Thursday, January 29, 2009

Pemimpin dan penyokong Umno kini dipersimpangan


28.01.2009

Ibarat retak menanti belah , sakit menanti maut , mayat menunggu kubur mungkin inilah gambaran yang boleh diterjemahkan kepada huru - haranya UMNO .Parti yang pernah diharamkan itu .

Tidak kelihatan suatu masalah besar pun yang mereka mampu buktikan kini kepada rakyat.Mereka umpama gali lubang tutup lubang .

Meracau disetiap masa ,memperbodohkan pemikiran rakyat .Tetapi ternyata kebodohan mereka yang ketara dimata rakyat jelata .

Setiap masa para pemimpin UMNO menyatakan bahawa mereka perlukan perubahan demi survival politik Melayu kata mereka .Angin perubahan yang mereka inginkan itu hanya bermain dibibir .Jauh daripada tindakan yang berkesan penyokong mereka terus melopong menanti perubahan yang tidak kunjung tiba.

Malah kehancuran demi kehancuran yang kunjung tiba, mereka ( Umno ) ternganga melihat Pakatan Rakyat terus melakar sejarah gemilang.

Umno - BN melaungkan merekalah paling kukuh , paling layak , paling berkesan sebagai perintah Malaysia . Tetapi mereka buat - buat lupa bahawa mereka juga mempunyai "kehebatan" yang lain . Hebat bohongnya , hebat putarnya , hebat rasuahnya.....mampukah mereka menafikanya ?

Memang benar orang Melayu mengharapkan pemimpin yang sebangsa menjadi khalifah mereka itu perkara lumrah manusia .Tetapi orang melayu umno khususnya perlu lebih rasional menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT.


Apa untungnya jika pemimpinnya berdegar - degar melaungkan hak ketuanan Melayu sedangkan dalam masa yang sama merekalah yang ' melelongkan ' hak itu secara terhormat .( lebih 50 tahun )

Fitrah manusia mahukan kepada kebaikan, tetapi kebaikan yang sebenar adalah bersifat serupa bikin bukan cakap tidak serupa bikin .

Kini sebenarnya sudah bertambah bilangan ahli umno yang telah sedar akan kesilapan mereka .Mungkin belum lagi secara terang - terangan.Sedikit masa lagi kita yakin mereka akan merobohkan tembok kebal umno yang sedang mereput itu .

Apalah yang mahu sangat dibanggakan kebaikan yang sekadar ada. Sedangkan kemusnahan bangsa dan agama secara tersusun yang dirancang oleh perancangan mereka sendiri .

Benarkan Melayu kini hebat ? bagaimana ekonomi , bagaimana akhlak , bagaimana bahasa melayu ? bahasa yang sepatutnya dipertahankan dengan mudah diperkotak - katikkan . Hebatkan Melayu ?

Harapkan pemimpin Melayu Umno membela ,mereka pula yang ramai terlibat dengan pelbagai kesalahan yang sudah tidak mampu disembunyi lagi .

Generasi terdahulu mungkin mudah untuk" digoreng " ,digula - gulakan tapi kini semua itu bukan alat yang berkesan untuk mempengaruhi minda mereka .

Wahai pemimpin , pendokong , penyokong UMNO - BN sedarlah bahawa kamu semua kini sudah berada dipersimpangan .Diantara memilih jalan kehancuran atau kebaikan .

Jangan berlengah lagi hargailah akal fikiran .Minta dijauhkan pemikiran yang dipesongkan oleh segelintir pemimpin Umno yang lebih senang melihat rakyat bergelumang dengan kebodohan yang bersalut kebebalan.

Kerana itulah peluang untuk mereka terus menjadi parasit kepada agama , bangsa dan negara .

www.telokbakong.com.

www.telobakong.blogspot.com

Wednesday, January 28, 2009

Pakatan Rakyat Bertambah Kukuh di Perak Tengah





Pada pukul 4.00 petang telah berlangsung pertemuan pucuk pimpinan Keadilan Parit yang di ketuai oleh Saudara Usaili Alias Penyelia DUN Bota dengan masyarakat Kg Telok Bakong dan sekitarnya menerangkan isu kemasukkan YB Datuk Nasaruddin Hashim ke PKR seterusnya menambah kerusi ADUN untuk Pakatan Rakyat bagi negeri Perak.

Turut serta adalah Ketua Bahagian PKR Telok Bakong Saudara Zainal Aznam Mat Ganti sebagai penganjur majlis,Ketua AMK PKR Perak Saudara Anuar dan Timbalannya Saudara Faizal Effendi serta Setiausaha AMK Parit Saudara Hussin.

Bersama menyerikan majlis Ketua Kampung dari Pakatan Rakyat bagi kampong Telok Bakong turut hadir.Sambutan penduduk amatlah menggalakkan terutama kaum wanita dan kelihatan ahli Umno juga bersama-sama menghadirkan diri.


Dalam ucapannya oleh Saudara Usaili turut membangkitkan kebobrokkan Umno untuk menawan kerajaan negeri Perak menjelang 31.1.2009.Satu lagi agenda impian Tajol Rosli.Mengenai kemasukkan YB Datuk Nasaruddin pelbagai usaha yang di terajui oleh Saudara Usaili sendiri terpaksa dilakukan dengan teliti dan halangan dari pihak Umno sendiri berjaya di atasi dengan restu Allah s.w.t.

Seorang makcik yang ingin namanya dirahsiakan telah mengadu kepada TBO sendiri mencurahkan kekecewaannya mengenai pimpinan UMNO Cawangan Telok Bakong yang sanggup menikam ahli sendiri semata-mata inginkan kemenangan di pihak mereka semasa pemilihan cawangan yang baru berlalu.Ini baru peringkat cawangan sudah memfitnah calon lawannya mengelapkan wang pilihanraya umum yang lalu.Kebenaran akhirnya terbukti dakwaan itu adalah tohmahan belaka.Lanjutan peristiwa itu makcik tersebut berserta rakan-rakan telah menyertai PKR.Bagaimana dengan pendirian pengundi dan penyokong kuat YB Nasaruddin di Telok Bakong khususnya dan DUN Bota amnya.

Mengikut hasil siasatan TBO penduduk di KG Lambor Kiri,Bota Kiri ,Titi Gantung dan Felcra Nasaruddin sudah beramai-ramai menyertai PKR kerana mereka adalah penyokong setia YB Nasaruddin.Ini mengakibatkan Umno di kawasan tersebut lumpuh sama sekali!!Cubalah Umno Parit menafikannya..turun padang lihatlah sendiri.Media perdana telah menipu hidup-hidup pemimpin Umno yang cetek pemikirannya.Kemasukkan Y.B Nasaruddin adalah kerana desakan dari rakyat yang sudah muak ,jelak , getik.,meluat dan geli geleman dengan kerenah kepimpinan Umno yang tidak memperdulikan kehendak dan keperluan rakyat.

Monday, January 26, 2009

Rakan se Bota berjiran kampung

Ahad,25 Januari , 2009

Hari ini 25 Januari 2009, YB Dato' Nasarudin Hashim, ADUN Bota telah mengumumkan menyertai PKR. Beliau telah mengotakan janjinya yang akan menyertai parti rakannya Usaili iaitu PKR dihadapan penyokongnya sebagai prasyarat jikalau tewas dalam perebutan Ketua UMNO Bahagian Parit. Janji itu cuba dipenuhi secepat mungkin dalam pertemuan bersama DSAI awal Disember lalu. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat Perak. Pada waktu yang sama juga mahu menghancurkan impian UMNO untuk memujuk atau memerangkap dua ADUN PR Perak menyertai UMNO. Difahamkan ada beberapa lagi ADUN UMNO Perak turut serta dalam pertemuan tersebut.

Sebaik sahaja BN kalah di Perak, UMNO telah mewujudkan dua kumpulan untuk memujuk mana-mana dua ADUN PR menyertai UMNO. Satu kumpulan diketuai oleh bekas Menteri Besar Perak bersama bekas Exco Sukan. Jikalau kumpulan ini berjaya, bekas Exco Sukan akan dilantik sebagai MB. Satu kumpulan lagi diketuai oleh YB Dato' Nasarudin Hashim, bekas Pengerusi FELCRA yang juga dijanjikan jawatan MB jikalau dapat mempengaruhi dua ADUN PR menyertai UMNO. Usaha mereka telah bermula sebelum tengah malam 8 Mac 2008, iaitu pada hari PRU 12. Menariknya kedua-dua kumpulan ini menjadikan Hj. Usaili Alias bekas ADUN Bota sebagai jambatan untuk memenuhi cicita politik mereka. Lebih menarik lagi apabila kedua-dua calon MB UMNO ini datang daripada parlimen yang sama iaitu Parlimen Parit.

Rasuah wang berjuta digunakan oleh kedua-dua kumpulan ini supaya Usaili memujuk mana-mana dua ADUN PKR menyertai UMNO. Hanya jaminan dibibir tanpa kelibat wang. Tetapi Usaili terus bertegas dan berhemah menolak permintaan mereka. Ingat Allah, ingat rakyat. Akhirnya YB Dato' Nasarudin Hashim tidak lagi meneruskan niatnya merampas Perak daripada PR. Bahkan beliau dan rakan-rakannya dapat diyakinkan akan ketelusan serta kejujuran pentadbiran dan pengurusan negeri Perak dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Namun sebelum beliau membuat keputusan menyertai PR, beliau mahu mencuba nasib bersama UMNO dahulu. Mencuba nasib merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit. Beliau masih menaruh harapan untuk membela nasib rakyat melalui UMNO.

Kumpulan satu lagi masih berusaha memujuk dua ADUN PKR menyertai UMNO. Mereka tidak berputus asa. Cara pujuk dan sogok ternyata tidak berkesan. Masa semakin singkat. Usaili tetap dengan ungkapannya ingat Allah, ingat rakyat. Mereka terus berusaha dan berusaha. Pelbagai agensi kerajaan digunakan untuk memerangkap Usaili dan akhirnya Usaili terpedaya juga melalui lakonan watak Imran. Alhamdullah, Allah masih melindungi pimpinan dan kerajaan PR Perak. Begitu sukar untuk UMNO merapati dan mempengaruhi pimpinan PR Perak. Mereka cuba menyediakan 'sedekah seks' kepada pimpinan PKR Perak, tetapi umpan 'sedekah' ini mungkin hanya dicagut oleh anak seluang sahaja.

Dato' Nasarudin kecewa kerana beliau dipertaruhkan menentang sahabatnya Hj. Usaili Alias di DUN Bota. Beliau mahu terus kekal bertanding di Parlimen Parit. Tetapi beliau akur juga dengan kehendak negeri dan ketua bahagiannya yang mahu beliau bertanding di DUN Bota. UMNO merasakan bahawa Usaili cukup kuat dan bertenaga di DUN Bota. Hanya Dato' Nasarudin sahaja yang boleh membuatkan pengundi di DUN Bota berada dalam dilema nak undi siapa. Nasarudin atau Usaili. Kedua-dua tokoh ini begitu berkarisma di DUN Bota. Kedua-duanya boleh minum semeja bergurau senda usik mengusik. Pengundi begitu selesa dan mesra dengan mereka.

Hari ini Dato' Nasarudin Hashim secara rasmi telah berganding bahu bersama Hj. Usaili Alias membawa wadah perjuangan 'ingat Allah, ingat rakyat' di Perak khususnya di DUN Bota. Kesabaran Hj. Usaili menunggu pengumuman rasmi Dato' Nasarudin menyertai PKR telah menambahyakinkan kita bahawa benarlah janji Allah yang Allah tetap bersama orang-orang yang sabar.

-Dango Mamamat

Sunday, January 25, 2009

ADUN Bota dari Umno sertai PKR ,Umno Parit Terkedu!!!Wakahkaha




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.

Ini adalah perkembangan yang mengejutkan Umno Parit yang semakin parah.Beberapa bulan lalu TBO telah menghidu berita ini namun dikala itu pengumuan rasmi belum di buat walaupun ianya keluar dari mulut rasmi yang punya badan.

Bagi pengundi yang mengundi beliau ketika PRU ke 12 tempohari marilah bersama-sama mengiringi menyertai Pakatan Rakyat demi masa depan yang lebih bermakna.Apa komen Umno Parit?Elok berhijrah beramai -ramai dan kami sentiasa mengalu-galukan kalian.Kita nantikan pendapat Dato Zaim(Adun Belanja) dan Ustat Nizar(Parlimen Parit) mengenai perkembangan terbaru ini.

Perubahan positif ini diharapkan akan berlanjutan terhadap ADUN dan Ahli Parlimen BN dan juga ahli parti komponen BN agar dapat membuat keputusan berdasarkan kepentingan rakyat.Rakyat Perak amnya sudah bosan dengan sandiwara Umno dan BN.Pengumunan Zahid Hamidi tempohari menolak pilihan rakyat dan tidak menghormati demokrasi mendapat reaksi negatif dari majoriti rakyat Perak.Itulah politik yang di perjuangkan oleh BN.

Namun begitu nasihat untuk kita semua,tinggalkan perangai Umno jikalau masuk ke Pakatan Rakyat.Berhijrahlah demi rakyat ,bukan mengejar kepentingan peribadi.

TBO mengucapkan tahniah buat ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim dan sedia berkhidmat untuk rakyat Bota.Keme TBO kalau tak betui keme negor.Jangan marah kelak,kalau negor tu tandanya sayang.Moh kome yang dalam Umno tu ape di pikiorkan lagi,jom nobang ke PKR atau PAS.Kome pun tau Umno Parit penuh dengan rasuah,yang menang pemilihan tu semuanye nabor duit kalau tak rentikan ler nak menang...BPR minta siasat ler lekaih...


Wednesday, January 21, 2009

Kata Kata Kata

Kata Pak Lah
Yakin BN Boleh Menang Di Kuala Terengganu(Setiap kali yakin BN tumpo)

Kata Najib
"Pemimpin Umno di semua peringkat Umno mesti menunjukkan imej positif dan mesra rakyat," kata beliau kepada pemberita.(Sah orang Umno tak mesra rakyat)

Kata Zahid Hamidi
Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini, hari ini.Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.(Langkah yang tidak menghormati majoriti rakyat Perak yang memilih pemerintahan PR,ingat rakyat Perak tak bayor cukai ker!!Ilham balik haji)

Kata Sharir 15 duit
Harga gula dijangka naik selepas Tahun Baru Cina(Menteri tak puas hati minyak merundum turun,gula jer ker nak naik?)

Kata Amirsham
Impak Kelembapan Ekonomi Hanya Jangka Pendek(pendek akal,berapa banyak pendek )

Kata-Kata Yang Boleh di Terima Rakyat
Kata Muhyidin Yassin

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," kata Muhyiddin
(sebenornya Muhyiddin nak cakap 'aku memang meluat dengan hangpa berdua Najib dan Paklah!!)
javascript:void(0)
Umno kuat semasa Anwar TPM selepas itu semakin menuju ke alam barzakh.Pakatan Rakyat semakin berada di landasan yang betul dengan gandingan DSAI,Tg Hj Hadi,TG Nik Aziz,Guang Eng,Lim Kit Siang dan semesti MB Perak Nizar.

Setelah PRK KT yang telah menyaksikan segala senjata bala tentera BN di kerah habis-habisan namun kuasa rakyat berjaya menegakkan kebenaran.Itulah kententuan Allah s.w.t.

Mampukah BN menuju medan pertempuran yang lebih luas di PRU 13!Keyakinan BN semakin terhakis semenjak 8 Mac 2008.Kemampuan zahir batinnya semakin merundum seiringan dengan usianya yang semakin lanjut.Udah mandang Ummphh...

Oleh itu dinasihat wakil rakyat BN menjaga kesihatan moga panjang umur,kalau pendek hayat ,ramai yang gayat nanti kena PRK lagi,maklumlah udah tak berhenti-henti nonggengnye...

Akhirkata berhijrahlah wahai orang orang Umno dan amnya BN ke Pakatan Rakyat.Suasana membuktikan serangan media perdana sudah tidak memberi kesan lagi,jikalau anda bergelar manusia yang dikurniakan akal oleh Pencipta Yang Esa pasti terdetik dihati anda akan kebenaran...

Tuesday, January 20, 2009

Majoriti 2631 : UMNO menangis tidak siapa tahu !






kelulut@telokbakong.com

20.01.2009


Akhirnya runtuh keegoan UMNO - BN setelah kalah didalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu .Dengan kekuatan jentera dan kewangan yang mencurah - curah namun kecundang ditangan PAS .

PRK Kuala Trengganu adalah harapan besar bagi Umno untuk memulihkan moral akibat disampuk badi kekalahan PRU 12 .

Dengan meletakkan calon heavyweight Datuk Wan Farid dianggap calon terbaik dan berpendidikan Tinggi .Sehinggakan Najib menganggap kelulusan LLB nya lebih baik daripada calon Pas .

Sejurus kekalahan mereka pelbagai analisis yang dilakukan oleh pelbagai pihak .Ada yang mengatakan faktor calon yang tidak tepat , kelemahan jentera pilihanraya dan lain - lain lagi .

Malah ketika artikel ini ditulis, mkini melaporkan ;

Muhyiddin: Umno sudah hilang faktor 'penarik'

Jan 19, 09 3:55pm

Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.

Sebenarnya Umno bukan hilang daya penarik. Tetapi rakyat telah menolak mereka kerana menyedari pembohongan demi pembohongan dari kalangan pimpinan .

Rakyat telah muak dengan propaganda media massa yang tidak bermaruah . Hanya menurut telunjuk pemimpin BN .Akhirnya padah memakan diri .

Umno semakin lemas dengan masalah rasuah didalam parti mereka hingga tidak dapat dibendung lagi .Dakwaan yang datang dari kalangan mereka itu tetap dianggap ' suci ' dengan pelbagai alasan .

Soalnya sampai bila ia mahu dipertahankan ?

UMNO mengalami sindrom penafian .


Masalah kepimpinan umno menambahkan lagi kereputan dan kerosakan parti itu . Akibat bertelingkah tentang jawatan parti perhatian terhadap rakyat kian longgar .

Walaupun mereka sedar tentang penolakan rakyat terhadap BN mereka masih menafikan kebenarannya.

Kini wujud kelompok Abdullah , Najib , Tun Mahathir , KU LI yang seolah olah bertindak sebagai jurucakap bagi UMNO yang pelbagai versi saling salah menyalahkan .

Namun untuk mengatakan Pakatan Rakyat sudah diterima oleh majoriti rakyat malaysia jauh sekali .Umno akan lebur sedikit masa lagi, semakin kuat tekanan terhadap PR akan bertambah subur sokongan yang akan dituai oleh pihak Pakatan .

Lebih melucukan media BN terkadang untuk menyebut PAKATAN RAKYAT pun gugup hinggakan sekadar menyebut PAKATAN PEMBANGKANG .


Hakikatnya UMNO sedang menangisi noktah - noktah akhir perjuangan mereka . Tetapi sayang ini tidak disedari oleh sebahagian besar daripada mereka .

Akibat dibuai ketamakan dunia .

Friday, January 16, 2009

Palestin dan Hamas mangsa si kafir dan pemimpin munafik umat Islam !


oleh : kelulut@telokbakong.com

15.01.2009



ALLAHU AKBAR,! SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN HANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA PALESTIN TAPI JUGA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN MASJIDIL AQSA .

YG MERUPAKAN QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM. SEMOGA MEREKA WAFAT DALAM KEADAAN SYAHID, INSYA ALLAH. MARILAH KITA BERDO'A SEMOGA ALLAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA".

Sudah hilang minat terhadap politik malaysia sejak perang Gaza meletus.Setiap hari tumpuan kepada perkembangan disana.

Pejuang Hamas dan rakyat palestin di Gaza bermandi darah mempertahankan maruah Islam . Mereka benar benar dianiayai oleh musuh dari dalam dan luar .

Anak - anak mereka dibaham oleh peluru dan bom kita hanya mampu simpati beserta doa yang lafazkan.


Kelemahan para pemerintah negara Islam membantutkan semangat umat yang begitu berkobar - kobar mahu membantu saudara seagama disana .

Tetapi apa akan daya puak sekularis yang menerajui gagal bertindak .Malah negara seperti Mesir bersekongkol membiarkan sempadan mereka tertutup rapat agar mudah Zionist Israel membunuh rakyat Palestin.

Pemimpin negara islam berbalah tempat untuk bermesyuarat bukan mahu menyelesaikan konflik ini dengan segera. Mereka pengecut !


Umat Islam kini pula berbondong - bondong memberi derma dan segala kemampuan yang ada.

Fraksi yahudi PLO dibawah pimpinan Mahmoud Abas bagai menangguk di air yang keruh apabila seteru politik mereka Hamas dilanyak . Dengan ' sabar ' menanti kehancuran parti politik islam itu .

Ketika dunia islam mahu yahudi diseret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa .Lidah Mahmoud abas mengatakan tidak perlu .


Tetapi kita yakin para pejuang hamas dan rakyat palestin dipilih oleh ALLAH untuk menerima beban perjuangan ini kerana kemampuan mereka .

Perjuangan mereka menang atau pun syahid !


Allahuakbar !


www.telokbakong.com

Thursday, January 15, 2009

Jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia


Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan-kawasan padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara-negara Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata-senjata yang di haramkan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang-pejuang Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Palestinkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

Sserangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?

Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetaka paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip Recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.

Pendapat saudara tentang tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel.kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?



Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.

Saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekakkan sahaja oleh Israel dan sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?


Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.

Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel danAS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka didekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.

Jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun …bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah?


Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka mnghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.
Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah.

Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…


Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap untuk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?

Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik agal,pertubuhan-pertubuhan NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu. Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media. Jiakalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.


Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?

Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini. Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini. Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel. Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.

Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiti .TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?

Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut. Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau. Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…

Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?

Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak. Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang erlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis. alau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam. Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum. Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.


Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?


Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.

Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ?apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan Sabit Merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.

palestinekini.info

Thursday, January 1, 2009

2009 Tahun Reformasi Pakatan Rakyat

Kalau bukan kami yang tempang yang bersusah payah berkompang hingga menang hingga dijulang...


Maal Hijrah telah berlalu ,hari ini 1 Januari 2009 muncul.Apakah berbangga kita melihat siaran langsung sambutan tahun baru di TV 2 semalam.Begitulah saban tahun kita di hidangkan pelbagai acara yang tidak memberi faedah.Bukan anti kepada hiburan namun biarlah berpada-pada.Gua pun rockers juga tapi setiap malam sambutan tahun baru pasti memerap di rumah kerana pelbagai musibah menanti diluar.Faham-faham sendirilah apabila golongan muda-mudi hilang kawalan di malam keramat mereka ini.

Terlalu hengke(syok tahap gaban) menyambut tahun baru sedangkan dugaan dan rintangan hidup dunia sedang menanti kita.Dari sudut ekonomi umum sudah mengetahui berapa ramai sedang menghitung hari untuk di buang kerja.Akhirnya Najib terpaksa mengakui hakikat ekonomi Malaysia tidak segagah mana di tambah juga dengan kenyataan pakar ekonomi tempatan.Inilah bakal PM kita yang sentiasa berbohong tanpa berfikir panjang menonjolkan tahap pemikiran Menteri Kewangan yang amat memalukan.

Penghujung 2008 kita di kejutkan dengan serangan Israel Laknatullah di Semenanjung Gaza.Namun kita masih gembira lagi menyambut tahun baru?Sungguh hina tingkahlaku kita ketika mana saudara kita bermercunkan tembakan peluru berpandu kita terpesona melihat ke langit taburan cahaya menghiburkan.Seluruh dunia bagai di rasuk dengan kemenangan Obama,penulis diawal dulu telah menyatakan Obama hanyalah kosmetik yang silih bertukar ganti,tiada memberi apa-apa makna kepada dunia Islam kerana rohnya adalah berbangsa Yahudi Zionis.

Senario politik Malaysia yang haru biru menambahkan rencah masalah di fikiran kita.Kini bermulalah episod mengila media setiap kali menjelang pilihanraya.Tak perlu dah bukak suis tv kerana sudah tahu jalan ceritanya.Inilah manusia yang sering mengulangi kesilapan sama.Sejarah Permatang Pauh berulang lagi di Kuala Terengganu.Saksikanlah rancangan ulangan di media-media yang kehabisan idea,anggaplah ia sekadar hiburan ringan untuk anda.

Apakah yang menarik di tahun baru ini,semuanya mengerikan sahaja.Masih ada harapan iaitu Harapan Baru Malaysia gagasan DSAI.Boleh percaya ker,nasihat penulis jangan harap buat masa ini.Jadikan tahun 2009 TAHUN REFORMASI PKR dahulu baru boleh mengharapkan Harapan Baru.Anwar telah melakukan kesilapan demi kesilapan,hanya mendengar pendapat orang di sekelilingnya sahaja.Maka muncullah aneka masalah PKR di setiap negeri.Puncanya adalah masih ramai Adun dan Ahli Parlimen PKR terbawa-bawa akidah umno yang dianuti dahulu.Suara rakyat marhaen yang mengundi di layan sambil lewa.Berebut-rebut mereka ingin menjadi Qarun.Tukang tampal poster dan reformis sedang memerhati,jikalau tiada perubahan ke arah positif jangan terkilan PRU 13 tsunami melanda Pakatan Rakyat pula.Ini adalah kenyataan kecewa dari rakyat di ceruk-ceruk kampung yang baru mula nak mengenal dan menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat.DSAI dan pemimpin PR pejamkanlah lima-lima inderamu seketika dan bukankan pula pintu hatimu dikit demi sedikit...pasti kaukan mengerti hasrat murni dan suci rakyatmu ini.

Pandangan peribadi penulis pula,renceh le telinga aye namun nak nyokong Umno dan BN ijak sekali.Marahkan nyamuk jangan di perun(dibakor) kelambu nanti dapat chingkuyu.Buang yang meragam,ganti yang mempone akidah dan koje buatnye.PRU 13 takkan tak sangka menang lagi kot,tapislah calon dari sekarang,yang hampeh lempokan jer.Ambik benih baik punya je...hehehe.

Akhir kalam,sokong Pakatan Rakyat,bukan semua yang meragam.Rakyat berhak menegur,nasihat...tak mahu dengo sendiri mahu ingat!!

Wednesday, December 31, 2008

Gotong Royong Di Tanah Perkuburan Changkat Melintang


Kelihatan jentera sedang membersihkan tepi parit untuk pemasangan kelubung yang menghubungan rizab perkuburan di seberang.

Kerjasama TBO dengan penduduk Telok Bakong telah berjaya mengadakan gotong royong di Tanah Perkuburan Changkat Melintang.

Usaha murni ini perlu dilakukan untuk memperluaskan lagi tapak perkuburan yang semakin sempit ruangnya.Pemasangan pembentung juga telah berjaya di siapkan.Saudara Msinc dan Nazri dari TBO telah mengadakan kerjasama dengan Tok Sidang Bakar dan penduduk tempatan berganding bahu menjayakan program ini.

Moga di masa akan datang kerjasama ini dapat diteruskan lagi.

Linkwithin