Thursday, March 24, 2011

Demokrasi Kian Malap di Malaysia…Tolong Selamatkan...





Demokrasi perlu dikekalkan atau perlu telus untuk menjamin rakyat tidak melakukan tunjuk perasaan di jalanan .Sekiranya demokrasi tidak dijalankan dengan telus disesebuah negara demokrasi,maka rakyat akan bangkit melawan satu satu kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan dan rapat umum,tidak melalui pilihanraya.Ini dapat ditunjukkan diseluruh dunia seperti di Filipina dengan kejatuhan Marcos.Suharto di Indonesia.Pendapat ini dilontarkan oleh Tuan Haji Mat Sabu di Ceramah Perdana di Kg Bakar Bata Beruas pada 22hb March yang lalu.Kebangkitan rakyat di negara negara ini adalah disebabkan kerajaan yang memerintah telah menyekat prinsip-prinsip asas demokrasi seperti mengongkong kebebasan media,menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang,menyekat internet serta mengadakan pilihanraya yang tidak adil.Pasukan Keselamatan digunakan untuk mengerunkan parti pembangkang.Kakitangan Kerajaan digunakan sewenang-wenang nya untuk kepentingan parti pemerintah.Tambahan lagi kerajaan yang memerintah mengunakan segala kuasa yang ada untuk mengaut kekayaan untuk parti ataupun perseorangan.

Namun kesabaran rakyat ada batasan nya.Apabila keadaan menjadi terlalu tertekan,maka rakyat akan bangkit menentang dijalan jalan raya.Ini boleh disaksikan di Tunisia dan di Mesir.Berjuta rakyat telah mengadakan tunjuk perasaan.Walaupun ada kawalan dari pasukan keselamatan,tetapi akhirnya mereka mengalah juga kepada tuntutan rakyat.Maka,ujar Tuan Haji Mat Sabu lagi,untuk mengelakkan rakyat turun ke jalan jalan raya,sewajarnya kerajaan yang memerintah sekarang mengembalikan demokrasi kedalam sistem pemerintahan.Pilihanraya perlu dijalankan secara telus berdasarkan prinsip prinsip demokrasi.Pembangkang patut diberi akses kepada media.Media mestilah bebas.Senarai pengundi mestilah tiada penipuan.Kerajaan yang ada sekarang seharusnya diberi tekanan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat dijalankan.Lantaran dari itu Tuan Haji Mat Sabu menyeru dan menjemput semua penyokong penyokong Pakatan Rakyat supaya dapat menyertai Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Saudara Bob Lokman yang diberi tugas sebagai penceramah pertama pada malam itu,mengesa kepada penyokong penyokong Pakatan Rakyat agar menyampaikan atau berdakwah dengan cara lembut dan sederhana kepada ahli ahli UMNO.Penerangan yang jelas dan berhemah perlu di sampaikan kepada mereka agar mereka lebih faham tentang apa yang diperjuangkan olah Pakatan Rakyat.Pendekatan yang keras cuma akan menjauhkan mereka dari kebenaran.sebenarnya orang Umno ini perjuangannya adalah perjuangan cari makan dan mereka ini bukan lah bergitu bersungguh sungguh memperjuangkan parti mereka.Sekiranya kaedah yang betul digunakan,nescaya mereka akan berubah.Beliau juga menceritakan tentang mengapa beliau berhijrah kepada perjuangan Islam.Perubahan ini dilakukannya disebabkan beliau percaya kerajaan boleh mempengaruhi sosio-budaya rakyat.Kerajaan yang baik diperlukan untuk memerintah negara agar dapat membawa rakyat bertakwa kepada Tuhan.

Tuan Haji Dr Khairuddin Dato Malek selaku Badan Perhubungan Pas Perak mengesa kepada pemandu kenderaan yang mempunyai saman ekor supaya tidak membayar saman meraka.Ini adalah kerana menurut beliau saman ekor yang dikenakan adalah tidak adil kepada rakyat,dan tindakan menyenaraihitam oleh JPJ adalah tidak mengikut undang-undang.Beliau menegaskan bahawa 35% wang kutipan dari saman ekor ini tidak sampai ke tangan kementerian kewangan,tetapi sebaliknya disapu oleh 2 syarikat swasta yang dilantik dari kroni Umno dan MCA.Tambah beliau,Mengapa tiada syarikat kroni dari MIC.Pakatan Rakyat juga ada menyediakan bantuan guaman percuma kepada rakyat yang menghadapi masalah saman ekor ini.
Msinc-Sependapat dengan Bang Mat…dah jelak dengan politik lucah tajaan UMNO ni…

No comments:

Linkwithin