TANAH RIZAB MELAYU
Wanita Umno menggesa Kerajaan Negeri mematuhi dan memastikan semua tanah-tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan diganti WAJIB semula mengikut Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing bagi tujuan mengekalkan pegangan tanah-tanah rizab untuk orang Melayu.
Saya difahamkan, malangnya, bahawa ada beberapa negeri dimana Tanah
Rizab Melayu kian terhapus tanpa gantian wajib. Jika digantipun, tanah
gantiannya tidak setaraf terutama dari segi nilai komersialnya. Saya
ingin mencadangkan supaya pindaan undang-undang dibuat dengan memberi
kuasa kepada Peguam Negara bagi pihak kepentingan umum ‘public interest’
untuk membuat permohonan terhadap Kerajaan Persekutuan maupun Kerajaan
Negeri untuk ganti serupa Tanah-Tanah Rizab Melayu yang telah dilupus
tanpa diganti semula.
Saya juga menyarankan apa juga tindakan untuk menggantikan semula Tanah-Tanah Rizab Melayu dan menambah jumlah Tanah Rizab Melayu sebagaimana kadar ditetapkan dalam perundangan dapat dilakukan sesegera yang mungkin. Jangan lagi bertangguh-tangguh, memberi seribu satu alasan teknikal yang akhirnya kita nanti akan dipersoalkan oleh anak cucu kerana gagal mengurus kuasa dan mewariskan sebuah negara yang induknya berkepentingan Melayu. Jadikan sasaran untuk memenuhi kuota Tanah Rizab Melayu sebagai KPI Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional.
Saya selaku Ketua Wanita Umno Malaysia menghulur tangan tali persahabatan, tali silaturrahim kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum, tidak kira apa fahaman politik, maupun parti, tidak kira apa agama, maupun bangsa, marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita kecapi.
Marilah kita balik ke pangkal jalan untuk meluncur kehadapan dan
bersatu membina negara yang lebih berjaya dan lebih mulia di bawah
kepimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri
kita.
4 comments:
Pi mampos lah umno penipu.
Boleh percaya ke cakap cakap perempuan(saja tak nak guna perkataan wanita, kerana kalau wanita sudah pasti mempunyai budi pekerti yang luhur dan tidak mencuri wang untuk memelihara lembu)umNO ni. Kalau betul prihatin mengapa penempatan penempatan orang Melayu di sekitar K.L di musnah kan. Misal nya Kampong Cubadak. Kini tanah tanah rezeb Melayu sudah semakin berkurangan baru nak bertempik dan melolong.Boleh jalan lah dengan keperhatinan kamu itu.
Nak ganti tanah mana lagi? Semua tanah yang strategik dan bernilai UmNu kasi sama cukong! Kg. Chubadak, Kg. Berembang nak ganti tanah mana? Ke nak ganti dengan tanah celah kangkang kera?
Bani Melayu mana ada yang cerdik mudah ditipu oleh pemuka-pemuka yang taik rasuah.Yang peliknya Bekas Ketua Hakim pun turut menjadi bodoh,beliau menyeru supaya melayu UMNO dan PAS bersatu untuk mempertahankan tanah rizab melayu,beliau taktau ke PM,TPM,RAJA-RAJA serta MB-MB tu melayu (UMNO) belaka kecuali Penang dan Sabah serta Serawak.Ditangan-tangan merekalah nak lulus atau tidak sesuatu projek yang melibatkan TSM.Geng-geng nie yang dok gasak duit tokei-tokei serta pantat-pantat betina sebagai habuan kerana. meluluskan sesuatu projek.
Post a Comment