Monday, March 15, 2010
Ceramah Umum Umno di Stadium Bakri Rais Bota lesu dan tidak mendapat sambutan.
Bota Kanan - Ceramah UMNO di Stadium Bakri Rais kelihatan tidak bermaya dengan kehadiran penduduk yang tidak memuaskan, cuma kira-kira 800 orang sahaja yang hadir walaupun berita kedatangan DS Zambri telah diwar-warkan di setiap masjid dan surau diseluruh Perak Tengah.promosi yang hebat dan ditambah kenderaan yang melaungkan kunjungan itu kehulu dan kehilir disepanjang jalan dari Parit ke Kg Gajah,dari sebelah kiri dan kanan Sungai Perak.
Kelesuan ini digandakan lagi dengan ketidakhadiran Zambri yang terpaksa bermesyuarat di Putrajaya. Sepatutnya DS Zambri lebih mendahulukan urusan untuk berjumpa rakyat daripada urusan parti,sesuai dengan slogan “Rakyat Didahulukan”.
Penceramah-penceramahnya banyak membuat penekanan terhadap hak keistimewaan Melayu yang kononnya cuba dipertahankan oleh UMNO. Sebenarnya UMNO cuba memainkan isu tersebut untuk meraih sokongan rakyat. Perjuangan UMNO hanyalah untuk mempertahankan hak keistimewaan pemimpinnya sahaja.Tajuk Program Beramah Mesra Dengan Rakyat itu sepatutnya ditukar kepada Program Beramah Mesra Dengan ahli UMNO kerana ianya banyak dihabiskan dengan ceramah mengecam DS Anwar dan DS Nizar Jamaluddin dengan hujah hujah yang dangkal sehingga mengelisahkan sebahagian pendengar.
Melalui program lawatan DS Zambri ini juga telah menunjukan bahawa UMNO telah mula mengakui politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana didalam aktiviti yang dirangka untuk Zambri termasuklah majlis Qiamulail di Masjid Bota yang akan disertai oleh DS Zambri sendiri, secara tidak langsung DS Zambri telah mengikuti jejak langkah yang telah dirintis oleh DS Nizar. Agama adalah suatu cara hidup, ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Agama juga menentukan bagaimana dan cara mana politik hendak dijalankan. Kita sebagai umat Islam mestilah berpolitik mengikut ajaran agama.Maka jika ada golongan yang menolak berpolitik secara Islam,ianya haruslah ditolak.
Politik tidak seharusnya disangkutkan dipagar masjid,seperti yang menjadi amalan UMNO. Program ini diteruskan dengan Majlis Malam Kesenian Dan kebudayaan anjuran Pemuda UMNO Parit dengan menampilkan kugiran serta penyanyi 60an. Para penonton dibiarkan bercampurgaul antara lelaki dan perempuan. Sebanyak kira-kira 7 atau 8 buah bas telah digunakan untuk membawa penduduk dari kalangan Orang Asli bagi memenuhi acara tersebut.
Msinc: nak tegur sikit Ustaz Nizar, Ahli Parlimen Parit, mengapa gambar babi masih ada lagi dalam blog Pemuda UMNO Parit..apa perasaan anda dengan membiarkan blog berkenaan berterusan menyiarkan gambar tersebut?
Penulis:
msinc
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment