Saturday, April 30, 2011

Kumpulan Libanglibu - Melayu Mesti Berani {Studio Version}



Lagu & Lirik : Bob PR MetalHeadbangers Ipoh
Studio Rakaman : Real Metallers Studio

Melayu Mesti Berani

Panglima masuk pekan
Bawa keris dengan kawan…hahahaa ciss!!!

Lagak macam kurang siuman
Asyik cium keris cium tangan
Melayu lagi!!
Hidup Melayu lagi!!

Elok Panglima masuk hutan
Tinggal bersama kawan kawan
Tiap malam raya sakan
Menjerit –jerit dengan orang utan
Sampai pagi!!
Jeritlah sampai pagi!!

Panglima mati kutu
Hairan melayu tak macam dulu
Melayu kita sudah tahu
Umno,Perkasa kaki tipu
Tipu Melayu
Pengkhianat Melayu!!

Dari dulu hingga kini
Umno hanya jaga kroni
Kebas projek sana sini
Hak rakyat kita zalimi
Jangan Undi!!
Jangan bagi Undi!!

PRU 13 nanti,
Orang Melayu mesti berani
Tolak BN samasekali,
Dan selamatkan Malaysia ini
MESTI BERANI
MELAYU MESTI BERANI

Usir Zionis!!
Umno Zionis!!
Apco Zionis!!
Dacing Zionis!!

DACING MEMANG KAKI KENCING!!
DACING MEMANG KAKI KENCING!!
DACING MEMANG KAKI KENCING!!
DACING MEMANG KAKI KENCING!!

(KUASA RAKYAT KUASA MUKTAMAD,SELAMATKAN MALAYSIA,LAGU KAMI UNTUK MASA
DEPAN ANAK ANAK KITA!!)

Monday, April 25, 2011

Ceramah DSAI di TT Gantong

Anwar: Najib!..Kamu Tahu Tuan Bat..Mati Dimana..??





Seruan tersebut dilaungkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu ucapan perdananya di Markas Pas Titi Gantung.Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah bahawa rakyat di Perak Tengah sudah tidak rela lagi menanggung kezaliman dan penindasan yang di terima dari pemerintahan BN.rakyat telah lama sedar dan akan bersiap sedia untuk membunuh Umno seperti mereka lakukan dalam PRU 1999.

Oleh itu Puak puak Umno jangan lah mempermainkan daya intelek rakyat melalui penyelewengan dan rasuah yang begitu berleluasa dewasa ini.Rakyat di daerah Perak Tengah adalah kelompok rakyat yang amat bencikan penindasan dan sifat tamak pemerintah dalam mengumpul kekayaan.Ini jelas dengan peristiwa pembunuhan Residen Negeri Perak J.W.W Birch.Apabila hak rakyat cuba diceroboh oleh pemerintah,maka rakyat Perak Tengah akan respon kepada keadaan tersebut .

Begitu juga pada peristiwa rusuhan kaum 1948,rakyat telah mengambil langkah menentang apabila hak hak mereka dicabuli.Perkara yang sama telah ditunjukkan oleh rakyat Parit pada tahun 1999,dimana mereka merasakan pemerintahan regim BN dibawah Dr Mahathir telah banyak melakukan penyelewengan dan pengumpulan kekayaan untuk kroni.BN telah ditumpangkan 3-0.Menurut beliau masyarakat tempatan adalah kelompok yang berani dan mampu membawa perubahan.Melihatkan kepada perubahan yang berlaku pada rakyat Perak Tengah dewasa ini,beliau beranggapan bahawa tidak mustahil kebangkitan rakyat akan berlaku pada PRU 13 sehingga dapat menawan Putrajaya.

Beliau juga telah mencirikan beberapa sifat Negara jahiliyah iaitu wujudnya pemimpin-pemimpin yang rasuah dan menyeleweng.Kedua adanya pembesar pembesar yang berlumba lumba mengejar kemewahan .Ketiga wujudnya cendikiawan cendikawan yang tidak menyatakan kebenaran malah sebaliknya menyembunyikan kebenaran kerana takut terhadap ugutan atau kehilangan keistimewaan.Sekiranya dilihat didalam kontek Malaysia,ketiga tiga ciri yang dinyatakan diatas sememang nya ada didalam struktur masyarakat.Maka kehidupan di Negara Malaysia ini bolehlah dianggap masih dizaman jahiliah.Maka untuk merobah keadaan demikian suatu perubahan yang besar haruslah dibuat dengan mereformasi institusi institusi kehakiman,penguatkuasaan dan sebagainya.

Tuan Haji Usailli Alias yang berucap sebelum nya telah mendedahkan kepincangan Umno Parit diperingkat tempatan.Menurutnya Umno Parit telah bertindak menceroboh dan membelakangkan sifat sifat memelihara khazanah alam sekitar apabila telah meneroka Tanah Hutan Rezab Melayu sebanyak 400 ekar daripada 2000 ekar keseluruhan.Hutan Rezab Melayu tersebut dipercayai sebagai kawasan hutan antara yang tertua di dunia.  300 ekar telah diberikan untuk penternakan kambing Boer.

Penternakan kambing yang sepatutnya diberi pada penduduk tempatan akhirnya terlepas ke tangan orang lain dan cuma 2 orang penduduk tempatan diambil bekerja.Manakala 100 ekar selebihnya diberikan kepada Yayasan Parit.Ianya dijual kepada taukeh taukeh dengan nilai RM900,000.Persoalannya kemanakah perginya duit ini.Duit dari penjualan tanah tersebut sepatutnya dapat dinikmat oleh semua penduduk tempatan tanpa mengira parti untuk tujuan pendidikan,kemasyarakatan,ekonomi dan sebagainya.Tanah Hutan Simpan Rezab Melayu telah tergadai.Tanah Rezab ini sepaputnya digantikan dengan tanah seluas mana yang diambil.Adakah tanah ini diganti?.Sepatutnya Umno Parit disiasat kerana menyelewengkan duit dari penjualan tanah tersebut.

Siti Aishah Ketua Serikandi PKR Malaysia, yang turut menjadi penceramah undangan, beliau menceritakan pengalaman semasa berkempen di Negeri Sarawak.Sebanyak 4.5 juta telah ditabur oleh BN Sarawak untuk membeli undi.Namun, walaupun duit,ugutan dan sebagainya dilakukan, namun bagi sebilangan rakyat Sarawak terutamanya dari kalangan orang Cina dan Iban,mereka kenal siapa jembalang, siapa pari pari penyelamat.Mereka sanggup menolak pembangunan dari memberikan sokongan kepada pemimpin yang merampas hak rakyat.Biar miskin tapi hidup bermaruah.Kekalahan Pakatan Rakyat di Negeri Sarawak adalah titik permulaan kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kejam Taib Mahmud.

Diandaikan bahawa BN Sarawak akan tumbang pada pilihanraya Negeri akan datang berdasarkan penurunan undi popular yang di perolehi BN pada tahun 2001 sebanyak (71.16%),2006(62.91%),dan 54.5% pada tahun 2011.Sekiranya pola ini berterusan maka BN Sarawak akan tumbang.Apa yang perlu ialah usaha berterusan menyedarkan rakyat Sarawak dan melahirkan pemimpin di kalangan orang Sarawak sendiri.Pemimpin ini haruslah dibentuk dari peringkat atasan hingga keperingkat akar umbi agar segala penerangan dan informasi sampai keperingkat bawahan.Orang Sarawak akan lebih percaya kepada pemimpin tempatan yang mereka kenal daripada pemimpin dari Kuala Lumpur.Namun prestasi PR di negeri Sarawak pada PRN yang lalu,memberikan Harapan Baru untuk Malaysia.

Msinc-Ternampak bekas pemimpin AMK yang dah melompat ,..didalam kegelapan malam jauh dibelakang sambil ditemani bekas amk yang dah melompat juga..apa tujuan mereka ni..nak jadi spy bagi pihak umno  atau cemburu dengan perpaduan antara penyokong PR.Terlanjur perahu boleh ditolak..terlanjur perbuatan..kenalah bertaubat beb…

Tuesday, April 12, 2011

Umno Partai 1Fitnah dan Lucah


       Menteri Besar Perak yang sah Dato Seri Nizar Jamaludin telah melabelkan Umno sebagai partai yang penuh dengan rasuah dan fitnah.Dengan pelbagai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh partai tersebut,dan dengan yang sedemikian,beliau berharap agar rakyat yang masih menyokong partai tersebut hendaklah berazam meninggal terus partai yang bersifat perkauman itu.Beliau berucap dimajis anjuran Amk Gopeng di Taman Pakatan Ipoh,Perak pada 4hb April yang lalu.Islam melarang penganutnya mengamalkan sikap bangga dan mengagungkan bangsa sendiri.Sifat ini dipanggil assabiah.Rasululah telah bersabda melarang keras perbuatan ini.Dari peristiwa hijrah,perkara yang pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menyatupadukan kaum mujahirin dengan penduduk Ansar Madinah kerana didalam Islam,semua muslimin dan muslimat adalah sama tarafnya disisi Allah.Orang Arab adalah sama martabatnya dengan orang bukan Arab.Apa yang dipertimbangkan disisi Allah ialah ketaqwaan dan keimanan hambanya.
Umno mengambil jalan untuk menentang suruhan Tuhan dengan mengamalkan semangat Kemelayuan dalam perjuangannya.Semangat kemelayuan diapi-apikan kedalam dada orang melayu dengan berselindung propaganda bahawa orang melayu akan hancur kerana bangsa asing akan mengambil alih ekonomi dan kuasa pemerintahan sekiranya tidak memilih Umno sebagai partai pemerintah.Dari pihak MCA pula,sentimen perkauman turut ditiupkan kepada orang Cina dengan memberi kefahaman yang salah terhadap Islam terutama tentang hudud dan pemerintahan yang berteraskan Islam.Mereka juga turut mewawarkan bahawa bukan Islam akan ditindas sekiranya parti Islam memerintah negara.Isu isu perkauman ini sentiasa digunakan untuk meraih sokongan.Sebenarnya perjuangan Umno sekarang bukanlah untuk memartabatkan bangsa melayu.Tetapi ia memperjuangkan kelangsungan penguasaan kuasa dan ekonomi kepada segelintir kelompok elit melayu sahaja.Jika dilihat kepada struktur kepimpinan Umno sekarang,menampakkan penguasaan kepimpinan kepada kumpulan keluarga tertentu turun temurun.Semangat untuk membela kepentingan elit Umno lebih diutamakan dari membela kepentingan seluruh orang Melayu.
          Malaysia telah dikejutkan oleh Trio Dato T yang mana telah mengaitkan Dato Seri Anwar dengan satu video seks.Tanpa bukti yang benar benar kukuh,trio ini telah menuduh Dsai adalah pelaku di dalam video tersebut yang diumumkan sama hari dengan pembubaran Dun Sarawak.
        Presiden Umno telah menafikan pembabitan Umno dalam perkara tersebut.Ini adalah suatu pembohongan yang nyata,kerana pastinya trio tersebut merupakan bekas pemimpin Umno.Ada juga yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan mantan PM.Turut menariknya,orang yang membuat tempahan untuk penayangan video lucah tersebut adalah Ketua Pemuda Bahagian.Ini telah membuktikan Umno adalah dalang disebalik isu ini.Untuk menambahkan rencah,YB Johari Abdul telah mendakwa pemandu yang membawanya kebilik hotel,juga dikenalpasti mengunakan walkie talkie milik kerajaan.Persoalannya siapakah mereka ini yang telah menjadi perkakas trio T ini.Mengapakah mereka ini boleh digunakan?.

Msinc - merasakan bahawa isu seks sengaja dipilih kerana isu ini sukar untuk dijelaskan kepada rakyat terutama golongan tua kerana batasan moral.Semakin rakyat tidak dapat penjelasan yang betul, maka dengan mudah Umno boleh mengolah isu dengan bantuan media untuk memburuk-buruk Pakatan Rakyat.

Thursday, March 24, 2011

Demokrasi Kian Malap di Malaysia…Tolong Selamatkan...





Demokrasi perlu dikekalkan atau perlu telus untuk menjamin rakyat tidak melakukan tunjuk perasaan di jalanan .Sekiranya demokrasi tidak dijalankan dengan telus disesebuah negara demokrasi,maka rakyat akan bangkit melawan satu satu kerajaan dengan mengadakan tunjuk perasaan dan rapat umum,tidak melalui pilihanraya.Ini dapat ditunjukkan diseluruh dunia seperti di Filipina dengan kejatuhan Marcos.Suharto di Indonesia.Pendapat ini dilontarkan oleh Tuan Haji Mat Sabu di Ceramah Perdana di Kg Bakar Bata Beruas pada 22hb March yang lalu.Kebangkitan rakyat di negara negara ini adalah disebabkan kerajaan yang memerintah telah menyekat prinsip-prinsip asas demokrasi seperti mengongkong kebebasan media,menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang,menyekat internet serta mengadakan pilihanraya yang tidak adil.Pasukan Keselamatan digunakan untuk mengerunkan parti pembangkang.Kakitangan Kerajaan digunakan sewenang-wenang nya untuk kepentingan parti pemerintah.Tambahan lagi kerajaan yang memerintah mengunakan segala kuasa yang ada untuk mengaut kekayaan untuk parti ataupun perseorangan.

Namun kesabaran rakyat ada batasan nya.Apabila keadaan menjadi terlalu tertekan,maka rakyat akan bangkit menentang dijalan jalan raya.Ini boleh disaksikan di Tunisia dan di Mesir.Berjuta rakyat telah mengadakan tunjuk perasaan.Walaupun ada kawalan dari pasukan keselamatan,tetapi akhirnya mereka mengalah juga kepada tuntutan rakyat.Maka,ujar Tuan Haji Mat Sabu lagi,untuk mengelakkan rakyat turun ke jalan jalan raya,sewajarnya kerajaan yang memerintah sekarang mengembalikan demokrasi kedalam sistem pemerintahan.Pilihanraya perlu dijalankan secara telus berdasarkan prinsip prinsip demokrasi.Pembangkang patut diberi akses kepada media.Media mestilah bebas.Senarai pengundi mestilah tiada penipuan.Kerajaan yang ada sekarang seharusnya diberi tekanan agar pilihanraya yang bersih dan adil dapat dijalankan.Lantaran dari itu Tuan Haji Mat Sabu menyeru dan menjemput semua penyokong penyokong Pakatan Rakyat supaya dapat menyertai Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Saudara Bob Lokman yang diberi tugas sebagai penceramah pertama pada malam itu,mengesa kepada penyokong penyokong Pakatan Rakyat agar menyampaikan atau berdakwah dengan cara lembut dan sederhana kepada ahli ahli UMNO.Penerangan yang jelas dan berhemah perlu di sampaikan kepada mereka agar mereka lebih faham tentang apa yang diperjuangkan olah Pakatan Rakyat.Pendekatan yang keras cuma akan menjauhkan mereka dari kebenaran.sebenarnya orang Umno ini perjuangannya adalah perjuangan cari makan dan mereka ini bukan lah bergitu bersungguh sungguh memperjuangkan parti mereka.Sekiranya kaedah yang betul digunakan,nescaya mereka akan berubah.Beliau juga menceritakan tentang mengapa beliau berhijrah kepada perjuangan Islam.Perubahan ini dilakukannya disebabkan beliau percaya kerajaan boleh mempengaruhi sosio-budaya rakyat.Kerajaan yang baik diperlukan untuk memerintah negara agar dapat membawa rakyat bertakwa kepada Tuhan.

Tuan Haji Dr Khairuddin Dato Malek selaku Badan Perhubungan Pas Perak mengesa kepada pemandu kenderaan yang mempunyai saman ekor supaya tidak membayar saman meraka.Ini adalah kerana menurut beliau saman ekor yang dikenakan adalah tidak adil kepada rakyat,dan tindakan menyenaraihitam oleh JPJ adalah tidak mengikut undang-undang.Beliau menegaskan bahawa 35% wang kutipan dari saman ekor ini tidak sampai ke tangan kementerian kewangan,tetapi sebaliknya disapu oleh 2 syarikat swasta yang dilantik dari kroni Umno dan MCA.Tambah beliau,Mengapa tiada syarikat kroni dari MIC.Pakatan Rakyat juga ada menyediakan bantuan guaman percuma kepada rakyat yang menghadapi masalah saman ekor ini.
Msinc-Sependapat dengan Bang Mat…dah jelak dengan politik lucah tajaan UMNO ni…

Tuesday, March 22, 2011

Video Seks:BN Kantoi!!

Ini bukti waktu kejadian dalam video Anwar sedang godek pc nya di romah.Udah mandang modai lain gamaknya!!Kes Liwat 2 pun merepek meraban dah endingnya.Udah ler kome rakyat Malaysia yang ngundi BN tu...ijak kome memalu nak nyokong BN lagi.Mane nak di hale muka bila dalam kes liwat jubor Saifool ade ayor mani dia sendiri.Ijak kome kanjei mikiorkannya.Bubar aje Dun Sarawak bideo sex pulak...berjagai benor kes liwat tak leh nolong BN dah!!Dah memang tak codek buat lak bab bideo seks ni..aje yang tenggin tak kancup kancup.Kesannye kome tak caye tengok ler senjata makan tuan melantak BN ni.

Boleh pulak nayang cite koko(blue le) kat hotel pulak tu..auwmak aje handei Abg T ni.Apa ulamak Umno komen..apah ijak sohh aje.Mufti Perak ce cite ce cite skit.Lau keme nayang blue harus kene kejor memperit lari.Ni kat hotel glamer lagi.Ape gelornya udah buleh ker nengok blue kome di Hotel Carcosa Negara.Sapa ler punya idea banggang ni,gatai lagi nak taruh seminggu bagi aje ler kat polis terus.Nyusahkan aje buat tayangan free tu.

Mari bersama Pakatan Rakyat abaikan kisah lucu dan lucah ini.LAWAN TETAP LAWAN!!

Monday, March 14, 2011

Kumpulan Libanglibu -Rela {Studio Version}






KUMPULAN LIBANGLIBU - RELA
LAGU &LIRIK :BOB METALLERS HEADBANGERS IPOH
MUZIK : KUMPULAN LIBANGLIBU
RAKAMAN :STUDIO LIBANGLIBU

Rela.. .rela kamu di pergunakan
Rela.. .rela kamu di perkudakan

Rela hidup kamu dah tersepit
Rela kamu semua dapat duit
Rela kamu memang takda prinsip
Rela kamu memang jenis tak cerdik!!!

Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!

Rela …rela kamu di pergunakan
Rela… rela kamu di perkudakan

Rela kamu tak sanggup nak bangkit
Rela kamu asyik suka tabik
Rela kamu fikiran sempit
Rela kamu memang…
Kaki suka bodek!!!

Kami tak rela!!
Jadi barua!!
Kami tak rela!!
Gadai maruah!!

Rela kamu mesti rela berkorban!
Rela kamu mesti buat perubahan!

Rela bersama rakyat dalam pakatan
Rela bersama rakyat tolak barisan
Rela bersama rakyat tentang kezaliman
Rela bersama rakyat tegakkan keadilan

Kami rela
Sanggup berkorban
Kami rela
Tegakkan keadilan
Kami rela
Bersama pakatan
Kami rela
Tumbangkan Barisan

RELA!!
RELA!!
RELA!

Vesri video HD akan menyusul!!

Linkwithin