Sunday, July 27, 2008

Ustaz Nasharuddin : Muzakarah Tiada Dalam Agenda Pas



Majlis Ceramah Isu Semasa Di Stadium Mini Manjoi malam tadi di hadiri oleh MB Perak Dato' Seri Ir.Hj. Mohamad Nizar Jamaludin,Pesuruhjaya Pas Perak Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharudin.


Penjelasan beliau mengenai lokasi pertemuan pertama 10.3.2008 dengan Perdana Menteri di adakan di sebuah rumah di Jalan Bellamy,Kuala Lumpur atas jemputan beria-beria dari pihak Umno.Tawaran jawatan di berikan dari Umno di tolak oleh pihak Pas.Berhajat besor merayu Pas bergabung dengan BN.

Pertemuan kedua 23.4.2008 di adakan di Pejabat Perdana Menteri selama 45 minit,berkisarkan isu islam dan reformasi parlimen.Pertemuan di luluskan Dewan Syura Ulama.

Sehingga pertemuan ketiga juga tiada wujud perkataan muzakarah dari PAS.Mainan pihak media BN menunjukkan seolah-olah ada pertembungan antara TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi Awang.TG Hj Hadi menyatakan isu muzakarah tutup fail,hanya muqabalah sahaja boleh di teruskan kerana muzakarah hanya keluar dari mulut puaka Umno sahaja.Bukan agenda dari PAS.

Kepada ahli-ahli PAS kita dididik dengan Al-Quran,bukan budaya kita mengejar jawatan walaupun itu gula-gula murahan dari Umno.Ustaz Ahmad Awang juga terpaksa meminta bantuan Polis mengelak pertemuan dari YB dari Bagan Datoh(rase nye buleh agak) dan YB dari Pahang(tidak di sebut nama,kome agak le) setelah di buru dari Ipoh ke Gunung Semanggol untuk menggunakan pengaruhnya mengajak Adun PR bergabung bersama mereka.Rayuan cumbu rayu,rasuah dan akhirnya ancaman menjadi taktik Umno ingin menawan Adun Perak gagal mencapai sasaran.

Semakin terserlah Umno terdesak dan mencari dahan-dahan untuk berpaut.Maka nampak dahan yang kukuh iaitu Pas untuk di perkudakan namun kebijaksanaan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menyelasaikan perangkap Umno.Reformasi Kekal Abadi Untuk Pakatan Rakyat yang diyakini.

No comments:

Linkwithin