By Msinc
Usul-Usul dari JKK Kampong Paloh Telok Bakong.
Pada Oktober 2008 yang lalu Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampong telah mengadakan satu sessi mesyuarat Bulanan.Perkara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah :
1.Memohon grill untuk Surau Kampong Paloh ( Tindakan P.L.B).Grill surau diperlukan untuk tujuan keselamatan harta benda surau.
2.Memohon membaiki dan mengecat Dewan Orang Ramai Kg Paloh Telok Bakong Hilir
3.Memohon 10 tiang lampu awam untuk Kg Salak dan Kg Paloh ( Tindakan P.L.B).Kebanyakan jalan laluan penduduk di waktu malam adalah gelap.Dengan adanya lampu awam dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk kampong.
4.Memohon untuk menjojol ( menanam ) kayu bakau serta menambak tanah jalan keluar - masuk kerana hakisan Kg Salak Telok Bakong Hilir ( Tindakan Jabatan Pengairan Dan Saliran Perak Tengah ).Masalah hakisan sungai adalah suatu permasalahan utama di Kg Telok Bakong.Disepanjang tebing Sungai Perak,hakisan telah terlalu hampir dengan jalan.Ini akan menimbulkan keadaan merbahaya kepada penduduk yang selalu mengunakan jalan tersebut.
Diharapkan segala permohonan ini dapat dipertimbangkan kerana permohonan yang dikemukakan adalah benar benar diperlukan untuk kemudahan penduduk kampong.Segala pertolongan dari pihak - pihak berkenaan adalah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.
Saturday, December 20, 2008
Friday, December 19, 2008
Manakah paling utama laksana Syariat Islam atau tarbiah dan penerangan ?

19.12.2008
Diantara kesalahfahaman yang sering berlaku ditengah - tengah pejuang Islam ialah ;
Ramai diantara mereka khususnya bagi yang yang terlampau bersemangat memberikan tumpuan dan permasalahan perlaksanaan syariat islam sebagai satu satunya undang - undang, terutama perkara - perkara kanun keseksaan: hudud , qisas, dan takzir .
Memanglah perkara ini sesuatu yang penting ia tidak boleh dilalaikan atau diremehkan kerana adalah sebahagian daripada Islam.
Namun dalam membuat tuntutan dan perbincangan secara berlebihan sehingga seolah - olah isu itulah satu - satunya yang paling penting didalam agama. Keadaan ini akan meninggalkan kesan terhadap umat dari segi pemikiran dan tahap gerak kerja Islam secara tidak langsung .
Kesan yang paling tidak molek didengar dan dilihat ialah menimbulkan tanggapan negatif dikalangan orang awam.
Dan peluang inilah yang ditunggu - tunggu oleh puak munafik, sekaligus kesempatan ini diperalatkan oleh musuh - musuh Islam untuk melemparkan gambaran buruk tentang Islam , syariat dan dakwahnya.
DR Yusof Al Qaradawi berpendapat dan menegaskan bahawa undang - undang sahaja tidak akan dapat membentuk masyarakat dan umat yang kental akhlak dan iman secara total.
Namun yang paling berkesan mencipta dan membentuk masyarakat adalah pendidikan , ilmu pengetahuan dan tarbiyyah dan seterusnya undang - undang sebagai perisai dan pelindung terhadap sesebuah tamaddun .
Jadi, aspek paling aula kini bagi sesebuah gerakan Islam adalah pendidikan peringkat tadika , sekolah rendah , menengah hingga ke menara gading wajib melakukan proses mendidik generasi Islam .
Penguasaan ilmu - ilmu alat wajib diberi perhatian sebagai contoh website , blog dan sarana audio - visual yang up -to- date dapat dikuasai generasi umat Islam .
Adalah diharap website - website yang Islamik tidak dilambakkan isu fitnah , sembang - sembang yang tidak berfaedah sepatut mereka menjadi egen -egen dakwah yang berkesan.
Satu pujian untuk www.tranungkite.net yang telah berjaya menarik minat pelayar internet cuma sedikit yang perlu diperbaiki adalah kesahihan sesuatu sumber dan sembang - sembang yang tidak menguntungkan Islam .
Kesemuanya ini jika dilakukan dengan prinsip - prinsip agama ia akan memenuhi tuntutan zaman kini .
Dari sudut kepartian ahli wajib dibekalkan ilmu dan pentarbiahan secara berterusan. Pentadbiran negeri pula pentarbiah perlu lebih berkesan memandang kuasa telah pun dimiliki dan peluangnya adalah lebih luas.
Adalah suatu kerugian bagi mereka yang berada didalam sesebuah gerakan Islam gagal memahami bab - bab keutamaan dari setiap aspek. Agar lurus dalam beragama dan bertindak sewajarnya.
Kesimpulannya gerak kerja Islam wajib kenal pasti dimana keutamaan , mesti pintar menyusun langkah. Kegagalan menyusun mengetahui kaedah - kaedah tersebut akan melambatkan ummah untuk mencapai apa yang dicita - citakan .
Umat Islam mahupun gerakan Islam mesti bijak menyusun perancangan kerja dengan efektif berdasarkan priority yang digariskan oleh agama .
Persoalannya kembali kepada kita semua... apakah kita sudah bersedia ?
www.telokbakong.com
Cadangan orang bukan Islam menjadi ahli PAS mungkin akan menjadi kenyataan.


Pro dan kontra apabila cadangan ini mahu diperkenalkan . Ada yang melihatnya sebagai suatu tindakan Ad - Hoc .Sebahagian yang lain pula menilainya sebagai suatu langkah yang bervisi dan bertanggungjawab.
Bagi penulis pandangan kedua menjadi pilihan tetapi bersandarkan kepentingan semasa demi penerusan kuasa politik Pas dimasa hadapan .
Kepimpinan tertinggi Pas mesti berwajah multi racial agar tidak terlampau kemelayuan .Bermaksud , didalam saf pimpinan Pas Pusat , Negeri , kawasan dan Cawangan. Bukan melayu yang beragama Islam perlu ditonjolkan.
Tokoh - tokoh bukan Melayu yang menyokong Pas perlu segera dipikat , dilamar agar mereka dapat menyumbang idea dan kepakaran dengan lebih berkesan. Di dalam keadaan dakwah semasa di Malaysia Pas memerlukan golongan bukan melayu muslim untuk berinteraksi dikhalayak non muslim yang sebangsa dengan mereka .
Persepsi negatif terhadap melayu yang berkait rapat dengan Islam di Malaysia adalah halangan yang sukar untuk dinafikan.Adalah sesuatu yang agak sukar jika pemimpin Melayu Pas mahu menyampaikan sesuatu mesej politik Islam . Ditambah lagi dengan fenomena Islamphobia dikalangan non muslim .
Percayalah ! golongan bukan melayu Islam jika diberi kepercayaan mereka mampu mengalas tugas besar ini . Bukan kita menafikan kehebatan ahli politik melayu Pas .Tetapi ini adalah penambahbaikan kepada yang ada kini .
Masalah bahasa dan budaya hanya difahami oleh kalangan mereka sendiri . Pas perlu calon bukan melayu untuk bertanding dikawasan yang majoritinya non muslim .
Kelab penyokong bukan Islam didalam Pas perlu diperluaskan skopnya. Pada penulis kelab ini perlu diperkasakan lagi. Penulis berpendapat tidak semestinya mereka menjadi ahli Pas .
Cadangan kami ialah kelab itu mestilah diketuai oleh bukan melayu yang beragama Islam dalam masa yang sama pimpinan kelab penyokong terdiri daripada kalangan non muslim.
Jika pemimpin kelab itu dari kalangan bukan melayu Islam ia akan lebih mudah diterima perkara - perkara yang melibatkan hukum - hakam Islam. Sebelum ini mungkin mereka menyokong Pas kerana nilai - nilai murni sahaja .Kelihatan mereka akan ' termelatah' juga apabila sesuatu peraturan Islam mahu dilaksanakan.
Dakwah kita tidak terhenti setakat 'undilah kami ' malah dakwah tentang keEsaan Allah dan peraturannya itu adalah matlamat.
Di dalam Pas kita masih kekurangan tenaga muslim bukan melayu hampir setiap peringkat . Untuk menjana kekuatan dakwah melalui politik Pas amat memerlukan bahan mentah ini.Pengalaman penulis bersama kalangan non malay yang memeluk Islam mereka mempunyai keyakinanan yang tinggi terhadap Pas .
Komitmen golongan ini terhadap islam juga tinggi malah mempunyai pengaruh yang kuat didalam masyarakat . Disamping latar belakang pendidikan yang tinggi di dalam pelbagai bidang.
Pas perlu menambahkan lagi bilangan mereka agar setanding atau lebih tinggi daripada YB Drs Idham Lim , YB Anuar Tan.
Mungkin suatu hari nanti akan kedengaran nama - nama Ridhuan Rajendran , Sylvester Abdullah (contoh) didalam saf kepimpinan pas .Cuba anda bayangkan jika Naib Presiden Pas bernama " David Tan Abdullah " bagaimana impaknya.?
Kaedah ini juga adalah persediaan jika sekiranya jodoh Pas didalam Pakatan tidak berpanjangan. Pas diketika itu sudah ada calon bukan melayu yang sudah boleh berkempen dan bertanding dikawasan yang majoritinya Non Malay .
Memang kita tidak nafikan calon Melayu Pas tetap mendapat sokongan bukan melayu contohnya Dr Mariah Mahmud . Kita jangan lupa ketika kini Pas didalam Pakatan bagaimana sebaliknya ?
Pimpinan Pas dan ahli mesti berani membuat perubahan . Biarlah perancangannya bercorak jangka panjang .Hindarkan perancangan yang bersifat Ad - Hoc .
Seruan" Pas for All " memerlukan pengisian dari segenap sudut janganlah pula seruan itu hanya tinggal laungan dimusim pilihanraya.
www.telokbakong.com
Monday, December 15, 2008
Akibat sibuk berpolitik anak muda terbiar
Allah SWT telah sempurnakan kejadian semua makhlukNya.Setiap makhluk dijadikan Nya mengikut fitrah kejadiannya, mempunyai peranan masing - masing didunia ini.
Manusia pula mengambil peranan sebagai khalifah diatas muka bumi.Pelbagai nikmat serta sifat kejadian makhluk yang paling sempurna dianugerahi oleh Tuhan semesta alam .
Nikmat usia muda adalah paling manis dalam kehidupan setiap insan. Ketika muda belia tubuh sasa, keinginan pelbagai pelbagai perasaan.Hambatan perasaan yang membara , harapan dan cita - cita yang menggunung, semangat membara rela berkorban walau tanpa dipinta.
Sepatutnya dialam usia sebeginilah pemuda diberi perhatian kerana pakej yang ada ketika usia muda amat bermakna kepada agama dan umat.
Sabda baginda Rasullulah:
" Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Muda sebelum tua mu, sihat mu sebelum sakitmu,kaya mu sebelum papa mu, hidup mu sebelum mati mu, masa lapang sebelum kamu sibuk ". ( Hadis daripada Ibnu Abbas riwayat Al- Hakim ).
Dalam mengharungi hidup hari ini kita sudah dan sedang menyaksikan muda - mudi Islam hanyut. Anak - anak gadis yang hilang kehormatan , bayi - bayi yang dihumban dijalanan, dan pelbagai adunan masalah yang sukar kita gambarkan.
Anak - anak tanpa pedoman daripada ibubapa akan hilang haluan, begitu juga rakyat tanpa tuntunan pemerintah mereka juga akan hanyut dilambung ombak kehidupan.
Tanggungjawab pemerintah terhadap masyarakat adalah merupakan antara satu kewajipan yang berat lagi bahaya .Dimana ia perlu diberi perhatian siang dan malam.Orang yang peka akan melihat dengan penuh teliti bagaimana umat anak - anak muslim kini .
Kelihatannya kini anak - anak umat Islam begitu tercalar akibat daripada perbuatan mereka sendiri.
Mungkin mudah untuk menuding jari. Ibubapa salahkan guru , pembangkang salahkan kerajaan , kerajaan pula salahkan masyarakat , agamawan salahkan orang awam, orang ramai pula salahkan agamawan .
Saling " bangau " mem "bangau "antara satu sama lain . Jadi siapakah sebenarnya yang bersalah ?.
Masalah krisis akhlak tidak mengira batasan .Anak seorang ustaz atau orang awam bukanlah ukuran mutlak.Antara anak ahli masjid atau pun tidak risiko untuk terjebak adalah tidak mustahil.
Terkini ancaman arak' thai song ' yang menjadi bahan khayal alternatif bagi golongan pemuda dan remaja .Harganya yang murah sekitar dibawah paras RM 4.00 berlambak dipasaran. Penjualannya semakin meluas tanpa pantauan dan penguatkuasaan.
Ini adalah antara contoh dari pelbagai masalah keruntuhan akhlak anak - anak remaja kini.
Rakyat teramai mahukan perubahan .Mereka sudah bosan dengan lontaran masalah yang tidak pernah berkurangan .
Apakah kita ketandusan peranan dalam membina atau mencorak persekitaran ? .
Negeri - negeri yang yang dikuasai oleh PR perlu lebih menunjukkan teladan kepada BN. Jika selama ini kita berada didalam ' comfort zone ' sebagai pembangkang kini sudah mentadbir negeri . Harapan rakyat mahu melihat dan merasa perbezaan persekitaran yang terjamin dan jauh selamat .
Keadaan pemuda dan pemudi pada hari ini adalah gambaran pemimpin pada masa hadapan.Setuju atau pun tidak kita juga mempunyai ' saham 'nya jika tidak berbuat yang sepatutnya.
Setiap kita adalah pemimpin , yang pasti kita akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH atas apa - apa yang kita pimpin.
Janganlah fokus kita hanya memenangi pilihanraya .Tugasan yang lain terlalu banyak menanti .Sembang politik sana -sini tidak mencukupi, gerak kerja kemasyarakatan yang amat ditagih . Masalah ummah dihadapan mata dibiarkan bagai menepis lalat hinggap dihidung.Semut seberang laut dapat dilihat, gajah dihadapan mata tidak nampak.
Bangunlah wahai pemimpin negeri,pemimpin parti pemimpin masyarakat , pemimpin keluarga ! ...
Hargailah anak - anak bangsamu ....!
www.telokbakong.com
Sunday, December 14, 2008
ADUN BOTA Dari BN Lompat Ke PKR
Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR .Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.
Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Berita selanjutnya akan menyusul.
Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Berita selanjutnya akan menyusul.
Tuesday, December 9, 2008
Sunday, December 7, 2008
Ceramah Agama Sempena Eidul Adha Di Kediaman Rasmi MB Perak
Suatu majlis ilmu telah berlangsung semalam.Ceramah agama sempena kehadiran Eidul Adha di adakan di Dewan Serbaguna di kediaman rasmi Meneteri Besar Perak.
Kehadiran amat memuaskan terutama dari golongan muslimat.Terdapat juga bloggers - blogers yang hadir.Pemikiran kita harus terbuka dan blog kita haruslah di pelbagaikan dan tidak semestinya terkongkong dengan berita politik semata.Tahniah buat bloggers dan hadirin yang hadir,Kehadiran Bikerz jua menimbulkan suasana baru dalam majlis ilmu.Inilah matlamat TBO untuk menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira dia ahli PAs ke,PKR ke ,Dap ke kerana tanpa sokongan rakyat biasa yang terdiri dari kelompok tidak berparti PR tidak akan kemana dan menawan 5 negeri.
Jamuan minum petang turut diadakan dan suasana mesra sesama hadirin jelas terpancar.
Wednesday, December 3, 2008
Bloggers juga wajib mengubah cara berfikir dan bertindak .
Media massa terlalu terkongkong dan melampau didalam membuat liputan akhirnya memakan diri UMNO - BN .Kebongkakan para pemimpin negara dengan sinis dan pelbagai gelaran buruk dihamburkan terpaksa juga mereka menelan kembali.
Pasca pilihanraya 12 mengajar pemimpin politik erti menghargai peranan para bloggers .
Lebih lucu apabila menteri - menteri bermulut celupar sekonyong - konyong membangunkan blog peribadi kononnya mahu mengikut perkembangan semasa .
Kini bercambah bagaikan cendawan selepas hujan penggunaan internet terutama laman - laman blog politik.Penulis - penulis blog yang beranika ragam disamping kreativiti masing - masing yang dapat memikat pengunjung .
Perkembangan yang sihat juga berlaku di negeri Perak gerakan menyatukan para bloggers dengan matlamat yang lebih jelas sedang dan akan terlaksana .
Penubuhan Bloggers network @perak . Rangkaian ini akan menyusur kedalam negeri - negeri Pakatan Rakyat yang lain.Dan tidak lama selepas itu muncul pula www.perakini.blogspot.com yang masih diperingkat awal pembangunan website nya .
Tujuannya juga adalah sama iaitu membantu Negeri - negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyalurkan maklumat sahih .
Tahniah untuk kerajaan negeri perak kerana telah menjadi negeri pertama yang mengiktiraf peranan blogger dalam membantu membangunkan negeri.
Kebimbangan kami di www.telokbakong.com adalah ketidakmampuan para bloggers dalam perbezaan pendapat .Kelihatan ada tanda - tanda ' Virus bawaan BN " dalam sesetengah perkara .Tetapi kami berharap ia akan cepat dirawat .
Harapan baru rakyat terhadap PR juga patut dikongsi bersama oleh para penulis Blog.
Janganlah akibat sedikit kesalahfahaman terhadap sesuatu isu maka kita merobohkan harapan rakyat . Ada kedapatan penulis yang menulis bagaikan melepas peluru tabur . Tidak tepat dalam berfakta .Hingga membabitkan maruah MB Perak juga tercalar ini amat kami kesali.
Ketika pertemuan pihak kami bersama MB pada 26.11.08 di pejabat SUK tempohari .MB Nizar secara terbuka meminta kami menulis perkara fakta dan bukan menulis perkara yang direka - reka.
Ir Nizar menegur gaya penulisan seorang blogger popular perak yang turut serta ketika itu. Blogger tersebut juga memberikan reaksi positif dan matang .
Perubahan cara berfikir adalah teramat penting. Bukan hanya ahli politik yang harus menukar cara berfikir dan bertindak. Bloggers juga harus keluar dari kepompong pemikiran beku ala BN .
Tugasan berat menanti dihadapan , cabaran kita bukan setakat cadangan demi cadangan .Perlaksanaan gerak kerja dan penglibatan dari semua pihak secara menyeluruh itu yang akan membuahkan hasil .
Satu nasihat buat kita bersama " paku dulang paku yang tersepih, kalau mengata orang janganlah kita yang lebih " .
www.telokbakong.com
Pasca pilihanraya 12 mengajar pemimpin politik erti menghargai peranan para bloggers .
Lebih lucu apabila menteri - menteri bermulut celupar sekonyong - konyong membangunkan blog peribadi kononnya mahu mengikut perkembangan semasa .
Kini bercambah bagaikan cendawan selepas hujan penggunaan internet terutama laman - laman blog politik.Penulis - penulis blog yang beranika ragam disamping kreativiti masing - masing yang dapat memikat pengunjung .
Perkembangan yang sihat juga berlaku di negeri Perak gerakan menyatukan para bloggers dengan matlamat yang lebih jelas sedang dan akan terlaksana .
Penubuhan Bloggers network @perak . Rangkaian ini akan menyusur kedalam negeri - negeri Pakatan Rakyat yang lain.Dan tidak lama selepas itu muncul pula www.perakini.blogspot.com yang masih diperingkat awal pembangunan website nya .
Tujuannya juga adalah sama iaitu membantu Negeri - negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat menyalurkan maklumat sahih .
Tahniah untuk kerajaan negeri perak kerana telah menjadi negeri pertama yang mengiktiraf peranan blogger dalam membantu membangunkan negeri.
Kebimbangan kami di www.telokbakong.com adalah ketidakmampuan para bloggers dalam perbezaan pendapat .Kelihatan ada tanda - tanda ' Virus bawaan BN " dalam sesetengah perkara .Tetapi kami berharap ia akan cepat dirawat .
Harapan baru rakyat terhadap PR juga patut dikongsi bersama oleh para penulis Blog.
Janganlah akibat sedikit kesalahfahaman terhadap sesuatu isu maka kita merobohkan harapan rakyat . Ada kedapatan penulis yang menulis bagaikan melepas peluru tabur . Tidak tepat dalam berfakta .Hingga membabitkan maruah MB Perak juga tercalar ini amat kami kesali.
Ketika pertemuan pihak kami bersama MB pada 26.11.08 di pejabat SUK tempohari .MB Nizar secara terbuka meminta kami menulis perkara fakta dan bukan menulis perkara yang direka - reka.
Ir Nizar menegur gaya penulisan seorang blogger popular perak yang turut serta ketika itu. Blogger tersebut juga memberikan reaksi positif dan matang .
Perubahan cara berfikir adalah teramat penting. Bukan hanya ahli politik yang harus menukar cara berfikir dan bertindak. Bloggers juga harus keluar dari kepompong pemikiran beku ala BN .
Tugasan berat menanti dihadapan , cabaran kita bukan setakat cadangan demi cadangan .Perlaksanaan gerak kerja dan penglibatan dari semua pihak secara menyeluruh itu yang akan membuahkan hasil .
Satu nasihat buat kita bersama " paku dulang paku yang tersepih, kalau mengata orang janganlah kita yang lebih " .
www.telokbakong.com
Saturday, November 29, 2008
Karya Subuh:Mari Menjadi Codek

Setelah sembilan bulan berlalu masih ramai penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat membezakan konsep sesuatu majlis sama ada anjuran kerajaan pemerintah atau parti politik.Inilah yang berlaku apabila tidak faham atau buat-buat tidak faham.
Konsep anjuran biro penerangan kerajaan negeri dengan tajuk 'Percambahan Fikiran' baru-baru ini telah menonjolkan lagi kelemahan tersebut.Ini bukan ceramah politik jadi apa perlunya meneriak 'takbir' di dalam majlis tersebut.Ini bukan ceramah PAS.Terdapat dua tiga majlis yang penulis hadiri perkara yang sama berulang kali berlaku.
Seisi soal jawab sepatutnya peserta memberi idea yang bernas untuk memantapkan jentera pentadbiran negeri.Tetapi menjadi medan melepaskan rasa tidak puas hati seolah-olah majlis itu 'Dialog bersama Pemimpin' mencurahkan setiap masalah di setiap daerah.Ini bukan forumnya,ini forum percambahan fikiran.Berkongsi fikiran memantapkan kerajaan dalam menjalankan dasar-dasarnya.
Wakil dari TBO telah mencadangkan diadakan WEB TV yang sentiasa menyalurkan berita terkini kerajaan negeri.Pasti akan ada merungut bukan semua orang kampung mempunyai capaian ke internet.Jangan cepat melatah,itu satu kaedah.Kaedah seterusnya ialah Unit Penerangan Negeri mula bergerak ke ceruk-ceruk kampung menjelaskan isu terkini.Ingat ini bukan ceramah politik!!Ia berfungsi menerangkan aktiviti kerajaan,bagi rakyat nampak kerja YB PR yang mereka undi.Kerja banyak rakyat tak tahu,hasilnya PRU ke 13 lingkuplah YB tu.
Satu kelemahan ketara dalam siri ceramah yang biasa menggunakan tajuk 'Majlis Penerangan Isu Semasa' pastinyalah menyentuh serangan BN.Kalau ada 4 penceramah ke empat - empatnya membicarakan isu yang sama.Pandangan penulis alangkah moleknya satu mengambil rang menangkis tohmahan BN,kedua menerangkan tentang perancangan ekonomi dan pentadbiran kerajaan negeri dari masa ke semasa dan yang seterusnya memberi tazkirah agama.Barulah memaksimakan ruang yang diberikan rakyat yang hadir dalam siri ceramah tersebut.
Marilah kita menjadi codek,jangan lah kita tengging setengging-tenggingnya dulu kini dan selamaye kome!!.
jaiswings@telokbakong.com
www.telokbakong.com
Thursday, November 27, 2008
MB Perak Dan Bloggers


Oleh :kelulut@telokbakong.com
KTB:Kuat le kome jumpe MB
26.11.2008
Dari Gombak dan Putrajaya penulis dan webmaster bergegas ke Pudu Raya membeli tiket menuju negeri kelahiran kami Perak Darul Riduan . Demi memenuhi jemputan pejabat Menteri Besar Perak .
Kami sebagai blogger terasa berbesar hati kerana dijemput bagi mendengar taklimat dan berkongsi - kongsi pandangan dengan Setpol, dan Setiausaha akhbar MB .
Mengikut jadual awal kami hanya akan bertemu setpol ustaz misbahul munir dan setiausaha akhbar MB En Anuar Hashim dan beberapa orang bloggers Perak .
Tepat 12.30 tengahari setpol memaklumkan bahawa Dato Seri Mohd Nizar akan turut serta.Kami bertambah excited maklumlah pertama kali bersemuka dan berbincang dengan Menteri Besar Perak itu.
12.35 tiba - tiba MB muncul saya terpaku apabila beliau memberi salam dan bersalam dengan para bloggers yang hadir .Apabila saya melihat dengan secara live, mata saya bagaikan terkacima melihat ketenangan dan nur wajah MB yang selama ini hanya dilihat dari kejauhan .
Perasaan inilah yang pernah penulis rasakan beberapa belas tahun dahulu apabila bertemu untuk pertama kali dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Dato seri meneruskan mukadimmah dan menerangkan kepada kami tentang halangan dari pada pihak media massa dan tipu daya parti lawan terhadap kepimpinan beliau.Beliau berharap pihak bloggers akan membantu dan mencari jalan agar maklumat sebenar dan tepat dapat disalurkan kepada rakyat jelata.
Sesuatu yang menarik yang saya perhatikan tokoh muda Gerakan Islam inilah beliau terbuka dalam perbincangan yang membuatkan kami tidak berasa janggal untuk mengemukakan pandangan. kami juga diberi peluang untuk mengkritik kepimpinannya atau kakitangan jika ada yang dirasakan perlu .
Keputusannya dalam pertemuan tersebut kami telah memutuskan untuk bergabung dan bekerjasama demi membantu kerajaan negeri dalam menangkis tohmahan dan putar belit fakta oleh BN pembangkang negeri perak .
Diakhir sessi perbincangan seperti biasa acara makan. Sekali lagi dapat melihat kesederhanaan pimpinan PR menguruskan kewangan agar tidak membazirkan wang rakyat.
Kami dihidangkan makanan kegemaran ikan masin 3 ekor dipotong , telur dadar ( 2 biji andaian ), kembung masak asam 3 ekor dan sayur dan nasi .
Kami seramai 12 orang makan bersama cukup dan barakah malah lebih satu mangkuk nasi .
Bayangkanlah jika kerajaan lain yang memerintah agaknya entah apalah " lauk petok" yang akan dihidangkan .
Adalah diyakini memang inilah corak yang dibawa oleh Dato seri Mohd Nizar kepimpinan melalui teladan .Berjimat dalam berbelanja kerana beliau sedar bahawa jawatan beliau adalah amanah ALLAH .
Dato seri, kami berikrar akan membantu apa yang termampu dan kami akan menyokong selagi mana kepimpinan ini berpaksikan kebenaran dari Illahi .
www.telokbakong.com
Subscribe to:
Posts (Atom)



