Seorang AJK Bahagian dan 2 Ketua Cawangan UMNO Parit antara 16 yang ditangkap dalam Operasi Judi dan Tak Puasa di Manjung.
Manjung 17 Sept. - Pejabat Agama Daerah Manjung telah membuat operasi menyeluruh ke semua kawasan termasuk Lumut dan Air Tawar dalam satu operasi Tak Puasa. Diantara yang ditahan ialah seorang AJK UMNO Bahagian Parit dan 2 orang Ketua Cawangan UMNO Bahagian Parit. Mereka ditahan semasa sedang bermain judi didalam sebuah kedai di Ayer Tawar.
Mengikut maklumat yang diperolehi, kedai tersebut dipunyai oleh seorang TAIKO Cina di Ayer Tawar dan merupakan pusat baru bagi kegiatan-kegiatan orang-orang yang tidak bermoral ini. Sebelum ini, pusat kegiatan judi dan tak puasa ini ialah di Kampong Jering, sebuah perkampungan orang-orang Cina.
Dengan serbuan ini adalah dipercayai kegiatan judi disepanjang bulan Puasa ditempat itu menjadi lumpuh. Kawasan ini juga adalah merupakan tumpuan bagi orang-orang Melayu yang ingin berjudi dan makan minum dalam bulan puasa.
Sementara itu di Kampong Pasir Panjang, 6 orang yang sedang makan dan minum dan menghisap rokok telah disaman oleh Pejabat Agama Daerah Manjung kerana tidak menghurmati bulan Ramadhan. Mereka diserbu di dalam sebuah kedai kepunyaan seorang bangsa Cina.
Di Lumut, seorang India Muslim tuanpunya sebuah restoren juga disaman oleh PAID Manjung kerana menjual dan menghidang makanan kepada pelanggan Islam.
Friday, September 19, 2008
Tuesday, September 16, 2008
16 Sept: Kenyataan penuh Anwar
Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.
Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :
1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.
Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.
Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.
Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Langkah Pakatan selanjutnya - mengadap Agong
Pemimpim Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman dari Barisan Nasional.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berkata, ini akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk kepada sedang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.
Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata, Pakatan mungkin mendapat campurtangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk memujuk beliau supaya berbuat demikian.
"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.
'Sudah ada 116 MP'
Awal pagi ini, AFP memetik Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.
Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.
Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan dari 116 ahli Parlimen. Ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.
Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen dari BN, yang diperlukan untukk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.
Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.
Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk memulihkan beliau menubuhkan kerajaan baru.
Wednesday, September 10, 2008
HANTU YANG TAKUT
by msinc
Jangan merasa bongkak dan takbur sangat tentang ura-ura 16 Sept tidak menjadi kenyataan.Labun Umno begitu ujub dan riaknya membuat pengumuman bahawa perkara tersebut tidak akan terjadi.Perkara seperti ini terjadi lagi selepas Umno membuat kenyataan besar-besaran menghebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa DSAI Ibrahim tidak akan menang di Permatang Pauh.Dalam hal ini cuma penyokong BN yang menghadiri majlis Pernamaan Calon di Maktab Tengku Bainun sahaja yang mengetahui bertapa azab dan sengsaranya menjadi penyokong kepada calon BN.Tetapi hebahan propaganda ini terus dicanangkan di media utama tempatan.Akibatnya para penyokong dan pemimpin BN bermati-matian mempercayai bulat bulat kata kata pemimpin-pemimpin besar mereka.
Sememangnya manusia jarang belajar dari sejarah.Pembohongan yang begitu besar pun tidak dapat dikesani oleh pendokong Umno yang selalu mengakui diri seorang yang bija pandai itu..Masih ingatkah kita apabila Pak Lah membuat pengumuman tentang Pilihanraya Umum 12 dulu? dia kata lambat lagi PRU,secara tiba tiba,keesokan harinya istihar bubar parlimen.Semasa kempen pilihanraya, Najib umum tiada naik minyak tahun ini,lepas dapat mandat dari rakyat,harga minyak dinaikkan dengan begitu drastik sekali.Pak Lah kata tidak akan letak jawatan,tetapi kemudiannya mengumumkan Peralihan Kuasa kepada Najib pada tahun 2010.Masih bolehkah kita percaya kepada pemimpin macam ini,melakukan pembohongan secara terang-terangan kepada semua rakyat Malaysia.Timbul persoalan,siapakah yang sebenarnya mengkhianati suara rakyat.
Tetapi kepada penyokong Pakatan Rakyat sedikit pun tidak mempercayai omongan pemimpin Barisan Nasional.Walaupun bukan semua para penyokong Pakatan Rayat terdiri dari kalangan professional dan berpendidikan tinggi tapi mereka-mereka ini gigih mencari maklumat dan ilmu pengetahuan dari perbagai sumber untuk menambah ilmu dan kefahaman tentang politik negara.Internet,ucapan pemimpin dan akhbar alternatif menjadi pilihan utama. Ini menyebabkan pengetahuan bertambah dari hari ke hari dan menjadikan para penyokong Pakatan adalah terdiri dari golongan bermaklumat.Di tambahi lagi pengetahuan yang tinggi dalam agama Islam oleh ahli-ahli Pas menjadikan hati dan minda mereka lebih mudah untuk menerima kebenaran.Berbanding ahli-ahli Umno yang kelihatannya kurang aggresif untuk mengambil tahu hal ehwal politik semasa atau cuba bergantung kepada media TV dan suratkhabar yang lebih menjurus kepada kehendak Umno sahaja.Di peringkat cawangan,masih ramai lagi ketua-ketua cawangan Umno yang terdiri dari mereka yang mempunyai pendidikan setakat sekolah rendah sahaja.Lebih menyedihkan lagi,terdapat ahli ahli yang buta huruf dilantik menjadi Bendahari serta beberapa jawatan penting,padahal ramai lagi ahli yang berkemampuan.Ini menerangkan bahawa didalam kepimpinan Umno tidak mahukan pengikut yang bijak,mereka lebih rela melantik ahli yang mengikut sahaja kemahuan mereka.Takut lambat laun mereka akan tercantas.
Politik wang merupaan permasalahan yang timbul dari ketakutan yang amat sangat oleh pemimpin Umno.Takut hilang jawatan,hilang kedudukan,takut dicabar oleh pemimpin lain yang lebih berwibawa dan oleh sebab sebab yang lain.Umno telah melakuan penjenamaan baru yang paling menjijikan diabad ini dengan menamaan semula rasuah sebagai politik wang.Pada mereka
penjenamaan baru ini membuatkan ianya kelihatan lebih bermaruah serta lebih halal jika dibandingkan dengan rasuah.Oleh itu dimana-mana kes politik wang yang berlaku di dalam Umno,pemimpinnya tidak dihadapan ke mahkamah sebagai kes rasuah biasa tetapi hanya dikenakan tindakan disiplin sahaja seperti gantung keahlian dan sebagainya.
Mengenai politik wang ni..(tak leh sebut rasuah..marah org umenor..)Dahulunya berleluasa di peringkat pusat kemudian telah merebak ke peringkat bahagian kini,diperingkat cawangan pula budaya tersebut mula menular.Dewasa ini untuk permilihan ketua jkkkp atau ketua cawangan Umno, politik wang dijadian senjata utama untuk memancing undi.Bayangkan dikampung kampung telah wujud lobi melobi,fitnah memfitnah dengan menyebarkan khabar khabar angin,majlis makan ditempat yang tertentu dan sudah tentu,politik wang juga terlibat oleh bukan saja calon calon yang terlibat malahan ianya dinaungi dan ditaja oleh calon-calon yang mahu bertanding di peringkat Bahagian.Wang politik yang terlibat bermula dari hadiah kain batik atau pelekat yang dibeli dari Terengganu semasa rombongan anjuran Umno sehinggalah helaian wang yang mencecah ratusan ringgit Malaysia.
Apabila difikir secara mendalam, baru peringkat cawangan sudah pandai 'politic money',terasa suatu kesedihan yang amat memilukan apabila mengenangkan ianya semakin menjadi budaya politik kampung. Merasuah orang, alangkah runtuhnya moral pelaku-pelaku berkenaan.Ingat, ianya mungkin melibatkan ayah dan ibu anda,saudara mara,adik beradik dan sahabat handai anda.Paling memilukan perbuatan ini dianggap sah,halal dan beretika didalam paradigma Umno.Malu sebagai parti yang memerintah,dan ketua nya adalah ulamak besar Islam hadhari,mengamalkan politik money dalam hal hal pemilihan.Justeru ini melahirkan pemimpin yang tidak beretika dengan cara lantikan tidak bermoral.Sanggup kah kita meninggalkan anak dan cucu kita ke tangan tukang tukang karut ini?.Selamat kah mereka?
Kepada pendokong atau penyokong Umno,fikiranlah nasib generasi kemudian.Jalankanlah tugas mu sebagai seorang Khalifah Allah di muka bumi ini.Jauhilah perbuatan perbuatan yang melanggari perintah Agama.Bersihkan diri anda dari segala kemungkaran dan mudah-mudahan kebenaran akan menyinari kalbu dan sanubari.Carilah kebenaran dengan apa cara pun.Adalah disyorkan,sekiranya anda didalam keadaan ragu-ragu atau was was terhadap sesuatu pekara atau permasalahan,supaya mendirikan sembahyang Istikarah.Mudah mudahan anda akan diberi petunjuk oleh Allah.Sekiranya kebenaran sudah nyata, tetapi anda masih bersengkokol kerana takut kepada kehilangan sesuatu mungkin pengaruh,kuasa,wang,bantuan dan sebagainya,martabat anda sebagai sebagai seorang insan yang memegang jawatan Khalifah dengan sendirinya telah gugur.Maka jadilah anda suatu mahluk yang lain yang rendah darjat martabatnya.Janganlah anda menjadi seperti mahluk...HANTU YANG TAKUT.
msinc- bertekad tinggalkan umenor,apabila politik wang berlaku didepan mata...dulu teman tak percaye..pade teman umenor ni benor belake...tapi Tuhan maha kaya...tunjukkan teman jalan yang sejahtera.
Tuesday, September 9, 2008
Politik perkauman ' permainan' Si Desperado ( BN )

Oleh : Sang Kelulut
09.09.2008
Dari kemelut dalaman parti UMNO, kini beralih berantakan didalam komponen BN.Apakah motif suasana ini di cipta ?.Mungkinkah perhatian rakyat mahu dialihkan ? .
Penulis melihat segala kemungkinan ada kebarangkaliannya.Ketika artikel ini ditulis ,Parti Gerakan telah pun memutuskan hubungan terhadap Umno Pulau Pinang.Ini berikutan kelancangan mulut Ketua Bahagian Umno Dato Ahmad Ismail .Beliau dengan angkuh meminta agar Gerakan digugurkan dari BN.Sambil mendakwa parti serpihan DAP itu memporak perandakan keluarga BN dakwanya.
Sebelum ini Dato Ahmad Ismail dilaporkan telah membuat kenyataan berbaur perkauman yang menyinggung perasaan kaum cina .Tetapi beliau menafikan dan enggan memohon maaf .
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pemangku Gerakan juga dilaporkan terkejut apabila penyokong Dato Ahmad mengoyak dan memijak gambar bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.
Ini menimbulkan lagi kemarahan penyokong parti Gerakan.
Lebih panas lagi Dato Ahmad memberi memberi amaran kepada masyarakat cina supaya tidak mencontohi Yahudi yang mahu menguasai politik dan ekonomi.
Dr Koh juga menegaskan ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab sama sekali.Terkini , Wanita Gerakan menggesa Dato Ahmad dipecat dari Umno dan disumbat kedalam tahanan ISA .
Para pembaca boleh menilai apakah ini suatu sandiwara atau kisah benar ? Apakah Gerakan mahu dijadikan " bahan bukti " tentang betapa kuat nya UMNO mempertahankan ketuananya ?
Apakah 'demam panas ' BN sejak tewas mengejut dalam PRU 12 tempohari masih belum kebah kelihatan masih meracau - racau tidak keruan ?.
Di blog Dr Khir Toyo mantan Menteri Besar Selangor berkata iklim politik kini hampir sama dengan situasi politik 1969.Ekoran kelemahan pemimpin menguruskan hubungan antara kaum.
Dalam perenggan 16 beliau menulis " saya bimbang jika kita lewat melakukan sesuatu peristiwa rakyat berada dijalan akan berulang dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan".
http://www.drkhir.com/ .
Penulis merasakan ada sesuatu perancangan halus sedang berjalan .Hasutan pemikiran, secara tidak langsung melalui pelbagai peristiwa kini menimbulkan pelbagai syak wasangka.
Lebih 50 tahun BN memerintah Malaysia dengan slogan hanya BN mampu mentadbir negara.Tapi kini apabila parti pemerintah semakin terhakis daripada pilihan rakyat mereka seperti terdesak untuk memgembalikan keyakinan rakyat dalam jangka waktu yang singkat .
UMNO khususnya, tidak mahu mengakui kelemahan dalam masa yang sama berebut jawatan yang entah bila sudahnya.Dari peringkat pusat hingga ke cawangan bertelingkah.Rasuah sana sini tidak diberi perhatian secara menyeluruh.
Untuk menutup 'bangkai' kesalahan mereka Pakatan Rakyat dipersalah , rakyat heret kedalam permasalahan Parti yang hampir reput dan membusuk itu.
Tapi kini rakyat sudah matang sukar untuk termakan momokan murahan yang bermodalkan " racist' / perkauman yang melampau.
Sepatutnya Umno - BN tumpukan kepada mengembalikan keyakinan terhadap parti dan pentadbiran negara .Bukan berusaha melaga - lagakan antara kaum demi mengekalkan kuasa yang hanya sementara ini .
Politik perkauman melampau adalah "permainan" desperado / orang terdesak.
Monday, September 8, 2008
Giliran pemimpin Pas ' pukau' pengundi Melayu
Oleh : Sang Kelulut
Tarikh : 8.09.2008
Dalam temubual antara Mohamad Sabu dan Malaysiakini pada 6 sept lepas, menarik perhatian penulis. Menurut Mat Sabu " Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan dikalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 mac lalu " kata Naib Presiden Pas itu.
Memang benar pandangan Mat Sabu Kehadiran DSAI telah berjaya mengubah pemikiran kalangan bukan Melayu malah kejayaan sebenarnya adalah menyatukan DAP dan PAS.
Dato Seri Anwar begitu yakin menjanjikan perubahan jika Pakatan Rakyat mendapat kuasa kelak.
Persoalanya sekarang, kenapa sebahagian besar orang Melayu gagal masih gagal mengikut rentak gendang yang dipalu oleh DSAI ?. Apakah sekutu Pakatan yakni PAS gagal memainkan peranan sebagai ejen untuk menyakinkan orang Melayu terbanyak sebagai contoh di Perak, Trengganu, Melaka dan Johor.
Negeri Perak bergantung penuh kepada kerusi DAP dan PKR.
Kebanyakan kawasan Melayu , UMNO masih menebal dijiwa mereka.Dan kelihatan begitu sukar untuk ditembusi.Parlimen Parit misalnya sebelum ini pernah dimenangi Pas tetapi kali ini tewas ditangan UMNO.
Penulis melihat faktor Anwar memang memainkan peranan sangat besar.Ketika PRU 10 sokongan Melayu dilihat sangat luar biasa .Sehinggakan Trengganu jatuh ketangan PAS.Ketika itu undian dari kalangan bukan Melayu pula tidak banyak membantu.Tetapi orang Melayu ketika itu memberi sokongan yang luar biasa .
Dalam PRU 12 ,ketika apabila Anwar kembali kearena politik gelombang perubahan semakin memuncak hingga BN terlepas 5 buah Negeri kepada Pakatan Rakyat.
Secara mudahnya PRU 10 sokongan Melayu terhadap BA ketika itu sangat baik. Sebaliknya PRU 12 undian bukan Melayu pula menjadi faktor penentu.
Penulis yakin jika PAS memainkan peranan lebih efektif pasti orang Melayu akan menukar ikon mereka daripada Umno kepada Pas.Islam agama yang universal jika kena dengan kaedah pasti akan diterima.Jika bukan Islam sudah berani memilih Pas , apakah sukar untuk Melayu yang beragama Islam untuk menerima kepimpinan Pas.
Polemik usang dalam parti perlu dibuang jangan diungkit golongan agama atau profesional masing - masing ada peranan. Segala yang tidak bercanggah dengan agama itulah Islamik.Sepatutnya PAS tidak sukar dalam membuat keputusan.Agama kebiasaanya penuh didada pimpinan, jauh dari rasuah dan sebagainya .Inilah sebenarnya modal terbesar Pas iaitu kejujuran.
Tokoh - tokoh didalam parti perlu diketengahkan nama - nama besar seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz,Tuan Guru Abdul Hadi , Dato Dr Haron Din, Ustaz Nasarudin, Dato Husam, Dato Seri Ir Mohd Nizar , Dato Seri Azizan Razak dan lain - lain sangat perlu dipublisitikan.Agar rakyat dapat melihat dan mengambil contoh dari mereka.
Maka tidak perlulah kita bergantung kepada kepopularan pemimpin dari sekutu yang lain.
Jika dilihat kepada kemampuan DSAI beliau mampu berhujah dengan fakta sebagaimana ditunjukan dalam debat perdana tempohari.
Pas perlu ada kualiti setanding atau lebih baik dalam keperluan politik masa kini.Tetapi didalam bidang keagamaan Pas memang tidak dinafikan.Bidang ekonomi juga harus dapat dikupas dengan baik oleh pimpinan PAS.
Pas perlu dilihat ' independent ' supaya tidak dilihat popular bila ada isu besar melanda atau hanya ' menangguk di air yang keruh '.
Pas tidak hanya dilihat sebagai mahu memerintah tetapi yang lebih penting adalah mampu untuk memerintah dengan baik.
Bukan setakat ada, tetapi biar rakyat dapat merasa keberadaan Parti Pas ditengah tengah masyarakat majmuk seperti Malaysia ini .
kelulut@telokbakong.com
www.telokbakong.com
Thursday, September 4, 2008
Teori 916 Realiti Atau Fantasi
Oleh: Sang Kelulut
Tarikh: 4.08.2008 ( 12 hari menjelang 916 )
DR Mahathir berkata " BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN" ( ucapan Dr M ,dalam mstar 3.09.2008 ).
Penulis sengaja memetik ucapan Dr M diatas untuk mengambarkan fenomena politik semasa Malaysia kini. Daripada luahan hati bekas PM ini jelas " Titanic BN " akan karam.
Tambahan lagi asakan demi asakan dari bekas seterus Dr M yang kini mengetuai Pakatan Rakyat meresahkan lagi BN.Jika BN digambarkan sebagai "Titanic " , PR pula adalah " Iceberg" yang akan menahan rempuhan kapal raksaksa BN yang sudah tua , rapuh namun angkuh itu.
16 september 2008 yang penulis sendiri termimpi - mimpi apakah benar akan berlaku "tsunami politik " dikatakan BN akan " tersembam menyembah bumi ".
Ada pihak yang berkata ini adalah pembohongan Anwar Ibrahim . Malah riuh rendah UMNO dan pimpinan mereka menafikan .Tetapi suara - suara dari komponen mereka agak perlahan seolah - olah mengiakan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu .
Lebih menghairankan lagi didalm laporan bajet 2009 tempohari , kerajaan telah mencadangkan lebih kurang 3.3 bilion diperuntukan untuk Sabah / Sarawak.
Apakah kerajaan tiba - tiba terprihatin ? .Apakah setelah Anwar mengumumkan bahawa ahli -ahli parlimen Sabah/Sarawak akan menyeberang kedalam Pakatan ?.
Penulis percaya tindakan kerajaan BN membuat pelbagai tawaran baru kepada rakyat membuktikan 16 sept 2008 ini adalah benar dan bukan retorik politik Anwar.
Secara logiknya mana mungkin seorang yang seperti Anwar boleh mereka - reka cerita.Dunia sedang memerhatikan setiap perkara yang berlaku keatas beliau .Jika benar dia berbohong sudah pasti beliau menggali liang lahat karier politiknya sendiri.Apakah mungkin ini suatu pembohongan ?.
Dalam politik segalanya mungkin , memang benar ada pendapat tidak perlu tergesa - gesa dalam mendapatkan kuasa kerajaan pusat.Saya yakin rasionalnya ialah jika dibiarkan sehingga Pru 13 negara kita mungkin hampir nazak jika dilihat kepada prestasi kini.
Jika berlaku atau pun tidak teori 16 sept 2008 ini rakyat pasti akan membuat pilihan dimasa hadapan .Tiada satu kerajaan diatas dunia ini yang tidak tumbang semua terlipat dalam sejarah.Lambat laun pasti menyembah bumi maka akan diganti dengan kerajaan yang lain.
Sept 16 apakah realiti atau pun fantasi sama- sama kita nantikan .
Anwar , ayuh buktikan janji - janji mu !!!
katakanlah: " wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Ditangan Engkaulah segala kebajikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
( Al quran surah al - imran 26 )
Semoga ayat ini memberi kekuatan kepada kita semua.
kelulut@telokbakong.com
www.telokbakong.com
Tarikh: 4.08.2008 ( 12 hari menjelang 916 )
DR Mahathir berkata " BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN" ( ucapan Dr M ,dalam mstar 3.09.2008 ).
Penulis sengaja memetik ucapan Dr M diatas untuk mengambarkan fenomena politik semasa Malaysia kini. Daripada luahan hati bekas PM ini jelas " Titanic BN " akan karam.
Tambahan lagi asakan demi asakan dari bekas seterus Dr M yang kini mengetuai Pakatan Rakyat meresahkan lagi BN.Jika BN digambarkan sebagai "Titanic " , PR pula adalah " Iceberg" yang akan menahan rempuhan kapal raksaksa BN yang sudah tua , rapuh namun angkuh itu.
16 september 2008 yang penulis sendiri termimpi - mimpi apakah benar akan berlaku "tsunami politik " dikatakan BN akan " tersembam menyembah bumi ".
Ada pihak yang berkata ini adalah pembohongan Anwar Ibrahim . Malah riuh rendah UMNO dan pimpinan mereka menafikan .Tetapi suara - suara dari komponen mereka agak perlahan seolah - olah mengiakan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu .
Lebih menghairankan lagi didalm laporan bajet 2009 tempohari , kerajaan telah mencadangkan lebih kurang 3.3 bilion diperuntukan untuk Sabah / Sarawak.
Apakah kerajaan tiba - tiba terprihatin ? .Apakah setelah Anwar mengumumkan bahawa ahli -ahli parlimen Sabah/Sarawak akan menyeberang kedalam Pakatan ?.
Penulis percaya tindakan kerajaan BN membuat pelbagai tawaran baru kepada rakyat membuktikan 16 sept 2008 ini adalah benar dan bukan retorik politik Anwar.
Secara logiknya mana mungkin seorang yang seperti Anwar boleh mereka - reka cerita.Dunia sedang memerhatikan setiap perkara yang berlaku keatas beliau .Jika benar dia berbohong sudah pasti beliau menggali liang lahat karier politiknya sendiri.Apakah mungkin ini suatu pembohongan ?.
Dalam politik segalanya mungkin , memang benar ada pendapat tidak perlu tergesa - gesa dalam mendapatkan kuasa kerajaan pusat.Saya yakin rasionalnya ialah jika dibiarkan sehingga Pru 13 negara kita mungkin hampir nazak jika dilihat kepada prestasi kini.
Jika berlaku atau pun tidak teori 16 sept 2008 ini rakyat pasti akan membuat pilihan dimasa hadapan .Tiada satu kerajaan diatas dunia ini yang tidak tumbang semua terlipat dalam sejarah.Lambat laun pasti menyembah bumi maka akan diganti dengan kerajaan yang lain.
Sept 16 apakah realiti atau pun fantasi sama- sama kita nantikan .
Anwar , ayuh buktikan janji - janji mu !!!
katakanlah: " wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Ditangan Engkaulah segala kebajikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
( Al quran surah al - imran 26 )
Semoga ayat ini memberi kekuatan kepada kita semua.
kelulut@telokbakong.com
www.telokbakong.com
Wednesday, September 3, 2008
Sorry Bos!! Bukan Gua Pecah Lubang
Sorry Brader! Gua tarak cerita sama sapa-sapa itu rahsia. Tapi sekarang orang sudah banyak tau. Ini hari, gua terima SMS, betui-betui serupa sama itu rahsia you suruh simpan. So, sekarang….rahsia terbuka.
5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.
6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.
7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.
8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.
9 September: Sidang tergempar Parlimen.
10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.
12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.
15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.
15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Majlis Perasmian Berbuka Puasa Anjuran Kerajaan Negeri Perak Di Dataran DBI

InsyaAllah, pada 4 Ramadhan1429H / 4 Sept 2008 (Khamis), bermula jam 6.30 petang, Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan Majlis Perasmian Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Tazkirah di Dataran MBI.
Majlis Perasmian ini akan meliputi sembahyang Terawih dan Tazkirah yang akan dipimpin oleh Menteri Besar Perak, Dato Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sendiri. Jamuan untuk berbuka turut disediakan.
Semua di jemput hadir.
Tuesday, September 2, 2008
Ramadhan, bulan ' turning point'

Oleh: Sang Kelulut
Tarikh : 02.08.2009 / 2 Ramadhan 1429
Hikmah bulan Ramadhan sangat luar biasa. Bulan ini umat Islam secara spontan berlumba - lumba untuk melakukan amal kebajikan.Maha suci Tuhan yang Maha menyayangi makhlukNya.Dengan sifat pemurahNYA telah mentakdirkan bahawa bulan Ramadhan ini penuh keberkatan kepada manusia yang beriman dengan sebenar - benarnya.
Cuba anda perhatikan dalam bulan ini, terbukti kita mampu untik beribadah dalam keadaan yang luarr..biasaa....Untuk memudahkan kita membuat analisa mari kita perhatikan dari waktu sahur hingga lewat malam.
* Dalam keadaan yang sangat mengantuk kita bangun dan kejutkan ahli keluarga supaya makan sahur. Kita prihatin dan mereka bangun dengan penuh semangat maknanya secara tidak langsung ini membuktikan bahawa kita memang mampu untuk bangun awal .Maha Suci Allah yang mengetahui dengan sahur ini manusia ada kekuatan dan sumber motivasi.
* Lepas sahur, waktu subuh pun masuk kita solat berjemaah bersama keluarga atau kemasjid / surau .Buktinya , subuh bulan ramadhanlah paling ramai jemaah...tak percaya ? lepas sahur nanti pergi tengok sendiri kat masjid/ surau...jomm pi masjid !!!
* Waktu pagi hingga petang muka nampak warak aje.,,rajin baca buku agama, baca quran dan cakap pun slow aje....inilah kesannya puasa..
* Tahap pencemaran pun kurang..asap rokok ler.Hinggakan Kementerian Kesihatan pun pernah lancarkan kempen berhenti merokok dalam bulan puasa.Ok lee..tuu.
* Ahli keluarga pun prihatin terhadap sesama mereka siapakah yang puasa atau tidak.( tetapi ramai yang tak kisah bila tak solat ? ) alangkah manisnya hidup berkeluarga saling ingat - mengingati .
* Waktu berbuka semua ahli keluarga duduk menanti detik azan sambil berbual - bual kecil..subhanallah ! halusnya cara ALLAH mendidik kita maknanya Tuhan mahu kita prihatin dengan azan.Bulan ramadhan kita 'diumpan' dengan berbuka (makan).Tabiat manusia kalau pasal makan memang tepat waktu.Sedangkan pada hari biasa azan berkumandang kita buat pekak telinga !.
* Sebenarnya ALLAH sedang mendidik kita tetapi manusia lalai kerana tidak mahu berfikir.( nanti waktu berbuka cuba fikirkan, kenapa bulan lain kita tidak ternanti - nanti laungan azan untuk bersolat tapi kalau pasal berbuka / makan ..kita boleh saksikan bersama.
* Masuk bab terawih ..lagi power kita punya ibadat dalam kekenyangan kita bingkas bangun pergi kemasjid. Kadang - kadang siap ajak jiran - jiran lagi.walaupun bulan lain kita tak pergi masjid pun .Maka lenganglah kampung / taman perumahan sebab ramai dah pergi masjid.
* Alhamdullilah ! sekali lagi ALLAH mendidik kita ketika dibulan ramadhan.Sebenarnya kita mampu untuk mengajak manusia kemasjid - masjid ALLAH ..MasyaALLAH!!!
* Lagi best sebelum ramadhan lagi AJK masjid / surau dah bincang nak buat terawih berapa rakaat 8 atau 20 ?.Maka hebohlah sana sini tak boleh ada tazkirah dan sebagainya .Lihatlah bukti kita berebut nak solat banyak rakaat maknanya tebal sungguh iman kita..Akhirnya solat 20 rakaat lebih awal selesai dari 8 rakaat.Macamana pulak tu...??
Moralnya dari pengalaman diatas ramadhan adalah bulan motivasi , dimana 'bakat' beribadah kita terpendam dan hanya timbul [ada bulan yang mulia ini sahaja.Persoalanya samada kita mahu mengekalkanya atau tidak. Jadikahlah bulan ramadhan kali ini sebagai "TURNING POINT " untuk kita kembali kepada ALLAH.Tuhan yang memberi segala
nikmat apatah lagi nikmat Iman dan Islam .Semoga kita mampu berfikir walaupun sedetik.
" Ramadhan tetap datang dan pergi , yang pasti kita akan pergi tak kembali "
www.telokbakong.com
kelulut@telokbakong.com
Subscribe to:
Posts (Atom)