Monday, July 16, 2012

Nizar Jamaludin vs Hassan Ali ... Lawan Main Karom

Cer kome peratikan antara gambo ni sape yg reti main karom ...kalau peratikan YB Nizar bermain karom bersama rakyat dengan mesra sekali...tak mcm Hassan Ali tak de sape yg sudi nak ajak main karom dengan dia... tak kesior deme nak main ....kesian ..main sorang2 aje le mane buatnye..layan aje le... hehehe...

Pesta Lagu Jalanan 2012 Kumpulan Libanglibu - Lembu Rakus


Persembahan Kumpulan Libanglibu di Pesta Lagu Jalanan 2012 yang berlangsung pada 14 Julai 2012...

Sunday, July 15, 2012

Pesta Lagu Jalanan 2012 , Tahniah Kumpulan Libanglibu memenangi Kategori Persembahan Terbaik ...

PETALING JAYA 14 JULAI : Pesta Lagu Jalanan 2012 berlangsung di Laman MBPJ, Petaling Jaya malam tadi...Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Libanglibu dari Telok bakong , walaupun tidak menjadi juara tetapi kumpulan ini telah berjaya memenangi kategori persembahan terbaik malam tadi ..memang mantap persembahan ala2 konsert Rock lagi.....tahniah juga kepada Juara dan kumpulan2 lain yg turut serta menyertai pertandingan pesta lagu jalanan yang pertama kali di adakan.....


Persembahan Kumpulan Libanglibu berjaya memukau penonton di bawah pentas

Barisan juri yang mengadili pertandingan

Kumpulan Libanglibu memenangi kategori persembahan terbaik..

Thursday, July 12, 2012

Gambar-gambar Sekitar Ceramah Isu Semasa di Selayang Baru

Selayang 11 Julai :  Ceramah mengenai isu-isu semasa telah berlangsung di Jalan 45 Selayang Baru malam tadi...antara yang hadir pada malam tadi ialah Ahli Parlimen Selayang William Leong ,Che'GuBard dan Leman Raja lawak ...bagaimanapun Pelakon yg memegang watak "leftenan Adnan" Hairie Othman yang sepatutnya berada di sini memberikan ceramah malam tadi tidak dapat hadir kerana sebab-sebab  yang tak dapat di elakkan...ceramah berakhir pada jam 12 tangah malam...





.

Saturday, July 7, 2012

Penyalahgunaan Hak Milik Kerajaan Oleh Partai Umno


               Dalam kehangatan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13,Umno berada dalam keadaan terdesak untuk mengharapkan sokongan rakyat.Banyak cara digunakan termasuklah pemberian BR1M yang dibuat untuk kali kedua,Program Himpunan Belia yang menjijikan itu dan pelbagai cara yang terlalu banyak untuk disebutkan.Untuk memantapkan strategi pilihan raya nya,Umno telah bersiap sedia dengan sebaik mungkin dengan membina bilik gerakan awal awal lagi dalam tempoh 4 bulan yang lalu.Hampir setiap kampung dalam daerah Perak tengah telah mendapat bilik gerakan yang baru.Hal yang sama juga berlaku diseluruh negara.Timbul persoalan untuk membina bilik gerakan yang berjumlah beribu ribu unit di seluruh negara itu mengunakan dana dari sumber apa.Tidak mungkin ianya mengunakan wang dari kutipan yuran ahli Umno yang sebanyak RM 2.00 setahun itu.   

             Tambah memburukan keadaan,pembinaan bilik gerakan tersebut bukan lah diatas tanah yang dimiliki oleh Partai Umno tetapi sebaliknya dibina diatas tanah milik kerajaan.Pembinaan itu dibuat sewenang wenang nya berhampiran Dewan Orang Ramai atau bangunan kerajaan yang lain.Di setengah tengah tempat Umno telah menjalankan kerja kotor dan tidak bermaruah dengan mengunakan Dewan Orang Ramai sebagai markas atau bilik gerakan mereka.Mungkin ketua-ketua mereka tidak cukup cerdik untuk membezakan mana satu hak rakyat,mana satu harta benda Umno.Adalah amat memalukan dalam prinsip demokrasi yang diamalkan,partai yang memerintah mengunakan hak milik kerajaan untuk kepentingan parti.Mungkin mereka tak pernah belajar erti demokrasi yang sebenar.Ramai pemimpin Umno yang pandai politik mengikut selera mereka sahaja tanpa merujuk kepada konsep demokrasi.Mereka mungkin mencampuradukkan konsep demokrasi dengan konsep politik yang lain seperti totalitarian dan autoritarian.Mungkin ini lah saf ampuh yang diinginkan dibentuk oleh Dato Najib dalam menghadapi pilihanraya yang sungguh getir bagi Barisan Nasional.

              Diharapkan pihak Pakatan Rakyat tidak terlepas pandang perkara ini serta membuat langkah langkah yang bijak bagi menghalang penyalahgunaan hak milik kerajaan ini.Pihak pihak yang berwajib mestilah dimaklumkan walaupun mereka sudah sedia maklum.


Msinc – memerhati dengan teliti segala strategi yang dilakukan oleh Umno.Pada msinc, umno kin lama kin terdesak..kin lama kin meroyan…

Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Selayang Indah

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Parlimen Selayang 

6 Julai 2012 : Gambar-gambar di sekitar Ceramah Perdana "Merdeka Rakyat" bertempat di Kampong Selayang Indah, Selangor..





Friday, July 6, 2012

"Leftenan Adnan" Kini Berjuang Untuk Kebenaran Dan Keadilan, Hairie Othman Berkunjung Ke Bota.

Ceramah Umum Pakatan Rakyat Bertempat DI Markas Pas Bota Perak pada 14 hb Julai 2012.Pada Pukul 9.00 malam .Penceramah lain Leman Raja Lawak,Dato'Termizi Mat Jam dan Ustaz Ismi YDP PAS Parit.Datanglah beramai ramai untuk mengetahui perkembangan muktahir politik tanah air.Banyak isu terkini akan dibongkarkan oleh para penceramah termasuklah cerita bagaimana artis jemputan ini boleh menyertai perjuangan PAS.Pihak TBO akan berada disana untuk membuat liputan.Marilah kita hadiri beramai ramai.Tidak lupa juga kami ingin menjemput ahli ahli Umno yang sudi untuk mendengar penerangan untuk isu isu panas dewasa ini.Kalau harap TV dan Soratkhabor aje..nescaya kene tipu idop-idop..wehhh

Wednesday, July 4, 2012

Imbasan Zul Kulim Cabut Lari Ulasan Dari Warga TBO Dari Tempat Kejadian

Imbasan Kembali Peristiwa Zul Kulim
Ulasan Dari Warga Telok Bakong Yang Kebetulan Berada di Majlis Ceramah Zul Kulim Tempohari Kita ikuti cerita yang sebenarnya berlaku… …..pasai ceramah tuh..sebenonye Zul Kulim nih mulut jelabas bebeno...die datang ke Petaling Perdana tak jauh dengan Taman Medan ,buat ceramah tepi pagar masjid senang senang jer die mempelekeh imam kat kariah situ..bukannye sekali..tapi berulang-ulang...dah tu..panggil orang cicak mengkarung..suke suke die aje..dah tu siap bawak cerita 13 mei..cerita perkauman..tak sesuai ler...taman medan......die berceramah sesorang hampir 2 jam setengah. sebab Zahid Mat Arif..penceramah sorang lagi tak dapat datang...tak der saper pun buat kacau ..cume dah dipenghujung ceramah die sendiri pergi cabar ..pulak orang kat situ mane yang tak puas hati dengan ceramah die..ajak ke depan berdebat ...itu yang imam yang die perlekeh tu naik kat pentas....ape lagi mase tuh..mane yang tak puas hati terus meluru ke depan ler..udahnye itu yang tak terkawai tu.......kalau lambat kereta polis datang mlm tuh..tak tahu ler ape jadi.kat die......baru die adei akai… Jadi kesimpulan nya bukan lah saja saja penyokong Pakatan Rakyat nak buat kacau di Majlis Ceramah tu,tetapi disebabkan provokasi yang melampau oleh Dzul Kulim ni menyebabkan ramai panas hati.Dzul Kulim,kamu sebenarnya telah banyak mengores perasaan penyokong Pakatan,Jangan engkau tambahi lagi luka yang lama terpendam.

Linkwithin