Saturday, May 17, 2014

PM: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak.Pikir Sendiri Lah..Tapi Puak Belah Sana Memang seronok Barang Mahal,Kena Cukai, Bayar Bil Api Mahal...


Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya, kata perdana menteri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

“Jika (TNB) menanggung kerugian, apa kemudiannya? Terdapat pelbagai implikasi...

“Pada akhirnya, kita akan belanjakan dana awam untuk mensubsidi TNB. Adakah ini yang kita mahu?

“Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan,” katanya.

Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

 Msinc-Dari mana datangnya kos bahan api tu?..kenapa begitu banyak.Tak adakah alternatif untuk elak pengunaan bahan api yang begitu banyak ini..Syarikat Monopoli pun buleh rugi...Dia mengaku pulak tu membebankan rakyat..sepatutnya ucapan yang sebergini dibuat dihadapan rakyat bukannya kepada pekerja TNB.....kangkung..tul..

 Tarif TNB : Bagi SUBSIDI untuk IPP boleh, nak bagi SUBSIDI untuk RAKYAT haram tak boleh..!!
Subsidi IPP 'berdosa', tak dapat dimaafkan: Ku Li

 
Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima.

"Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain.

"Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li itu mengulas pemberian subsidi petroleum oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak mampu untuk membeli bahan bakar itu pada harga pasaran yang sebenar.

Bekas pengerusi Petronas merangkap MP Gua Musang itu turut mengkritik cara kerajaan menguruskan pendapatan badan korporat nasional tersebut.

Memetik statistik daripada buku yang dilancarkannya, Tengku Razaleigh berkata hampir separuh trilion yang telah disumbangkan syarikat itu sejak tahun 1974 sehingga 2011 sepatutnya dimanfaatkan untuk menubuhkan tabung khas program pencen nasional seperti dilakukan sesetengah negara Scandinavia.

Namun beliau kesal apabila sebahagian daripada wang itu sebaliknya digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Bank Bumiputra sebanyak dua kali pada tahun 1985 dan 1991 melibatkan wang sebanyak RM3.5 bilion.

Tambahnya, Petronas juga digunakan untuk menjamin pembinaan Menara Berkembar Petronas sebanyak RM6 bilion dan membina Putrajaya sebanyak RM22 bilion.

"Tindakan bermewah-mewah yang dipaksa ke atas Petronas ini menafikan syarikat ini daripada mengumpul rizab tunai untuk pelaburan semula bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

"Adalah penting buat Petronas untuk melihat ke hadapan dalam meneroka pelaburan dalam perniagaan selain minyak dan gas apabila mengambil kira sifat hidrokarbon sebagai sumber yang terhad," katanya.

Namun kini, Petronas digunakan sebagai tabung kecemasan oleh kerajaan apabila ia terdesak memerlukan wang, kata Ku Li lagi.

Tuesday, May 13, 2014

Selamat Hari Ibu kepada Semua Bonda Bonda


Anak Itik terenang renang
Berenang renag ke Tanjong Jati
Jasa mu Ibu sentiasa di kenang
Dari Hidup hingga kemudian Hari
 



                                                    Singgah Sebentar dirumah Pak Usu
                                                   Sambil bersantai diatas hamparan
                                                    Sungguh besar jasa mu Ibu
                                                   Penyuluh jalan menuju kebenaran

Saturday, April 26, 2014

PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di  Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army'  itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata  ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya. - HARAKAHDAILY 26/4/2014

Wednesday, April 16, 2014

Khutbah Jumaat sokong GST?

_MG_4580

 (Oleh Amirul Azhan)

KUALA LUMPUR 15 APRIL: Kandungan teks khutbah Jumaat di masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutan yang didakwa seolah-olah menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menunjukkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersisih daripada realiti kehidupan rakyat bawahan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.


 “Alasan diberi kerajaan BN laksanakan GST adalah untuk hapuskan hutang negara yang tinggi dan untuk mengumpul hasil RM20 bilion setahun dalam bentuk pendapatan cukai baru.

“(Tetapi) adakah Jakim tahu bahawa beban hutang yang begitu tinggi berlaku pada zaman Najib Razak menjadi PM, bahkan separuh daripada hutang tersebut menyamai tempoh pentadbiran lima PM terdahulu.

“Saya saran Jakim supaya baca Laporan Audit mengenai pembaziran, ketirisan, kebocoran dan rasuah untuk dijadikan teks khutbah dan harus berani tegur pemerintah kerana tindakannya akan memberikan kesan kepada negara dan rakyat,” kata Saifuddin pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, semalam.

Dua teks khutbah Jakim pada 4 dan 11 April dibacakan khatib di masjid-masjid Wilayah Persekutuan mengungkapkan tajuk memperkasa ekonomi umah serta memakmurkan ekonomi tanggungjawab bersama telah menyentuh isu GST.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60713

Saturday, April 5, 2014

GST jalan mudah selesai masalah – Rafizi

Rafizi Di Bota Kanan Suatu Ketika Dahulu
(Oleh: Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 3 APRIL: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata tindakan Pakatan Rakyat menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah demi kepentingan rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah.

Beliau ketika perbahasan bacaan Kali ke 2 Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 menjelaskan bahawa pelaksanaan cukai tersebut adalah tidak adil kerana ia mengalihkan bebanan cukai kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
Beliau menegaskan walau apa juga alasan yang diberikan kerajaan bagi melaksanakan cukai tersebut, kerajaan sebenarnya melaksanakannya kerana masalah defisit yang sedang dihadapi oleh negara.

“Kita kembali kepada asas, sebenarnya alasan kerajaan mahu laksana GST ialah berkaitan dengan masalah defisit yang dihadapi negara, bukan kerana sistem percukaian ini lebih efisyen atau kerana sebab lain.

“Kerajaan telah berbelanja lebih sehingga akhirnya negara terpaksa menanggung hutang yang berpanjangan, di mana akhirnya rakyat dikenakan cukai GST untuk mengatasi masalah itu,” jelas Rafizi.

Malah Rafizi menegaskan  kerajaan sebenarnya mempunyai 2 pilihan bagi mengatasi masalah defisit yang sedang ditanggung negara namun bertindak memilih jalan mudah yang tidak popular.

“Kerajaan ada pilihan samada mengurangkan keborosan dan ketirisan seperti yang didesak oleh pakatan rakyat, tetapi mereka ambil satu lagi jalan penyelesaian mudah dengan terus boros dan mengalihkan beban tersebut untuk ditanggung rakyat dengan mengenakan cukai GST,” tegas Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60475

Wednesday, March 26, 2014

Teruskan perjuangan sekalipun dihukum gantung’


KUALA LUMPUR: “Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung,” tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan mahkamah di Mesir yang menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pendukung Ikhwan Muslimin, semalam.

Beliau berkata, Dewan Ulamak PAS Pusat mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan mereka serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian para pendukung Ikhwan Muslimin.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Kepada saudara-saudara seperjuangan yang dijatuhkan hukuman gantung di Mesir.

Kami memberi penghormatan dan amat kagum terhadap perjuangan kalian dan dunia telah menyaksikannya serta kami bertambah teguh bersolidariti dengan ketetapan kalian yang amat berani terhadap puak pengkhianat dan pembunuh yang tidak sedikitpun takut kepada azab Allah dan mereka tetap melakukan kerosakan diatas muka bumi ini.

Di kesempatan ini, kami mengingatkan kalian dengan firman Allah yang bermaksud (dan jangan kamu sangka Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang zalim akan tetapi sesungguhnya Allah ingin tangguhkan (azab) kepada mereka pada hari yang pada waktu itu mata mereka terbeliak).

Kami mengikuti peristiwa-peristiwa yang berlaku di Mesir secara dekat dan sentiasa bersama perjuangan kalian serta memberi sokongan padu terhadap ketegasan dan keberanian kalian.

Teruskan perjuangan yang suci ini dengan dipandu keberkatan dari Allah sekalipun kalian dibunuh, dipenjara atau dihukum gantung.

Jangan kalian sangka mereka yang gugur di jalan Allah itu telah mati bahkan mereka sebenarnya hidup dan diberi rezeki yang melimpah di sisi Allah.

Kami mengutuk dan mengkritik keras keputusan mahkamah yang cetek lagi rakus yang telah diadili oleh barisan hakim perampas kuasa ke atas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammad Badie dan Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr Katatni dengan hukuman gantung sampai mati.

Di sini, kami sertakan penghormatan tinggi terhadap ketabahan para singa Allah di zaman yang diseliputi kezaliman dan sesungguhnya kezaliman pasti akan berakhir walau apa keadaan sekalipun.

Allah pasti bersama kalian serta tidak sekali-kali akan mengurangkan pahala segala amalan dan usaha kalian dan Allah berkuasa terhadap segala urusan-Nya.

Bersabarlah wahai seluruh keluarga Ikhwan Muslimin, maka sesungguhnya kemenangan itu semakin hampir dan insya Allah, Allah menjanjikan syurga-syurga-Nya kepada kalian.

Ya Allah, anugerahlah kemenangan kepada pejuang agama-Mu di Mesir.

Tuesday, March 11, 2014

Orang Melayu Yang Islam Masih Lagi Berbodong-Bondong..



Sekadar berkongsi cerita benar dari kami, iktibar bersama. 

Minggu lepas, saya bertemu dengan seorang mat saleh dari Australia yang bekerja dengan kontraktor Petronas Kerteh. 
Oleh kerana saya mempunyai homestay berdekatan dengan McDonalds Kerteh, maka saya tawarkan penginapan dirumah saya. Dia bersetuju. 
Namun, apabila saya memberitahu Mcdonalds sangat dekat dengan rumah dan mudah untuk dia mencari makan, 
dengan tegasnya dia katakan, 

' Oh no, Mrs.! I dont eat McDonalds. It’s very bad. I will cook than eat McDonalds. Never!'
Saya terkedu. 
Bagusnya Mat saleh, Mr. Peter ni. 

Selang dua minggu, Allah ketemukan saya dengan penyewa dari Manchester, Mr Christopher. Seorang manager dari syarikat gergasi. Seorang yang sangat lawak, ramah dan menghormati muslim. 
Semasa dalam perjalanan ke rumahnya dari homestay saya, dia whatsapp saya mengatakan dia lapar. Tapi kedai banyak dah tutup. Dan dia kena masak. 
Terlintas untuk menduga, saya tawarkan Mcdonalds, jika dia nak saya tolong 'drive thru'. 
Secara kebetulan memang saya nak ke rumahnya untuk memeriksa keadaan luar rumah yang baru saja saya upah tukang untuk mesin rumput,bagi keselesaannya.

Terkejut! 

Dengan pantas dia jawab, ' Wow! No way! I dont eat American foods lol!!' 
Terkedu lagi..

Mata saya terpandang deretan kereta berbaris untuk drive thru. Kebetulan saya berada di lampu isyarat,menuju ke Paka. 

Semuanya orang berbangsa Melayu. 

Saya katakan pada suami, ' Abang, Mr Chris cakap, dia tak makan McDonalds. Sama macam Mr Peter hari tu. Tapi cuba tengok yang beratur. Semua muslim,melayu kita. Malunya..'
Kata suami, ' Ye Sarah. Susah nak insafkan muslim ni. Boikot mcd. Sedangkan mat saleh sendiri boikot, apatah lagi kita. Dia tahu amerika jahat,bunuh org Islam. Tapi dia yang bantu selamatkan Islam. Tapi kita. Kalaulah semua sedar pasal ni..'

Saya tunduk. Betul kata suami. Mat saleh sendiri usaha tidak makan mcd. Rela masak dari makan mcd. Tapi orang kita..

Allahu, terkedu hati Ampunkan hambaMu, ya Allah.. 
Nauzubillahi min zalik..

Wahai saudara semuslimku. Apa usaha kita untuk Islam. tepuk dada, tanya iman. Sebarkan jika anda rasa ia berguna. 

Sabtu, 8 Mac 2014. Kerteh,Kemaman, Terengganu.

Copy dari Face Book sahabat..Sebuah kisah benar.

Msinc-Banyak syarikat yang dimiliki oleh Yahudi,termasuk lah syarikat rokok antarabangsa..bukan setakat syarikat makanan segera aja yang patut diboikoi..rokok juga patut diambil tindakan yang sama.Orang Yahudi,walau pun dia taukeh syarikat rokok,tetapi mereka sangat menghindari tabiat merokok kerana ianya boleh merosakkan minda.Tetamu yang datang kerumah mereka,diminta menghisap rokok diluar.

Kerajaan Malaysia sahaja yang risau tidak dapat memungut cukai dari rokok akibat kebanjiran rokok seludup,tetapi tidak banyak usaha dilakukan untuk menyedarkan rakyat supaya berhenti dari menyokong syarikat Yahudi dan menjalani kehidupan yang sihat,bebas dari bahaya rokok.

Linkwithin