Laksamana Pertama(B) Hj Imran Abdul Hamid masih merupa ahli Pas walaupun
beliau diumum calon PKR untuk kerusi Lumut oleh DS Anwar. Menurut PJ
Perak,Ustaz Abu Bakar Husein,Dato Presiden telah memberi restu untuk
Laksamana Pertama(B) Hj Imran untuk bertanding atas tiket PKR di
Parlimen Lumut.Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Abu Bakar Husein di
majlis Liqa alfikri Negeri Perak ,malam kelmarin.
Pakatan dapat 120 Parlimen, 9 negeri
Harakah, | 06 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak jangkaan bahawa Pakatan Rakyat mendahului BN sekurangkurangnya 120 kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 serta dapat menguasai sembilan negeri.
Itu adalah unjuran PAS.
Laporan daripada strategis ‘war room’ Umno pula mendedahkan BN akan hilang 20 kerusi sebaik Parlimen dibubar kerana masalah calon dan perebutan kerusi yang meruncing.
Perkembangan ini benar-benar mencemaskan Najib Tun Razak dan BN seluruh negara.
Umno Gua Musang pecah dua
Harakah, | 06 Apr 2013 |
Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi diberi laluan mudah untuk mempertahan kerusi yang disandangnya.
Malah Umno Gua Musang sekarang berpecah kepada dua iaitu Umno Semangat 46 dan Umno Baru.
Umno Baru yang diketuai bekas ketua bahagian, Mohd Saupi Deraman dikatakan semakin berpengaruh.
Malah beliau turut bergabung dengan Ketua Wanita, Hazani Mohd Noor, Ketua Pemuda, Datuk Bazlan Baharuddin dan beberapa lagi anggota jawatankuasa termasuk Wahad Yunus serta Aziz Mamat.
Manakala kumpulan Tengku Razaleigh hanya disertai Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah dan Adun Galas, Abdul Aziz Yusoff.
3 comments:
hehehehe...geli dan nak tergelak dengan unjuran PAS ni!!!!
Hoi PAS, kau akan kelah teruk dlm PRTU 13 nanti...
Kelantan daan Kedah akan diambil semula oleh BN...
Semua negeri akan dikuasai oleh BN..
PAS lu syok sendiri laaaaa
Semua negeri???...jangan buat lawak bro..hi..hi..kalau nak propaganda tu tu agak agak la..
Mimpilah wei nak amik kelantan,cari sorg menteri besar umno mcm nik aziz bru org kelantan undi..kalu xde yg same yg hampir same pn xpelah,ade ke?mmg xde so simpan jelah hajatmu..
Post a Comment