANAK ANAK KITA!!)

Jawapan dari Dango Mamamat kepada DPPKP

Jawapan teman kepada DPPKP

Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit (DPPKP) tak ulaih dalam belog teman. Deme ulaih dalam belog TBO. Tak kighele kat manepun, janji ade ghespon daghi deme. Tima kasih teman pade TBO sebab jadi tuan ghumah. Satu lagi, teman muskil adake deme itu DPPKP. Teman haghap deme tu bukan DPPKP. Takkanle DPPKP bepikighan macam itu. Macam bebudak. Teman nak ulaih satu demi satu ayat deme ..
“ada banyak kesilapan fakta dan prejudis penyampai berita ini, harap maklum sepatutnya perkara ini tidak perlu dimasukkan dlm blog, harap selidik buruk baik berita macam ini.”
Teman tak tahule fakta mane yang silap. Teman andeikan silap fakta itu bermaksud silap dengo. Awei2 lagi teman udah khabo, kalo salah tolong betuikan. Tolong betuikan yang teman dengo ini tak betui. Tapi TBO yang tak kenei teman dan temanpun tak kenei TBO mengiyakan ceghite yang teman dengo. Maknenya bukan teman saje ade2kan ceghite. Apabile ade yang menyokong ceghite teman, bermakne itu adale fakta.
DPPKP pule tak menyatekan secaghe khusus fakta mane yang silap. Betui ke idak yang kome ade anto sughat pade negeghi mintak nak betanding di Bote? Betui ke idak kome teghime duit PKR untuk pilihanghaye lalu? Betuike idak kome ade ilang duit? Tapi kome tak jawab. Pepandei pulak kate teman silap fakta. Nampak sangat yang kome ni belum besedia nak meghintah. Tengokle, nak jawab tapi tak gheti caghe2 menjawab dengan sempeghone. Jawab main balun je. Macam manele kome nak mengintah kalo mende yang kecik inipun kome tak boleh seleseikan.
Kome juge kate ceghite macam ini tak sepatutnye ditulih dalam belog. Kene selidik baik bughuknye dulu. Pandei kome bekate2. Tapi ceghite ini bukan baghu. Udah tesebo daghi mulut ke mulut. Dan takdepun usaha kome untuk meyakinkan penyokong dan lawan yang ceghite ini tak betui. Pandei pulak kate yang teman ni peghejudih. Memangpun teman peghejudih dalam hei ini. Teman getik dengan kelaku PAS Paghit egha kome.
“Kita dengor dari mulut orang PKR, memang begitu nadanya. Kita dengor pula dari orang PAS, lain benor ceritanya ... pokok pangkal ini bukan perkara berasas, dan lebih kpd ckp2 ‘musang berbulu ayam’ tetapi ade kebaikkannya pula, sekurang-kurangnya kita sudah tahu PAS dan PKR memang jarang bekerjasama, kecuali nk berceramah dlm pentas masing2.”
Tima kasih keghane mengaku akan nada oghang2 PKR same dengan ape yang teman tulih. Tapi ape mende yang lain daghi oghang PAS itu? Idak juge kome nak jawab secaghe teghang. Tak tahule same ade kome masih beteka-teki atau kome memang tak gheti nak jawab untuk bagi mengkeme ini paham.
Biole teman jadi musang bebulu ayam aseikan pimpinan kome di Ipoh dan di Maghang itu bukak mate tentang peghi lemahnye PAS Paghit. Teghuh teghang teman kate, kalo ade pilihanghaye dalam tempoh tedekat ini, dan kome masih macam ini, jangan haghap PAS atau PKR boleh menang di Paghit. Buat malu oghang Paghit je kome ni.
Takkan kome yang ade jawatan dalam PAS tak sedo yang hubungan PAS dengan PKR di Paghit memang tak mesghe. Takkan kome baghutahu lepaih teman bagitahu? Tolongle. Tolongle jangan nampakkan yang teman lagi tahu daghi kome. Kalo kome tak tahupun, tolongle buat2 tahu.
Kome kate ape yang teman ceghitekan itu bukan pekaghe asas. Oiiii DPPKP, kome ni gheti ke idak makne bepolitik? Dalam politik, semua ceghite yang tesebo adele peluang dan ghuang kepade kite dan lawan. Mende yang kome katekan bukan asas inile nanti yang akan pelingkupkan kome. Kome pahamke idak tujuan kome bepolitik? Kalo macam itule gaye kome bepikio, elok kome caghi pengalaman dalam NGO dulu.
“Mari kita tingkatkan kebersamaan kita pada masa2 mendatang. Kelemahan ini amat mudah diperbaiki jika pengikut di bawah tahu makna kebenaran dan keadilan. Jangan duduk sibuk dalam PR, tapi hati di dalam pejuang UMNO. Semua kerja tak jadi. Wallahua’lam.”
Baguih, kome ajak keme besame pebaiki hubungan yang telah tak mesghe ini. Sebelum tu, ce kome bagitahu ape makne kebenaghan dan keadilan? Pepandei kome kate yang keme ni oghang bawah. Keme kene angguk je. Patutle ade oghang Paghit kate yang kome ni udah tak beghape semiak. Tak sepegheti PAS dedulu.
Dalam ajak2 supaye kite pebaiki keghejasame, tut2 masih menyinde yang keme ni pejuang ameno. Mudahnye kome kate yang keme ni ameno. Patutle pengundi kome dulu semakin getik pade kome. Cepat bebeno kome menghukum keme. Kalo keme bawak ceghite yang nyingkap kelemahan kome, keme ni bagi kome adale ameno.
Satu lagi
“kita di bawah bukan nak tengok di atas bertekak, kalau ikut jalan Islam, kita masih boleh tahalluf ... tiada masalah. Tapi yg tak faham Islam tu yang lebih-lebih, tak faham makna tahalluf. Wallahu’lam.”
Udah tahu yang keme ni tak beghape nak paham makna tahalluf, tolongle teghangkan ... Pandei tulih tapi tak pandei meneghang. Udah kome tak gheti meneghang secaghe jelaih, keme pulak dipesalahkan. Ingat, keme bukan pemegang jawatan dalam pati. Keme hanyele pengundi kome dalam pilihanghaye.
Soalan teman untuk DPPKP. Apake keme takde hak untuk tahu ape yang dibuat oleh pati yang keme undi ini? 

TBO: DPPKP Bota kena beri penerangan agar semua jelas.Lau DPPKP ijak reti atau faham kabo kan kat Otai Otai PAS Bota ape kene nak jawabkan ni.Sape Ketua Penerang PAS Bota...patut koje dia ni.Keme ni bertanya ngapa udah riuh Parlimen Parit hal kome eksen benor ngan PKR Cabang Parit?Buat ceramah orang PKR dari Ipoh jemput,Ketua Cabang Parit pun kome ijak berabo.Ustaz Ismi udah nak bertanding sangat ker kat Bota.??Sebenornya rakyat sini tak kisah PAS ker PKR ke calon.Keme udah getik Umno..bukannya pasal PAS dan PKR kuat bebenor.

Thursday, October 14, 2010

PAS Pusat Dan Negeri Kena Pantau PAS Bota!!!

Ceghite daghi Paghit : Ceghite 3 http://jantantuya.blogspot.com/

Teman mintak maaf sebab lambat nyambung ceghite. Ceghite daghi Paghit. Ade bebeghape ghespon yang teman teghime lanjutan daghi ceghite 1 dan ceghite 2. Ghespon melalui email dan dalam labun2 kedei kopi. Ghespon tu bio dulu. Kalo ghajin, teman tulih dalam ceghite 4 pulak. Kalo ghajinle ...

Ceghite 3

Teman teghai belabun dengan oghang PKR. Teman cube selongko daghi ketua cabang. Tapi ketua cabang PKR Paghit tak beghape nak bagitahu. Dia cume kate, PKR tetap betanding di Bote. Itu keputusan negeghi katenye.

Oleh keghane teman boleh begaui dengan deme, dapatle juge teman dengo sikit2 hei deme. Kekadang deme tesasui nyebut akan hei politik PR di Bote. Menughut deme sejak Usaili menang di DUN Bote dalam PRU 1999, oghang2 kuat PAS belah Bote mule mencembughuinye. Oghang2 PAS tak lagi beghia2 nak mantu Usaili menang dalam PRU selepaih itu. Bahkan Usaili kalah teghuk.

Dalam PRU lalu ade oghang2 PAS Bote bekempen macam ini. Palimen bagi pade PAS dan DUN bagi pade ameno. Ini bebeze dengan kempen deme di Belanje, palimen dan DUN bagi pade PAS. Lebih menaghik lagi apabila duit PKR deme ambik. Deme bejanji duit itu akan dibagi pade PACA dan kendeghaan PKR/PAS yang mawak pengundi. Tapi apabila PACA dan petugas PKR mintak, deme kata PKR tak bagi satu senpun duit pade deme. Baguih punye oghang kuat PAS ini. Untuk makluman, ade juge oghang PAS yang bagitahu yang si anu ini peghonah ilangkan duit PAS dalam bonet keghetenye. Selamba je dia kate udah ilang ... tak beghape lame lepaih itu, dia tuko keghete baghu. Kalo salah tolongle betuikan. Teman dengo je ... betui idak teman tak tahu.

Apabila PR menubuhkan keghajaan di Peghak, PAS mahu menguasai majoghiti ketua kampung di Bote. Udahle PAS yang jadi ketua kampung, jkkk demepun semua dapat pade PAS. Oghang2 PKR tak puaih hati. Tapi Usaili kate udahle. Usaili ni lehe mengalah je kate di deme.

Apabila Keghajaan Peghak dighampaih, Usaili dipesalahkan lagi oleh PAS. Usailile yang mawak masuk Nasaruddin dalam PKR. Usaili telibat same menumbangkan keghajaan. Usaili memang nak bagi ameno menang. Sejak penamaan calon lagi Usaili sengaja buat silap dengan mawak pencadang daghi DUN lain. Adeke mawak Cikgu Hassan daghi DUN Belanje? Nyarih sempat diganti. Itupun udah laghi balik ke ameno.

Semase Usaili jadi Penyelia DUN Bote, jenuh dia ngajak PAS untuk bebincang pasei pusat khidmat. YDP PAS bagi nama, tapi tak peghonahnye deme datang mesyuarat walaupun udah dijemput bekali2. Memang PAS Bote juai mahai. Ketua kampung deme ndak. Bila panggei bincang, tak disio deme datang.

Sekaghang dalam ceghamah dan aktiviti PAS di Bote, Usaili tidak lagi dipanggei. Usaili tidak lagi dihoghmati oleh PAS. PAS lebih selese manggei DAP daghi PKR. Seolah2 PKR tak wujud di Paghit. Baghu2 ini PAS manggei Speaker Sivakumar dan Siti Aishah Serikandi PKR beceghamah di Seghapoh. Dipahamkan Usailipun tak tahu yang Siti Aishah dijemput oleh PAS. Kebiasaannye ketua cabang mesti tahu akan setiap peghoghem PR dalam cabangnye, tetambah yang melibatkan tokoh2 penting dalam PKR.

Apabila teman jumpe Usaili dan ajukan hei ini, dia jawab mudah je. Itule politik. Kalo betui ceghite mike ini, maknenye PAS tak gheti ape itu seni politik ...

Haaa ... seni politik?

TBO:Masalah ini sudah lama menjadi wabak di PR Bota.Harap PAS dan PKR Bota dapat mencari titik pertemuan.Peringkat Pusat dan Negeri kena memulihkan situasi ini.PAS dan PKR Bota harus akur dengan arahan dari peringkat negeri.

Sunday, October 10, 2010

Kumpulan Libanglibu - Pakatan Kita

Loga PR ini hakcipta terpelihara : Bob Manjoi





PAKATAN KITA

INILAH PAKATAN RAKYAT
YANG IKHLAS BERJUANG,
SIAP SEDIA BEKORBAN
MENEGAKKAN KEADILAN,

SEBELUM KITA BERJAYA
JANGAN HARAP KAMI PULANG,
INILAH SUMPAH PENDEKAR KITA…
MENUJU MEDAN BAKTI.

ANDAIKATA KAMI GUGUR BERJUANG!
SATU PERGI SERIBU KAN DATANG!
KAMI MOHON DOA! PAKATAN BERJAYA!
PAKATAN SUDAH SEDIA MENAWAN PUTRAJAYA!

PUTRA JAYA…… KITA MARA!
PUTRA JAYA…… KITA MARA!

HANCUR-HANCUR HANCUR BN!
HANCUR-HANCUR HANCUR BN!

TAWAN-TAWAN PUTRAJAYA!
TAWAN-TAWAN SATU MALAYSIA!

LIRIK:BOB MANJOI.

Buat Semua Penyokong Pakatan Rakyat.Membujur Lalu Melintang Patah.Lawan Tetap Lawan.Reformasi!!! Takbir!!

Saturday, October 9, 2010

Akhirnya Jalak Lenteng Ke Umno jua!!

Bekas Ketua AMK Parit Pejai Jalak Lenteng Berbaju Merah muncul di Parit.Takyah tulis apa2 kome pepaham2 jer ler spesis orang macam gini.Harap AMK Parit  teruskan perjuangan...

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Aidilfiri Pakatan Rakyat Maju Rapat Gopeng









Pakatan Rakyat Maju Rapat Gopeng telah mengadakan Jamuan Aidilfitri sebentar tadi.Selain dapat mengeratkan sillaturahim dengan masyarakat setempat pengisian program dengan tazkirah oleh Ir. Ustaz Radzi Zainon amat menarik perhatian hadirin.
Ikutilah tazkirah dari Calon PR pada pilihanraya lalu.Diharapkan PR dapat mencalonkan beliau di dalam PRU 13 kelak setelah tinjauan dari masyarakat setempat yang amat menyenangi keprihatinan beliau.

Part 1


Part 2

Sunday, October 3, 2010

Tak Rocklah Sokong Umno BN Bro!!!


Logo Yang Di Cadangkan Untuk Pakatan Rakyat



Logo PR lau ada penaja leh buat t shirt.
Logo ni Ciptaan Saudara Azahar Bin Jamaluddin or panggilan manjenye Bro Bob.Rockers dan Reformasi dr Manjoy Ipoh.

PRU ke 13 pastikan anak muda pengundi baru bersama perjuangan PR.Undi mereka amat berharga.PR harus berjaya menarik golongan ini dengan sebaik mungkin.Seruan semua blogger yang ada bakat buat lagu Pro PR bebanyak dan jual masa ceramah ceramah PR .Dapat jugak cover mayor duit streamyx.Mun kita bukannya macam bloggers Umno berbayor.

Begini ler nasib bloggers PR.Ngarapkan modal kulu keyor cari bahan dari PKR dan PAS...deme pun mandang berduit.Ayor liyor deme ade ler.Tapi kita ikhlas demi KUASA RAKYAT.

Lagu ini dah lama keluar di buatkan khas untuk semua bloggers pro PR agar terus bersemangat.Lawan tetap lawan.



"Tak Rocklah Sokong Umno BN Bro"

Linkwithin