Friday, January 16, 2009

Palestin dan Hamas mangsa si kafir dan pemimpin munafik umat Islam !


oleh : kelulut@telokbakong.com

15.01.2009



ALLAHU AKBAR,! SESUNGGUHNYA MEREKA BUKAN HANYA MEMPERTAHANKAN NEGARA PALESTIN TAPI JUGA MEMPERTAHANKAN KESUCIAN MASJIDIL AQSA .

YG MERUPAKAN QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM. SEMOGA MEREKA WAFAT DALAM KEADAAN SYAHID, INSYA ALLAH. MARILAH KITA BERDO'A SEMOGA ALLAH MENURUNKAN "BALA BANTUAN-NYA".

Sudah hilang minat terhadap politik malaysia sejak perang Gaza meletus.Setiap hari tumpuan kepada perkembangan disana.

Pejuang Hamas dan rakyat palestin di Gaza bermandi darah mempertahankan maruah Islam . Mereka benar benar dianiayai oleh musuh dari dalam dan luar .

Anak - anak mereka dibaham oleh peluru dan bom kita hanya mampu simpati beserta doa yang lafazkan.


Kelemahan para pemerintah negara Islam membantutkan semangat umat yang begitu berkobar - kobar mahu membantu saudara seagama disana .

Tetapi apa akan daya puak sekularis yang menerajui gagal bertindak .Malah negara seperti Mesir bersekongkol membiarkan sempadan mereka tertutup rapat agar mudah Zionist Israel membunuh rakyat Palestin.

Pemimpin negara islam berbalah tempat untuk bermesyuarat bukan mahu menyelesaikan konflik ini dengan segera. Mereka pengecut !


Umat Islam kini pula berbondong - bondong memberi derma dan segala kemampuan yang ada.

Fraksi yahudi PLO dibawah pimpinan Mahmoud Abas bagai menangguk di air yang keruh apabila seteru politik mereka Hamas dilanyak . Dengan ' sabar ' menanti kehancuran parti politik islam itu .

Ketika dunia islam mahu yahudi diseret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa .Lidah Mahmoud abas mengatakan tidak perlu .


Tetapi kita yakin para pejuang hamas dan rakyat palestin dipilih oleh ALLAH untuk menerima beban perjuangan ini kerana kemampuan mereka .

Perjuangan mereka menang atau pun syahid !


Allahuakbar !


www.telokbakong.com

Thursday, January 15, 2009

Jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia


Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan-kawasan padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara-negara Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata-senjata yang di haramkan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang-pejuang Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Palestinkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

Sserangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?

Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetaka paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip Recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.

Pendapat saudara tentang tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel.kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?



Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.

Saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekakkan sahaja oleh Israel dan sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?


Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.

Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel danAS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka didekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.

Jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun …bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah?


Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka mnghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.
Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah.

Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…


Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap untuk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?

Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik agal,pertubuhan-pertubuhan NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu. Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media. Jiakalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.


Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?

Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini. Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini. Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel. Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.

Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiti .TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?

Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut. Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau. Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…

Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?

Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak. Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang erlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis. alau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam. Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum. Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.


Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?


Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.

Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ?apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan Sabit Merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.

palestinekini.info

Thursday, January 1, 2009

2009 Tahun Reformasi Pakatan Rakyat

Kalau bukan kami yang tempang yang bersusah payah berkompang hingga menang hingga dijulang...


Maal Hijrah telah berlalu ,hari ini 1 Januari 2009 muncul.Apakah berbangga kita melihat siaran langsung sambutan tahun baru di TV 2 semalam.Begitulah saban tahun kita di hidangkan pelbagai acara yang tidak memberi faedah.Bukan anti kepada hiburan namun biarlah berpada-pada.Gua pun rockers juga tapi setiap malam sambutan tahun baru pasti memerap di rumah kerana pelbagai musibah menanti diluar.Faham-faham sendirilah apabila golongan muda-mudi hilang kawalan di malam keramat mereka ini.

Terlalu hengke(syok tahap gaban) menyambut tahun baru sedangkan dugaan dan rintangan hidup dunia sedang menanti kita.Dari sudut ekonomi umum sudah mengetahui berapa ramai sedang menghitung hari untuk di buang kerja.Akhirnya Najib terpaksa mengakui hakikat ekonomi Malaysia tidak segagah mana di tambah juga dengan kenyataan pakar ekonomi tempatan.Inilah bakal PM kita yang sentiasa berbohong tanpa berfikir panjang menonjolkan tahap pemikiran Menteri Kewangan yang amat memalukan.

Penghujung 2008 kita di kejutkan dengan serangan Israel Laknatullah di Semenanjung Gaza.Namun kita masih gembira lagi menyambut tahun baru?Sungguh hina tingkahlaku kita ketika mana saudara kita bermercunkan tembakan peluru berpandu kita terpesona melihat ke langit taburan cahaya menghiburkan.Seluruh dunia bagai di rasuk dengan kemenangan Obama,penulis diawal dulu telah menyatakan Obama hanyalah kosmetik yang silih bertukar ganti,tiada memberi apa-apa makna kepada dunia Islam kerana rohnya adalah berbangsa Yahudi Zionis.

Senario politik Malaysia yang haru biru menambahkan rencah masalah di fikiran kita.Kini bermulalah episod mengila media setiap kali menjelang pilihanraya.Tak perlu dah bukak suis tv kerana sudah tahu jalan ceritanya.Inilah manusia yang sering mengulangi kesilapan sama.Sejarah Permatang Pauh berulang lagi di Kuala Terengganu.Saksikanlah rancangan ulangan di media-media yang kehabisan idea,anggaplah ia sekadar hiburan ringan untuk anda.

Apakah yang menarik di tahun baru ini,semuanya mengerikan sahaja.Masih ada harapan iaitu Harapan Baru Malaysia gagasan DSAI.Boleh percaya ker,nasihat penulis jangan harap buat masa ini.Jadikan tahun 2009 TAHUN REFORMASI PKR dahulu baru boleh mengharapkan Harapan Baru.Anwar telah melakukan kesilapan demi kesilapan,hanya mendengar pendapat orang di sekelilingnya sahaja.Maka muncullah aneka masalah PKR di setiap negeri.Puncanya adalah masih ramai Adun dan Ahli Parlimen PKR terbawa-bawa akidah umno yang dianuti dahulu.Suara rakyat marhaen yang mengundi di layan sambil lewa.Berebut-rebut mereka ingin menjadi Qarun.Tukang tampal poster dan reformis sedang memerhati,jikalau tiada perubahan ke arah positif jangan terkilan PRU 13 tsunami melanda Pakatan Rakyat pula.Ini adalah kenyataan kecewa dari rakyat di ceruk-ceruk kampung yang baru mula nak mengenal dan menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat.DSAI dan pemimpin PR pejamkanlah lima-lima inderamu seketika dan bukankan pula pintu hatimu dikit demi sedikit...pasti kaukan mengerti hasrat murni dan suci rakyatmu ini.

Pandangan peribadi penulis pula,renceh le telinga aye namun nak nyokong Umno dan BN ijak sekali.Marahkan nyamuk jangan di perun(dibakor) kelambu nanti dapat chingkuyu.Buang yang meragam,ganti yang mempone akidah dan koje buatnye.PRU 13 takkan tak sangka menang lagi kot,tapislah calon dari sekarang,yang hampeh lempokan jer.Ambik benih baik punya je...hehehe.

Akhir kalam,sokong Pakatan Rakyat,bukan semua yang meragam.Rakyat berhak menegur,nasihat...tak mahu dengo sendiri mahu ingat!!

Wednesday, December 31, 2008

Gotong Royong Di Tanah Perkuburan Changkat Melintang


Kelihatan jentera sedang membersihkan tepi parit untuk pemasangan kelubung yang menghubungan rizab perkuburan di seberang.

Kerjasama TBO dengan penduduk Telok Bakong telah berjaya mengadakan gotong royong di Tanah Perkuburan Changkat Melintang.

Usaha murni ini perlu dilakukan untuk memperluaskan lagi tapak perkuburan yang semakin sempit ruangnya.Pemasangan pembentung juga telah berjaya di siapkan.Saudara Msinc dan Nazri dari TBO telah mengadakan kerjasama dengan Tok Sidang Bakar dan penduduk tempatan berganding bahu menjayakan program ini.

Moga di masa akan datang kerjasama ini dapat diteruskan lagi.

Saturday, December 27, 2008

Majlis Penyampaian Bantuan Kembali Ke Sekolah

TBO Bersama Tok Sidang Meen ketika Lawatan Datin Seri Fatimah di Kg Tengah Parit.


Pada 1.1.2009 akan diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Kembali ke Sekolah di Pusat Khidmat Dun Belanja pada pukul 10.00 pagi.

Semua ketua-ketua kampung di kehendaki memberitahu kepada penerima bantuan atau wakil akan dapat menghadirkan diri menerima bantuan tersebut.

Semoga senarai dapat di kemasakini dan di serahkan kepada urus setia agar semuanya berjalan lancar kelak.

Sumber:Tok Sidang Meen(Tok Sidang Pas Padang Marhum)

Friday, December 26, 2008

Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah


Oleh :kelulut@telokbakong.com

26.12.2008

YB Khairy, ' tahniah' kerana telah berjaya mempermainkan hukum hudud .Terima kasih kerana telah berupaya mempopularkan kembali hukum hudud.Sekalung ' penghargaan ' kerana telah berjaya membuat provokasi terhadap bukan Islam dan Islam baka untuk menentang wahyu Tuhan .

Tempohari didalam wacana Perdana Tranformasi Politik Malaysia YB telah berjaya membuka pekung sendiri.Tetapi semua itu berjaya disorok oleh media massa kawalan parti UMNO - BN .

Apabila YB menjawab " kita akan teruskan apa yang ada kini" ( undang - undang sekular )
inilah pekung yang paling hina yang berada didalam hati dan pemikiran saudara.


Naib Presiden pas itu dengan tegas menjawab bahawa ; " Ya kita akan buat" ! ( hudud). Sebenarnya itulah jawapan terbaik sebagai seorang muslim .


Penyokong parti UMNO mungkin merasa Husam yang terperangkap . Sebaliknya ia merupakan jerat makan tuan . Perangkap itu akan mengena kembali kepada UMNO .


YB sekali lagi memperlihatkan kegelojohan didalam arena politik .Nampaknya YB tidak pernah serik dengan apa yang yang telah berlaku didalam PRU 12 yang lalu .

YB terlupa bahwa anda adalah dikatakan antara faktor penyebab kekalahan teruk UMNO - BN didalam sejarah politik negara .

Hingga terpaksa ayahanda mertua anda DS Abdullah menafikan tentang penglibatan YB didalam pentadbiran Negara .Apakah YB lupa jasa PM itu ? Apakah sekali lagi saudara mahu mencalar arang di muka DS Presiden UMNO sekali lagi ?...


YB Rembau , apalah yang mahu dipolemikkan hukum tuhan ...apakah saudara bangga apabila MCA membuat sepanduk dan melaungkan anti Hudud ?

Rasional hudud hanya akan diterima oleh orang - orang yang berakal jika kita menolak bermaksud kita memang sudah hilang akal atau pun kurang akal .

ALLAH berfirman didalam surah al baqarah 178 - 179 ;

178. O you who believe! Al-Qisas (the Law of equality) is prescribed for you in case of murder: the free for the free, the slave for the slave, and the female for the female. But if the killer is forgiven by the brother (or the relatives) of the killed (against blood money), then it should be sought in a good manner, and paid to him respectfully. This is an alleviation and a mercy from your Lord. So after this, whoever transgresses the limits (i.e. kills the killer after taking the blood money), he shall have a painful torment.)

(179. And there is (a saving of) life for you in Al-Qisas (the Law of equality in punishment), O men of understanding, that you may acquire Taqwa.)

YB, ayat diatas didalam bahasa inggeris semoga mudah saudara memahami , maklumlah saudara lulusan Tinggi .Mungkin ini akan membantu saudara untuk memahami kenapa pas begitu teringin melaksakan hudud.


YB , hukum hudud bukanlah ciptaan PAS . Jika ada hudud yang lebih ' tulin' sila kemukakan dalilnya.

Kami tidak hairan yang menolak hudud adalah kalangan non muslim bagaimana UMNO ?

Pertempuran kita adalah kerana pertentangan ideologi .Gerakan kami adalah strategi.

Pertentangan Islam dan Sekular .Sekular pasti tersungkur .

www.telokbakong.com

Thursday, December 25, 2008

Perlu Tindakan Segera Pihak yang berkenaan

Oleh : msinc@telokbakong.com

Masalah hakisan sungai adalah suatu permasalahan utama di Kg Telok Bakong. Disepanjang tebing Sungai Perak,hakisan telah terlalu hampir dengan jalan.Ini akan menimbulkan keadaan merbahaya kepada penduduk yang selalu mengunakan jalan tersebut.

Tepi tebing sungai yang telah di tambak dengan batu secara rip-rap, perhatikan disebelah hujung tebing yang masih belum ditambak


Pemandangan secara dekat tebing sungai yang terhakis teruk yang perlu ditambak dengan batu dengan kadar segera, jalan yang terlalu hampir dengan sungai

Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan kerana permohonan yang dikemukakan adalah benar benar diperlukan untuk kemudahan penduduk kampong.Segala pertolongan dari pihak - pihak berkenaan adalah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.

Wednesday, December 24, 2008

Debat Husam & Khairy :Apabila pemikiran politik memperlekehkan wahyu


23.12.2008

Penyakit bangga dengan pendapat sendiri atau pandangan kelompok yang disokong kadang - kala menampakkan lagi kejahilan diri.

Pada mereka yang mengidap " penyakit" ini segala pandangan yang datang daripada orang lain atau sumber yang berbeda akan ditolak mentah - mentah.

Mengulas tentang debat antara Dato Husam dan Khairy tempohari didalam Wacana Perdana Tranformasi Politik Malaysia ada sesuatu yang melukakan agama .

Apabila melibatkan persoalan hudud seolah - olah perkara ini ciptaan manusia yang boleh diperolok - olokkan.

Khairy kelihatan begitu bernafsu mendesak Husam agar menyatakan pendirian Pas jika mendapat kuasa memerintah Malaysia.

Dan apabila Husam menjawab dengan prinsip dan keimanan terhadap perintah agama " Ya ! kita akan buat ! " sebanyak dua kali .Khairy kelihatan lega dan sesekali nampak biadap ( kerana dia memang mahukan itu jawapannya ).Harapan khairy ialah biar masyarakat bukan Islam merasa takut dengan perkataan hudud .

Sebaliknya pula apabila prof Agus membuat soal balas kepada khairy apakah beliau akan mencadangkan kepada UMNO agar melaksanakan hudud jika terpilih sebagai ketua Pemuda Umno kelak ? beliau menjawab " kita akan teruskan undang - undang yang ada kini "( jelas khairy menafikan hak ALLAH ).

Inilah padah akibat mahu mencari ' political milage ' tanpa memikirkan akibat daripada ucapan yang sebegini rupa. Beliau dan penyokongnya mungkin menganggap Husam telah masuk ' perangkap ' dengan soalan itu .

Tetapi mereka lupa bahawa soalan itu berkait dengan akidah sebagai seorang muslim .Memang benar undang - undang hudud bukan semudah itu mahu dilaksanakan .

Tetapi keazaman itu perlukan niat, ucapan dan perlaksanaan ( jika cukup syarat ). Pada penulis , Husam bertindak wajar dengan jawapan beliau.Tetapi diperingkat strategi dan perlaksaannya itu soal teknikal yang boleh dibincangkan.

Ucapan Khairy nyata mengambarkan niat peribadi dan partinya
yang tidak banyak beza dengan puak - puak yang menolak hukum ALLAH SWT .

Apakah ada pilihan yang terlebih baik selain daripada perintah ALLAH SWT.?

Nasihat kami di www.telobakong.com janganlah sampai memperlekehkan agama hanya kerana mengejar tampuk politik yang sementara.

www.telokbakong.com

Tuesday, December 23, 2008

Datin Seri Fatimah Taat Bersama Rakyat di Kg Tengah Parit Perak



22hb 5.00petang, Pertubuhan Kebajikan Wanita Perak Tengah (PEKANITA) dengan kerjasama dengan Dewan Muslimat PAS Parit telah menghimpunkan pemimpin wanita Parit dari kalangan JK Keselamatan Kampung, AJK Dewan Muslimat PAS kawasan serta cawangan serta AJK Wanita PKR bahagian Parit dalam satu majlis sepetang bersama Datin Seri Hajjah Fatimah Taat, isteri Menteri Besar Perak. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat bagi Dun Belanja.

Lebih kurang 200 pemimpin wanita dari pelbagai peringkat telah hadir dalam majlis tersebut.Dalam ucapan Datin Seri, beliau telah mengingatkan setap pemimpin wanita perlulah mengukuhkan hubungan silaturrahim kearah mencapai kerjasama yang erat bagi memudahkan segala urusan pentadbiran terutamnya dikampung-kampung. Setiap pemimpin wanita perlulah berusaha untuk meningkat keupayaan diri masing-masing bagi menjadikan mereka pemimpin wanita yang berkebolehan dalam membantu dan membimbing masyarakat kearah yang lebih baik. Datin Seri juga sudi untuk menyampaikan sumbangan Jom Ke Sekolah kepada 71 orang anak Yatim dan 11 orang Ibu tunggal, beliau turut menyediakan sumbangan peribadi untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan ibu tungal. Anak-anak yatim menerima sumbangan berupa beg sekolah dan peralatan sekolah dan wang .Majlis petang itu turut dihadiri oleh Penyelia Dun Belanja Ustaz Mohd Ismi bin Mohd Taib dan YDP PAS Kawasan Parit Ustaz Haji Hasan bin Johor

MB Perak Dan Mat Sabu Di Stadium Bakri Rais Bota Kanan





Malam tadi berlangsung di Stadium Bakri Rais.Keadaan penuh sesak luar dan dalam stadium.Jumlah kehadiran dianggarkan sekitar 5000 orang.

Majlis yang di pengerusikan oleh Ustaz Ismi dan ceramah di mulakan oleh MB Perak dan di akhiri oleh Timbalan Presiden Pas Saudara Mat Sabu.Hadirin yang hadir kebanyakkan ingin melihat sendiri MB Perak.Mereaka berpuas hati dengan majlis penerangan oleh MB mengenai isu-isu semasa.Ramai juga dikalangan ahli UMNO yang hadir di dipinggir padang stadium.

Menurut seorang penduduk kampung Telok Bakong Saudara Halimi Mansor,kampung Telok Bakong agak lenggang ketika majlis berlangsung .

Linkwithin