Monday, September 1, 2008

Dunia Hiburan : Drama Ta'in Mula DiTayangkan Kome!!

Kiri Sekali Saudara Ree Kasu pelakon paling glamer dari Telok Bakong.Lokasi Reban Kambing Padang Koba.Banggenye aku..hehe.


Drama bersiri Ta'in yang telah menjalankan pengambaran sebanyak 13 episod di sekitar kampong Telok Bakong pada Mei lalu,telah mula disiarkan di TV3 mulai ahad ini bermula dari pukul 9.00 malam.Drama tersebut akan disiarkan setiap hujung minggu,manakala ulangan untuk siri drama Ta'in yang terdahulu disiarkan pada hari Jumaat pada pukul 2.30 tengahari.

Drama bersiri tersebut turut dibintangi oleh pelakon terkenal tanahair seperti Wahid Senario,Fauziah Nawi,Sheila Rusly,Kazar (Degawan),Shamsul Ghau Ghau dan lain-lain lagi.Drama ini mengisahkan tentang kehidupan sosio-ekonomi penduduk luar bandar dalam menangani permasalahan permasalah yang melanda kampung halaman mereka.Secara khusus ianya mengesahkan tentang perjuangan seorang anak muda yang bernama Taen untuk membetulkan segala kepincangan-kepincangan yang berlaku disekitar kampung halamannya.Perbuatannya ini telah disalahanggap oleh penduduk dan menyebabkan Ta'in difitnah.Unsur unsur agama dan nasihat turut dijadikan teras kepada jalan cerita menyebabkan drama ini mempunyai nilai dan impak tersendiri.Pengarah untuk drama ini ialah Saudara Jinggo yang juga merupakan suami kepada Sheila Rusly.

Drama ini juga turut menampilkan bakat-bakat warga Telok Bakong seperti Encik Zambri b. Mohd Yatim (Ree Kasu) yang memegang watak penting sebagai imam.Beliau merupakan orang lama perfileman tanahair.Pernah membintangi filem Bukit Kepong,Driver dan banyak lagi drama drama tempatan.Manakala beberapa orang penduduk kampung lain juga turut menjayakan drama tersebut.Mereka adalah Alang Kering,Gee Usop,Mat Gyver dan ramai lagi.Keseluruhan drama ini mengunakan loghat Perak,menjadikan ianya merupakan kebanggaan masyarakat setempat.Pelakon yang berasal dari luar Perak didapati berupaya menguasai loghat ini dengan baik.Gaya lakonan yang begitu berkesan didalam drama ini lahir dari sikap dedikasi pelakon pelakonnya dan juga skrip yang tidak mengongkong pelakon,yang mana pelakon bebas untuk menokok tambah bagi mengelakkan kejanggalan berlaku.

Malam kelmarin,penulis telah berkesempatan berbual dan beramah dengan En Zambri di Warung Light Park Cafe' sambil menonton drama tersebut.Beliau telah menyeru supaya produser drama dan filem agar dapat menjadikan Telok Bakong sebagai lokasi pengambaran mereka.Untuk pengetahuan,kampung ini pernah dijadikan lokasi penting untuk pengambaran filem "Jimi Asmara" dan juga Drama mega "Kota Setia".Menurut beliau,Kampung Telok Bakong,melengkapi segala ciri dan aspek untuk mengambarkan kehidupan masyarakat luar bandar yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain.

Sesungguhnya dengan tersiarnya siri drama ini telah berjaya memperkenalkan nama Kampung Telok Bakong di mata rakyat Malaysia.Ia juga dapat memperkenalkan bahasa dan budaya negeri Perak kepada masyarakat umum.Bagi penulis,sewajarnya drama ini dijadikan tauladan dan sempadan kepada masyarakat seluruhnya, kerana apa yang digambarkan didalam drama ini adalah gambaran sebenar yang benar benar berlaku pada masyarakat kini.


msinc:kepada sesiapa yang berminat nak belajor cakap Perak,kena tengok drama ni..tak paham?tengok kamus paghit dalam ni..tak paham juge..tanya We Dasan..dia ni master..

KTB:Piame...tak tau tanya We Dasan..

No comments:

Linkwithin