Saturday, June 19, 2010

Notis Parlimen tentukan pilihan raya kecil Batu, kata SPR

Dalam kes Speaker DUN Perak  melucutkan ADUN  mereka kata beliau tiada kuasa dan ianya telah diputuskan Oleh Mahkamah Persekutuan manakala kes ADUN Kota Seputeh, Speaker DUN Kedah  ada separuh kuasa mengantung dan melucut ADUN berkenaan manakala sebahagian lagi kuasa tergantung hingga kini sebab belum diputuskan oleh Mahkamah. Dalam kes Tian Chua pula mereka berdolak dalik..entah le

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen Batu, sekali gus memutuskan sama ada perlu memanggil pilihan raya kecil.June 19, 2010
Badan itu menyatakan pendirian ini ketika teka-teki sama ada negara akan menyaksikan pilihan raya kecil ke-12 dan yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak Mac 2008 masuk hari ketiga hari ini.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya boleh menentukan tindakan susulan sama ada perlu mengadakan pilihan raya kecil ataupun sebaliknya selepas menerima notis rasmi daripada Dewan Rakyat.
“Sekarang keadaan kurang jelas. Karpal (Singh) berkata kerusi itu sudah kosong, Tian Chua pula berkata beliau masih wakil rakyat sah bagi kerusi tersebut.
“Jadi dalam keadaan ini, kita akan menunggu notis makluman rasmi daripada speaker atau setiausaha Dewan Rakyat,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Wan Ahmad berkata pihaknya memutuskan demikian selepas penasihat undang-undang SPR meneliti implikasi keputusan mahkamah tinggi kelmarin.
“Oleh kerana perkara ini kurang jelas, maka berdasarkan Perkara 53(1) Perlembagaan Persekutuan, kami menyerahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan status kerusi itu,” kata beliau.

Friday, June 11, 2010

Jangan Khianat Kepercayaan Masyarakat Islam & Bukan Islam – TGNA



Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,”

Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia – tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata.

Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam.

Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara.

Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno.

Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri.

Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,”"Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam.

- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,Ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS di Putik

Thursday, June 10, 2010

Katak muda masih mengaku AMK ...



Semalam teman dapat sms daripada Faizal Effendi @ Katak Muda. Teman malaih nak tulih pasei dia. Lagipun AMK Perak udah umumkan secara terbuka pasei budak ni. Betui apa yang AMK tu dedahkan. Temanpun pernah diajaknya jadi katak melalui sms. Dia bukan berani belabun secara face to face dengan teman. Cukup teman katakan bahawa kelakunya berubah sejak dia kawin dan bertambah parah setelah hilang jawatan sebagai Ahli Majlis apabila Perak dirampas lanun ...

SMSnya semalam .. 01755341++
A'kum sy mjemput Dato',Datin,Tuan,Puan sekeluarga hadir kemajlis (marhaban) naik buai puteri sulong kami yg akan diadakan 12.06.10 (sabtu) block N,Perumahan awam 2,kg Gajah,Perak (belakang stadium kg.gajah) 11.30pg hga 3ptg..smoga dgn khdiran Dato',Datin,Tuan,Puan dpt myerikan lg majlis kami..sekian dri sy...Faizal Effendi Amk Parit.

Teman ucap tahniahle sebab dapat anak. Takdele teman hajap nak layan smsnye. Tapi tang ujung tu yang teman tak berkenan. Ngape ditulih lagi AMK Parit? Tak maluke mike yang udah jadi pengikut Ezam masih mengaku AMK Parit?

Udah wehhh .. kalo ikut geram, banyak lagi yang teman nak dedahkan pasei budak ni. Tapi udahle. Kepada sesape yang boleh belabun dengan dia, nasihatkan dia jangan guna nama AMK. Gunakanle katak muda lak....
Posted by Mamamat at 8:55 AM
 TBO
Minggu lepas nampak dia kat Shell Kg .Gajah mawak motor cup....gi kedai gayenye...lawak mamat ni

Wednesday, June 9, 2010

Tragedi:Kedai Kulop Ayor Terbakor!!!

Kedai Kulop Ayor terbakor tadi...depan Hospital Changkat Melintang Tiada kemalangan jiwa,maklumat lanjut kan menyusul...

Upadate:

Terbakar Jam 3.00 ptg 9.6.2010.Tiada kemalangan jiwa...Param terbakor badan cket dan di rawat di Speta Changkat Melintang.Punca Kebakaran gas bocor ,pin gasnye tercabut...disambor api dapur satu lagi....


Sesape yang berkesempatan boleh menziarahi Param (Tokeh Kedai ni ler) di Speta Changkat Melintang...

Wednesday, June 2, 2010

leboh aje


Jurucakap PM Israel keluarkan kenyataan bahawa mereka akan bebaskan kesemua 680 aktivis antarabangsa yang ditahan komandonya ketika menyerang armada bantuan kemanusiaan yg cuba merempuh sekatan di smjg Gaza… dgn segera... Menurutnya lagi… sebahagian telah dibebaskan pada tengah malam Selasa...

Berikut adalah petikan komen dari beberapa pemimpin dunia :
:: PM Turki Recep Tayyip Erdogan :: anggap serangan sebagai "a bloody massacre." dan Israel perlu “dihukum”
:: UN Security Council :: minta dijalankan siasatan dgn ‘segera, tidak berpihak, berwibawa dan telus’ 
:: NATO :: gesa pembebasan segera semua 6 buah armada berserta beratus² penyokong Palestin yang berlayar bersamanya
:: France :: gesa pembebasan segera rakyatnya yang ditahan di perairan antarabangsa… dibawa keluar dari Israel
:: Menteri Luar Ireland, Micheal Martin :: Israel perlu mendengar dan bertindak seiring dengan suara dan pandangan masyarakat dunia dalam menangani isu ini
:: Presiden Russia, Dmitry Medvedev :: mengutuk pembunuhan itu dan anggap sbg “lansung tidak boleh diterima”
:: Presiden EU, Herman Van Rompuy :: "inexplicable"
:: Ketua Polisi Hubungan Luar EU, Catherine Ashton :: merayu negara² Eropah segerakan langkah mendesak Israel membuka sekatan di Gaza
:: China :: “terkejut” dengan tindakan Israel
:: S/usaha Agong PBB, Ban Ki-moon :: minta Israel tunjuk sebab dengan segera
:: Cuba :: “serangan jenayah”
:: Presiden Venezuela, President Hugo Chavez :: kutuk dan anggap sebagai "brutal massacre," 
:: Mahmud Abbas :: "massacre" 
:: ketua Liga Arab, Amr Mussa :: "crime."
:: Hamas :: gesa umat Islam seluruh dunia untuk “bangkit menentang”
:: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad :: tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan
:: Presiden Mesir, Hosni Mubarak :: mengutuk serangan sebagai tindakan keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan
:: manakala Jordan…. Satu²nya negara Islam yang masih ada perjanjian damai dengan Israel… setakat ini enggan membuat kenyataan terbuka… 

:: PM Malaysia, Najib Razak :: 

We will liaise with the Security Council so that action will be taken against Israel.

Copyright © 2010 Asp Sahab. All rights reserved.

Tuesday, May 25, 2010

Judi Halal

Ni bukti sahih jika ada orang UMNO yang kata PAS memfitnah UMNO mengatakan judi dihalalkan oleh UMNO


Monday, May 17, 2010

Berita Rock Kejap: SELAMAT JALAN RONNIE

http://tukartiub.blogspot.com


Penyanyi heavy metal Ronnie James Dio ( 67 tahun ) dari Black Sabbath meninggal dunia pagi ini kerana menghidap barah perut.

Ronnie menggantikan Ozzy Osbourne yang meninggalkan Black Sabbath. Ronnie juga berkerja dengan band-band seperti Elf, Rainbow, Heaven & Hell.

Ronnie James Dio akan terus dingati oleh peminat Black Sabbath.


• rockers melayu amat meminati heavy metal - pengaruh heavy metal jelas dalam rock melayu





11 ulasan:


C++ berkata...
Bhai TT... Gua dah lama tak dengar lagu Black Sabbath... teringat la pulak zaman gua layan Iron Maiden, Black Sabbath, ACDC, Led Zepplin ..... huh... 70'an dan 80'an ....

Tanpa Nama berkata...
manusia mmg akan mati..tp ronnie tin nggalkn SiGn of RoCk sampai bila2..Kasi PecaHHHH!!!!!!!!!!!

crayon berkata...
keep rock on!

Rugged muslim berkata...
Ronnie James Dio walaupun zaman berubah dikalangan 'metal artist' tetap mengekalkan identiti muzik yang asal - keras tetapi punya melodi tersendiri. Lagu kegemaran :- Egypt, We Rock , Holy Diver . Kehilangan besar bagi peminat muzik 'heavy metal' senior dan old school. "Sail on ,sing a song, carry on, cause WE ROCK!!!" -Heavy metal will never die.

Tanpa Nama berkata...
James Dio ni memang faveret gua dulu2 waktu berhingus. Apa semua pemuzik yang aku minat, semua sudah mengadap ilahi. Dari Kurt Cobain, hinggalah ke Jimi Hendrix. Takpelah...Hidup ini tidak lama, kalo nasib baik, umur leh cecah 50-90 tahun. Mati yang lebih lama sementara menunggu kiamat, mungkin 10 tahun, mungkin 50 tahun, mungkin 100 tahun, mungkin beribu2 tahun, mungkin berjuta2 tahun lagi, mungkin akan ada zaman2 lain berbillion tahun lagi. Siapa tahu, jadi tentukan sendiri bekalan dan amalan yang akan kita bawa menghadapi masa2 mati selepas hidup dan hidup selepas mati. Enjoy tetap enjoy, dadah isap jugak, berpada2lah. Masa muda, dan masa yang tertinggal, penuhilah kembali untuk mengadap ilahi.

kpasu guy berkata...
Banyal lagu dari Ronnie yang popular adalah Rainbow dan selepasnya DIO. Hanya satu lagu saja yang hit untuk Black Sabbath iaitu 'Heaven and Hell'. Salute untuknya. Dia adalah lagenda untuk muzik Rock

Hashim berkata...
R.I.P.............Dio No more War Pigs.............

Metalbail berkata...
Hmmm Ronnie James Dio dah mati.... Papa rock version kenit (tapi suara jantan). Gua suka lagu-lagu dia masa ngan Black Sabbath dan Dio. Among the favourite, The Mob Rules, Don't Talk to Stranger etc etc

Tanpa Nama berkata...
Wehh TT.. Ko pun heavy metal gak.. Ramai pengikut... Letak la "follower" kt blog nie..

Real Ngancokwak berkata...
Hails heavy metal...rock bersama real ngancokwak di facebook

Fa-T berkata...
heaven n hell...

Wednesday, May 12, 2010

Misteri Mimpi Syaifolll

Dipermudahkan apa yang terjadi akibat dalam perbicaraan Kes Liwat 2 ni.Kome jegeikan biji mata pada tarikh - tarikh di bawah!!1

24.6.2008 - Saiful ngabokan dia jumpa Najib kene balun ponggongnya dengan Anwar.

25.6.2008 - Saiful ngabokan dia kene balun ponggongnya kat KPN Musa Hassan pada 26.8.2008 di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

 

Jadi Sayfoll ngabokan benda yang belum berlaku kepada Najib dan Ketua Polis Negara.Pasal tu kes ni kantoi sana kantoi sini.Lagi lama bicara lagi banyak konspirasi ini terbongkar.Kalu kome polis ler ngambik report mau kene penampor Sayfoll ni gamaknye..kah2222



Kes Bedai Ponggong Sayfoll: Mari lihat 10 Misteri kes ini


Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkanMenurut logic akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan. Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri.Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..
[Image]
2. Laporan Pengadu enggan diserahkan mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.

Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan
Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.
5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.
Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.
6. Bukti alibi Anwar memadai Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.
Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
8. Laporan HKL Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.
Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara.
Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
9. Isu motif dan tujuan Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
[Image]

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.
Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.
Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.
Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.
Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.
Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.
Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.
LSS: UMNO ni bijak juga. Timbulkan isu nama Allah dan dakwa Anwar dekat mahkamah, maka tumpuan pun beralihlah dari isu korupsi, siu pengkhianatan negara dengan menjual enjin jet pejuang kepada syarikat asing, isu Altantuya, isu komisyen kapal selam, isu bakar gereja, isu pijak kepala lembu dan banyak lagi.


http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

Linkwithin