Tuesday, October 28, 2008

BANDINGKAN MB KERAJAAN PR DENGAN MB KERAJAAN BN

Ref Malaysiakini

Saya mengajak sesiapa sahaja yang membaca posting saya ini supaya memikir dan merenung fakta dan pengakuan Setiausaha Politik MB Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang saya siarkan di bawah dipetik dari Blog beliau. Saudara baca dulu lepas ikuti ulasan saya di bawahnya.

Ustaz Misbah menulis .......

Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.

Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain.

Tetapi kami tidak berbuat demikian. Saya tanya pegawai di pejabat MB, kami pergi mewakili parti, boleh guna peruntukan kerajaan ke, dia jawab kalau ada jemputan rasmi sebagai MB mewakili kerajaan Perak, boleh guna peruntukan tersebut. Saya boleh berbuat demikian dengan meminta penganjur supaya keluarkan surat rasmi dari Jamiat Islami jemput Hj Nizar sebagai MB Perak yang mewakili kerajaan Perak bukan mewakili PAS, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian kerana perbuatan ini tidak amanah.

Malahan MB menggalakkan mana-mana EXCO, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya naik kelas ekonomi sahaja apabila menaiki pesawat ke mana-mana destinasi. Kerana ini adalah antara langkah menjimatkan duit kerajaan.

Semuga penjelasan ini dapat mengikis salah tanggap terhadap MB Perak dan pegawai-pegawainya.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa inilah contoh tauladan seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat dan menjaga amanah perbendaharaan negeri. Beliau tidak mahu menggunakan duit rakyat untuk kesenangan dan kepentingan diri sendiri.

Tetapi kalau MB BN dan pegawai-pegawai MB BN sudah tentu semuanya di'claim'. Tambang 'claim', hotel, makan, perjalanan dan segala macam elaun akan di'claim' tanpa segan silu.

Malah ada laporan yanga mengatakan mereka berhibur dan berfoya-foya di Pub, Night Club dan rumah urut pun 'claim' duit rakyat.

Bukalah mata dan telingan wahai rakyat Malaysia. Sedar dan insaflah siapa yang benar, ikhlas dan amanah antara pimpinan PR dan BN.

Monday, October 27, 2008

Sunday, October 26, 2008

Penubuhan PKR Telok Bakong

Ketua Penaja En. Zainal Mat Ganti

Satu cawangan Keadilan Telok Bakong telah ditubuhkan atas inisiatif Ketua Penajanya Encik Zainal Mat Ganti.Sambutan dari penduduk tempatan amat memberangsangkan.Hampir 60 ahli telah berjaya di daftarkan dan masih ramai lagi yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas ini.

Kita berharap dalam pilihanraya ke 13 kelak dapat menawan kembali kerusi Adun dan Parlimen dari tangan Umno di kawasan Parlimen Parit ini ,ujar Ketua Penaja En.Zainal ketika ucapan aluan-aluan kepada hadirin yang hadir dan di sambut tepukan gemuruh.Ini memberi gambaran semangat yang tinggi di kalangan penduduk yang sudah muak dengan propanganda murahan Umno dan BN.

Turut hadir Ketua Kg .Telok Bakong Tengah En.Bakar dan Ketua Kampung Paloh En.Li Lop.Tetamu kehormat yang merasmikan penubuhan PKR Telok Bakong adalah Ketua Bahagian Parit PKR Tuan Hj.Usaili Alias yang juga mantan Adun Bota.Dalam ucapannya Saudara Usaili ada memberi info terkini mengenai pengambilalihan Kerajaan Persekutuan oleh Pakatan Rakyat.Segalanya masih mengikuti perancangan dan dijangka dalam tempoh sebulan ini akan berlaku kejutan.

Ikutilah suasana dan ucapan ucapan sekitar majlis berlangsung di TVTB.(akan di upload bila balik ke ipoh esok,kg ni gprs jer kome)

Wednesday, October 22, 2008

AKU BUKAN AHLI POLITIK, TETAPI.....



Setelah pulang dari menghadiri rumah terbuka PAS di Shah Alam dan PKR di Kelab Sultan Sulaiman, aku dihujani dengan sebilangan SMS yang membanjiri dalam inbox Handphoneku. Aku merasakan, kehadiran SMS ini adalah bersebab kehadiranku ke majlis rumah terbuka PAS itu bersama dengan seorang pemuda PKR diperingkat kawasan.

Ada satu SMS bertanya bahawa benarkah aku kini telah bertukar parti dari PAS kepada PKR. SMS itu beralasan bahawa aku agak kurang mahu berkawan dengan budak-budak PAS, tetapi lebih suka berkawan dengan budak-budak PKR.

Aku meyakini, SMS itu datang dari budak-budak PAS dari Parlimen Subang, yang melihat pergerakanku kebelakangan ini yang agak kurang bersama dengan mereka.

SMS sebegini mengingatkanku dikala belajar di Universiti Al-Azhar dahulu. Ketika itu, aku telah dimaklumkan oleh seorang mahasiswa Al-Azhar dari negeri terengganu bahawa ada seorang pimpinan PMRAM ketika itu menuduh aku berkeahlian UMNO. Alasan yang diberi adalah, aku lebih berkawan dengan budak-budak dari kelab UMNO, berbanding budak-budak PMRAM yang kononnya dari PAS.

Mendengar tuduhan itu, aku agak berang. Padaku, menuduh aku UMNO seperti menuduhku menjadi kafir. Aku berkeahliah PAS semenjak tahun 2001, walaupun didaftar lebih awal dari itu dan aku tidak pernah mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO. Aku adalah anak muda yang amat benci dan jijik dengan UMNO, tiba-tiba ada sebilangan pemimpin PMRAM ketika itu yang melakukan tuduhan liar bahawa aku sebagai UMNO menyebabkan aku agak tidak selesa dengan tuduhan jahat itu.

Yang peliknya, selepas pulang dari menuntut di Universiti Al-Azhar, aku terus melibatkan diri dalam perjuangan Islam ini, bermula dari peringkat Cawangan sehingga keperingkat negeri. Tetapi, dapati yang menuduh itu tidak terlibat pun dalam PAS. Bahkan didapati bekerja sebagai guru di salah sebuah sekolah kerajaan, dan apabila dijemput untuk hadir program-program Parti, dikemukakan berbagai-bagai alasan yang menjijikkan untuk didengari.

Aku tidak nafikan, semasa menuntut di Al-Azhar, aku lebih suka berkawan dengan budak-budak dari Kelab UMNO, tetapi adakah mereka berfikir bahawa kini budak-budak itu sudah menjadi ahli PAS????

Mereka hanya pandai menuduh dengan disaluti sentimen PAS yang membeku jumud dalam pemikiran mereka, tetapi tidak pernah berminda untuk menyeru manusia kepada Islam yang diwadahkan PAS di Malaysia.

Keadaan yang sama juga berlaku pada diriku kini. Apabila aku lebih suka berkawan dengan budak-budak PKR dan budak-budak Hindu, menyebabkan aku sudah mula di tuduh sebagai seorang yang berkeahlian PKR.

Bagaimana aku mahu terlibat dengan Pemuda PAS di peringkat kawasan, kalau kapten mereka tidak bertanggungjawab dan cara berfikir terlalu jumud, dan menganggap diri mereka seperti ahli syurga, disamping melihat sinis kepada golongan-golongan yang telinga bertindik, berambut panjang, bermain gitar dan sebagainya.

Kalau inilah minda kita, tidak ada gunanya kita mendakwa sebagai orang dari gerakan Islam, kerana kita telah dilalaikan dengan berita-berita syurga, tetapi tidak pernah digerunkan dengan azab neraka lantaran tidak bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah kepada golongan-golongan ini.

Yang peliknya, ada suara mendakwa aku masuk PKR setelah berkawan dengan golongan ini, padahal pernahkah mereka berfikir, budak-budak ini kini, sudah mula tidak meninggalkan solat lagi, sudah mula minat dengan kuliah-kuliah agama dan ada sebilangan mereka meminta pandangan dariku untuk memakai jubah dan berkopiah.

BERDAKWAH

Aku tidak terpengaruh dengan sesiapa pun. Bahkan, aku mahu menyeru manusia kepada Islam yang syumul. Aku amat sedih apabila mendengar jawapan dari budak-budak yang dilihat ”tidak Syurga” itu bahawa mereka tidak tahu tentang perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Padaku, mereka ini kekosongan yang tidak diisi dengan Islam. Mereka menghadapi pelbagai masalah kehidupan, tetapi tidak pernah dibimbing oleh mereka yang kononnya pemimpin gerakan Islam.

Yang lebih menyedihkan lagi, mereka pernah menyebut bahawa mereka tidak suka kepada PAS disebabkan melihat kerenah pemimpin-pemimpin PAS tertentu yang merasa diri mereka ”terlalu bagus”. Yang lebih memualkan, apabila tiba waktu pilihanraya, pemimpin itulah yang terkial-kial dan terhegeh-hegeh datang meminta undi dari mereka.

Apakah ini konsep gerakan islam yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul??????

Apakah inilah yang disebut sebagai dakwah, seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW?????

Bukankah tindakan sebegini menggambarkan bahawa kita telah menggunakan dakwah bukan untuk kepentingan islam, tetapi untuk kepentingan parti semata-mata????

PERASAN BAGUS

Kadang-kadang aku berfikir, mengapa kita terlalu sombong dengan cara kita sendiri. Mengapa kita tidak mahu belajar dari orang lain. Padaku, orang berkelulusan sampai ke tahap PhD, belum tentu mempunyai idea yang bagus, bahkan kadangkala pekerja yang menyapu sampah itu mempunyai pemikiran yang cukup bagus dan terlalu bernas.

Pepatah arabkan ada berkata:

انظر الى ما قال و لا تنظر الى من قال

Maksudnya;
“Lihatlah kepada apa yang orang katakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata”

Disebabkan kita merasakan diri kita terlalu bagus, melahirkan keadaan bahawa kita tidak perlu melihat baik pada orang yang tidak sehaluan dengan kita. Lantaran itu, lahirlah perasaan sombong dan bongkak.

ALA KAPITALIS

Aku agak tidak boleh menerima dengan bentuk majlis hari rumah terbuka PAS yang aku hadiri tadi. Perasaan itu timbul, Apabila aku dijemput oleh sebilangan pimpinan tertentu untuk makan dalam bilik VIP.

Dengan itu, hatiku terus berkata-kata bahawa, bentuk majlis ini dinamakan sebagai hari rumah terbuka PAS, tetapi rupa-rupanya ada ruang tertutup disebalik yang terbuka itu.

Hari rumah terbuka PAS merupakan hari dimana rakyat ingin bertemu dan makan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin parti, tetapi yang berlaku adalah, pemimpin-pemimpin makan dalam bilik yang tertutup atas nama VIP.

Yang lebih memelikkan, apabila ada sebilangan rakyat biasa masuk ingin makan bersama pemimpin, mereka dihalau oleh Unit Amal, kononnya tidak layak makan dalam bilik yang digelar VIP itu. hal ini jelas berlaku, apabila kawanku dari PKR yang hadir sama itu telah dihambat keluar oleh Unit Amal dengan alasan bukan orang VIP.

Nampaknya, kita sudah terpalit dengan ”semangat ala kapitalis” dalam membawa Islam untuk memerintah.

Padaku, tidak salah mewujudkan MEJA-MEJA VIP, kerana kewujudan meja-meja VIP ini menggambarkan kebersamaan dengan rakyat masih berlaku, tetapi mewujudkan BILIK VIP adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh PAS disebabkan sudah wujud kasta antara rakyat dengan pemimpin parti.

JANGAN KRITIK ...

Aku juga dimaklumkan tentang sebilangan penulisanku kebelakangan ini yang nampaknya agak mengkritik. Yang aku amat tidak boleh menerima, apabila ada sebilangan mereka berkata ”ustaz boleh pergi jauh dalam parti. Jadinya, ustaz janganlah kritik kuat sangat”.

Mendengar ucapan sebegini, menyebabkan aku agak merasa meluat. Aku menjawab, ”ana masuk dalam PAS, bukan kerana nak pegang jawatan. Ana masuk PAS sebab PAS perjuangkan Islam”.

”kalau orang tak nak lantik ana untuk jawatan-jawatan tertentu, ana tak kisah, bahkan ana bersyukur ana tak pegang sebarang jawatan”

”bahkan, jawatan yang ana pegang ni pun, kalau orang nak pecat disebabkan sebilangan tulisan kritis ana, ana tak kisah pun” jawanku.

Padaku, setiap manusia itu mempunyai pandangan masing-masing. Perbezaan pandangan ini, sebenarnya memberikan satu gambaran betapa Indahkan ciptaan Allah SWT.

Kritikan merupakan luahan hati dari pihak yang mempunyai pandangan masing-masing. Sekiranya kritikan itu benar, tidak ada salahnya kita menerima kritikan itu, bahkan kalau kritikan itu salah, tidak ada salahnya kita menolak, tetapi hendaklah dengan hujjah yang bernas, luar dari sentimen jumud.

Aku melihat, Omar bin Al-Khattab sendiri pun mudah menerima kritikan daripada rakyat, walaupun jika diperhatikan, banyak fatwa-fatwa omar yang bersesuaian dengan wahyu. Ini dapat dibuktikan banyak kisah-kisah yang telah diceritakan oleh ulama-ulama hadis dan ulama-ulama tafsir. Hal ini boleh dibaca dari kitab-kitab Imam Ibnu Kathir, seperti kitab tafsirnya, juga kitab Al-Bidayah wa An-Nihayah.

Tetapi, mengejutkan dengan keadaan sebilangan orang-orang tertentu dalam PAS, yang melihat kritikan dari pihak tertentu merupakan punca pihak mengkritik dilihat sebagai musuh.

PENUTUP

Aku pernah terlibat dengan jemaah Tabligh. Setelah setahun setengah bersama tabligh, aku agak tidak boleh menerimanya, apabila dilihat dakwah mereka terlalu sempit, iaitu terlalu terfokus kepada isu solat jemaah sahaja.

Lantaran itulah, Aku masuk PAS . masuk PAS itu, bukan mahu menjadi ahli politik tetapi berminat kerana perjuangan islam yang diperjuangkan oleh PAS itu bersifat syumul.

Tetapi, aku agak merasa sedih apabila ada sebilangan ahli-ahli, bahkan sebilangan pemimpin PAS yang tidak boleh belajar dari kebaikan orang lain. Pada mereka, kebenaran hanya datang dari PAS, adapun dari yang lainnya, ianya tidak layak diterima pakai.

Padaku, mungkin kita kena belajar dari hadis Nabi SAW;

الحكمة ضالة المؤمن ، حيثما وجد المؤمن ضالته فليجمعها إليه

Maksudnya;
”Kebijaksaan adalah barang keciciran orang beriman, sesiapa dari orang beriman yang mendapati barang keciciran itu, maka hendaklah dia memungutnya untuknya[1]”

Hadis ini membuktikan kepada kita, Islam tidak pernah menafikan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang lain, pun begitu, penerimaan itu hendaklah tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW.

Sekian

Al-Bakistani
http://one-g.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com
webmaster- kami juga menghadapi senario yang sama di Parit, tunggu kami sedang menyiapkan artikel berkaitan apabila kami dhambur dengan sms dari pimpinan PAS Parit.

Begitu jua dengan pandangan prejudis dari PKR Parit.Maklumlah orang Telok Bakong kene tangkap pasal 'sedekah seks' jadi ingat TBO ni 2 orang tu punya.Kami menafikan kaitan dengan mereka.Kami telus menyampaikan berita tanpa mengira parti mana,tak betul tetap kita dedahkan.Baru pegang kuasa sikit jangan exsen meleleh buat pemimpin PR semua.Rakyat memerhatikan anda semua!!!Jangan masuk parti nak rebut jawatan,kuasa dan rete kome!!!

Monday, October 20, 2008

Jamuan Eidul Fitri Peringkat Negeri Perak

Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak
Turut kelihatan Saudara Shamsul Timbalan Ketua Keadilan Bahagian Tambun
Saudara Misbahul Setpol MB Perak sibuk melayani hadirin

Sebentar tadi berlangsung Jamuan Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia,Ipoh Perak.Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun binti Mohd. Ali tealh berkenan ke majlis bersejarah ini.Kelihatan jua Raja Di Hilir D.Y.A.M. Raja Jaafar bin Raja Muda Musa.Turut serta MB Perak Dato' Seri Mohamad Nizar B. Jamaludin serta isteri beliau Datin Seri Fatimah Bt Taat yang di iringi beberapa orang exco kerajaan negeri.

Hujan mencurah-curah tidak menghalang rakyat jelata pelbagai bangsa.Ribuan hadirin beramah mesra sambil menjamu selera dengan pelbagai juadah yang disediakan.Turut di sajikan persembahan dari pelbagai artis berkonsepkan Hari Raya.

Kelihatan juga pemimpin Pakatan Rakyat sibuk melayani rakyat dari meja ke meja.Anggota keselamatan telah menjalankan tugas dengan baik dibantu pelbagai agensi bagi memastikan ke lancaran majlis tersebut.

Tuesday, October 14, 2008

Ribut: Terkini Felcra Nasaruddin

Oleh: KTB

Sebentar tadi penulis telah melawat semula lokasi kejadian ribut di Felcra Nasaruddin Seri Iskandar.Kelihatan beberapa mangsa masih lagi memperbaiki kerosakan yang berlaku dalam kejadian ribut selama 3 -5 minit itu.

Penduduk kawasan tersebut memuji Pakatan Rakyat yang seawal mungkin telah sampai dan memberi bantuan kilat.Turut memberi bantuan adalah pihak pengurusan Felcra sendiri yang begitu prihatin akan nasib pekerja-pekerjanya.Kehadiran MB Perak tempohari amat dihargai oleh penduduk setempat bak kata salah seorang penduduk 'kalau MB dulu jangan harap ler jenguk mukenye'.Pelbagai aktivitis dari PAS dan PKR turut membantu dari segi kewangan dan bekalan makanan di penempatan sementara di sebuah sekolah.

Terdapat rungutan dari penduduk memgenai laluan utama ke penempatan mereka dimana pembentung mengalami sedikit kerosakan.Siasatan telah dilakukan dan kerja tambakan hakisan yang berlaku telah siap dibuat dan pemantauan dari masa ke semasa di akan teruskan.

Semoga penduduk Felcra Nasaruddin tabah dan kelihatan semangat tolong menolong masih menebal di dalam masyarakat ini.Tahniah di ucapkan buat Pakatan Rakyat Perak Tengah yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan amanah rakyat.Rata-rata penduduk memuji tindakan pantas Ustaz Ismi,Tuan Hj .Usaili Alias dan Saudara Khir membantu mereka.

Jamuan Hari Raya Eidul Fitri Di Dewan Orang Ramai Bota Kanan Perak



Oleh :msinc

Pada 12hb Okt 2008 yang lalu,Jamuan Hari Raya Eidul Fitri telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bota Kanan Perak. Jamuan Hari Raya anjuran PKR Parit itu telah dihadiri oleh seramai 500 orang rakyat dari pelbagai lapisan dan golongan. Ianya turut dihadiri oleh Pemangku Pengerusi PKR Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim, Yang Dipertua Pas Parit Ustaz Hasan Johar, Mantan ADUN Bota Kapten(B) Usailli Alias, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak Saudara Faizal Efendi serta para pendokong parti yang lain. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Eric iaitu Setiausaha AMK Perak. Kemudian nya diikuti dengan ucapan perdana oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim.Di dalam ucapan ini, beliau telah banyak mengupas isu isu semasa termasuk halangan halangan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16hb September yang lalu. Isu-isu negeri Perak juga turut diulas dengan panjang lebar oleh beliau dengan harapan memberikan maklumat-maklumat semasa untuk rakyat.



Saudara Eric juga memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Perak bersetuju untuk melaksanakan satu skim takaful seperti takaful kafalah seperti di Kelantan, sekiranya berlaku ahli keluarga meninggal,kerajaan negeri akan memberikan sumbangan sebanyak RM 1000 kepada waris simati.Namun begitusyarat utama simati mestilah berusia 65 tahun keatas.Beliau kemudian mempersilakan para hadiri menikmati jamuan hari raya yang ditempatkan di luar dewan.




Jamuan hari raya ini sederhana tetapi meriah kerana dihadiri oleh semua rakyat jelata tanpa mengira umur, jantina dan parti politik. Suasana pertemuan ini penuh ramah tamah sesama tetamu demi meningkatkan kefahaman dan perpaduan. Juadah yang disediakan juga amat menyelerakan. Bermula dari makanan seperti lemang, bihun sehinggalah kepada >muih tradisional melayu. Sebenarnya apa yang dihidangkan itu tidak menjadi keutamaan, tetapi keberkatan jamuan menjadi keutamaan. Ianya tidak perlu dibuat di hotel-hotel besar dengan makanan yang mahal mahal. Cukuplah sekadar ianya diadakan dibawah khemah serta dikawasan yang mudah untuk rakyat datang. Para tetamu yang hadir sungguh berdisiplin mengambil makanan dan minuman masing masing.



IWalaupunni skala jamuan tidaklah dianggap besar, tetapi cukup untuk semua para hadirin menjamu selera. Penulis cuma makan beberapa ketul kuih dan lemang,tetapi masih terasa kekenyangan hingga ke malam.

Ini berlainan sekali jika dibandingkan dengan Jamuan Rakyat anjuran UMNO yang selalu diadakan ditempat yang sama pada tahun tahun yang lepas.Walaupun jamuan mereka diadakan dengan skil yang besar-besaran, namun disiplin para jemputan berada ditahap yang rendah. Berlaku perebutan makanan, mengisi makanan dengan kadar yang banyak berbanding kemampuan untuk makan, membungkus makanan untuk dibawa pulang,sebelum jamuan selesai dan sebagainya.


Disebabkan hal-hal sedemikian selalu berlaku tidak cukup makanan kerana ada yang bersikap tamak.Jika kita mengambil jamuan rakyat sebagai contoh,akan memberi kesimpulan bahawa kekayaan negara sebenarnya cukup untuk semua rakyatnya sekiranya diagih secara adil dan menyeluruh.Terjadinya kepincangan dalam agihan ekonomi negara berlaku apabila terdapat pihak-pihak yang bersifat tamak haloba yang mahu membolot kekayaan tanpa menghiraukan dan menafikan hak hak orang lain.

Sambutan Hari Kemenangan Eidul Fitri ini akan diterusan lagi,apabila PAS Kawasan Parit juga akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada 19 hb Okt 2008bertempat di Pusat Khidmat Masyaraat DUN Belanja, Kg Tengah Parit.Jamuan akan berlangsung bermula dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang.Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis.Sesungguhnya aktiviti sebegini digunakan sepenuhnya oleh orang ramai untuk mengeratkan pertalian silaturahim sesama muslim.

msinc-terkenang kemeriahan jamuan TBO

Monday, September 29, 2008

Warga Telok Bakong ! Selamat Hari Raye

Sempena hari raya yang mulia ini kami di www.telokbakong.com memohon maaf sekiranya sepanjang kendalian website terdapat tulisan atau chatt yang menguris perasaan.

Dengan usia web ini yang masih 'remaja' kami mengharapkan sokongan dan dorongan agar usaha kecil ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada kita semua.Khususnya kepada warga Telok Bakong dan umumnya untuk seluruh dunia.

Tujuan utama website ini dibangunkan adalah demi memenuhi tuntutan semasa dizaman hubungan tanpa batasan kami menyahut cabaran moden ini.


Saudara / saudari sekalian ,besarlah harapan kami jika setelah anda mengetahui kewujudan www.telokbakong.com ini moleklah kiranya dapat dilayari sebagai medium yang dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan disamping berita terkini .

Chat Box disini memainkan peranan penting sebagai pusat komuniti siber untuk berinteraksi malah jika ada kematian atau hal hal penting yang berlaku dikampung kita akan lebih cepat sampai kepengetahuan anda.


Sidang pembaca sekalian mungkin ada yang berkata " Ahh...ini website politik " !..kami jawab ; Ya !...tetapi kami disini bukanlah menjadikan ia batasan hanya kerana berbeza pandangan politik maka kita harus berpecah dan berbalah.

Apa yang penting adalah hubungan ' sekampung' itu terpelihara .Terbukti kami disini berjaya mengumpul pelbagai generasi orang kampung kita. Walaupun sebelum ini hanya berselisih bahu tetapi tidak mesra. Kini berubah setelah berkenalan kali kedua dialam maya kami bertambah mesra dan saling berhubungan .


Akhir kalam, kami berharap Eidul Fitri 1429 tahun ini akan menjadi ibadah yang sempurna bagi kita semua .Setelah berakhir ramadhan pastinya akan meninggalkan bekas didalam diri setipa insan.Cuma yang belum pasti hasil yang akan terlahir samada putih ataupun hitam.

Ya ALLAH ! Berilah kekuatan dan kesabaran kepada kami dalam mengharung kehidupan dialam yang penuh pancaroba ini.Eratkanlah , pautkanlah hati - hati kami agar mendapat keredhaan mu YA Rabb...amin..


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Ramadhan Bersama TBO



Semalam Skuad Ramadhan TBO telah menjayakan satu program amal sempena ramadhan yang mulia ini.Perasaan prihatin telah menjadi untuk meringankan masyarakat Malaysia dalam membantu golongan marhaen.TBO juga tidak terlepas untuk berbakti,atas dasar itulah pengunjung TBO dari pelbagai pelusuk dunia telah sudi menyumbang serba sedikit derma untuk di agihkan kepada golongan sasar.

Walaupun jumlah sumbangan bukannya hendak dibanggakan namun ini adalah khidmat masyarakat yang dapat warga TBO laksanakan kerana terdapat penerima bantuan di nafikan haknya sekian lama oleh UMNO yang buta hati dan perut dan hanya nampak kroni mereka sahaja.Amalan TBO memberi bantuan tanpa mengira anutan politik.Terdapat penerima bantuan terpampang bendera UMNO di dinding rumahnya,bila ditanya ada UMNO memberi bantuan.'Idak katanya'.Tapi atas dasar semangat Pakatan Rakyat yang tidak mengamal dasar pilh bulu TBO tetap ikhlas memberi bantuan yang termampu.

Di harapkan di masa depan lebih ramai dapat menyertai program amal sebegini.Pihak TBO mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua penderma,hanya Allah jua dapat membalasnya...Amin..Selamat Reraye Semua:)

Visual akan diuploadkan sebentar lagi...

Ghairah menyambut Hari Raya


Oleh : Sang Kelulut

27.09.08

Kehidupan diniawi selalu memperdayakan.sebahagian orang sampai terlupa fungsi kewujudannya lantaran terpersona dengan segala tarikanya.Lalu dunia yang sementara ini berubah menjadi tujuan, manakala akhirat yang kekal abadi diabaikan.Memang demikianlah manusia, MUDAH LUPA.

Namun begitu Allah SWT yang Maha Penyayang tidak membiarkan manusia hanyut didalam kelalaian dan kealpaan.

Kini ramadhan semakin hanyut dari fikiran kita , fungsi bulan mulia ini disambut manusia muslim sebagai ibadat sebahagian yang lain pula semacam adat sahaja.

Firman Allah:

'' Wahai orang - orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang - orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." 2:183 ( quran)

Ingat ! setiap orabg mesti menyematkan didalam fikirana bahawa ai berpuasa kerana memupuk makna takwa. sesiapa yang kerana tujuan lain, maka ia tidak sampai kepada hakikat puasa yang berkesan.

Nabi SAW bersabda

"...sesiapa yang berpuasa pada bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan , diampunkan dosanya yang lalu ( sahih bukhari).

Setelah berakhir ramadhan syawal pula menjelma kita pula ghairah berlebihan menyambut Hari Raya.Akibatnya sebahagian muslimin telah meninggalkan waktu waktu utama kerana terlalu sibuk dengan persediaan Hari Raya.Alangkah ruginya 10 malam terakhir yabg lebih utama itu seakan menjadi sia - sia .

Dengan masa yang masih berbaki ini kita pulun sebaik mungkin kerana ramadhan tahun depan belum pasti kita masih melihat matahari.

Kami di www.telokbakong.com mengucapkan selamat menyambut hari lebaran pada seluruh pengunjung dan pembaca sekalian.Web ini untuk semua, lawatilah kami khususnya penduduk Telok Bakong dan sekitar demi mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Untuk ingatan bersama berhati hati dijalan raya , hindarkan pembaziran , utuhkan persaudaraan, harapan kami adalah TBO akan menjadi wadah perjuangan dan persaudaraan.


Slogan kami " SALURAN KEME UNTUK KOME "


kelulut@telokbakong.com

www.telokbakong.com

Linkwithin