Saturday, May 1, 2010

Renungkan:Politik Dalam Masjid


http://www.detikdaily.net/v5
Posted on Friday, April 30 @ 19:12:42 PDT by paktam

Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz

Pilihan raya kecil Hulu Selangor meninggalkan satu polemik yang terus dipanjangkan sehingga hari ini iaitu perihal berpolitik di dalam masjid, boleh atau tidak? Halal atau haram?

Apabila pihak istana yang menjadi payung kepada ugama di negara kita turut campur tangan, ianya mestilah dipandang serius supaya satu ketetapan bersama dipersetujui oleh parti – parti politik yang terlibat dengan masjid dan ugama Islam. Jika tidak, ia akan mencipta suasana muram dan keluh kesah di kalangan masyarakat Islam yang masjid adalah tumpuan kehidupan beragama mereka


Mungkin untuk mencapai itu adalah susah dan sukar kerana perbezaan politik yang ketara di antara dua parti utama umat Islam iaitu PAS dan UMNO. Tetapi demi keharmonian masjid sebagai tempat ibadah dan penyatuan, usaha perlu digandakan oleh pihak di atas dan hasilnya pasti ada pada tahap dan masanya.

Jauhnya beza golongan Sunni dan Syiah tidak menghalang usaha taqrib yang cuba mendekatkan di antara mereka. Ia sukar tetapi wacana itu mesti wujud dan diteruskan demi hujjah dan keterangan sesama umat Islam.

Saya yakin berdasarkan titah Sultan Selangor bahawa larangan itu bermaksud suasana cerca - mencerca, tuduh – menuduh dan tuding – menuding terhadap individu ahli politik di dalam masjid yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dan perpecahan di kalangan anggota jamaah masjid. Oleh kerana ia melibatkan isu – isu politik dan kepartian, maka wujudlah larangan berpolitik di dalam masjid.

Saya kira ia larangan kepada keadaan yang khas dan semacam itulah arahan yang datang dari hampir seluruh istana di Malaysia termasuk Istana Kelantan. Keadaan yang khas adalah apabila ianya membabitkan serangan terhadap individu dan parti – parti politik.

Politik adalah daripada Islam. Pertama, kerana Islam adalah menyeluruh pengajarannya. Maka adalah terlalu dangkal memisahkan politik daripada agama sedang ia adalah meliputi sebahagian besar kehidupan mnusia. Kedua, politik bermaksud, pada faham yang paling awal, pengurusan kuasa. Kuasa di rumah sampailah negara dan masyarakat antarabangsa. Maka adalah terlalu pelik jika Islam dipisahkan daripada kuasa kerana ugama tiada mungkin dapat ditegakkan tanpa kuasa. Ketiga, politiklah yang menggerakkan kewajiban agung umat iaitu berjihad di jalan Allah. Ia dimulakan oleh pemerintah atau imam. Bagaimana dibayangkan imam dan pemerintah tanpa kuasa dan politik?

Banyak lagi sebab dan kerana..

Jika begitulah pentingnya politik di dalam Islam dan jika begitu mudah sekali kita mengenali kepentingan masjid di dalam Islam, maka bagaimana kita boleh membayangkan satu suasana kehidupan Islami yang memisahkan di antara masjid dan politik?

Anda berhak bertanya mufti kerajaa negeri Perak, mengapa ketika kita telah sama – sama bersetuju memecat selipar di tangga sebelum mamasuki masjid, dia pula turut memecat politik ditangga masjid kerana baginya politik sekotor selipar?

Anda berhak bertanya beliau yang merupakan mufti pengharam politik yang paling banyak bercakap politik itu, mengapa beliau mengamalkan Islam yang begitu sukar itu untuk difahami, malah memalukan sekali memahami Islam seperti itu?

Anda berhak bertanya kerana kesukaran itulah yang memecah – belahkan umat itu memahami Islam yang benar dan asli. Tidakkah beliau sedar bahawa senjata utama barat semenjak ratusan tahun dulu untuk memecah – belahkan kesatuan umat adalah dengan menyebarkan faham politik suku ugama suku?

Begitu contoh dan gambaran bagaimana jika larangan berpolitik di dalam masjid difahami secara yang salah, maka ia akan menambahkan parah dan kesakitan yang menimpa umat hari ini.

Kita membiarkan media cetak dan elektronik dikuasai tentera iblis menyebarkan faham sekular mereka dalam saat kita turut mengharamkan masjid milik kita daripada bercakap, bahkan mesti diam dan membisu!

Tidak mungkin inilah fahaman istana yang menjadi payung agama dan negara.

Tetapi inilah fahaman UMNO yang cuba menggunakan dan berselindung di sebalik istana.

PAS dan UMNO, di sinilah garis pemisahan yang menyusahkan di antara mereka. PAS menegakkan asas beragama manakala UMNO bermatian meruntuhkan asas dan membina di atasnya tiang kepalsuan dan kekhurafatan.

Politik tak sama dengan parti. Ibrahim Ali berpolitik dan masuk parlimen tanpa perlukan parti. Tetapi sebuah kekuatan politik takkan berlaku tanpa sebuah kesatuan parti yang menggerak dan menjayakan matlamat perjuangannya. Sekadar melompat meniru katak, tiadalah nilainya dalam membela umat dan agama.

Saya menyeru kepada dua;

1) Memahamkan UMNO bahawa memisahkan politik daripada ugama adalah haram. Begitulah memisahkan masjid daripada politik.

2) Memahamkan segelintir para ustaz dan pejuang PAS bahawa mencerca, menuduh dan menyerang individu di dalam masjid adalah tidak beradab, tidak berhikmah dan tiada untungnya untuk perjuangan. Dakwah tanpa hikmah ibarat hidangan nasi tanpa lauk. Hasilnya, tutuplah kedai makan anda. Takkan datang pengunjung.

Istana boleh memainkan peranan yang maha mulia ini.

Masjid adalah syiar kesatuan umat menuju Allah. Takkan sampai kepada Allah ahli masjid yang salah memahami pengajaran ugamanya. Ajaran UMNO takkan menyampaikan rakyat Malaysia kepada ridha Allah.

Friday, April 23, 2010

Hampir lengkap dah konspirasi di Perak


Hampir lengkap dah segala konspirasi menumbangkan  Kerajaan PR di Perak, Kerajaan PR pun dah tumbang,katak-katak pun dah dapat habuan manakala tuduhan rasuah pun dah mahkamah bebaskan ape lagi lompat le kuat-kuat, "hingke" le kome.Lompat si katak lompat, lompat lah tinggi habuan dah pun diberi. 



Tuesday, April 13, 2010

Cabaran Memancing Sungai Perak Di Dataran Padang Koba Telok Bakong


Pusingan Pertama
2hb May .Hari Ahad Jam 9pg-ptg

ANJURAN KELAB SUKAN DAN STOR INTERGRASI HOSP CHANGKAT MELINTANG.

JUARA         RM 1000
KEDUA        RM 500.00
KETIGA       RM 200.00
KEEMPAT    RM100.00
KELIMA       RM100.00
KE 6-KE 10   RM50.00
KE11- KE 15 RM40.00
KE16-KE20   RM30.00
KE21- KE30   rm 20.00

Maklumat lanjut hubungi en noor azman ( 019-5249335)

YURAN PENDAFTARAN RM 35(1 BATANG JORAN)
PENDAFTARAN DILOKASI PERTANDINGAN SAHAJA

SYARAT PERTANDINGAN
Terbuka kepada semua yang berminat
Juara berdasarkan ikan yang paling berat
Semua jenis ikan dipertandingkan kecuali ikan buntal dan seluang
Joran tanpa pelekat tidak diterima
Mata 3 dan sauh tidak dibenarkan
Umpan bebas dan mata pancing tidak melebihi 4 mata
Ikan mesti diserahkan pada marshall yang bertugas dikawasan bendera.
Keselamatan adalah tangungjawab sendiri
Penipuan adalah salah dan peryertaan boleh dibatalkan.
Protest rm 300.00

Jadual Pertandingan

Pusingan Pertama         2hb May 2010
Pusingan Kedua            6hb May2010
Pusingan Ketiga            4hb Julai 2010
Pusingan Keempat        08 Ogos 2010
Pusingan Kelima           19hb Sept 2010
Pusingan Keenam          3hb Okt 2010
Pusingan Ketujuh         7hb Okt 2010
Akhir                              5hb Dis 2010

Tuesday, April 6, 2010

Pelumba Basikal Wanita Kebangsaan Terbunuh Akibat Terjatuh Ketika Sedang Berlatih



IPOH: Pelumba basikal wanita kebangsaan, Norfarahdini Zakaria, meninggal dunia selepas terjatuh semasa menjalani latihan bersama skuad lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, 60 kilometer dari sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Fakri Che Sulaiman, berkata Norfarahdini meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dua jam selepas kejadian pada 10.20 pagi tadi.

Norfarahdini, 27, berpangkat Laskar Kelas Satu dan belum berkahwin, adalah anggota pasukan lumba basikal wanita kebangsaan yang menyertai Sukan Sea di Laos tahun lalu bersama Masziyaton Mohd Radzi, Nurul Ahmar Badeuzzaman dan Kimberley Yap.

Jurulatihnya, Mohd Salmiza Salleh berkata Norfarahdini bersama lima pelumba lain, semuanya lelaki, berlepas dari Pangkalan TLDM Lumut pada 7.30 pagi tadi untuk menjalani latihan menjelang kejohanan lumba basikal Jelajah Malaysia 2010 yang dijadual bermula 27 April ini.

"Nahas berlaku apabila seorang pelumba yang berada di hadapan Norfarahdini terjatuh dan dia tidak sempat mengelak dan turut terbabas," katanya.

Norfarahdini dirawat di sebuah klinik berhampiran sebelum dimasukkan ke Hospital Changkat Melintang.

Norfarahdini yang koma kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh tetapi meninggal dunia pada 12.30 tengah hari.
Mohd Salmiza berkata, jenazah Norfarahdini akan dibawa ke kampungnya di Pasir Mas, Kelantan, malam ini.

Pengerusi Lumba Basikal TLDM, Komander Ismail Osman, berkata Norfarahdini dipercayai mengalami kecederaan dalaman.

"Tiada sebarang luka di bahagian luar. Ketika jatuh juga topi keselamatan tidak terbuka daripada kepalanya...mungkin kecederaaan di bahagian dalaman," katanya.

Turut melawat jenazah Norfarahdini ialah bekas presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Tan Sri Darshan Singh, yang menyifatkan pemergian Norfarahdini sebagai satu kehilangan besar kepada sukan lumba basikal negara. - Bernama

Kelas Bahasa Loghat Perak dari TBO



Inilah cara berlabun yang spontan tanpa skrip!!

Friday, March 26, 2010

GST Bakal Bebankan Rakyat.



GST yang dikenali sebagai cukai barangan dan perkhidmatan diandaikan akan memberikan bebanan yang besar pada masyarakat.Sekiranya kerajan BN mengambil tindakan menjalankan GST ini untuk meningkatkan pendapatan negara.Inilah ujaran yang dilontarkan oleh Senator Muntaz Md Nawi,Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dalam ucapannya di Markas Pas Kg Sena,Lambor Kiri Perak semalam.Penceramah lain ialah Ustaz Misbahul Munir,Setiausaha Pas Perak.Manakala Dr Najihah Ahmad bertindak selaku pengerusi majlis pada malam tersebut.

GST dianggap akan merebakkan lagi luka penderitaan rakyat kerana cukai akan dikenakan keatas setiap barangan yang dibeli,tanpa mengira status ekonomi,umur dan sebagainya.Secara relatifnya harga barangan akan naik kerana cukai yang akan dikenakan akan ditanggung oleh pembeli.Cukai ini juga dianggap tidak Islamic kerana iainya tidak seperti zakat,dimana pengeluaran zakat menjadi wajib hanya apabila pemberi zakat dianggap mampu (kaya) dan berserta beberapa syarat lain.

Kerajaan BN yang memerintah sekarang,harus ingat bahawa tugas utama pemimpin bukan lah untuk memunggut cukai daripada rakyat tetapi berperanan membimbing rakyat patut dan taat kepada Tuhan.Keperluan untuk belanjawan dan membangunkan negara akan dapat dipenuhi sekiranya pentadbiran dijalankan secara amanah,telus dan berhemat.Kekayaan suatu negara bukanlah datangnya dari kutipan cukai tetapi ukuran kekayaan dan pembangunan yang sebenarnya dikira dari peningkatan kualiti hidup rakyatnya.

Pelbagai tekanan yang diterima oleh kerajaan BN ini telah menyebabkan isu GST ditangguhkan perbahasannya di Parlimen.Ini mungkin kerana BN mula menyedari sekiranya sistem cukai ini dijalankan,ianya akan menyebabkan kerajaan akan dikecam dan menjadi tidak popular disisi rakyat.Kajian menunjukkan bahawa mana mana pemerintah yang melaksanakan GST tidak dapat mengekalkan pemerintahan selepas pilihanraya yang berikutnya.




Msinc - tetap kekal dengan TBO dan Pakatan Rakyat,walau dihujani peluru tak bermata,ku harungi dengan ketabahan..teruskan lah..perjuangan..

Thursday, March 25, 2010

Kutbah DS Nizar di London kome





Kome dengorkan le khutbah dari YAB DS Yop Nizar kite, saksikan beliau berkhutbah bukan membace khutbah

Wednesday, March 24, 2010

Rumah Untuk Di Jual Di Jelapang Tambahan


Price: RM 300 000 Bedrooms: 4
Type: Houses Size: 3600 sq.ft.
Title type: Freehold Tenure: -

Rumah dan Tanah RM300K di Jelapang Tambahan.Keluasan tanah 45' x 80'.Setingkat setengah 25' x 50'.
hubungi aye di jaiswings@gmail.com

Monday, March 15, 2010

Ceramah Umum Umno di Stadium Bakri Rais Bota lesu dan tidak mendapat sambutan.



Bota Kanan - Ceramah UMNO di Stadium Bakri Rais kelihatan tidak bermaya dengan kehadiran penduduk yang tidak memuaskan, cuma kira-kira 800 orang sahaja yang hadir walaupun berita kedatangan DS Zambri telah diwar-warkan di setiap masjid dan surau diseluruh Perak Tengah.promosi yang hebat dan ditambah kenderaan yang melaungkan kunjungan itu kehulu dan kehilir disepanjang jalan dari Parit ke Kg Gajah,dari sebelah kiri dan kanan Sungai Perak.

Kelesuan ini digandakan lagi dengan ketidakhadiran Zambri yang terpaksa bermesyuarat di Putrajaya. Sepatutnya DS Zambri lebih mendahulukan urusan untuk berjumpa rakyat daripada urusan parti,sesuai dengan slogan “Rakyat Didahulukan”.

Penceramah-penceramahnya banyak membuat penekanan terhadap hak keistimewaan Melayu yang kononnya cuba dipertahankan oleh UMNO. Sebenarnya UMNO cuba memainkan isu tersebut untuk meraih sokongan rakyat. Perjuangan UMNO hanyalah untuk mempertahankan hak keistimewaan pemimpinnya sahaja.Tajuk Program Beramah Mesra Dengan Rakyat itu sepatutnya ditukar kepada Program Beramah Mesra Dengan ahli UMNO kerana ianya banyak dihabiskan dengan ceramah mengecam DS Anwar dan DS Nizar Jamaluddin dengan hujah hujah yang dangkal sehingga mengelisahkan sebahagian pendengar.

Melalui program lawatan DS Zambri ini juga telah menunjukan bahawa UMNO telah mula mengakui politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana didalam aktiviti yang dirangka untuk Zambri termasuklah majlis Qiamulail di Masjid Bota yang akan disertai oleh DS Zambri sendiri, secara tidak langsung DS Zambri telah mengikuti jejak langkah yang telah dirintis oleh DS Nizar. Agama adalah suatu cara hidup, ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Agama juga menentukan bagaimana dan cara mana politik hendak dijalankan. Kita sebagai umat Islam mestilah berpolitik mengikut ajaran agama.Maka jika ada golongan yang menolak berpolitik secara Islam,ianya haruslah ditolak.

Politik tidak seharusnya disangkutkan dipagar masjid,seperti yang menjadi amalan UMNO. Program ini diteruskan dengan Majlis Malam Kesenian Dan kebudayaan anjuran Pemuda UMNO Parit dengan  menampilkan kugiran serta penyanyi 60an. Para penonton dibiarkan bercampurgaul antara lelaki dan perempuan. Sebanyak kira-kira 7 atau 8 buah bas telah digunakan untuk membawa penduduk dari kalangan Orang Asli bagi memenuhi acara tersebut.

Msinc: nak tegur sikit Ustaz Nizar, Ahli Parlimen Parit, mengapa gambar babi masih ada lagi dalam blog Pemuda UMNO Parit..apa perasaan anda dengan membiarkan blog berkenaan berterusan menyiarkan gambar tersebut?

Monday, March 8, 2010

YB PKR UMPAMA BOM JANGKA DIDALAM PAKATAN RAKYAT

kelulut@telokbakong.com

8.03.10


Politik malaysia semakin hari semakin berceramuk. Bukan  politik tidak stabil akibat letupan bom.Sebaliknya ahli politik yang baru merasa kemenangan PRU 12 seolah sudah memerintah Malaysia ratusan tahun.

Ahli Parlimen dan Adun bercakap semacam merekalah pemerintah Malaysia.Ijtihad ahli parlimen semacam sudah semacam sebaris dengan Al Qaradawi.

Mereka ini seakan lupa kawasan yang mereka wakili.Mereka sudah lupa apa fungsi sebenar mereka. Sibuk yang amat sibuk mahu memberi pandangan tentang pelbagai isu semua mahu dikupas.

Tapi yang hairannya semakin bercakap semakin merepek.Sebagai contoh isu kalimah Allah telah jelas ada perbezaan pendapat.Ada rujukan nas al quran namun masih tidak faham.

Kata YB PKR yang melompat antara sebab berlaku 'lompatan' adalah kerana isu kalimah ALLAH.Ada yang menyatakan sesal bersama PKR kerana tidak mempertahankan kalimah ALLAH.

Teks ucapan seakan sama seolah sama pengarangnya.Maka sudah hampir dua tahun ahli ahli parlimen ini sibuk berpolitiking.Mereka ini seolah 'tolol' apa ertinya mereka dipilih sebagai wakil kawasan masing - masing.

Apakah misi mereka ini ?...dimana politik alaf baru yang mereka dilaung laungkan?

Disaat umno sedang mengukuhkan sokongan rakyat terhadap UMNO. YB PKR pula sibuk dengan agenda peribadi .Sekaligus memberi gambaran betapa lemahnya PKR khususnya.

Saksikanlah jika penyakit ini lambat dirawat semakin parahlah PKR.Para pimpinan pusat segeralah bertindak .

Jangan biarkan YB-YB PKR umpama bom jangka yang akan meletup bila - bila masa didalam Pakatan Rakyat.

Mereka bukan sahaja akan meruntuhkan Pakatan Rakyat.Malah mereka akan meluluhkan perasaan rakyat.

Rakyat akan menghukum kalian .....

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

Linkwithin