Thursday, August 13, 2015

Tahniah Buat Para Pengunjung Semua..TBO Telah Capai Sejuta Kunjungan..

Terima kasih semua atas sokongan kalian.TBO ditubuh adalah bermatlamatkan untuk memberi info info politik semasa serta pandangan peribadi moderator terhadap sesuatu isu yang melanda.
Penubuhan TBO pada tahun 2008 sehingga sekarang telah banyak dilanda pasang surut.TBO yang dulunya didokong oleh Msinc,Nagebersembor,KTB,Kelulut dan We Desan telah merempuh segala macam dugaan untuk mencecah usia 7 tahun.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari halaman kami.TBO akan berusaha segala upaya untuk menyediakan info info yang berguna bagi mencapai matlamat kehidupan sebenar manusia.

Matlamat baharu TBO ..mencapai 2.6 b pengunjung..ha..ha kipidap..dongibab..

Wednesday, August 12, 2015

Satu Soalan 15 Jawapan...

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

Tuesday, August 11, 2015

Ku Nan sindir yang gagal dan yang cemburu


 

Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya cemburu melihat kejayaan Malaysia hari ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan membangkitkan dakwaan segelintir pihak yang cuma melemahkan negara dan menyebabkan krisis tanggapan orang ramai.

"Mereka adalah orang yang gagal dapatkan apa yang mereka mahu," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Nan.

"Seorang daripada mereka mahu menjadi perdana menteri tetapi gagal.

“Seorang lagi sudah menjadi perdana menteri tetapi sering cemburu dengan kejayaan yang kita capai hari ini," katanya yang tidak menyebut nama secara langsung.

Beliau dipercayai merujuk kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahathir, perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia.(Malaysia Kini)


Msinc-Bila orang Umno berkata kata memang tak guna otak..bebal memanjang..ha..ha..ha..

Sunday, August 9, 2015

Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang ‘lesu’ bila Najib berucap


OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 9 August 2015 2:03 PM

Sebahagian perwakilan yang menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor, yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2015.

Lebih 700 perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang kelihatan lesu apabila Datuk Seri Najib Razak mula berucap merasmikan mesyuarat perwakilan pagi tadi.

Nada berbeza perwakilan yang bersemangat ketika Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin berucap sebelum itu seakan luntur apabila seakan tidak memberikan tumpuan semasa ucapan Najib, lebih-lebih lagi ketika beliau menyentuh isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Malah semasa menyentuh isu BR1M, perwakilan di dalam dewan juga seakan tidak memberikan tumpuan penuh kepada ucapannya.


"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.

"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Malah, ketika menyentuh isu membabitkan skandal-skandal oleh pentadbiran kerajaan terdahulu, perwakilan turut mendesaknya mendedahkan skandal-skandal tersebut, namun Najib tidak mendedahkannya.

"Dalam sejarah kita banyak lagi isu, 1MDB belum ada kerugian.

"MAS kita dah tampung berapa bilion, penjualan saham MAS ini pun ada isu, nak sebut saya boleh sebut.

"Kalau saya sebut saya membuka pekung di dada, kalau tak sebut saya pula yang dipersalahkan," katanya, dan disahut: "bukalah!" oleh perwakilan yang hadir.

Khaled juga sebelum ketibaan Najib mendedahkan dalam ucapannya atas kapasiti ketua Umno Bahagian, perdana menteri meminta untuk merasmikan mesyuarat perwakilan berkenaan dan bukannya atas jemputan mereka.

Beliau turut mengingatkan ahli Umno di Bahagian Pasir Gudang agar menjadi tuan rumah yang 'baik dan berdisiplin'.

"Persidangan kali ini amat bertuah kerana presiden parti akan rasmikan, presiden yang minta untuk rasmikan dan bukan atas kehendak bahagian

"Kerana 2 bulan lepas, presiden melalui setiausaha Umno maklumkan mahu rasmikan (mesyuarat) bahagian," katanya, dalam ucapan pertama itu.

Kehadiran Najib di Johor hari ini adalah pertama kali sejak beliau menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri daripada rombakan Kabinet yang dilaksanakannya hujung bulan lalu. – 9 Ogos, 2015.

Saturday, August 8, 2015

Luahan hati anak Bahri: Nak suruh ayah tanam pokok?


 


Mkini

Friday, August 7, 2015

Ugutan terhadap agensi anti-rasuah mesti dihentikan, kata aktivis


OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Published: 7 August 2015 7:20 PM

Aktivis sosial Animah Kosai (dua dari kiri) dan Datin Paduka Marina Mahathir (3 dari kiri) selepas pertemuan dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, hari ini. Mereka menggesa rakyat memberi sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang kini berhadapan tekanan ekoran siasatan 1Malaysia Development Berhad. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 7 Ogos, 2015.

Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyifatkan tindakan keras polis baru-baru ini ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai keadaan yang unik kerana belum pernah terjadi sebelum ini, dan menyeru rakyat berdiri teguh di belakang pihak berkuasa anti-rasuah itu yang berdepan ugutan dalam menjalankan tugasnya.

"Kami tidak pernah melihat keadaan ini di mana pegawai yang ditugaskan membuat sesuatu kerja dihukum kerana membuat kerja itu.

"Jadi, saya rasa ia keadaan yang unik dan penting untuk masyarakat sivil dan semua orang bersatu dan memberikan sokongan," kata Marina di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.


Hadir sama, aktivis Ivy Josiah dan Animah Kosai.

Mereka mengadakan pertemuan selama kira-kira satu jam dengan Timbalan Pengarah Komunikasi SPRM Kamaruddin Ripin.

Turut hadir ialah pentadbir laman Facebook "Rakyat Malaysia Bersama SPRM", Amir Hamzah.

Marina berkata suruhanjaya itu tidak patut dihalang dalam menjalankan tugasnya.

"Saya rasa apa yang mereka perlukan ialah sokongan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas secara bebas dan profesional dan saya fikir itulah yang mereka cuba lakukan," katanya.

Suruhanjaya itu menjadi tumpuan minggu lalu selepas 7 pegawai kanan dan pengarahnya disoal siasat pihak polis berhubung dakwaan kebocoran dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Polis juga menggeledah pejabat pegawai terbabit dan merampas fail siasatan berkaitan dengan 1MDB dan sebuah syarikat yang berkaitan dengan firma pelaburan negara itu, SRC International Sdn Bhd.

Suruhanjaya itu menyiasat aliran wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa The Wall Street Journal awal bulan lepas.

Sementara itu, Ivy berkata rakyat Malaysia harus dibenarkan untuk menunjukkan sokongan mereka dalam apa cara sekalipun.

"Sama ada ia Bersih, menghantar memorandum mahupun membuat laporan polis, saya fikir ia sungguh menakjubkan bagaimana rakyat Malaysia bangkit beramai-ramai menyertainya kerana kami sangat kecewa... orang ramai sangat kecewa, dan kita perlu menggunakan kuasa untuk mengatakan kita mahu kerajaan yang bersih dan adil," kata Ivy.

Amir berkata semua aktivis akan mempertahankan suruhanjaya itu dalam melaksanakan tugas mereka demi kebaikan rakyat.

Terdahulu hari ini, sekumpulan mahasiswa membuat laporan kepada suruhanjaya itu terhadap Najib.

Mereka mahu badan anti-rasuah itu menyiasat sumber dana yang disalurkan kepada akaun perdana menteri itu. – 7 Ogos 2015.

MENYUSUL LAGI


Thursday, August 6, 2015

Blogger Umno Lagi Hantam Isu Wang Derma

http://dinturtle.blogspot.com/2015/08/kes-derma-rm26-bil-najib-rakyat.html?m=1

Biar lah orang Umno sendiri yang menerangkan apa yang sudah jadi pada pimpinan mereka.Semoga para penyokong penyokong Umno dapat membuka hati dan minda supaya berada di landasan yang benar dan lurus.

Wednesday, July 29, 2015

Intipati ucapan Muhyiddin jadi viral..Ucapan Keramat menjadi Sebab Pengugguran MY


Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras semalam. - Foto Bernama
UCAPAN Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam ternyata menghangatkan lagi pentas politik negara.
Selain liputan meluas media yang menjadikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai tajuk utama berita, turut menjadi viral adalah intipati ucapan Muhyiddin termasuk di aplikasi WhatsApp.
Tinjauan Sinar Online mendapati intipati ucapan itu disebarkan sejak awal pagi tadi, sejurus kenyataan 'benar tetapi pahit' ini disampaikan oleh Muhyiddin, malam tadi. 
Terdapat enam intipati ucapan yang didakwa disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu: 
1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin. 
2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42b, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden, mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b.
3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak ditangani ditambah lagi pula deagn bebanan hutang 1MDB. 
4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.  
5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli dan rakyat seperti dulu.  Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli  Umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.
6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.‎
Sinar Harian

Linkwithin