Kerajaan tidak menjaga kebajikan pekerja swasta,mengambil sikap lepas jangan.Akta buruh yang sudah berkulat dan berlapok masih diterima pakai.Kebajikan pekerja yang diperuntukan dalam akta buruh ini adalah terlalu minimum dan tidak memcerminkan perubahan kehendak2 pekerja.
Akta buruh perlu di revise.Tetapi siapa yang berkemampuan untuk berbuat demikian pada kerajaan yang tidak efisien ini.Majikan telah memonupilasi sepenuhnya kelemahan akta ini.Ianya meliputi pemberian cuti cuti tahun,pemberian bonus yang dibuat sesuka hati,kenaikan gaji yang tidak menentu serta lain lain faedah yang tidak mencerminkan perubahan zaman.Sebagai contoh pemberian cuti tahun,kebanyakkan majikan cuma memberi faedah yang paling minimum sebagai mana diperuntukkan dalam akta buruh.Ini menyebabkan bilangan cuti tahun pekerja swasta jauh ketinggalan jika dibanding sektor awam.
Kerajaan yang sedia ada tidak ada usaha untuk mengubal akta buruh yang baru bagi menjamin kebajikan pekerja terpelihara.Kelihatannya seperti kerajaan cuba melindungi kepentingan kapitalis daripada mendahulukan kepentingan pekerja.
Apa Komen Pembaca..
Apa Komen Pembaca..
- Anonymous said...
- Mansuhkan Akta Kerja 1955 dan gubal akta baru yang menjamin
kebajikan pekerja. Had gaji perlindungan perlu dinaikkan dari RM1,500.00
ke bawah, ke had gaji yang baru iaitu RM5,000.00 serta pelbagai faedah
pekerja seperti hak dan faedah pekerja di Peranchis.
- Anonymous said...
- Akta Kerja 1955 digubal sebelum Hari Merdeka 1957. Sudah sampai
masanya Akta ini dimansuhkan dan digantikan dengan Akta yang baru yang
dapat menjamin kebajikan pekerja.
- Anonymous said...
- Akta Kerja 1955 tidak perlu disemak kerana kuasa semakan
undang-undang tidak akan mengubah kandungan akta. Yang perlu
dilaksanakan adalah pemansuhan dan digantikan dengan yang baru.