Thursday, April 26, 2012

Occupy Dataran Video Penguatkuasa DBKL Kena Halau oleh Rakyat....Menjelang BERSIH 3.0

Menjelang Bersih 3.0 yang hanya tinggal 2 hari lagi suasana di dataran merdeka awal pagi tadi meriah dengan kehadiran orang ramai yg turut bersama dengan para aktivis-aktivis mahasiswa yang berkhemah di Dataran merdeka (Occupy Dataran)
kesempatan ini di ambil oleh peniaga-peniaga untuk menjual baju Bersih 3.0 yang laris laku di jual...bagaimanapun tindakan peniaga yg menjual baju BERSIH 3.0 ini tidak di senangi oleh penguatkuasa DBKL yang berada di situ lalu cuba merampas nya..tindakan penguatkuasa DBKl ni mendapat kecaman oleh rakyat yang berada di situ dan mereka menghalau nya...dengan akurnya pihak penguakuasa DBKl beredar dari situ tunduk dengan kuasa rakyat!!!!

Tuesday, April 24, 2012

Video dan gambar Terkini dari Dataran Merdeka ... DBKL menahan aktivis mahasiswa

Pada jam 12:30 hari tadi  tadi tadi pihak penguasa DBKL telah merampas kembali khemah-khemah yang sudah didirikan semula oleh  aktivis mahasiswa, 


Keadaan di Dataran Merdeka yang sudah di pagari  dengan pagar-pagar besi

Para aktivis mahasiswa sedang membina semula khemah di tepi jalan 

3 buah khemah yang sudah siap di pasang

Para aktivis mahasiswa sedang mempertahankan khemah-khemah yang cuba di rampas oleh DBKL

Pihak DBKl mennggunakan kekerasan menangkap aktivis mahasiswa 

Antara  mahasiswa yang di tahan oleh pihak DBKL

Monday, April 23, 2012

Friday, April 20, 2012

Video Anwar Ibrahim bertemu aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka

Anwar Ibrahim Bersama Mahasiswa Di Dataran Merdeka






Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim hadir ke Dataran Merdeka malam tadi untuk memberi sokongan kepada mahasiswa yang berkhemah menuntut supaya PTPTN dimansuhkan.
Dato Seri Anwar Ibrahim tiba di jam 10:30 malam di sambut laungan Remormasi!!! oleh rakyat jelata yang turut hadir bersama -sama mahasiswa yang berkhemah di situ,

Dato Seri Anwar Ibrahim sempat meninjau di sekitar kawasan perkhemahan dan sentiasa di ikuti oleh puluhan rakyat yang mengekori kemana saja beliau pergi. Dalam amanat ringkas beliau kepada mahasiswa, beliau memuji semangat tingi anak muda yang sanggup berjuang di sini agar supaya tuntuan PTPTN di mansuhkan ..Beliau menambah jika pendidikan percuma di laksanakan dengan sendirinya PTPTN akan terhapus . Beliau juga mengecam sekeras-kerasnya perbuatan samseng yang menyerang aktivis-aktivis mahasiswa yg berkhemah di sini, ...

Wednesday, April 18, 2012

Ceramah Countdown 10 hari menjelang BERSIH 3.0 Di kampung Baru

Ceramah Countdown 10 hari menjelang BERSIH 3.0 yang berlangsung di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru malam tadi,

Antara rakyat yang hadir ke Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru mendengar Ceramah Countdown 10 hari menjelang Bersih 3.0

Anak Bekas Timbalan Perdana Menteri Tamrin Ghafar Baba yang mengaku sebagai ahli UMNO pun turut memberikan sokongan pada perhimpunan BERSIH 3.0 nanti


Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang juga bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah mengesahkan beliau akan turun menyertai ribuan rakyat untuk berarak menuju ke Dataran Merdeka pada 28 April ini sempena perhimpunan BERSIH 3.0...

Upacara simbolik memakaikan baju BERSIH 3.0 kepada Abdul kadir Sheikh Fadzir

YB Nizar Jamaluddin turut hadir memberikan sokongan

Nurul Izzah Anwar turut meberikan ucapan dengan mendedahkan pembohongan yang di lakukan SPR terhadap sistem pilihanraya Malaysia

Sasterawan Negara A. Samad Said turut hadir memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak muda untuk hadir pada perhimpunan BERSIH 3.0 28 April nanti...

Antara yang turut hadir pada majlis Pelancaran 10 Hari menjelang BERSIH 3.0 pada malam tadi antara nya ialah Dr Aziz Bari, Mat Sabu ,Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong , Bloggers terkenal Tukar Tiub dan ramai lagi

Monday, April 16, 2012

Banjir di Rimba Raja



Lambor Kanan- Pada 15/4/2012 Banjir telah berlaku di kawasan projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Rimba Raja, Lambor Kanan, Perak. Walaupun keadaan banjir tidaklah teruk namun kerisauan jelas dimata penduduk jika air akan naik sampai ke dalam rumah. Kelibat dan bayang pemimpin setempat pun tidak nampak bayang berkunjung dan menziarahi penduduk kampung berkenaan. Wahai pimpinan setempat perihatinlah dengan nasib rakyat setempat.

Linkwithin