Sunday, September 15, 2013

MEMBANGUN EKONOMI BUMIPUTERA PERLU BENTERAS AMALAN KRONI DAN GANGGUAN POLITIK

 
Kenyataan Media TERAS
15hb September 2013

MEMBANGUN EKONOMI BUMIPUTERA PERLU BENTERAS AMALAN KRONI DAN GANGUAN POLITIK

TERAS Pengupayaan Melayu melihat pelancaran Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera kelmarin akan menjadi tidak lebih dari menukar nama kepada program yang sama jika kerajaan tidak bersikap terbuka, telus dan membenteras amalan kronisme.

Bagi kami mendaya modal Insan Bumiputera tidak harus dilihat hanya kepada soal kemahiran dan pengijazahan semata. Hal ini telah dilakukan sedemikian lama namun maseh belum melahirkan bumiputera yang mempunyai jati diri yang kukuh untuk hidup berdikari.

Kami berpendapat tidak wajar graduan hanya dilihat dari sudut kebolehpasaran sahaja. Apa yang sangat diperlukan ialah membina keperibadian graduan yang kuat sehingga boleh menjadi warga masyarakat yang bermanfaat.

Apa yang menjadi persoalan utama ialah kedayaupayaan generasi muda yang lemah didorong oleh pelbagai pengaruh yang negatif dalam persekitaran sekarang.

Kemahiran tanpa jatidiri insan yang kuat akan mengakibat lahir generasi muda bumiputera yang rapuh. Apa yang sangat diperlukan ialah melahirkan bumiputera yang mampu berfikir kritikal , berdaya upaya dan mempunyai kekuatan akhlaq yang kukuh.

Kami juga prihatin kepada soal pelbagai skim yang diujudkan untuk meningkatkan pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat. Beberapa saham bumiputera yang telah diagihkan selama ini tidak menambah nilai ekuiti akibat harga saham yang menurun yang tidak menjana kekayaan yang diharapkan. Suntikan pelaburan atas nama bumiputera harus dilihat dengan kritikal supaya dayatahan pemilikkan saham tidak menurun.

Mentransformasikan program pelbagai skim hanya bermakna jika ia diuruskan dengan amanah dan tidak diganggu oleh keputusan politik yang akan menjejaskan ekuiti bumiputera.

Dalam hal memperkukuhkan pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera , kami memerhatikan berlaku ketidaktelusan dalam pembelian dan penjualan aset oleh pelbagai agensi yang mengendali aset atas nama bumiputera. 

Membeli bangunan atau aset hartanah yang tidak telus sehingga menjadi beban kepada kewangan agensi tidak membawa makna. Malah ada aset yang terbiar tanpa diurus secara produktif. Ada juga penjualan aset yang tidak wajar sehingga aset yang dimilikki sedemikian berpindah milik kepada bukan bumiputa.

Kami menuntut agar semua agensi yang diamanahkan untuk mengurus aset hartanah dipantau secara professional dan tidak dipengaruhi oleh ganguan politik.

Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia dan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (Punb) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri mesti dilakukan secara professional.

Kami menilai bahawa memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri perlu dilihat secara menyeluruh dari sudut kualiti.

Kedudukan kawasan perumahan yang tidak munasabah untuk kaum bumiputera tidak akan mencapai matlamat sepatutnya. Hakikikat bahawa maseh banyak perumahan rakyat yang tidak ada pembeli kerana faktor kesesuaian tempat. 

Kami berpendapat kuota perumahan untuk kaum bumiputera dikawasan strategik hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas dan tidak membiarkan pemaju melepaskan tanggungjawab sosial mereka untuk meningkat taraf kehidupan kaum bumiputera.

Peranan agensi seperti UDA Corporation untuk membangunkan hartanah dikawasan bandar hendaklah dinilai dengan kritikal kerana banyak hartanah orang Melayu yang terjual akibat pembangunan yang dijalankan oleh Uda yang akhirnya dimilikki oleh bukan bumiputera.

Demikian juga dalam hal saranan terhadap Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah. Pembangunan hartanah bumiputera hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana matlamat keuntungan tidak boleh dibiarkan mengatasi tujuan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi bumiputera.

Mengenai membangunkan Keusahawanan Dan Perniagaan Bumiputera kami berpendapat para usahawan bumiputera perlu dibina dengan skim yang berbeza. Semua agensi yang sedia ada nampaknya tidak melahirkan usahawan bumiputera yang diharapkan. 

Prosidur perniagaan perlu dipermudahkan dan anugerah projek-projek kerajaan hendaklah dilakukan secara meritokrasi yang telus. Kaum bumiputera yang benar-benar menunjukkan daya perniagaan yang baik hendaklah diberi peluang meningkatkan perniagaan. 

GLC tidak harus menjadi pesaing kepada para usahawan bumiputera. Peniaga sederhana dan kecil perlu diberi kemudahan dan lokasi perniagaan yang strategik. Penyeliaan perniagaan bumiputera yang mendapat pinjaman dari pelbagai agensi perlu dilaksanakan agar tidak berlaku salahguna modal perniagaan.

Program pembangunan vendor perlu dilakukan berdasar penyeliaan yang rapi dan teliti. GLC yang mengujudkan skim vendor untuk bumiputera perlu melaksanakan skim pengukuhan daya maju vendor secara berterusan. Para Pengurus GLC yang tidak menunjukkan prestasi dalam melahirkan vendor bumiputera hendaklah ditukar.

Kami meneliti banyak usahawan bumiputera yang terbantut dan gagal ialah akibat amalan kronisme dalam menganugerah projek. Mereka yang maseh mengamalkan perniagaan atas angin tanpa menunjukkan daya kemahiran perniagaan yang layak maseh berterusan diberi projek. 

Polisi "carve out" yang dicadangkan oleh Perdana Menteri harus dilihat dengan teliti kerana perlaksanaannya terdedah kepada penyelewengan jika tidak dilakukan dengan telus.

Kami berpendapat menambah pelajar dan kampus UITM tidak akan bermakna jika keupayaan pengurusannya tidak dipastikan berjalan dengan baik . Kualiti pelajar UITM perlu dipastikan dengan menjaminkan pembinaan keperibadian dan jatidiri berjalan dengan sempurna.

Semua agensi yang berkait dengan memastikan sistem penyampaian berlaku dengan lancar hendaklah tidak terlalu birokratik. Agensi yang terlalu banyak dan mengguna peruntukan yang tinggi hendaklah dinilai semula.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Tuesday, September 10, 2013

Terimakasih Dari Seluruh Rakyat Malaysia


Waw...banner paling bagus..tanda bersyukur rakyat Malaysia kepada parti pemerintah. 

Terima kasih BN kerana menaikkan harga minyak dan lantaran itu harga barang lain naik turuh tidak dan gagal dikawal.

Kenaikkan ini menyeronokkan kami.Lantaran itu..kami akan buat kenduri kesyukuran setiap hari sampai raya cina..

Ok?


Dipetik dari Facebook King Jason Ori

Sunday, September 1, 2013

FILEM TANDA PUTERA SECEBIS PANDANGAN RAMBANG NORAMIN MOSYI MOSYI

 



Dari Petikan FB-Noramin Mosyi mosyi

FILEM TANDA PUTERA - secebis pandangan rambang!
(Aku bercakap dalam BAHASA NAFSUKU, anak-anak bawah umur perlu bimbingan)

Malam ini tadi, aku sekeluarga pergi menonton filem yang banyak pablisiti, aku sekeluarga duduk macam raja, kerana hanya dua keluarga saja yang berada dalam panggung menonton filem ini. Aku hairan kenapa terjadi demikian!

Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya dua keluarga sahaja yang menonton dipanggung yang kosong. Diskrin, kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang diChow Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini) bagaimana orang Melayu dibunuh-leher disembelih dalam panggung wayang tersebut. Cuba bayangkan, panggung ini terletak dikawasan majoriti orang China. Filem ini amat membahayakan penontonnya!

Aku adalah penyokong kuat kerajaan, tetapi malam ini ...aku meng-Pokaimak-kan kerajaan termasuk producer dan pengarahnya dan mereka yang meluluskan filem ini. Aku rasa, bukan ini caranya untuk MENYATUKAN BANGSA! Meng-UNGKIT kisah yang lalu, tidak akan membawa kita kemana-mana kecuali SIA-SIA.

Filem ini dari awal hingga akhir, menggambarkan betapa lemahnya Tun Razak (The Sickman) yang sentiasa sakit dan MENGERANG dan selalu merujuk kepada Tun Dr. Ismail , orang kanannya tentang pentadbiran negara. Karakter Tun Razak yang dipegang oleh pelakunnya mempaparkan LAKUNAN yang terlalu 'BETINA' -Filem ini secara tidak langsung, aku lihat sebagai menjatuhkan kredibiliti Tun Razak dan juga kewibawan saudaraku Najib yang menjadi Perdana Menteriku ketika ini. Bertambah lagi runsingnya hatiku, ketika Count Down Merdeka tempoh hari, Najib tidak kelihatan kecuali Timbalannya (beliau datang lewat) ! Maka terjadilah berbagai-bagai ANDAIAN dimindaku yang sentiasa kuning. Filem ini lemah, dan tidak sepatutnya ditayang kepada umum.

Filem ini juga aku lihat mengambarkan suasana yang agak tegang pada masa lalu...TEMBAK SANA...TEMBAK SINI, apatah lagi sekarang ini juga, LETUP SANA -LETUP SINI. Aku menjadi gusar tentang keselamatan apabila menonton filem ini.

Kalau ada diantara kita yang ingin menonton filem ini, janganlah bawa keluarga...nanti banyak yang akan dipersoalkan oleh anak-anak.."Eh, kenapa orang China tu sembilh orang Melayu tu dalam panggung, ayah?"...."Eh itu Tun Razak? ...kesian dia mengerang sakit!"

Filem ini amat memalukan BANGSA MALAYSIA itu sendirinya. Yang sudah tu....sudahlah...Ayuh, mari kita bina SATU BANGSA yang bolih hidup harmoni didalam kancah BERBAGAI-BANGSA.

Sial punya filem !

Sunday, August 25, 2013

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Di Kampung Baru KL Meriah Walaupun Hujan Lebat....

Persembahan pentas
Seawal jam 2 petang para pengunjung sudah mula ramai hadir
Beratur mengambil juadah yg di sediakan
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng , Lim Kit Siang  , Tuan Guru Hadi Awang serta beberapa pemimpin lain turut hadir pada majlis ini
Pengunjung beratur mengambil juadah makanan yang di sediakan





walaupun hujan lebat turun ia tidak mengahalang pengunjung untuk terus hadir ke rumah terbuka Aidilfitri



Hujan lebat mulai turun



Kempen sejuta tandatangan kempen selamatkan Mesir 


Bertempat di Padang kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala Lumpur berlangsung rumah terbuka Aidilfitri anjuran PAS. Lebih 20 menu makanan di sediakan buat pengunjung yang hadir ke rumah terbuka hari ini , Antara menu yang menjadi pilihan utama pengunjung ialah satay dan lemang...walaupun hujan lebat turun dengan lebat pada jam sekitar 3 petang , ia tidak menghalang para pengunjung utk terus berpusu-pusu masuk  ke padang kelab ini ... 

Lagu Istimewa DSAI Buat Kak Wan

Saturday, August 24, 2013

Sambutan Jamuan Hari Raya Peringkat Negeri Perak Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.DSAI BIDAS pemimpin tertinggi negara..

Dato Seri Anwar Bersama YB Sivakumar Dan Penyokong
Malam ini 23hb Ogos 2013 telah berlangsung majlis Jamuan Hari Raya anjuran Parti Keadilan Negeri Perak.Acara yang bermula pada 9.00 malam ini telah dihadiri oleh ramai pemimpin seperti Dr.Lim Boon Chai,Dr.Mohammad Noor Manuty,Anuar Zakaria,Ustaz Zulkifli Ibrahim,Dr Mior,Puan Siti Aishah dan ramai lagi.Majlis dijalankan diperkarangan Pejabat Keadilan Negeri.

Wakil Dari Cabang Parit


Shamsul Iskandar...Killer Of Giant..(kuat ler udah disebelah Y.B)


Ni Bukan Kump Sutera..Dia Orang Baru Mau Tubuh Band..hi..hi..ape name yang sesuai yekk???
Dato Seri Anwar telah berkesempatan untuk memberi ucapan ringkas buat semua hadirin.antara lain,beliau menyatakan perasaan kesalnya terhadap kepimpinan tertinggi negara yang sehingga sekarang masih gagal untuk menyatakan pendirian yang tegas terhadap pengulingan Dr Morsi dan pembantaian rakyat Mesir oleh pihak tentera.Beliau juga melahirkan kehairanan terhadap keputusan mahkamah rayuan yang membebaskan kedua dua pesalah yang disabitkan dalam pembunuhan Altantuya.Beliau menyeru para penyokong supaya terus berjuang untuk membela kebenaran dan keadilan.

Majlis telah diserikan lagi dengan adanya persembahan akaustik dari Kumpulan Sutera,sebuah kumpulan dibawah pimpinan Saudara Anuar Zakaria.Beliau juga turut mempamirkan bakatnya bermain keyboard.

Selain daripada itu,cabutan bertuah juga telah diadakan untuk menambah kemeriahkan majlis.Sebanyak kira kira 50 hamper telah dihadiahkan kepada hadirin dengan disampaikan oleh pemimpin pemimpin tertinggi.Hadirin dari Bota juga telah berjaya memenagi salah satu cabutan berkenaan.
Kumpulan Sutera Yang Dibantu Oleh Timbalan Ketua Amk Ipoh Barat dibahagian Keyboard

Msinc-Semua gambor diambil menguna kamera terbaru teman..hi..hi..

Monday, August 19, 2013

GAZA TERANCAM SELEPAS KEJATUHAN DR MORSI


By : Mohammad Iqbal Abu Yaziz


1. Ini Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang.
(maaf peta akan disertakan kemudian)

2. Kirinya Laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu.


Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis.


Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. "Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,
tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia". Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu ingin menjawab dihadapan Allah kelak ?".

Friday, August 16, 2013

UPDATED:Jamuan Raya Di Lambor Kanan Meriah

Ustaz Zulkifli Ibrahim memberikan Ucapan
Antara Tetamu Yang Hadir
Serikandi Harapan Bangsa
Semangat Perjuangan Lamina
Tekun Mendengar Amanat dari Ustaz Zul
Ustaz Zul Menekankan Kepada Perlunya Perjuangan Berterusan Menentang Kezaliman
Ustaz Zul Juga Tidak Lupa Memberi Info info Terkini Berkenaan Hal Ehwal Politik Di Mesir
Hadirin Merasa Sedih Diatas Kekejaman Yang dilakukan Oleh Pihak Berkuasa Mesir Kepada Penyokong Dr.Morsi.
Terima Kasih dari kami kepada Tuan Rumah iaitu Cikgu Alang kerana sudi menjemput kami .Sesungguh nya Tuan Rumah adalah seorang perjuang yang sentiasa berkorban harta benda demi menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua anggota jentera Pilihanraya PRU 13 yang telah bertungkus lumus berkempen tanpa mengira penat dan lelah.Walaupun tewas di DUN Bota,Belanja dan Parlimen Parit.Ganjarannya akan sedia menanti kalian disana.Jangan hampa dan jangan kecewa.Kita nantikan bersama saat kegemilangan.

Kemeriahan sesuatu jamuan atau keraian bukannya bergantung kepada ramai atau tidak hadirin atau banyaknya makanan yang tersedia.Kemeriahan sesuatu acara terpancar  apabila hadirin meraikan nya dengan penuh kesedaran dan keinsafan.Mungkin jamuan di lambor ini diadakan disebuah kedai usang tanpa adanya lampuan berkilauan dan tiada iringan karaoke "aku anak kampung".Namun majlis ini telah memberi kesempatan kepada pendokong PR untuk bersua kembali serta meraikan kemenangan melawan taktik dan helah lawan semasa PRU 13.Kekentalan semangat mereka merupakan elemen penting yang harus diraikan.kami tidak memerlukan makanan yang membukit dari hasil lelah rakyat untuk menjadikan ianya meriah atau "grand".Cukuplah hidangan sederhana yang sungguh lazat hasil dari carian sendiri.Berjumpa kembali dengan rakan yang bertungkus lumus semasa PRU 13 sudah begitu menterujakan dan memeriahkan majlis.Kata kata dorongan dan galakkan dari rakan rakan sudah cukup untuk menceriakan suasana.

Wednesday, August 14, 2013

Pelbagai NGO bentuk gabungan Bantah TPPA


tppa-demo2KUALA LUMPUR 14 Ogos: Pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) samada berhaluan kiri dan kanan bergabung bagi memberi tekanan terhadap Putrajaya berhubung  isu Perjanjian Kerjasama Trans- Pasifik (TPPA).
Gabungan itu, yang dikenali sebagai Badan Bertindak Bantah TPPA atau Bantah TPPA, dijangka memberi  rintangan kepada rundingan perdagangan 12 negara yang diketuai Amerika Syarikat (AS).
Ketua Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mashar dalam sidang akhbar hari ini berkata, gabungan itu berkembang sejak dua bulan lalu dan terus mendapat sokongan.
Kumpulan itu, terdiri daripada 50 organisasi termasuk Suaram, Majlis Perundingan Islam Malaysia, Majlis Aids Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) berkata,  TPPA bertujuan mengembangkan cita-cita perniagaan multinasional AS dengan membunuh perniagaan tempatan melalui penyingkiran perlindungan perdagangan.
Minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, TPPA menjadi alat mempromosikan hegemoni AS kerana kebanyakan fasal dalam perjanjian itu bertujuan menghadkan peranan kerajaan dan memperkukuhkan penguasaan korporat dalam dasar perdagangan.
Salah satu kebimbangan terbesar terhadap perjanjian berat sebelah itu adalah harga ubat-ubatan akan melambung sekiranya perjanjian itu diteruskan.
Kumpulan itu berkata, Amerika Syarikat mencadangkan satu fasal yang akan memudahkan syarikat-syarikat farmaseutikal besar untuk mendapatkan paten ubat dan hak cipta lebih lama, menjadikan sukar untuk rakyat biasa mengakses ubat generik  dengan harga berpatutan.
Kebimbangan lain adalah pelanggaran hak asasi terhadap pekerja tempatan dan juga dasar-dasar domestik berhubung penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (ISD) yang  memberi keuntungan besar kepada pelabur asing.
Mohd Nizam berkata, surat bantahan dikemukakan kepada Kabinet, yang dijadualkan akan mendengar taklimat mengenai TPPA oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) esok, lapor portal The Malay Mail.
Bersetuju dengan pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat, kumpulan itu turut menggesa Putrajaya menangguhkan rundingan sehingga analisis kos-faedah yang adil dan menyeluruh serta kajian mengenai TPPA didedahkan kepada umum.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54787

Linkwithin