Saturday, April 26, 2014

PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di  Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army'  itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata  ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

4 comments:

Anonymous said...

Ini edited dari gambar jenazah kuburnya bercahaya tu.. Orang yg edit n pos kan itulah sebenar2nya BANGSAT... Innalillahiwainnailaihirojiunn...

Anonymous said...

Pengajaran drp kubur bercahaya:

Drp mulut dan jari tu diguna utk memfitnah anwar dan keluarga, alangkah beruntungnya jika mulut dan jari itu digunakan untuk berzikir memuji Allah.

Anonymous said...

Org bg tunjuk gambar jenazah dan kuburnya bercahaya supaya dpt mendekatkan diri kpd Allah. Tapi sayangnya ada pihak yg menggunakan gambar tersebut utk menyambung fitnah serta mengumpul dosa2

batu pelangi said...

Aku kenal dengan semua kaum kerabat
arwah. Mereka orang kuat (tegar)
UMNO. Kakak arwah merupakan org kuat
cawangan kamunting dan suaminya seorg Penolong Kanan disalah sebuah
sekolah di kamunting juga org kuat
UMNO. Salah seorg anak mereka Pegawai SPRM di Putrajaya. Pihak
berkuasa WAJIB ambil tindakan atas
ANJING BANGSAT yg buat fitnah ini!
Walaupun berlainan fahaman politik
fitnah yg jijik ini tak sepatutnya
dilakukan. Tindakan ini akan membuat kaum kerabat arwah dan Datin Wan Azizah terasa dihina.
Kepada Anjing Bangsat yg buat
fitnah ini....lu jaga!

Linkwithin