Wednesday, July 25, 2012

Siri 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman 1


HADIS 1: TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR
ZAMAN

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan:
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
1) Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
2) Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
3) Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
4) Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dancontoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitu bid'ah hasanah).

Monday, July 23, 2012

Program Bersama Dato Seri Nizar Jamaluddin Di Layang Kiri


Sila datang beramai ramai program bersama Dato Seri Nizar Jamaludin pasa 24 hb Julai 2012-Solat Tarawih dan Tazkirah di Masjid Layang Kiri.

Hutan Hujan Kita Terancam Oleh Manusia Yang Rakus

Kepentingan hutan kepada kehidupan manusia adalah tinggi.Hutan mempunyai kesinambungan kewujudan manusia diatas muka bumi ini.Ekosistem adalah berkait langsung dengan hutan.Musnah hutan bermakna telah musnah lah ekosistem sesuatu kawasan.Apabila suatu ekosistem musnah secara tidak langsung akan merubah habitat suatu tempat.Hutan mestilah dipelihara untuk menjamin kelangsungan ekosistem.Ianya adalah bertujuan untuk kengekalkan habitat dan iklim sesuatu kawasan.Penebangan hutan yang tidak terkawal boleh membawa bencana darisegi kawasan tadahan hujan,saliran,suhu dan lain lain.

Sesungguhnya penebangan balak ini haruslah dibuat secara berhati hati dan mempunyai suatu sebab dan alasan yang kukuh.Penebangan yang disebabkan untuk mengaut keuntungan peribadi dan didasarkan dari perasaan tamak dan haloba adalah di larang.Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Parit, Tuan Haji Usailli Alias dalam salah satu siri ceramahnya telah mendedahkan kepincangan Umno Parit diperingkat tempatan.Menurutnya Umno Parit telah bertindak menceroboh dan membelakangkan sifat sifat memelihara khazanah alam sekitar apabila telah meneroka Tanah Hutan Rezab Melayu sebanyak 400 ekar daripada 2000 ekar keseluruhan.Hutan Rezab Melayu tersebut dipercayai sebagai kawasan hutan antara yang tertua di dunia. 300 ekar telah diberikan untuk penternakan kambing Boer.Penternakan kambing yang sepatutnya diberi pada penduduk tempatan akhirnya terlepas ke tangan orang lain dan cuma 2 orang penduduk tempatan diambil bekerja.Manakala 100 ekar selebihnya diberikan kepada Yayasan Parit.Ianya dijual kepada taukeh taukeh dengan nilai RM 900,000.Persoalannya kemanakah perginya duit ini.Duit dari penjualan tanah tersebut sepatutnya dapat dinikmat oleh semua penduduk tempatan tanpa mengira parti untuk tujuan pendidikan,kemasyarakatan,ekonomi dan sebagainya.Tanah Hutan Simpan Rezab Melayu telah tergadai.Tanah Rezab ini sepatutnya digantikan dengan tanah seluas mana yang diambil.Adakah tanah ini diganti?.Sepatutnya perkara ini disiasat kerana dikhuatiri berlakunya menyelewengkan duit dari penjualan tanah tersebut.

Masih ingatkah anda tentang Lapangan Terbang Baru yang hendak dibina di Seri Iskandar.Projek Lapangan Terbang ini dirancang untuk mengantikan peranan Lapangan Terbang Sultan Azlan di Ipoh berikutan kesesakan disana.Projek ini telah dirancang seawal tahun 1990 lagi.Penduduk daerah Perak Tengah telah digembar gemburkan tentang projek tersebut terutamanya di musim pilihanraya.Kononnya dengan adanya projek lapangan terbang ini akan meletuskan lonjakan ekonomi bagi penduduk tempatan.Kesan tirisan kebawah ekonomi dijangkakan akan berlaku apabila penduduk mendapat kerja dari kewujudan lapangan terbang tersebut dan kegiatan ekonomi akan bertambah rancak akibat wujud perniagaan perniagaan disekitar projek tersebut.Penduduk terbuai dengan mimpi mimpi indah ditambah lagi ada khabar khabar angin yang menyatakan terdapat tanah tanah penduduk yang akan dibayar dengan pampas an yang tinggi akibat pengambilalih tanah .Namun setelah bertahun tahun berlalu tiada bayangan bahawa projek itu akan diteruskan.Dimana janji janji yang ditaburkan oleh pemimpin,mana janji janji yang perlu ditepati itu.Kenapa semua nya tinggal sepi tanpa ada sebarang kenyataan hitam putih mengenai projek bekenaan.Kenapa projek yang pernah dianggap begitu penting kepada kemajuan pengangkutan udara negeri Perak ini begitu mudah dibatalkan.
Sekiranya anda menginap di sekitar tapak projek atau pun Bandar Seri Iskandar beberapa tahun yang dulu.Anda akan mendapati banyak balak balak dikeluarkan dari kawasan ini,maklumlah hendak mengadakan satu satu projek,tapak mustilah disediakan.Ini bermakna hutan mustilah diterang.Balak perlu dibuang dari kawasan tersebut.Maka berpuluhan lori keluar masuk mengangkut balak ini.Setelah bertahun berlalu tiada batu bata yang diikat,tiada cerucuk pun yang ditanam,tiada jalan tar yang diturap.Tapak projek tinggal sepi tanpa ada apa apa aktiviti.Yang pastinya seseorang atau sekumpulan telah berjaya mengaut keuntungan daripada balak balak yang ditebang.Manakala projek yang dijanjikan tinggal kenangan.Bukannya susah nak cari keuntungan segera.Laungkan projek projek untuk rakyat,kemudian tebang balak buat keuntungan dan biarkan rakyat terkebil kebil biji mata menanti buah yang tidak gugur gugur.Buat iklan dalam TV bahawa kami menepati janji.Rakyat yang tidak celik minda tertipu hidup hidup.Keluarlah dalam iklan TV dan radio yang melaungkan “kami memperjuangankan nasib dan mertabat bangsa”.
Dimana BN kuat disitulah ramai Melayu yang merempat.

Monday, July 16, 2012

Nizar Jamaludin vs Hassan Ali ... Lawan Main Karom

Cer kome peratikan antara gambo ni sape yg reti main karom ...kalau peratikan YB Nizar bermain karom bersama rakyat dengan mesra sekali...tak mcm Hassan Ali tak de sape yg sudi nak ajak main karom dengan dia... tak kesior deme nak main ....kesian ..main sorang2 aje le mane buatnye..layan aje le... hehehe...

Pesta Lagu Jalanan 2012 Kumpulan Libanglibu - Lembu Rakus


Persembahan Kumpulan Libanglibu di Pesta Lagu Jalanan 2012 yang berlangsung pada 14 Julai 2012...

Sunday, July 15, 2012

Pesta Lagu Jalanan 2012 , Tahniah Kumpulan Libanglibu memenangi Kategori Persembahan Terbaik ...

PETALING JAYA 14 JULAI : Pesta Lagu Jalanan 2012 berlangsung di Laman MBPJ, Petaling Jaya malam tadi...Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Libanglibu dari Telok bakong , walaupun tidak menjadi juara tetapi kumpulan ini telah berjaya memenangi kategori persembahan terbaik malam tadi ..memang mantap persembahan ala2 konsert Rock lagi.....tahniah juga kepada Juara dan kumpulan2 lain yg turut serta menyertai pertandingan pesta lagu jalanan yang pertama kali di adakan.....


Persembahan Kumpulan Libanglibu berjaya memukau penonton di bawah pentas

Barisan juri yang mengadili pertandingan

Kumpulan Libanglibu memenangi kategori persembahan terbaik..

Thursday, July 12, 2012

Gambar-gambar Sekitar Ceramah Isu Semasa di Selayang Baru

Selayang 11 Julai :  Ceramah mengenai isu-isu semasa telah berlangsung di Jalan 45 Selayang Baru malam tadi...antara yang hadir pada malam tadi ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong ,Che'GuBard dan Leman Raja lawak ...bagaimanapun Pelakon yg memegang watak "leftenan Adnan" Hairie Othman yang sepatutnya berada di sini memberikan ceramah malam tadi tidak dapat hadir kerana sebab-sebab  yang tak dapat di elakkan...ceramah berakhir pada jam 12 tangah malam...





.

Saturday, July 7, 2012

Penyalahgunaan Hak Milik Kerajaan Oleh Partai Umno


               Dalam kehangatan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13,Umno berada dalam keadaan terdesak untuk mengharapkan sokongan rakyat.Banyak cara digunakan termasuklah pemberian BR1M yang dibuat untuk kali kedua,Program Himpunan Belia yang menjijikan itu dan pelbagai cara yang terlalu banyak untuk disebutkan.Untuk memantapkan strategi pilihan raya nya,Umno telah bersiap sedia dengan sebaik mungkin dengan membina bilik gerakan awal awal lagi dalam tempoh 4 bulan yang lalu.Hampir setiap kampung dalam daerah Perak tengah telah mendapat bilik gerakan yang baru.Hal yang sama juga berlaku diseluruh negara.Timbul persoalan untuk membina bilik gerakan yang berjumlah beribu ribu unit di seluruh negara itu mengunakan dana dari sumber apa.Tidak mungkin ianya mengunakan wang dari kutipan yuran ahli Umno yang sebanyak RM 2.00 setahun itu.   

             Tambah memburukan keadaan,pembinaan bilik gerakan tersebut bukan lah diatas tanah yang dimiliki oleh Partai Umno tetapi sebaliknya dibina diatas tanah milik kerajaan.Pembinaan itu dibuat sewenang wenang nya berhampiran Dewan Orang Ramai atau bangunan kerajaan yang lain.Di setengah tengah tempat Umno telah menjalankan kerja kotor dan tidak bermaruah dengan mengunakan Dewan Orang Ramai sebagai markas atau bilik gerakan mereka.Mungkin ketua-ketua mereka tidak cukup cerdik untuk membezakan mana satu hak rakyat,mana satu harta benda Umno.Adalah amat memalukan dalam prinsip demokrasi yang diamalkan,partai yang memerintah mengunakan hak milik kerajaan untuk kepentingan parti.Mungkin mereka tak pernah belajar erti demokrasi yang sebenar.Ramai pemimpin Umno yang pandai politik mengikut selera mereka sahaja tanpa merujuk kepada konsep demokrasi.Mereka mungkin mencampuradukkan konsep demokrasi dengan konsep politik yang lain seperti totalitarian dan autoritarian.Mungkin ini lah saf ampuh yang diinginkan dibentuk oleh Dato Najib dalam menghadapi pilihanraya yang sungguh getir bagi Barisan Nasional.

              Diharapkan pihak Pakatan Rakyat tidak terlepas pandang perkara ini serta membuat langkah langkah yang bijak bagi menghalang penyalahgunaan hak milik kerajaan ini.Pihak pihak yang berwajib mestilah dimaklumkan walaupun mereka sudah sedia maklum.


Msinc – memerhati dengan teliti segala strategi yang dilakukan oleh Umno.Pada msinc, umno kin lama kin terdesak..kin lama kin meroyan…

Linkwithin