Wednesday, October 28, 2009

Siapa yang Berbohong dan Berahsia



Tuan Guru Presiden dah arahkan jangan selesaikan isu UG melalui blog dan seumpamanya, tapi "mangkuk" 3 orang nih buat apa, TGHH tak kan pejam mata je kot, entah le PAS kalau dah mula dipengaruhi oleh harta dan kekuasaaan, inilah jadinya. Moga mesyuarat malam ni akan kembali menjernih dan membersihkan PAS. Di Perak dok kalut dengan krisis dia orang kaluit jemput bloggers UMNO bersama blogger PR yang lunak dengan isu UG, ada apa-apa ke yop.

Ikuti tulisan Ustaz Wan Ji yg dipetik dari blog beliau:


KALAULAH TIADA PERTEMUAN SULIT ITU ?
mengapa blogger yang bukan orang PAS (malahan dakwaannya pro-UMNO) dijemput juga dalam pertemuan tertutup antara pimpinan PAS dengan blogger? mengapa perbincangan dalaman PAS dilakukan dengan para blogger tersebut?


KALAULAH TIADA PERTEMUAN SULIT ITU ?

Sejurus keputusan SPR diisyiharkan pada malam 8 mac, ramai rakyat Malaysia terkejut. Ini kerana, PAS berjaya menubuhkan dua kerajaan, Kelantan dan kedah, disamping membina kerajaan campuran bersama PKR dan DAP di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Pengisytiharan kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, mengingatkanku kepada sirah perjanjian Al-Hudaibiyyah; perjanjian yang dimetrai sendiri oleh Nabi. Waima dilihat rugi diperingkat awal, tetapi ternyata kejayaan memerintah Mekah terbukti 10 tahun kemudian.

Dalam pemikiranku, dalam dua pilihanraya umum, Islam pasti akan berjaya memerintah di Malaysia; iaitu PAS diterima, DAP memandang positif pada islam, disamping PKR akan terus bersama memajukan kemenangan islam di malaysia.

Aku berfikiran sedemikian, kerana melihat dari sudut ruang dakwah yang telah terbuka menerusi Pakatan Rakyat. Keadaan ini tidak pernah terkecap, dikala UMNO memerintah dahulu.

Dalam perjalanan pulang dari Jerteh ke Sungai Buloh, tergambar menerusi khayalanku bahawa banyak program-program dakwah akan berjalan di Selangor. Bermula di peringkat masjid dan surau, sehingga ke pusat-pusat perniagaan.

Rupa-rupanya khayalan kemenangan Islam itu hanya sementara sahaja, apabila dikhabarkan pertemuan sulit oleh beberapa pimpinan PAS dengan beberapa orang pimpinan tertinggi UMNO, termasuk Presiden UMNO sendiri.

Diperingkat awal, ’khabar angin’ itu tersebar menerusi tulisan blog Pak Bakaq Haq, penarikbeca. Tetapi, beritanya amat mensangsikan apabila penafian demi pernafian dilakukan oleh pimpinan yang dituduh terbabit, sehingga sanggup hendak lakukan saman terhadap penyebar-penyebar berita angin tersebut.

”habis dah Pak Bakaq kali ni” ujar hati kecilku bila membaca ugutan saman dari salah seorang pimpinan PAS; yang kenyataanya termaktub menerusi lamanweb harakahdaily.

Sedang dakwaan itu bergolak dalam dunia internet; ada yang percaya dan ada yang tidak mempercayainya. Tiba-tiba Pak Lah Badawi mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiga kali wujud pertemuan sulit tersebut. Makanya, kelihatanlah kegelabahan pimpinan terbabit, sehingga Presiden PAS sendiri terpaksa mengakui wujudnya pertemuan sulit tersebut.

Sejak dari itu, ramai penghentam-penghentam Pak bakaq Haq mula kaget, dan mula mengakui kebenaran berita yang dilaporkan oleh beliau menerusi blog penarikbeca.

Sejak dari itu, isu gabung PAS-UMNO semakin hari semakin bergema. Kegemaan itu sehingga membawa dalam perbincangan dalam muktamar PAS di Ipoh. Akhirnya, muktamar memutuskan bahawa PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat.

Ternyata, keputusan muktamar itu sekadar keputusan yang ditaati oleh ahli PAS, tetapi tidak ditaati sama sekali oleh pimpinan tertinggi PAS tertentu. Sejak itu, usaha dakwah yang sewajibnya dilakukan terabai, sebaliknya khianat yang berlaku dari PAS terhadap Pakatan Rakyat semakin hari semakin teserlah berlaku.

Ia semakin parah, apabila isu Kerajaan perpaduan dimainkan. Mainan isu kerajaan Perpaduan, menyebabkan lahirnya dua kelompok dalam PAS yang amat ketara kelihatan, iaitu team Muqabalah dan team erdogan. Lontaran idea itu, semakin menjadi parah apabila wujud unsur ‘cakap pagi lain, cakap petang lain’.

Ramai kawan-kawan dalam pakatan Rakyat yang marah. DAP marah, PKR serba salah. Kemarahan dan keserba-salahan itu berlaku, disebabkan kerajaan perpaduan ditafsirkan sebagai kerajaan tanpa pembangkang, walhal lontaran idea itu disambut oleh UMNO, tanpa wujud perbincangan antara PAS dengan PKR dan DAP.

PKR dan DAP mula merasa sangsi terhadap PAS. Lebih parah, apabila Hasan Ali banyak melakukan tindakan-tindakan yang meragukan pakatan Rakyat dalam kebanyakkan isu.

Dalam kesangsian yang teramat sangat ini, hasan Ali tetap juga dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah berlangsungnya muktamar PAS di stadium Shah Alam, Selangor.

Dengan banyak isu-isu yang meragukan Pakatan Rakyat terhadap PAS, menyebabkan non Muslim yang pada mulanya menunjuk sokongan mereka terhadap PAS, sudah semakin hari semakin kendur; PAS semakin hilang kepercayaan. Orang melayu yang menaruh harapan kepada PAS, sudah berpaling arah untuk rujuk parti lama mereka; memilih UMNO.

Nampaknya, pada peringkat awal, dijangka PAS ada harapan melaksanakan islam di malaysia dalam jangka dua penggal PRU lagi, bersama-sama dengan PKR dan DAP. Tetapi kini, segala jangkaan tersebut sudah terkubur, disebabkan ketamakkan sebilangan pimpinan yang sedang gian dengan candu UMNO- laknatullah alaih.

Sedihnya….

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


artikel berkaitan

http://g-82.blogspot.com/2009/10/apa-hubungan-nasa-dengan-blogger-umno.html

http://keraspedal.blogspot.com/2009/10/ni-apa-ceritakata-tutup-terus-dah-ugke.html

Tuesday, October 27, 2009

PAS takkan Pecah




Oleh Prof Abd Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.
Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

Ikon politik dan kepentingannya


2009/10/27
- ABDUL AZIZ BARI


Semalam, saya memperkatakan mengenai kerangka dua demokrasi besar dunia yakni Westminster dan sistem berpresiden. Meskipun kedua-dua sistem itu mempunyai cara yang tersendiri dalam melaksanakan konsep perasingan kuasa ada beberapa persamaan antara keduanya dan ini bertumpu kepada kedudukan dan peranan individu yang menjadi pemimpin kelompok-kelompok yang bersaing dalam sistem-sistem itu. Dalam istilah hari ini inidividu-individu itu adalah ikon kumpulan atau parti masing-masing.

Sarjana-sarjana sains politik atau sosiologi politik mungkin mempunyai perspektif mereka sendiri tetapi saya ada beberapa sisi yang saya ingin kongsikan bersama pembaca.

Pada pendapat saya apa yang berlaku dalam Pas hari ini ialah betapa Presiden yang sepatutnya menjadi ikon tidak berkesan dan ini menyebabkan kegelisahan dan senario hilang kawalan muncul dalam parti. Parti seolah-olah tidak ada Presiden dan isu-isu terpaksa ditangani oleh para pemimpin yang lebih junior seperti Naib Presiden. Ini berlaku kerana timbalan Presiden juga semacam tidak berupaya mengawal keadaan.

Ada orang Pas yang mengutuk saya kerana menuduh pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti itu pro-UMNO. Pada saya ini bukan isu pokok dan saya pun tidak berasa ia penting. Lagipun kalau mereka benar-benar hendak masuk UMNO apa salahnya. Itu hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan. Begitu juga dengan kekalahan di Bagan Pinang. Takkan sebab kalau satu pilihan raya kecil hendak pecat Presiden.

Apapun Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga ini nampaknya masih tegas dan konsisten dengan pendiriannya mahukan Muktamar Khas untuk mengadili kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Meskipun dalam Pas telah kedengaran suara-suara menentang Nik Aziz, beliau terus tegas. Ini menunjukkan ciri kepemimpinan yang jitu yang menyebabkan beliau dilihat menjadi ikon parti itu. Nik Aziz berani mengambil sikap sebegitu kerana kecekapan dan kelicikannya: masyarakat umum nampaknya setuju dengan langkah yang beliau ambil. Mereka, khususnya yang bukan Melayu dan bukan Islam, resah dengan kepemimpinan Pas yang ada yang dilihat lesu dan tidak bermaya, yang antaranya terserlah dengan tindakan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di Selangor. Ini menggoncang kerajaan Pakatan Rakyat yang memang sedia digodam Barisan Nasional (BN) melalui pelbagai cara.

Terbaru dibangkitkan kemungkinan pendakwaan beberapa Ahli Parlimen Pakatan yang terlibat dengan beberapa kesalahan seperti perhimpunan tanpa permit. Minggu lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua disabitkan kerana menggigit anggota polis yang cuba menahan beliau dalam satu perhimpunan.

Keadaan yang semakin gawat bagi Pakatan itu memerlukan pemimpin yang mampu menyatukan ahli Pakatan; bermula dengan ahli parti masing-masing. Dalam Pas hanya Nik Aziz yang boleh memainkan peranan itu.

Ahli politik yang karismatik dan berkaliber mampu mewarnakan suasana dan ini tidak hanya terbatas di dalam parti atau kelompoknya sendiri. Ahli politik yang istimewa ini malah boleh mempengaruhi permainan dalam sistem itu.

Kalau dalam permainan bola ahli-ahli politik itu umpama Pele, George Best atau Maradona. Skil dan kemampuan mereka mempengaruhi corak dan rentak permainan. Pemain lawan akan mula bermain kasar kerana mereka tidak mempunyai kelicikan yang dimiliki oleh pemain-pemain luarbiasa itu.

Itulah yang sebenarnya dimainkan oleh tokoh-tokoh seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nik Aziz Nik Mat atau Lim Kit Siang.

Buat masa ini pemimpin UMNO tidak ada yang boleh disamakan dengan mereka. Bahkan apa yang kelihatan sekarang ialah mereka terpengaruh dengan rentak yang dimainkan Anwar.

Umpamanya, mereka cuba meniru cara Anwar berpidato. Lihat sajalah cara Datuk Seri Najib bercakap selepas menjadi Perdana Menteri. Begitu juga dengan ungkapan dan istilah yang pemimpin UMNO gunakan. Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yasin begitu banyak menggunakan istilah Arab yang dimulakan Anwar. Antaranya termasuklah 'wahdatul fikr' atau kesatuan fikiran. Istilah ini dibawa ke Malaysia oleh Anwar sewaktu beliau menjadi Presiden Abim pada 1977, setahun selepas beliau dibebaskan dari tahanan ISA buat kali pertamanya.

Muhyiddin juga berkali-kali menyerang Anwar, termasuk menggelarnya pengkhianat Melayu. Dalam perhimpunan Pemuda UMNO, baru-baru ini, Khairy Jamaluddin juga menyerang Anwar. Pemimpin BN juga menyerang Anwar pada kempen Pilihan Raya Umum 2008 lalu. Kita tahu bahawa pendekatan itu makan tuan dan menyebabkan BN mengalami kekalahan di Semenanjung: mereka hanya dapat 48 peratus undi popular.

Dalam keadaan seperti itu sepatutnya pemain lain sepatutnya mencari jalan untuk menjaringkan gol. Bukan bermain mengikut selera sendiri seperti Hasan Ali dan cuba menjaringkan gol sendiri! Atau menggagalkan usaha membentuk Kerajaan Persekutuan yang Anwar usahakan tahun lalu.

Saya sendiri berpendapat itu perlu kerana jika tidak Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan akan teruk dikerjakan BN. Saya diberitahu ada pemimpin Pas tertentu yang kononya iri hati dengan Anwar menyanyikan lagu yang berbeza ketika Anwar sibuk menyusun strategi 16 September. Orang ini tidak akan masuk UMNO. UMNO pun saya fikir tak minat dengan mereka. Tapi kerja sabotaj itu mengelirukan ahli. UMNO pasti seronok.

Negara kita, negara Persekutuan tapi BN tak peduli. Mereka langgar perlembagaan dan undang-undang. Itu semua boleh berlaku kerana mahkamah kita tidak macam mahkamah Amerika Syarikat atau United Kingdom. Sebab itulah hari ini rakyat biasa – yang tak pernah belajar undang-undang pun tahu – yang mahkamah tidak semestinya mengikut undang-undang. Macam kes melibatkan speaker di Perak.

Bila ia melibatkan speaker Pakatan diputuskan yang mahkamah boleh campur. Maka terlepaslah Datuk Seri Dr Zambry Kadir. Tetapi yang lucunya bila ia melibatkan Speaker BN lain pula jadinya: mahkamah tak boleh campur!

Dalam keadaan seperti itu yang untung ialah Najib. Walaupun karismanya tak sehebat Anwar, sistem yang ada berada di dalam tangannya.

Dalam keadaan itu Najib boleh merubah dan membawa lari tiang gol! Nik Aziz tahu dan faham kepayahan ini. Saya tak Pasti dengan Abdul Hadi. Apa pun orang-orangnya dalam Pas pernah mencadangkan namanya sebagai Perdana Menteri, bukan Anwar.

- Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.

PM sebagai presiden de facto



- ABDUL AZIZ BARI

Wacana kita minggu ini ada kaitan dengan isu minggu lalu yang tak semena-mena meletup dan menimbulkan kontroversi dalam Pas; khususnya kedudukan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang saya cadangkan boleh diganti oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Khamis lalu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kejutan dan mencadangkan Muktamar Khas untuk memutuskan kedudukan Abdul Hadi dan pasukannya.

Saya melihat kepemimpinan Abdul Hadi lesu dan tidak bermaya. Saya tidak mempertikaikan wibawa beliau sebagai ulama dan ini pada saya bukan isu. Saya juga tidak cuba mempromosikan golongan profesional dalam Pas kerana saya juga kritikal kepada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, iaitu Pesuruhjaya Pas Selangor dan Exco Kerajaan Negeri itu. Hasan mewakili kelompok profesional dan bukan ulama. Apa pun Pas Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz untuk jawatan Presiden dalam muktamar tahun ini. Walaupun beliau tidak meletakkan namanya pencalonan itu sudah cukup untuk memberi isyarat betapa kedudukan Abdul Hadi sudah mula dipersoalkan.

Saya tidak mahu mengulas konflik atau politik dalam Pas kerana itu bukan bidang saya. Saya cuma hendak mengaitkan apa yang berlaku itu dengan beberapa aspek kenegaraan dan perlembagaan yang ada kaitan dengan apa yang saya lebih tahu.

Negara kita tergolong dalam sistem yang dipanggil Westminster yang secara rasmi dipanggil demokrasi berparlimen. Ia adalah sebuah demokrasi yang mempunyai beberapa kelainan dengan demokrasi berpresiden, yakni model demokrasi yang diamalkan di Amerika Syarikat. Sistem Wesminster yang mengambil sempena nama istana raja yang kini menjadi bangunan parlimen Britain di London itu mempunyai dua ketua; yakni ketua negara dan ketua kerajaan.

Ia berbeza dengan sistem Amerika yang menggabungkan kedua-dua jawatan berkenaan. Sebab itu Presiden Barack Obama memegang kedua-dua jawatan; yakni sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Begitu juga dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Indonesia. Tetapi di Malaysia ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, manakala ketua kerajaan adalah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika di Amerika atau Indonesia, Presiden dipilih secara terus oleh rakyat di Malaysia dan United Kingdom (UK) Perdana Menteri dilantik oleh ketua negara dalam kalangan Ahli Parlimen. Jika di Amerika, Presiden tidak ada kaitan dengan Kongres di Malaysia dan UK Perdana Menteri adalah seorang Ahli Parlimen dan bertanggung jawab kepada dewan.

Meskipun ia dilantik oleh ketua negara – berdasarkan kuasa budibicara – Perdana Menteri tidak boleh dipecat. Hanya dewan yang boleh menamatkan riwayat Perdana Menteri melalui undi tidak percaya. Sebab itu pendapat yang lebih sahih mengatakan apa yang dilakukan oleh Sultan ke atas Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin salah. Justeru saya berasa aneh bagaimana Profesor Emeritus Datuk Dr Shad S Faruqi dari UiTM boleh mengesahkan tindakan Sultan itu.

Di sisi undang-undang, Perdana Menteri adalah kerajaan dan kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri disebut 'primus inter pares', yakni yang paling utama sesama rakan. Di sisi undang-undang, Perdana Menteri boleh memecat menteri-menteri bila-bila masa tanpa sebarang sebab. Di negara-negara Westminster yang bersifat republik seperti India atau Singapura Perdana Menteri adalah orang yang paling berkuasa kerana ketua negara hanya bersifat simbolik dan tidak penting.

Walau apa pun di kalangan sarjana perlembagaan dan politik sekarang telah timbul istilah 'presidential premiership' atau 'Perdana Menteri bersifat Presiden'. Lebih memeningkan lagi di Britain ada tulisan-tulisan yang bertemakan 'republican monarchy' yakni sistem beraja republik. Pelik bukan? Tetapi inilah hakikat dan kenyataan politik yang mewarnakan sistem perlembagaan Westminster sekarang. Saya fikir ini tidak dapat dielakkan kerana perlembagaan dan undang-undang perlu bergerak selaras dengan hakikat dan tuntutan demokrasi dan bukan sebaliknya.

Itu semua menyebabkan di UK yang sistem politiknya sudah maju pemimpin parti dilantik melalui undi sulit dalam kalangan Ahli Parlimen parti itu. Cara itu menyebabkan pengerusi parti hanya berfungsi sebagai pengerusi tetap. Di Malaysia ini belum berlaku. Pemimpin parti di negara ini umumnya adalah pemimpin organisasi parti; baik Presiden mahupun Setiausaha Agung. Tapi ini juga sudah ada perubahan. Sebab itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai pemimpin PKR dan bukan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Begitu juga dengan DAP, Penasihat parti yakni Lim Kit Siang dilihat sebagai pemimpin dan bukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. Dalam konteks Pas, Presiden kelihatannya sudah tidak penting lagi. Ikon Pas hari ini ialah Nik Aziz, bukan Abdul Hadi. Sebab itu dalam pilihan raya kecil Manek Urai, gambar Abdul Hadi pada mulanya tidak dinaikkan. Khabarnya ada politik di sebalik itu tetapi saya lebih suka untuk merujuk kepada teori yang saya sebutkan di atas tadi.

Kewujudan pemimpin parti penting dalam memantapkan pelaksanaan perlembagaan, khususnya perlantikan kerajaan. Sebab itu di UK meskipun kuasa melantik kerajaan – sebagaimana di Malaysia - adalah kuasa budibicara Baginda Ratu pada hakikatnya baginda hanya melakukan fungsi formal dan upacara semata-mata. Ini kerana perdana menteri sebenarnya telah ditentukan oleh proses pemilihan pemimpin secara sulit di kalangan Ahli-ahli Parlimen parti majoriti atau gabungan parti-parti di Parlimen. Sebab itu di UK orang tidak terfikir akan wujud Perdana Menteri yang bersembunyi di sebalik gaun Baginda Ratu. Hanya di negara-negara yang demokrasinya primitif seperti Malaysia sahaja ada ketua kerajaan yang menjaja nama Sultan bagi mengesahkan kedudukannya.

Pada saya gambar pemimpin utama parti dalam poster pilihan raya ada makna yang tersendiri. Baik Najib mahupun Anwar ia memberi isyarat kepada pengundi bahawa itulah orang yang akan memimpin kerajaan sekiranya parti atau parti-parti mereka dapat membentuk majoriti di dalam dewan. Ini bermakna meskipun pengundi di Malaysia tidak memilih kerajaan secara langsung sebagaimana rakyat di Amerika Syarikat atau Indonesia mereka tahu bahawa kalau mereka mengundi parti yang Najib pimpin maka mereka menerima atau menyokong Najib sebagai perdana menteri.

Begitu juga bagi mereka yang memilih calon-calon yang berketuakan Anwar. Dengan kata lain meskipun kerangka dan peraturan sistem Westminster tidak berubah stail dan perjalanan politiknya telah beranjak. Satu hari nanti pemimpin parti yang bertanding mungkin perlu berdebat secara terbuka untuk meyakinkan pengundi. Tetapi ini hanya boleh berlaku jika Malaysia mempunyai sistem dua parti yang mantap.

Saya tidak fikir Nik Aziz memikirkan soal itu. Nampaknya apa yang membuatkan beliau nekad mencadangkan Muktamar Khas ialah soal imej yang kritikal dalam menentukan harapan Pas. Jika itu tidak dilakukan kemungkinan besar imej Pas – dan mahu tidak mahu Pakatan juga – akan menurun dan impian untuk menakluk Putrajaya akan tinggal mimpi di siang hari. Nik Aziz tidak pernah mempersoalkan kepemimpinan Anwar dan ia tidak mahu partinya dipimpin oleh kelompok yang suka memasang angan-angan. Ini bukan sahaja membuang masa tetapi mengikis kepaduan Pakatan yang amat penting dalam memikat hati rakyat. Golongan ini sebenarnya menebuk lubang yang boleh menyebabkan bahtera Pakatan karam dipukul ombak dan Nik Aziz mahu mereka dicampak keluar dari kapal!


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.

Sunday, October 25, 2009

Pakatan Rakyat akan diganyang dalam PRU 13 jika gagal berubah


kelulut@telokbakong.com
23-10-09


Kekuatan yang hanya datang apabila saingan berada didalam keadaan lemah biasanya tidak tahan lama.Resam dunia,yang lemah tidak selamanya lemah, yang kuat juga begitu.

Kehebatan PR mungkin kerana BN lemah atau disaat rakyat bosan pada ketika tertentu.

Kemenangan sebenar PR hanyalah apabila menguasai Putra Jaya. Bercita - cita tidak salah tetapi biarlah disusuli strategi yang mantap.Terlebih penting adalah mengurus kemenangan pasca PRU 12 .

Keputusan PRU 12 rakyat seakan hanya mandat sementara sebelum memberikan kemenangan mutlak.Mungkin rakyat mahu mengambil masa bagi menilai secekap manakah pemimpin PR mengemudi bahtera kemenangan tersebut.

PR masih belum belajar daripada kekalahan teruk PRU 2004 .Jika masih melamun dibuai kemenangan yang tidak seberapa , nescaya PRU13 Pakatan akan kalah teruk.

Kontroversi bersilih ganti dihadapi PR ditambah pula lagi persefahaman rapuh mudah dimanipulasi BN.Namun pemimpin Pas, PKR, DAP seolah olah masih meraba mencari tali yang boleh berpaut kukuh.Tetapi pimpinan menafikan malah mengatakan " kami semakin kukuh".

Semakin kukuh atau semakin meruntuh? .Sebahagian pemimpin Pas alergi pada teguran .Tambahan pula teguran daripada bukan ahli.Mengiau bagai kucing jantan yang sedang piantan biang.

Ketika dipuji kembang hidung , tika dikritik mudah menghambur kata yang tidak sepatutnya.Kenapa begitu ?.

TGNA sudah memberi cadangan agar EGM didalam PAS dilaksanakan.Jika rasa bermaruah sambutlah saranan ini.Daripada berperang dingin eloklah pemimpin dan Ahli PAS buat keputusan yang boleh menguntungkan Islam.

Disaat ini UMNO gigih dengan pelbagai cara mahu mengambil semula keyakinan rakyat . Pemimpin Pas kelu, kurang proaktif malahan kekuatan akar umbi masih ditahap lama.

Realitinya Pas wajib sedar orang melayu masih belum menyokong PAS secara meluas dan tuntas. Perlu muhasabah bahawa sokongan bukan melayu amat penting.Khabarnya Open house Pas pun 'kembali dagang' terlalu kurang sambutan.Ya, benar itu bukan ukuran tetapi awas disana ada pengajaran.

Dalam meraih sokongan PAS masih bergantung kepada ceramah .Betul itu adalah salah satu cara .Tetapi bukanlah ukuran ramai datang maka bukti PAS sudah boleh dabik dada .

Pas kena sedar bahawa diluar sana masih ramai pengundi yang perlu didekati.Jangan ulangi sikap hanya tunggu UMNO lemah.Umpama pemain badminton yang hanya mengharap bulu tangkis lawan keluar gelanggang .

Bina kekuatan sendiri masa berubah, perasaan rakyat juga begitu.Jangan sia - siakan harapan rakyat.

Jika DAP boleh menarik kepercayaan kaum Tiong Hua .Apakah kesukaran Pas mahu menarik perhatian golongan kaum Melayu ?

Cukuplah Petugas Bagan Pinang dibuli sebagai bukti bahawa sokongan setempat amat perlu. Itu pun jika masih berminat mahu memerintahlah.

Jangan beralasan rakyat jahil maka mereka memilih Umno.Bagaimana pula Kaum Cina yang menolak MCA apakah mereka itu sudah hilang jahilnya?.

Jawapannya gerak kerja ! ceramah berapi bukanlah hanya satu cara .Penerangan yang jelas , tingkah laku semua diperhatikan .

Sekali lagi ditekankan RAKYAT TIDAK PERLUKAN PEMIMPIN PAS YANG CERDIK , TETAPI YANG PALING CERDIK.

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com


Artikel berkaitan

http://briged-akhdor.blogspot.com/2009/10/kita-jangan-yakin-sangat-pru-13-mgkin.html

Saturday, October 24, 2009

BIMBANG ISLAM TIDAK MENANG




aku hanya yakin dengan dua tokoh ini sahaja dapat melaksanakan islam di malaysia


BIMBANG ISLAM TIDAK MENANG

Islam mesti menang. Itulah ajaran Tuan Guru-Tuan Guru yang sampai ke telingaku. Di Malaysia, PAS adalah wadah jelas menjadikan islam sebagai dasar perjuangan.

Islam tidak akan menang tanpa kebijaksanaan pejuang-pejuangnya. Berjuang islam dengan hentam semborono akan melahirkan natijah buruk kepada Islam itu sendiri.

Bukankah para salaf terdahulu pernah menyebut, "kebatilan yang mempunyai system boleh mengalahkan kebenaran yang tidak mempunyai system".

Di Malaysia, wadah pilihanraya merupakan kaedah untuk melaksanakan islam. Justeru, kehadiran PAS di Malaysia dengan menggunakan pilihanraya merupakan kebijaksanaan dalam usaha hendak memenangkan islam. Jika dibaca dalam al-Quran dan as-Sunnah, memang tidak pernah kendengaran istilah pilihanraya, tetapi ijtihad ulama sentiasa berkembang, menyebabkan pilihanraya diterima pakai untuk melawan musuh islam.

PAS hendak memenangi kerusi secara bersendirian merupakan satu perkara yang amat susah. Negeri-negeri yang pernah dikuasai oleh PAS, tidak pernah disebabkan isu yang dikemukakan oleh PAS, sebaliknya adalah menumpang dari isu orang lain.

PAS memerintah di kelantan, bukan kerana kekuatan PAS, tetapi kebersamaan PAS bersama Semangat 46 atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Ternyata, PAS pimpinan Tuan Guru nik Abdul Aziz di kelantan menunjukkan imej Islam yang baik, menyebabkan mereka yang tidak ikhlas dengan islam mengambil sikap keluar dari APU. Makanya, banyak ahli-ahli dari parti lain mendaftarkan nama untuk menjadi ahli PAS. selepas dari itu, sebarang pilihanraya umum berjaya memberikan kemenangan kepada PAS di kelantan, waima tidak bersama dengan parti-parti yang lain lagi.

Di Terengganu pula, PAS berjaya memerintah pada tahun 1999. kemenangan ketika itu, bukan kerana kekuatan PAS, tetapi kelemahan musuh yang berada dalam keadaan teramat sangat. Isu Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat dari Timbalan Perdana menteri menjadi buah mulut orang melayu, seterusnya mereka lakukan sabotaj kepada UMNO dengan memberikan undi kepada PAS.

Pun begitu, ketika isu Anwar Ibrahim semakin hari semakin tenggelam, menyebabkan pada tahun 2004, PAS mengalami kalah teruk, malahan UMNO/BN mencapai kemenangan dengan menyapu bersih. Kekalahan PAS itu, sehingga hari ini terengganu tidak sampai ke tangan PAS.

Apa yang dapat dinilai, PAS tidak pernah menang – menguasai negeri - dengan sebab kekuatan sendiri. tetapi, kemenangan PAS adalah menumpang dengan kekuatan orang lain.

Keadaan sama juga menimpa PAS dalam PRU ke 12, pada 8 mac 2008 yang lalu. dalam pilihanraya itu, sepatutnya PAS tidak merasa senang dengan mendakwa bahawa PAS sudah menang, tetapi PAS selayaknya meletakkan satu tanggapan bahawa PAS sedang menuju kepada kejayaan untuk memerintah dengan islam.

Justeru, dengan penubuhan kerajaan pakatan rakyat, usaha dakwah, memperkenalkan model kerajaan islam, kempen kerajaan kasih sayang, kempen mewujudkan kerajaan yang adil yang berasaskan islam perlu dilaksanakan.

Mulakan dengan dakwah di ruang-ruang yang tersedia ada, seperti sering mengadakan ceramah-ceramah di masjid dan surau, mengadakan kempen Islam secara berkesan dan berstrategi kepada rakyat. Semuanya ini bertujuan, untuk memperkenalkan Islam kepada rakyat, agar mereka akan memilih PAS dalam pilihanraya akan datang, seterusnya PAS berjaya melaksanakan islam.

Pun begitu, menyedihkan bahawa semua tindakan sebegini tidak dilakukan secara serius, sebaliknya PAS hanya mengambil sikap tamak dan haloba dalam pemerintahan pakatan rakyat. Waima dari golongan manoriti, tetapi PAS tidak menghormati hak demokrasi, sehingga sanggup berusaha hendak merampas dari hak parti-parti majority.

Di selangor sebagai contoh, di mana sahaja wujud PAS, maka disitu PAS mahu monopoli sesuatu jawatan – seperti Ketua kampong-, walaupun tempat tersebut bukan kerusi PAS. Di tempat PKR dan DAP pun, PAS mahu sesuatu jawatan. Adapun di tempat PAS pula, tidak diberikan ruang kepada PKR dan DAP untuk memegang sesuatu jawatan.

Tidak dinafikan, kejadian sebegini hanya dilakukan oleh segelintir pimpinan PAS, terutama mereka yang mempunyai kepentingan melayu disamping memperjuangkan islam. Pun begitu, tindakan segelintir itu menjadi barah yang merbahaya sehingga mampu melahirkan kebencian rakyat terhadap PAS. lebih-lebih lagi, apabila isu kaum melayu menjadi bahan perbincangan PAS.

Alangkah bodohnya jika isu melayu yang dibicarakan, sedangkan sering kali Tuan Guru nik Abdul Aziz menyebut, "perjuangan melayu tidak ada nilai satu sen pun disisi Allah SWT".

PENUBUHAN PAKATAN RAKYAT

Penubuhan Pakatan rakyat sebenarnya dapat memberi banyak manfaat kepada PAS. ini kerana, PAS sebelum ini mempunyai masalah pendekatan dengan masyarakat selain melayu. Justeru, dengan tertubuhnya Pakatan Rakyat, PAS sudah berjaya melepasi tembok dalam usaha hendak merapatkan diri dengan masyarakat selain melayu.

Pun begitu, menyedihkan apabila peluang ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Kewujudan sebilangan pimpinan PAS yang berjiwa 'hang tuah' yang sayangkan melayu, melahirkan balik tembok pemisah ini. malahan, ia lebih tebal dari tembok pemisah sebelum ini.

Sepatutnya, dengan peluang yang ada, hendaklah digunakan sepenuhnya menceritakan kepada masyarakat selain melayu tentang islam dan keadilannya. Berdakwah dengan sebijaksana yang mungkin, sehingga mereka meletakkan keyakinan kepada Islam yang diperjuangkan islam. menyedihkan, tindakan ini tidak pernah diambil peluang sebijaksana mungkin.

Lebih menyedihkan, di kala PKR dan DAP saling kukuh mengkukuhkan kerajaan pakatan rakyat, kehadiran PAS dilihat seperti anai-anai yang mahu meruntuhkan kekukuhan yang sedang dibina. Isu-isu yang dikemukakan oleh PAS, banyak tidak mengukuhkan Pakatan rakyat, malahan bersifat mahu meruntuhkan.

Sayugiyanya, PAS perlu berada sebagai parti yang mengukuhkan kerajaan pakatan rakyat. Gunakan kesempatan ini, mengemukakan model-model keadilan yang merujuk kepada islam, bukannya membuat seribu satu masalah kepada kerajaan.

Ternyata, ada pimpinan PAS yang otak melayunya lebih tebal berbanding keislamannya, menyebabkan seribu satu masalah dilakukan sehingga melahirkan kebencian rakyat terhadap PAS.

Lebih parah, apabila wujud kelembapan pada sebilangan pimpinan PAS dalam memonopolikan sebarang isu agar dijuarai oleh PAS. kelembapan ini, bukan sekadar merugikan PAS, malahan kadang-kala merugikan islam itu sendiri.

Kalau keadaan ini terus berlaku, sampai bila pun islam tidak akan menang. sebab itu, baru kita faham mengapa nabi SAW berjaya membina kerajaan islam waima tidak sampai 20 tahun berdakwah, sedangkan PAS sudah berjuang dan berdakwah lebih 50 tahun, tetapi sehingga hari ini tidak berjaya membina kerajaan islam di Malaysia.

Sekian

P/s : di awal kemenangan pakatan rakyat, aku meletakkan harapan dalam dua penggal pilihanraya lagi, PAS akan berjaya melaksanakan islam di Malaysia. Tetapi, dengan kewujudan sebilangan pimpinan PAS yang berotak melayu, dan pimpinan yang lembab, lagi tidak bijak berpolitik. Harapanku hendak melihat kerajaan islam dalam jangka 2 penggal lagi, hancur lebur.

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Friday, October 23, 2009

IMRAN UBAH KENYATAAN ... JAMALUDIN TAK RASUAH




Sandiwara politik semakin kelihatan dalam drama kes rasuah yang membabitkan Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu apabila saksi utamanya mulai menukar sinopsis ceritanya bahawa dua Adun lompat itu tidak terbabit rasuah.

Saksi utama, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi SPRM, memberitahu Mahkamah Sesyen, bahawa Jamaludin tidak menerima sebarang rasuah atau wang daripadanya untuk meluluskan projek perumahan di Seri Iskandar.

Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika bertemu di pejabatnya di bangunan SUK, demikian dipetik dari laman web NST.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 dan dia memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen apabila ditanya peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 dan RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Sebelum ini, mahkamah ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita Cina itu.

Thursday, October 22, 2009

Malaysia’s broadband quality is below par, says Oxford study



By Leslie Lau
Consultant Editor
KUALA LUMPUR, Oct 2 – Malaysia was ranked a poor 48 out of 66 countries for Internet broadband quality in a study conducted by Oxford University and sponsored by Cisco.

The global study on broadband quality conducted by Oxford’s Said Business School listed Malaysia among countries which had Internet speeds which were “below today’s applications threshold.”

Malaysia is listed in the same category but above countries like the United Arab Emirates, Philippines, Pakistan, Morocco, Vietnam and Indonesia. China, Malta, Brazil and Thailand are among countries just ahead of Malaysia in broadband quality but still in the same low category.

Countries like Singapore, Britain, Australia, Spain, Turkey and the Ukraine were listed above Malaysia as having Internet speeds “meeting needs of today’s applications.”

Switzerland, the United States, Russia, Taiwan and Hong Kong “comfortably enjoy today’s applications. Crucially, Korea, Japan, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Netherlands, Denmark and Romania were identified as countries with broadband speeds that were “ready for tomorrow.”

The study was conducted between May and July this year and Broadband Quality Scores (BQS) were awarded based on 24 million records sourced from speed tests.

A similar study conducted last year established that download speeds of 3.75 Mbps and upload of 1 Mbps was the quality requirement needed for today’s applications such as social networking, video steaming, video chatting and file sharing.

For what was classified as “tomorrow’s requirements” speeds of 11.25 Mbps for downloads and 5 Mbps for uploads was needed for visual networking, HD video streaming, consumer telepresence, large file sharing and HD IPTV applications.

According to the study, the research team had found that broadband quality was linked to social and economic benefits and that countries with high broadband quality have broadband on their national agenda.

In a statement earlier today, the DAP’s Lim Kit Siang described the study as confirmation of Malaysia’s unchecked plunge in international IT competitiveness.

“Internationally, broadband quality has moved from one of penetration, i.e. who had broadband connection and who did not, to broadband speed but Malaysia is till bogged down in the initial stage.

“Some six months ago, when Datuk Dr Rais Yatim was also appointed Communications Minister apart from his other portfolios of Information, Culture and Arts, I had called on him to give top priority to turn Malaysia into a broadband power, both in broadband penetration rate as well as in broadband speed if Malaysia is to enhance its competitiveness to take its rightful place in the global arena.

“I had asked what Malaysia’s national average broadband speed was, because nobody was talking about 2Mbps – we are lucky if we get 512 or 256kbps without disruption!”

Malaysians in selected areas will get access to high-speed broadband only by the first quarter of next year.

Residents of Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, both in Kuala Lumpur, Subang Jaya and Shah Alam have been promised broadband speeds of 10 Mbps and above under the High-Speed Broadband (HSBB) project.

Residents in high-worth economic zones such as the rest of the Klang Valley and Iskandar Malaysia are expected to get the service later with 1.3 million households expected to have access by 2012.

The HSBB project is a public-private partnership between Telekom Malaysia and the government. Telekom is expected to invest RM8.9 billion of its own funds while the government will put in RM2.4 billion.

Telekom has so far claimed RM290 million from the government for work done.

Malaysia currently lags behind advanced countries in terms of quality and affordability of its broadband offerings, which has been confirmed by the Oxford University study.

While some countries such as Japan, Hong Kong, South Korea, Sweden and Finland have been enjoying speeds up to 100 Mbps for several years now, most Malaysian still make do with speeds of 1 Mbps or less.

Recently, Singapore, China and Australia have also upped the stakes in this strategic sector and announced massive initiatives to wire up their countries with fibre optics.

http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/39223-malaysias-broadband-quality-is-below-par-says-oxford-study-

TERIMA KASIH PROF AZIZ BARI DI ATAS KRITIKAN ANDA

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ( “Pengajaran dari Bagan Pinang” ). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang. Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS . Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau. Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide ( niat jahat ). Tulisan tersebut , bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang. Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah , Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan ( Hasan Ali ) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno. Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja ? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS – melalui tindak tanduk , kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality ( mentaliti terkongkong ). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik ( good listener ) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

Wednesday, October 21, 2009

Video seks dimainkan di perbicaraan rasuah Jamaluddin dan Osman Jailu




IPOH, 20 Oct – Perbicaraan kes rasuah membabitkan dua bekas ahli majlis tertinggi PKR Perak hari ini memperlihatkan tayangan video yang menunjukkan dua lagi rakan yang dituduh melakukan hubungan seks dengan pelacur daripada China.

Video tersebut menunjukkan bekas ahli majlis Perak Tengah, Zul Hasnan, 45, dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 31 sedang melakukan hubungan seks dengan perempuan-perempuan tersebut.

Ianya telah dirakam dengan menggunakan kamera bersaiz kecil di sebuah apartment di Batu Feringgi, Pulau Pinang, oleh ahli perniagaan Mohamad Imran Abdullah, 34, yang telah bertindak sebagai 'ejen provokasi' untuk SPRM.

Dewan mahkamah telah diperintah untuk dikosongkan oleh Hakim Mahkamah Session Azhaniz Teh Azman Teh berikutan bantahan daripada Ketua Unit Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

Peguam pembela Surjan Singh telah membantah arahan tersebut.
"Jika kamu mahu menari, menarilah dengan betul" katanya kepada Abdul Razak.

Hakim Azhaniz Teh berkata beliau tidak ragu-ragu untuk membenarkan pihak media untuk turut menonton video tersebut tetapi menambah dengan berkata adalah lebih baik jika ianya diputuskan sendiri oleh pihak tertuduh.

Peguam S. Muthu, yang membela Zul, kemudian bertanya kepada tertuduh. Zul, sambil tersenyum berkata dia lebih selesa jika mahkamah dikosongkan semasa tayangan video itu.

Para peguam kemudiannya mengakui bahawa video tersebut 'amat pedih' untuk ditonton. Zul, kata mereka, dilihat memeluk perempuan China itu pada mulanya, sebelum kedua-duanya beredar ke tandas dan berbogel. Mereka kemudiannya dilihat melakukan hubungan seks di atas katil.

Sebelum itu, perkara lain yang dibangkitkan didalam perbicaraan hari ini adalah berkenaan wang RM5,000 yang bekas orang PKR Jamaluddin Mohd Radzi, 52, dituduh menerima dipejabatnya didalam bangunan SUK pada 14 Ogos tahun lalu, telah diberi sebagai "derma', bukannya 'merasuah', dan untuk kegunaan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Dalam keterangannya, saksi keenam pihak pendakwaraya Mohamad Imran Abdullah, 34, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memberitahu Jamaluddin bila bertemu dengannya hari itu yang beliau membawa bersamanya sedikit 'sumbangan'.

Mohamad Imran, sebagai ejen provokasi kepada pihak penyiasat, berkata bahawa Jamaluddin telah bertanya untuk apa tujuan 'sumbangan' itu.

Beliau berkata seorang lagi tertuduh, ahli politik PKR dan juga bekas ahli dewan undangan negeri Usaili Alias, yang berada bersama mereka di dalam bilik tersebut, telah memotong dengan berkata: "Ianya untuk Permatang Pauh."

Apabila Abdul Razak daripada SPRM menyoal beliau tentang kegunaan sebenar wang RM5,000 itu, Mohamad Imran berkata: "Pada saya, wang tersebut adalah untuk membantu pilihanraya kecil Permatang Pauh dan juga untuk membantu saya mendapatkan projek di Seri Iskandar."

Hakim Azhaniz Teh kemudiannya mencelah dan bertanya, "Pada awak? Awak berkata bahawa ini adalah 'pada awak'?"

Mohamad Imran mengangguk dan berkata, "Ya, pada saya. Pada saya, wang tersebut untuk Permatang Pauh dan projek."

Mahkamah juga menyaksikan rakaman video kejadian tersebut di pejabat Jamaluddin pada 14 Ogos, yang telah dirakam menggunakan kamera bersaiz kecil pemberian SPRM kepada Mohamad Imran.

Rakaman tersebut menunjukkan Mohamad Imran menyerahkan wang RM5,000, kesemuanya terdedah, kepada Jamaluddin yang tidak mengambil wang tersebut.

"Dia memberitahu saya supaya menyerahkan wang tersebut kepada Usaili, yang telah mengambilnya dan menyimpan didalam poket," tegas Mohamad Imran.

Jamaluddin, bersama-sama Mohd Osman Mohd Jailu, 57, dan tiga lagi, Usaili, 56, bekas ahli majlis bandaran Perak Tengah Zul Hasnan, 45, dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 31, menghadapi beberapa pertuduhan rasuah di atas cadangan projek pembangunan bernilai jutaan ringgit di Seri Iskandar.

Juruteknik Perbadanan Kemajuan Perak, Ruslan Sahat yang juga didakwa bersama-sama kumpulan ini pada mulanya tetapi pertuduhan keatasnya telah digugurkan selepas kematiannya Ogos lalu.

Sementara itu, mahkamah juga menayangkan dua lagi rakaman yang menunjukkan wang, di dalam jumlah yang berasingan, RM5,000 dan RM10,000 diserahkan kepada Mohd Osman, yang juga meminta supaya wang-wang tersebut diserahkan kepada Usaili.

Satu lagi kejadian berlaku di Aquarius Coffee House, Hotel Summit di Bukit Mertajam pada 16 Ogos, 2008 bila kelihatan Mohamad Imran menyerahkan wang RM5,000 kepada Mohd Osman.

“Mohd Osman lihat wang tersebut dan meminta supaya ianya diserahkan kepada Usaili, yang menerimanya,” kata Mohamad Imran yang menambah bahawa wang tersebut adalah untuk membantunya mendapatkan projek di Seri Iskandar.

Didalam kejadian yang lain pula, pada 19 Ogos di restoran Kluang Station Ipoh, Mohamad Imran telah menyerahkan sebuah beg kembara yang mengandungi RM100,000 kepada Mohd Osman.

Didalam video tersebut, mahkamah menyaksikan Mohamad Imran membuka zip beg tersebut sambil mengadap kepada Mohd Osman.

"Saya kemudiannya menutup beg itu dan menolaknya kearah dia tetapi dia memberikan isyarat kepada saya supaya memberikan kepada Usaili," kata Mohamad Imran.

Usaili, tambahnya, mengambil beg tersebut dan menyimpan disebelahnya.
Pegawai pencegah rasuah kemudiannya memasuki tempat tersebut lalu menahan Usaili dan Mohd Osman, begitu juga Ruslan yang berada didalam restoran tersebut pada hari itu.

Didalam rakaman yang lain kemudiannya, mahkamah telah menyaksikan Mohamad Imran juga menyerahkan RM2,000 kepada Ruslan di Apartmen Sri Sayang, Batu Feringgi, Pulau Pinang pada 14 Ogos, 2008.

Pertemuan hari itu telah diaturkan oleh Mohamad Imran, yang juga telah mendakwa diminta membawa bersamanya tiga orang rakyat China.

Zul, Fairul Azrim, Ruslan dan pegawai SPRM (BPR pada ketika itu) Norliza Musa, yang menyamar sebagai teman wanita Mohamad Imran, juga hadir pada pertemuan tersebut.

Perbicaraan akan disambung lagi esok untuk menyoal balas Mohamad Imran.

Linkwithin