Sunday, April 28, 2013

13 Wawasan Ustaz Zulkifly Untuk Rakyat Bota (Bahagian Satu)


13 Wawasan Ustaz Zulkifly Untuk Rakyat Bota,Kearah DUN BOTA Yang Soleh,Maju Dan Diberkati (Bahagian Satu)



1.Untuk Anak Anak Kita

Mewujudkan pusat Pembangunan Potensi Kanak Kanak
Mewujudkan Pusat Sumber Beribubapaan,Melancarkan Pendidikan Anak Soleh.
Mewujudkan Pasukan Sukarelawan Kelas Bimbingan Kanak Kanak.


2.Untuk Ekonomi Kita

Mewujudkan Permuafakatan Ekonomi Rakyat DUN Bota
Mewujudkan Pusat Maklumat Skim Bantuan Agensi Agansi Kerajaan
Mewujudkan Rangkaian Perusahaan Kecil Dun Bota


3.Untuk Kebajikan Kita

Mengadakan Tabung Kebajikan Rakyat DUN Bota Untuk Fakir Miskin Dan Kurang Upaya
Mengadakan Pusat Sakinah Anak Yatim DUN Bota


4.Untuk Agama Kita

Melancarkan Program Petunjuk Al Quran
Memperkasa Sekolah Agama Rakyat Melalui DANA SAR


5.Untuk Suara Kita Di Dewan Undangan Negeri

Mengadakan Kumpulan Kerja Untuk Mengangkat Suara Rakyat DUN Bota Di Dewan Undangan Negeri Perak.
Memperjuangkan Isu isu rakyat Yang Berkaitan Dengan Salahguna Kuasa,Penyelewengan,Rasuah,Pemimopin Hidup Mewah,Kronism dan lain lain

Petikan Ceramah Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib di Taman Batu Muda


Sorotan Ceramah Kelompok di Taman Batu Muda


Video Kebangkitan Gelombang Anak Muda Tolak BN Di Kuala Lumpur


Saturday, April 27, 2013

Tan Sri Muhammad Mohd Taib sifatkan UMNO kereta buruk yang tiada brek


27 hb. April, 2013...Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur. Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib hari ini dalam suatu ceramah kelompok di Taman Batu Muda menyifatkan UMNO BN sebagai kereta buruk yang breknya sudah tidak berfungsi. Beliau menyatakan "jika rakyat masih mengundi  UMNO BN dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti , kereta BN akan membawa kita masuk gaung ujar beliau.

Turut berceramah dalam ceramah kelompok berkenaan ialah Calon Parlimen Parlimen Batu Saudara Tian Chua,Editor Harakah Dato' Tarmizi Mat Jam, dan YDP PAS Batu Cikgu Ishak Surin. Sorotan video akan menyusul..tunggu.TBO



Gambar Sekitar Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak BN Berarak ke Bagunan UMNO (PWTC)












 Sekumpulan mahasiswa dan anak muda hari ini berarak dari Dataran Merdeka dan berkumpul secara aman berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  bagi menyatakan bantahan terhadap Umno-Barisan Nasional.


Penganjur Terpaksa Bertegang Leher Dengan Agen Parti SPR..!! Ceramah Nyaris Nyaris Dibatalkan


Semalam satu ceramah umum nyaris digagalkan oleh agen parti yang turut berada didalam SPR.Kejadian berlaku di tengah tengah acara apabila sekumpulan yang mewakili SPRM telah hadir yntuk membuat lawatan mengejut disatu tapak ceramah di Bota Kiri.


Perkara pertama yang diperiksa mereka ialah permit ceramah.Salah seorang agen yang mewakili parti telah berkeras supaya pihak penganjur menunjukkan permit ceramah.Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan.Pihak penganjur berhujah bahawa permit ceramah tidak diperlukan semasa "Kempen Pilihanraya" yang berlangsung disepanjang 15 hari ini.Penganjur juga mempertikaikan sama ada pihak UMNO juga ada memohon permit untuk kempen kempen mereka?.Beliau berharap supaya SPR membuat pemantauan secara adil dan saksama tanpa memilih bulu.Jangan cuma menjadi perkakas UMNO sahaja.

 Penganjur juga turut mempertikaikan mengapa SPR membiarkan bendera UMNO begitu banyak digantungkan didalam kampung kampung padahal Parti UMNO tidak bertanding didalam PRU 13.Perlanggaran undang undang itu begitu jelas tetapi tiada pihak yang buat teguran dan penguatkuasaan.Bendera Parti yang tidak bertanding cuma boleh digantung di Bangunan Parti itu sahaja dan tidak boleh digantung seperti bendera bendera parti yang bertanding.


Bagi pihak AMK Parit,menurutnya UMNO telah lama mencabuli hak hak demokrasi tetapi SPRM memandang perkara tersebut sebelah mata sahaja.Pengunaan Dewan Orang Ramai sebagai bilik gerakan BN adalah mencabuli hak hak orang ramai dan merupakan tindakan yang tidak demokatik,namun sehingga hari ini tiada satu pun larangan atau arahan dari pihak SPR.Rakyat dirasakan telah diperbodoh dan ditarik hidung kerana mereka tidak dapat menyuarakan hak dan kehendak mereka.SPR semacam cuba menyembunyi kan fakta fakta serta undang undang mengenai Pilihanraya.


Setelah berhujah dengan panjang lebar oleh Ketua Penerangan dan Ketua AMK,akhirnya agen berkenaan terpaksa mengalah kerana segala hujah hujah penganjur adalah benar dan berkemungkinan beliau sendiri kurang arif dengan peraturan peraturan Pilihanraya.

Adalah sangat menghairankan bahawa banyak berlaku dalam ceramah ceramah UMNO yang menuduh DS Anwar Ibrahim sebagai peliwat,LBGT,agen yahudi dan sebagainya.SPR tidak ambil tindakan pun ke atas penceramah,padahal Mahkamah sendiri mendapati DSA tidak bersalah dan beberapa pihak tertentu telah didenda kerana menuduh DSAI sedemikian.Mengapa fitnah dan cemuhan dibenarkan didalam ceramah politik.Perkara ini boleh dilihat di Botaonline.

Sekiranya ada provokasi dari agen parti dalam SPR ini,pihak penganjur mestilah dengan tenang dan sabar membalas setiap serangan.Sesungguhnya provokasi ini sememangnya diatur untuk memperlahankan momentum gerakkerja Pilihanraya Pakatan Rakyat.Umno merasakan sekiranya momentum seperti ini berterusan selama 8 hari lagi,nescaya BN akan kalah teruk

Kembalikan fungsi asal media


Muhammad Ismi Mat Taib
Wartawan Sinar Harian
24 April 2013

Muhammad Ismi Mat Taib
PARIT - Calon Pas Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib mencabar Barisan Nasional (BN) mengembalikan fungsi media membekalkan maklumat tepat untuk rakyat membuat penilaian.

Menurutnya, sebagai kerajaan, BN dilihat gagal mengembalikan fungsi media rasmi kepada fungsi asal iaitu menjadi jentera penerangan kerajaan.

“Apa yang berlaku mereka terus menjadi jentera penerangan BN seolah-olah mereka sahaja yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) ini.

“Kegagalan ini jelas menunjukkan BN tidak mahu berubah dan sentiasa berlaku zalim kepada harta dan hak rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pilihan raya adalah kemuncak kepada amalan demokrasi di Malaysia dan BN dilihat akur dan merendah diri apabila sanggup ‘menuntut ilmu’ daripada Pakatan Rakyat (PR) dalam melaksanakan manifesto.

Penolong Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat berkata, manifesto PR wujud disebabkan oleh keinginan rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan.

“Inilah mesej utama dalam manifesto PR dan jika konsep ini gagal difahami  BN maka negara akan terus mundur dan keadaan ekonomi negara akan semakin terjejas,” katanya.

4 Asas Pembangunan Dun Bota


        Berusaha menjadikan rakyat Bota berpendidikan

O         Orang muda dipersiapkan sebagai waris kepimpinan

T         Tradisi,budaya dan warisan masyarakat diperkasa

A         Amalan agama dihayati dalam kehidupan


"Daripada Usaha Kita Bersama Untuk Mengecapi Keadilan Bersama"

Friday, April 26, 2013

Nasib 4 katak di Perak : Hilang Hanyir, Bangkai Dibuang..Daaa..

Katak Lagi Satu..Terselamat..Dalam Pahgrit Banyak Katak..Gedek..Gedek..Ongg!!!
IPOH: 'Hilang madu sepah dibuang'. Setelah berjaya mendapat kuasa, mereka yang berjasa kepada mereka selama ini dibuang begitu sahaja.

Itulah nasib empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang menolong BN menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan di Perak.

Dalam pengumuman calon-calon BN , kesemua mereka tidak mendapat sebarang kerusi dalam pilihan raya ini.

(Dalam kenangan...Najib ketika mengumumkan tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan sokong BN. Sekarang ke mana mereka?)

"Setelah rampasan kuasa di Perak, kini BN mengkhianati 4 katak yang bantunya rampas kuasa. Rakyat tak akan lupa. Ini Kalilah!" tulis Nga Kor Meng, bekas Exco kerajaan negeri Perak.

Sebelum ini, beliau yang juga Setiausaha DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.

Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.

"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.

"Perletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini sebelum ini. Harakah

Linkwithin