Saturday, February 9, 2013

Kursus PACA Di Bilik Gerakan Utama/Markas PAS Bota.Pakatan Rakyat Sudah Bersedia Untuk Hadapi PRU..

''Menurut ramalan ramal pihak profesional, Negeri Perak akan kembali ketangan Pakatan Rakyat..rakyat akan undi PR..!!
                 Bersedia bersiap siaga untuk hadapi PRU 13 suatu Pilihanraya Umum yang begitu getir bagi kedua belah pihak.Ianya bakal menentukan hidup atau matinya parti semangat melayu.Ia juga pencerminan harapan baru Malaysia yang mahukan pembaharuan dan perubahan dilakukan secara total bagi menjamin kehidupan dan peningkatan kualiti kehidupan rakyat secara total.

Sebahagian Dari Jentera Pilihanraya Yang Telah Bersiap Sedia
               Tuan Haji Ismail sebagai Ketua Jentera Pilihanraya PKR Perak telah mengariskan kepentingan politik sebagai menunaikan tangungjawab manusia sebagai Khalifah di muka bumi.Tugas utama manusia sebagai khalifah ialah menjaga hubungan dengan Allah dan juga menjaga hubungan dengan makhluk.Untuk mencapai keperluan untuk kehendak ini,politik adalah suatu elemen atau  utama yang perlu digunakan.Rasullulah melakukan penghijrahan ke Kota Madinah telah membawa sinar baru kepada penduduk.Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda ialah mengambilalih kuasa politik di Madinah.Nabi Muhammad bertindak demikian adalah kerana melalui politik ,penduduk dapat menjaga hubungan dengan Allah serta makhluk lain disamping kerja kerja dakwah yang lain.Tanpa adanya peralihan kuasa politik,nescaya matlamat ini tidak dapat dicapai,kerana pemerintah yang menyeleweng dari perintah Allah akan banyak melakukan kerosakan kerosakan yang akan menjauhkan rakyat dari bertakwa dan beriman kepada Allah.Pemimpin yang rasuah dan menindas tidak akan membiarkan rakyat mendekati agama malah akan berusaha mengaleh perhatian rakyat kepada hal hal yang berteraskan keseronokan dan kemewahan semata mata.

Nadi Jentera..AMK Cabang Parit Yang Dipimpin Oleh Saudara Husin..Ceria Selalu..
                Ini bermaksud parti parti yang berada didalam Pakatan Rakyat seperti PAS dan PKR terpaksa mengunakan politik (mengambil alih pemerintahan)supaya rakyat tidak terpesong dari menjalankan tugas tugas dan fungsinya sebagai khalifah dimuka bumi.Perjanjian untuk menjalankan amanah sebagai khalifah ini telah termetrai oleh setiap insan adalah semenjak manusia di alam janin lagi setelah diberikan roh dalam kandungan ibu.Oleh itu setiap insan adalah bertangungjawab untuk melaksanakan amanah ini.Penolakan untuk melaksanakan setiap ketentuan dan hukum hukum dari Allah adalah merupakan kegagalan dan akan mendapat ganjaran yang buruk di hari kemudian

Hidup...Hidup..Hidup Yang Dipertua Kite...
Macam biase le..setiap program..sile semue..menjamu selere le..mane lagi due...ate mun tak dipelawe..hi..hi..
Ini lah Pakaian Rasmi Jentera Pilihanraya DUN Bota Yang Menjadi Kebanggaan Setiap Pemakainya..

Jamuan Makan Malam Bersama YB Salehudin Ayup


JOM KOME...KITE MENJAMU SELERE SAMBIL MENDERME UNTUK PERJUANGAN
SEMEJA CUMA RM 300 AJE.ADE  6 TEMPAT DUDUK,AJAK LE KAWAN,KELUARGA DSB.

Friday, February 8, 2013

Konsert Yang Melalaikan Buliih...Ceramah Ugama Tak Buleeeh?...Macai Cuba Sabotaj Ustaz Azhar Idrus


               Penganjur ceramah Ustaz Azhar Idrus iaitu Kariah Masjid Lama Kg Gajah baru baru ini gusar kerana permohonan permit mereka untuk mengunakan stadium Kg Gajah tidak dibenarkan kerana ada pihak pihak 'tertentu" terlebih dahulu dikatakan akan mengunakan stadium berkenaan untuk menganjurkan konsert hiburan.Ceramah UAI ini diprogramkan untuk diadakan pada 24 hb Feb 2013.Sebenarnay Pekan Kg Gajah kekurangan kawasan yang luas untuk menganjurkan program yang melibatkan orang ramai.Oleh itu stadium adalah tempat yang dianggap paling sesuai.Oleh kerana stadium telah digunakan maka penganjur telah menghadapi masalah untuk mencari tempat lain yang boleh menampung jumlah penduduk yang besar.Kedatangan UAI ke kawasan ini sememangnya ditunggu tunggu oleh penduduk.

               Penganjur dikatakan sedang cuba meminta kebenaran untuk mengunakan sebuah padang kecil di sebelah Balai Polis.Berita kedatangan UAI ini telah diuar uarkan sejak 2 minggu yang lalu.Mana mungkin terjadi kebetulan pertembungan dengan aktiviti untuk mengunakan tempat yang sama.Fikirlah sendiri.Kita tengok mana yang akan menjadi tumpuan.Sabotaj ini lebih menyerupai perbuatan UMNO di Kuala Kangsar,dimana satu konsert Dang Dut telah diadakan di Padang berdepan dengan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menganggu tumpuan penyokong PR.

Msinc-  sesiapa yang memilih untuk menyaksikan konsert hiburan tersebut adalah sebusuk-busuk umat kerana kamu telah disediakan pilihan.Berita lanjut mengenai ceramah UAI ,saya akan updated,teruskan bersama Telok Bakong Online "Saluran Keme Untuk Komer".

Thursday, February 7, 2013

Hidup Melayu...hidup melayu..hidup melayu


Foto Ihsan:http://batuvskayu.blogspot.com

Kawan aku para  mamak dan mamu di Penang mesti syiok ni sebab bakal dapat Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru..he he ok nana jangan marah nooo..ada mamu yang kata DAP kafir harbi...MCA kafir zimmi..ni nak dapat Ketua Menteri orang melayu..terima kasih pak din

Dijaja merata hanya UMNO yang memperjuangkan melayu..PAS dan PKR menjual melayu.. Encik Mohd Nor Deris, bekas Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam(UM) , Nilam Puri, Kelantan bangga betul dia memakai kopiah putih berlogo UMNO ( dia kata PEKEMBAR)..dalam suatu forum anjuran Pejabat Mufti Kelantan dan DBP. Encik Mohd Noor Deris berkata hanya UMNO merupakan pejuang melayu dan pejuang Islam. Sebab tu lah John Ambrose jadi Ketua UMNO Bahagian Penampang (bukan PEKEMBAR) macam Encik Mohd Noor Deris katakan. Agaknya tu sebablah Pak Din anak Yassin akan memilih Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dari UMNO jika BN menang PRU 13 di Pulau Pinang .Selama beberapa dekad Kerajaan Pulau Pinang sebelum diambil oleh DAP dan PKR, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah dari ADUN UMNO ..cuba lihat kat wikipedia .

Pendokong dan pemuka UMNO dikampung-kampung ,opss PEKEMBAR kata Encik Mohd Noor Deris terus melaungkan hidup melayu..hidup melayu..tahniah UMNO kerana akan mendapat Ketua Menteri Pulau Pinang dari orang Melayu..hidup melayu

Jelaskan monopoli syarikat disyaki milik Menteri – Badrul Hisham

picture5

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 4 Feb: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan, syarikat pengangkutan, Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) memonopoli ‘trip’ pengangkutan dari Petronas Dagang Berhad (PDB).

         STSB yang disyaki milik seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain kerugian.
“Contohnya di Melaka, ada sebuah syarikat sebelum ini memiliki 12 lori, tetapi selepas STSB memonopoli ‘trip’, syarikat itu rugi dan memiliki tiga lori sahaja kerana bakinya dijual dan ditarik bank berikutan masalah kewangan. Malah ada syarikat menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 pada Disember lalu untuk membayar gaji dan kos operasi.

          “Di Johor pula, STSB memonopoli hampir 90 peratus ‘trip’ dan menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar.
“SAMM juga mendapat maklumat STSB sedang mengembangkan monopoli ke Pulau Pinang dan Terengganu,” dakwa Badrul Hisham pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pagi tadi.

          Ekoran itu, PDB katanya wajib menjelaskan berhubung perkara tersebut.
“Malangnya bila SAMM hubungi PDB minta penjelasan, panggilan kita dipindahkan oleh seorang pegawai kepada pegawai lain dan ini sangat mencurigakan,” tambah Badrul Hisham.
Beliau berpendapat, kesan monopoli ini menjejaskan ratusan pekerja bumiputera yang terlibat dalam industri hiliran kerana bercanggah dengan polisi PDB sebelum ini yang mengagihkan kontrak kepada syarikat pengangkutan berasaskan negeri. Contohnya di Pantai Timur hanya syarikat di Pantai Timur diberi keutamaan.

         “Monopoli ini ada risiko keselamatan kepada negara. Jika berterusan, syarikat lain mati dan urusan pengangkutan bergantung kepada STSB sahaja. Jika STSB dilanda krisis seperti ‘mogok’, berapa banyak stesen minyak tidak mendapat bekalan minyak dan menyebabkan sektor perusahaan lumpuh?” soalnya.

           “Sebab itu SAMM mendesak PDB segera jelaskan perkara ini atau satu demonstrasi diadakan di hadapan bangunan PDB,” jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44391

Wednesday, February 6, 2013

Ahli Parlimen Ramal Pakatan Sapu Kerusi Parlimen PRU 13

Ahli Parlimen ramal Pakatan sapu kerusi Parlimen PRU 13

Pakatan Rakyat (Pakatan) dijangka memenangi 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ramalan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak yang dirampas jawatannya itu secara haram oleh BN.
Beliau menyenaraikan kebarangkalian kedudukan kerusi Parlimen selepas PRU 13 dalam twitternya kelmarin. “InsyaAllah (keputusan ini) kerana kezaliman, keangkuhan dan ketuanan Melayu,” katanya.
 
“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya memuncak, maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya dipercayai merujuk kepada Umno BN.
Menurut Nizar, Pakatan Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu berkata, menerusi senarai berkenaan, hampir semua negeri di Semenanjung akan dimenangi Pakatan.
Beliau juga meramalkan Wilayah Persekutuan akan disapu 10 kerusi oleh Pakatan sementara BN hanya satu.
 
Sementara Sarawak pula bakal dikuasai Pakatan dengan jumlah kerusi dimenangi sebanyak 16 berbanding 15 milik BN.
Kebarangkalian itu juga manyaksikan Labuan akan ditawan Pakatan manakala Sabah kekal diterajui BN dengan perbezaan satu kerusi daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.
Menurut jangkaan Nizar, Pakatan dan BN seimbang apabila masing-masing memperoleh empat kerusi daripada lapan kerusi yang dipertandingkan di Terengganu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri supaya cepat membubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya.
 
“Melengah-lengahkan tarikh pembubaran Parlimen dan sikap main-main Najib (Razak) terhadapnya menjadi salah satu punca penolakan rakyat terhadap Umno BN dalam PRU13 nanti,” kata Nizar.

Umno terpaksa kitar ahli PAS untuk tebang PAS

Harakahdaily, 05 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Oleh kerana terdesak untuk melawan kebangkitan PAS yang mendapat sokongan orang Islam dan bukan Islam, maka Umno terpaksa mengambil ahli dan bekas ahli PAS yang bermasalah.
“Mereka ini sudah dikenali bermasalah di dalam parti. Sekarang mereka menjadi hulu kapak untuk menebang PAS,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan menjadi sisa toksid yang tidak dipedulikan oleh  Umno lagi.

Katanya, kenapa mereka tidak belajar daripada sejarah orang-orang yang terdahulu yang khianat perjuangan PAS.

“Ada yang berjawatan Yang Dipertua PAS, Panglima Jihad, Setiausaha Agung, Naib Presiden PAS, Ahli Majlis Syura, apabila mereka menyertai Umno dan menyokong Umno akhirnya seperti habis madu sepah dibuang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Paling menyedihkan sekali, ujarnya tidak ada kemulian dan penghormatan di kalangan masyarakat, hatta ahli Umno sendiri terutama apabila mereka berada di penghujung usia.


Tambahnya, yang paling lucu sekali mereka ini, kononnya tidak puas hati hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat sedangkan Majlis Syura PAS telah meluluskan tahaluf siasi sejak tahun 1986.

“Merekalah berdegar-degar mempertahankan tahaluf siasi ketika memimpin PAS. Kenapa sekarang baru hendak pertikai, setelah tidak berada di dalam saf kepimpinan parti?” tanya Idris.

Bagi beliau, alangkah ruginya usia dan tenaga dihabiskan untuk bersama dengan PAS, tetapi menjadi penentang ketika usia di hujung senja.

“Kenapa tidak bersama dengan Umno ketika usia masih muda dan banyak nikmat dunia boleh dikecapi?” ujarnya lagi.

Tuesday, February 5, 2013

UMNO KANTOI LAGI...


Gambar yang diedit oleh cai cai umno.

Haiiyaaaa. elmet tatak pakai ka...3 lagi naik..

Tak Payah Susah Susah Nak Kempen Lagi..HIJRAH BOTA..


CAI UMNO HINA PAS DAN BERHARAP EDITOR TBO MATI SAKIT JANTUNG...ajal ditangan Tuhan..Bukan Sebab Gopahan Cai Umnuuu..

Dipetik Dari FB Botaonline

Faizal Lentin kalau jadi katak x pe...jagn sampai jadi ibilis dan syataian.....PAS Pegikut anak setan

Telok Bakong ate mun sesat haramkan le...
12 minutes ago · Like

Faizal Lentin insaf lah wahai kawan yang berada disana.....biala myerati PAS Parti Ajaran Syaitan......pasti allah sgup di jual...insafff
12 minutes ago · Like

Telok Bakong siapa yg jual...bukan Najib sendiri yg sign surat bagi kristian sabah dan sarawak guna kalimah Allah dalam bible he he
10 minutes ago · Edited · Like

Telok Bakong siap ade penasihat agama,,mufti..JAKIM n so on..wala wey
8 minutes ago · Like

Faizal Lentin ulama yang kononya hebat dalam PAS itu apa gunanya...opppp terlupa ulama yang ada dalam PAS semua meyebar ajaran Syaitan...
8 minutes ago · Like

Telok Bakong he he..ape le kamu yop..kala ulama UMNO pun najib persetankan...xkan die nak dengor pandangan ulama PAS..ate mun sesat haramkan le yop
6 minutes ago · Like

Faizal Lentin budak TBO yang sakit jantunh tu dah mapus ke
6 minutes ago · Like

Telok Bakong he he...bagusnye bahase..sakit mati itu takdir Allah..entah2 esok luse mike ...mane tau kan..solat asor pukui berape yop
5 minutes ago · Like

 Faizal Lentin mati2 di mana pun mati....cuma bertanya je suapaya jgn celupar sgt orang tu....maklum le ada peyakit sakit jantung banyak kan bertaubat je
4 minutes ago · Like

Telok Bakong nak mati bukan kire sakit yg segor bugor pun mati juge.

Faizal Lentin buat apa dengot ulama dari PAS Parti ajaran setan.....degan mika pun kena hati2 maklumle bergabung dengan syatinn....

-END-

Msinc-Selagi Hayat Dikandung Badan,Akan Ku Terus Perjuangan.Mungkin Hikmah disebalik kejadian itu ialah untuk membenarkan saya meneruskan perjuangan ini.Bak kata Mat Nyum..jangan ingat pokok yang dipanah dik litor tu akan cepat tumbang..silap silap pokok yang segor akan terbongkang..tercabut akar umbi.

note - TBO yang berbahas itu bukanlah saya.Beliau salah seorang moderator TBO.Saya tidak pernah pun mengunakan akaun FB TBO.

Linkwithin