Wednesday, July 29, 2009

Apa PR perlu fokuskan!!

Di dada akhbar hinggar binggar dengan pelbagai isu yang menampakkan pelbagai usaha BN memberi persepsi yang lunak didengar dan sedap mata memandang.Era Najib bermula dengan strategi untuk memulihkan imej dimata rakyat.1 malaysia di gembar gemburkan hinggakan salam di radio pembuka berita dimulakan dengan 'salam satu malaysia'.

BN menukar strategi dengan pelbagai usaha yang mengaburi mata rakyat dengan kurang bercakap mengenai politik sebaliknya pelbagai projek di sana sini 'untuk mendahulukan rakyat'.Inilah perubahan di era najib.Bagi PR di harapkan tiada mengikut rentak tari yang dimainkan oleh BN dan Umno.Jentera parti seharusnya telah bergerak dengan senjata ampuh.Kelesuan dirasai dikalangan penyokong PR.Kerana apa?Adakah tiada kuasa(di Perak) maka semua boleh bersenang - lenang.

PKR Perak 'hidup segan mati tak mau'.Tiada nampak aktiviti mendampingi masyarakat dan kalau ada hanya orang yang sama sahaja.PAS hanya mengharapkan populariti AP Ir Nizar sahaja.Bila ada Nizar baru semua turut serta,tumpo kome Yeop Nizar nak melawan propaganda sesorang.

Bila ada isu besor baru semua nak ke depan , nonjoikan diri.Zaman dah lama berubah,tahap pemikiran harus berbeza dengan era sebelum PRU 12.Hargailah rakyat sama ada berkuasa atau pun tidak.Dampingi mereka,wujudkan hubungan mesra dan erat sentiasa,jangan bermusim.

Nak nampak koje ker ijak PR terutama Perak kome tengok ler website deme,apah pun tak mandang ber'updatenye'.PAS Perak PKR Perak tengah diulit mimpi yang indah dengan slogan Bubarkan DUN.Bangkitlah pemimpin PR...jangan semua letak kat bahu Nizar aje.Rakyat Perak nak Perak ditawan dengan selesa dalam PRU 13.Walaupun ada beberapa pemimpin PR yang rakyat getik tapi individu bukan persolan utama,janji BN nonggeng.Kome pemimpin PR kene ler membalas budi balik rakyat yang ngundi kome.

Apa pun Nizar tetap MB Perak...selepas PRU 13.BUBARKAN DUN...tapi kome udah bersedia ker...udah kebai ker...yakin ker...Semangat rakyat harus di bukak suisnya balik dengan kome turun padang...

No comments:

Linkwithin