Saturday, January 26, 2013

Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri..!!!Dua Banner Fitnah Digantung..Dimana ada PR berceramah,disitu UMNO buat ceramah juga


                     Baru-baru ini ceramah perdana Gelombang Perakite di rumah saudara Megat di Kampung Senin Layang-Layang Kanan Parit bersama mantan Menteri Besar Perak YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin,turut hadir YDP PAS Parit Ustaz Ismi,Ketua Dewan Muslimat PAS Parit Dr Najihatulsolehah dan Ketua Cabang PKR Parit Tuan Haji Usaili Alias.

                     Rupa-rupanya tidak jauh dari tapak ceramah Pakatan Rakyat (PR),UMNO pun turut sama memeriahkan Kampung Senin dengan ceramah juga,jarak antara kedua-dua tapak ceramah ialah lebih kurang 70 meter sahaja,menurut kata juruacara ceramah UMNO, tajuk ceramah mereka ialah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri.


                     Hairan juga tengok UMNO ni,sudah mula banyak buat ceramah-ceramah macam Pakatan Rakyat,mungkin persediaan,manalah tahu akan kecundang lepas PRU ke 13 nanti,di pentas-pentas macam ni lah akan mereka gunakan juga.Di media-media tv,surat khabar sudah tidak dapat sambutan jadi gunalah pentas ceramah untuk menyampaikan maklumat mereka.Sepertimana yang belaku baru-baru ini Utusan,Surat khabar yangg utama UMNO telah di saman oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana telah memfitnah DSAI,jelas Utusan punya berita tidak boleh dipercayai,hanya yang boleh percaya kat paper tu ialah keputusan no ekor 4D magnum,toto dan kuda aje.

                      Sejumlah 2 banner besar telah digantung yang menyatakan Dato Seri Nizar Jamaluddin Pembohong.Satu daripadanya digantung dihadapan Sek Ren Keb Layang Layang Kanan.Ini lah langkah terdesak Umno untuk meraih sokongan rakyat.


                 Geng Botaonline (TBO tak dapat nak ikut,sebab hari tu pakai baju 'Menuju ke Putrajaya'..hi..hi.takot kantoi pulok ngan geng Umnu ni..) telah pergi menerjah ke port ceramah UMNO pada malam itu dan mendapati tiada isu nak hentam PR,hanya mainkan cerita-cerita lama terutama isu YB Nizar Jamaluddin yang kononya pembohong besar,tapi sebenarnya UMNOlah yang telah melakukan pembohongan yang besar.Isu paling hangat dikatakan oleh penceramah UMNo ialah tentang Debat antara Nizar dan Zambry yang akan diadakan pada esok malamnya.Menurut penceramah, Zambry tidak mahu melayan pelawaan Nizar sebab Nizar tidak layak berdebat dengannya dan Nizar pembohong besar,..betul ke ni..atau takut nak berdebat......???

                Sebelum ini gangguan-gangguan ceramah PR selalu dibuat di sekitar Ipoh dan Batu Gajah tetapi tempohari di kawasan Parit pun UMNO sudah mulai membuat.ceramah bersiri. Namun kehadiran di ceramah PR adalah lebih ramai berbanding dengan ceramah UMNO itu.Dianggarkan ceramah DSNJ menerima lebih 300 kehadiran.Manakala ceramah Umno itu menerima tidak sampai 100 orang kehadiran.Gangguan ini diteruskan juga semasa geng Umno ini bersurai dan melalui tempat ceramah PR.Seorang pemandu motorsikal telah me'rem' motorsikal nya sebanyak 2 kali bertujuan untuk menganggu ceramah.Ingatkan orang orang muda..tetapi rupa rupa nya warga emas yang totok umnuu gamaknya.Manakala ada pemimpin umno yang melalui kawasan ceramah PR,memandu dengan agak laju yang boleh membahayakan pengikut pengikut PR.

                Ceramah UMNO tamat pada jam 11.30 malam (mungkin kerana kekurangan modal),tetapi ceramah PR tamat dalam pukul 12.15 tengah malam.Sebelum mengakhiri ceramah Dato' Seri Nizar membawa hadirin ke sessi tayangan video suasana di pagi hari raya Aidilfitri yangg lalu dimana Najib,Rosmah dan beberapa orang Menteri berjoget apabila lagu Anak Kampung dimainkan dan dinyanyikan oleh artis jemputan.

Sumber


 Msinc TBO-Kalau Macam Ini lah UMNO Berkempen,Pasti Terkubur Di PRU 13 Nanti (Tak De Stail Langsung..Ye lah..yang pandai pandai dah ramai masuk PR..hi..hi..)

2 comments:

Anonymous said...

ate ape ditunggu lagi kome gunikan aje orang umno.usah banyak kire

Anonymous said...

PAS,PKR dan DAP menang besar pada tahun 2008 bukan kerana rakyat mahukan PR akan tetapi BN kalah besar disebabkan oleh pimpinan Pak Lah yang lemah. Lihat lah 5 mei ini, PR akan angkat bungkus di semua negeri yang dimenanginya pada pilihanraya lalu. BN akan menang besar atas pimpinan Dato Seri Najib yang menyentuh setiap lapisan rakyat kecuali mereka yang mendapat manafaat akan tetapi tak tahu berterimakasih sebab otak mereka penuh dengan prasangka buruk. Orang2 macam ni elok dihantar ke Myanmar, indonesia atau India. Setelah itu baru mereka tahu beruntungnya tinggal di Malaysia dibawah kerajaan yang membela kebajikan rakyatnya

Linkwithin