Tuesday, August 19, 2008

Siapa Ramlang Porigi?

gi website jakim

website spr
Mendengar namanya sudah asing. Bila mendapat tahu bahawa dia adalah Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi dalam majlis sumpah Saiful, kepala jadi pening. Risikan mendapati tiada imam di Masjid Wilayah Persekutuan bernama Ramlang Porigi. Siapa dia?

Carian dalam Daftar Pemilih SPR mendapati Ramlang Porigi merupakan pengundi Permatang Pauh! Tapi apa yang jelas, kod negeri yang terdapat dalam kad pengenalannya menunjukkan beliau berasal dari Sabah!. (790726-12-5443.)

MEDAN KETERANGAN
Kad Pengenalan 790726125443
Nama RAMLANG BIN PORIGI
Tarikh Lahir 26 Jul 1979
Jantina LELAKI
Lokaliti 044 / 12 / 06 / 005 - PONDOK PENANTI MK 20
Daerah Mengundi 044 / 12 / 06 - PENANTI
DUN 044 / 12 - PENANTI
Parlimen 044 - PERMATANG PAUH
Negeri PULAU PINANG

Macam Ada kaitan jer..ish''ishh...bedaah bebenor Utusan Meloya dan TV 3 suku ni.

Kerana Pulut Santan Binasa, kerana mulut.... ?

Sang Kelulut

kelulut@telokbakong.com

15.08.2008


"Apakah nasib kita dalam Pakatan tak sudah - sudah diuji" keluh sahabat saya bila
mendengar siaran radio tentang pandangan Menteri Besar mengenai kemasukan pelajar bukan melayu sebanyak 10 % ke UITM.( Sebenarnya menurut Prof Khoo Khay Khim golongan bukan melayu pun memang tidak berminat ..).

Dalam kesibukan kedua - dua pihak merancana strategi untuk menawan Permatang Pauh sekali lagi pimpinan PR terperangkap dengan kelicikan BN memutarkan fakta dengan "membusukkan" KeAdilan bahawa parti ini boneka DAP dengan maksud lain ejen bangsa cina untuk merampas hak Melayu ( ini pandangan Umno ).

Kenyataan ini sebenarnya sangat merbahaya tetapi mujurlah rakyat kini sudah matang
.Mereka tidak mengambil ia sebagai maklumat yang boleh diterima bulat - bulat.
Tetapi saya melihat bagi golongan pengundi atas pagar sedikit sebanyak akan termakan racun perkauman yang disembur oleh UMNO- BN ini.

Cadangan tersebut bukanlah sesuatu yang baharu , sebenarnya ia pernah dicadangkan oleh Mantan Presiden Umno sendiri (Tun Dr Mahathir) menurut sebuah web portal politik.


Secara peribadi saya sendiri kurang setuju dengan ' timing ' isu ini dijawab atau
diberi respon secara spontan kerana kesan daripada kenyataan ini sekali lagi menjadi
" bahan api " bagi UMNO untuk menyerang PR dengan kekuatan media massa yang mereka
miliki.

Kini mereka terus menggunakan isu dan telah mengheret pelajar - pelajar UITM
kejalanan sebagai tanda protes kononnya. untuk rekod UITM adalah antara IPTA sebelum ini paling "sopan" dari pada bentuk protes yang sedemikian.Tetapi apabila ada kepentingan politik Umno maka mereka dipersilakan oleh pihak berkuasa untuk
mengangkat sepanduk ala reformasi dengan pekikan, lolongan hak ketuanan Melayu.


Maklumat terbaru yang saya terima hari ini mereka akan berarak keParlimen dalam masa terdekat ini kononnya sebagai tanda protes.Dan seterusnya di Permatang Pauh pelajar - pelajar ini akan bertindak sebagai petugas BN sedangkan sebelum ini mereka
dilarang terlibat dalam sebarang kempen pilihanraya.

Pengajarannya ialah pemimpin - pemimpin PR sepatutnya jangan terikut - ikut dengan
soalan provokasi wartawan kita bukan sahaja perlu pemimpin yang cerdik tetapi yang
paling cerdik. DSAI berhempas pulas cuba meyakinkan rakyat , bergelut dengan
pelbagai tekanan adalah diharapkan para pemimpin PR cepat lepas mulut.

" kerana pulut santan binasa , kerana mulut pakatan hampir binasa "

Sunday, August 17, 2008

Ceramah Anwar Di Permatang Pasir


Setelah terlibat pelbagai program kerja yang ketat di hari penamaan calon sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh DSAI mengakhiri jadual semalam dengan siri kempennya di Permatang Pasir.Kira-kira 25 Ribu hadirin dari pelbagai pelusuk negara bersemangat memberi sokongan tanpa berbelah bagi.Turut hadir memberikan ceramah adalah YB Lee Boon Chye,YB Saudara Mat Sabu,YB Lim Kit Siang dan di akhiri oleh DSAI sendiri.

Semangat perkauman yang sering diapi-api kan jentera pilihanraya BN berjaya di tangkis oleh penyokong Pakatan Rakyat yang semakin matang.Menurut DSAI jentera Umno melalui Pergerakan Wanita dan Puterinya menjalankan kempen dari rumah ke rumah.Mereka mengarahkan pengundi tidak keluar mengundi atau mengundi hanya calon BN sahaja.Turut menawarkan sejumlah wang bernilai RM 1000 jika menurut adu domba mereka dan memberi salinan kad pengenalan.

Mengenai isu Uitm,DSAI menjelaskan isu itu telah dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan diketika itu semua media dan NC UiTM memuji.Tan Sri Khalid sekadar mencadangkan sahaja.Mat Sabu dalam ceramahnya sebelum itu menyelar Uitm kerana memaksa demontrasi itu kerana sebelum ini pelbagai halangan dari pihak pengurusan universiti tempatan melarang pelajarnya berdemontrasi.Selepas ini bolehlah pelajar Uitm berdemontrasi pasal kenaikan harga minyak pula.

Penyokong Veteran dari Telok Bakong

Bagi Bilik Gerakan Keadilan bagi Negeri Perak yang bertempat di Kampung Pertama,Permatang Pauh suatu mesyuarat khas di adakan kira-kira pukul 5 petang yang di pengerusikan oleh Kapt(B) Hj .Usaili Alias.Pelbagai startegi yang teratur telah di aturkan bagi setiap petugas keadilan negeri Perak bekerjasama dengan Keadilan Permatang Pauh sendiri.

Lanjutan situasi di tempat penamaan calon memang situasi berat sebelah di mana penyokong Pakatan Rakyat jauh melebihi penyokong BN.Ini satu kemenangan moral buat PR!!Terdapat usikan dari penyokong PR dan banyak penyokong BN di boo.Ini adalah situasi biasa apabila dua penyokong berlainan bertemu,seperti penyokong pasukan bolasepak.Media pro BN membesarkan isu ini,padahal maki hamun dari penyokong BN terhadap penyokong PR pun ada.Maklumlah 100 Ribu penyokong PR dan 10 Ribu(tak sampai kot) penyokong BN,mana nak dengar kutukan BN terhadap PR.


Media melaporkan penyokong PR ganas,sekadar usikan sebegitu biasalah,janganlah ke tempat macam ni kalau nak kena puji.Bila penyokong BN ingin memasuki Pusat Penamaan calon petugas Keadilan dan FRU memberi kerjasama walau usikan tetap ada.Boo bukan boleh bawa mati.Semua pemimpin Pakatan Rakyat keluar berjalan kaki dari Pusat Penamaan Calon Tunku Bainun dan bersalam dengan penyokong.Manakala semua Menteri Kabinet keluar menaiki kereta kerana terkejut melihat sambutan luar biasa rakyat malaysia.Ada yang datang dari Labuan,aada datang solo menaiki bas dari Pahang.Semuanya berkorban masa dan wang ringgit sendiri,berbeza dengan Umno yang terpaksa menaja,kalau tidak tak mandang oranglah penyokong BN semalam.

Menurut penduduk tempatan mereka kenal siapa DSAI?Mereka agak marak bila memperkatakan isu sumpah Saifool tentang kes liwatnya yang sekejap paksa dan sekejap sukarela.Apakah nanti pertuduhan tersebut di pinda lagi untuk kali ke 3.Isu ini memakan diri akhirnya.

Sila tonton visual sekitar kisah di Permatang Pauh dan bezakan dengan tahap Khairy Jamaluddin di Ijok,siapa lebih jurang ajar?Penyokong PR sudah berpuashati dengan sambutan semalam?Jangan berpuashati lagi...kerana 26.Ogos 2008 tarikh keramat menanti kita menyaksikan sejarah agung tercipta...DATUK SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6!!!Rakyat dan Pengundi Permatang Pauh Buktikan Anda Layak Bergelar RAKYAT PERMATANG PAUH YANG MERDEKA.ANDA SEMUA MENGUNDI UNTUK 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA!!!UNDILAH PAKATAN RAKYAT MERDEKAKAN RAKYAT.

Saturday, August 16, 2008

Sekitar Penamaan Calon Permatang Pauh





Ini adalah gambaran sekitar penamaan calon Permatang Pauh.Hampir 100 Ribu penyokong PR menguasai arena di Pusat Penamaan Calon Permatang Pauh.Hanya segelintir penyokong BN yang berani di dalam kawasan pagar sahaja.

Kami akan merakam ceramah malam ini.TBO.

Thursday, August 14, 2008

Umno - kokok berderai -derai , kepala dan ekor bergelumang tahi


Oleh : Sang Kelulut
kelulut@telokbakong.com

Tarikh :14.08.2008

Menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26.08.2006 yang melibatkan tokoh paling berpengaruh diMalaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim membuatkan UMNO - BN terus melolong bagaikan disampuk puaka.

Lolongan ' Ketuanan Hak Melayu ' tidak jemu - jemu menjadi pembasah lidah para pencacai dan pemimpin bangkrap idea UMNO . Mereka tidak sedar bahawa dasar merekalah yang meracun secara senyap hak - hak yang sepatutnya dimiliki orang - orang Melayu .Tetapi bila UMNO diambang kemusnahan mereka mencari kambing hitam kononnya Hak Melayu semakin terhakis natijah kerjasama Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DSAI.

Untuk rekod, Umno yang menentang Malayan Union pada tahun 1946 itu bukanlah UMNO yang ada pada hari ini. UMNO 1946 itu adalah gabungan 39 politik dan persatuan - persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura.Kongres Melayu Se Tanah Melayu yang pertama pada 1 - 4 Mac 1946 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Kemudiannya dirasmikan dengan perlembagaannya sekali di Istana Besar , Johor Baharu.

Pada 1948 muncul pula Gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang juga acuan Malayan Union tetapi didalam bentuk yang berlainan. Timbul pula masalah " Jos Soli " yakni memberi kerakyatan kepada semua kaum yang berada di Tanah Melayu ini ditentang habis - habisan oleh orang Melayu .

Dalam hubungan ini , pihak Inggeris bersetuju untuk melaksanakan Jos Soli Terhad ( dengan syarat - syarat ketat). Gagasan Persekutuan Tanah Melayu ini ditentang oleh ramai orang Melayu dan juga parti politik Melayu .

Oleh kerana Inggeris menerima dan mengakui UMNO sebagai wakil orang Melayu maka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini diterima pada 1 Februari 1948.

Adalah diyakini bahawa UMNO ini sendiri adalah benih penjajah yang telah disuburkan melalui kalangan orang Melayu sendiri . Pimpinan ini telah mendapat " ijazah" malahan menyuntik racun pecah dan perintah yang telah begitu lama membius jasad serta fikiran orang Melayu .

Prof Dr Ramlah Adam pernah menulis dalam buku beliau berjudul " Gerakan Radikalisma DI Malaysia 1938 -1960 m/s 412 ".......maka termeterailah Perlembagaan 1957 yang memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu tetapi menghapuskan ketuanan orang Melayu untuk selama - lamanya.Sejak tahun 1948 penerima Jos Soli Terhad tidak pernah diambil berat dan tidak pernah dikaji dan diperketatkan oleh orang melayu ( UMNO).Apabila Suruhanjaya Reid menggubal Perlembagaan Tanah Melayu untuk kemerdekaan , masalah ' kerakyatan' tidak timbul lagi.Inilah yang dimaksudkan oleh Ramlah Adam " Hapus untuk selama - lamanya " .


Kini UMNO dan gerombolan cucu cicit mereka meraung, melolong lagi tentang "ketuanan" .Jenis apakah mereka ini adakah setelah hilang 2/3 majoriti baru tersedar taraf 'tuan" sudah hampir lucut ? . Ketika memenuhi kerusi di parlimen siapakah yang mengkhianati bangsa Melayu?


Bagaimana kedudukan ?


* Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
* Tanah rezab melayu
* Biasiswa kepada pelajar
* Agama Islam sebagai agama rasmi
* Kepentingan tulisan jawi
* Kedudukan Raja - Raja Melayu
* Sistem kehakiman dan perundangan
* Rasuah dan salah guna kuasa
* Singapura terlepas ( zaman siapa memerintah ? )
* Pulau Batu Putih ( baru terlepas)
* yang lain cari sendiri...


Inilah agaknya nilai - nilai ketuanan versi Umno dalam suasana politik Malaysia yang penuh ketidakjujuran namun fakta sejarah tidak pernah berbohong.Cuma terpulang kepada rakyat kalau mahu terus bertuankan UMNO sejarah membuktikan merekalah yang menjual kehormatan Malaysia. Jika mereka terus diberi kuasa bermakna "bius" penjajah masih ada ditangan UMNO .

Wednesday, August 13, 2008

Alahai... Parti Kesayanganku {PAS}


Oleh: Sang kelulut

kelulut@telokbakong.com

Teori Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya semakin hampir jika dilihat kepada mood rakyat serta kenyataan daripada Ketua Umum PKR , Dato Seri Anwar Ibrahim.
Semakin menyakinkan lagi apabila DSAI akan bertanding dalam piliharaya kecil Parlimen Permatang Pauh yang bakal jadi penentu hidup mati persaingan politik Anwar Ibrahim samada mampu untuk terus melangkah ke putrajaya atau pun tidak .

Lantaran keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DSAI kita menyaksikan sokongan yang sangat luar biasa dari kalangan pimpinan politik yang lain serta para pengikut mereka yang pelbagai kaum.

Dari satu sudut gelombang dan karisma PKR tampak disambut baik oleh golongan bukan Melayu tetapi ada pihak yang melihat orang Melayu masih lagi tercari - cari siaran gelombang yang dibawa oleh frekuensi PKR dengan kata lain , orang Melayu masih ragu atau masih belum boleh menerima dengan baik parti alternatif ini .

Untuk rekod kita dapat saksikan PKR telah berjaya menambat hati bukan Melayu dalam masa yang singkat sedangkan Parti Pas yang majoritinya berdarah Melayu masih kurang mendapat sokongan Melayu secara meluas persoalannya dimana silapnya ?

Mungkin pendapat ini tidak benar seratus kerana Kedah ,Perak dan Kelantan dikuasai PAS ...tapi bagaimana Parlimen ? Menurut DSAI acara hijrah beramai - ramai ahli parlimen BN akan berlaku 16 sept 2008 dimana gerombolan bekas BN ini akan menyertai PAKATAN RAKYAT .

Kini timbul pula kerisauan baru kepada PRESIDEN PARTI KU ( PAS ) bimbang sekiranya bukan Islam menguasai majoriti parlimen dan rela meninggalkan Pakatan jika majoriti Islam di Parlimen menjadi minoriti.

Penulis merasa hairan kenapa ketika DSAI dimedan tempur Permatang Pauh kenyataan sebegini kita keluarkan .Bukankah terlebih baik kita tumpukan pilihanraya ini dan apa - apa yang bersifat teknikal kita tunggu selepas 16 sept 2008 ?

Apakah tidak pernah dibincangkan selama ini ketika bersama merangka strategi PAKATAN tentang risiko PR dan BN terhadap ISLAM ?

Apakah PAS gagal menarik perhatian Ahli parlimen Umno ? sebaliknya Anwar begitu yakin mengatakan bahawa akan ada penghijrahan . Apakah baru kini kita (Pas) merasa tersepit ? Sepatutnya sebelum kita memutuskan untuk bersama PAKATAN natijah inilah yang paling aula di ambil kira.

Peluang besar inilah yang ditunggu - tunggu oleh UMNO - BN untuk dijadikan " bahan bakar" jentera pilihanraya mereka . Dunia mahu melihat Permatang Pauh akan menjadi medan 'perkuburan UMNO - BN atau barzakh PAKATAN RAKYAT !

Tapi mungkinkah kita yang sedang menggali kubur kita sendiri ?

Monday, August 11, 2008

Dari Telok Bakong Ke Permatang Pauh

Pengumunan penting buat penduduk Telok Bakong.Satu buah bas yang di taja Kapt(B) Hj Usaili Alias Ketua Bahagian PKR Parit telah di sediakan.Kuota untuk penduduk Telok Bakong adalah 20 orang dan Bota adalah 20 orang.Setakat ini 10 kuota sahaja lagi yang tinggal untuk penduduk Telok Bakong.Di jangka akan bertolak pada pukul 12.00 malam pada 15.8.2008.
Untuk tempahan sila hubungi En.Tuah 019- 474 2580.Siapa cepat dia dapat,kalau lambat dia melompat!!Di khabarkan juga konvoi kereta dari kampung ini turut menyertai misi ke Permatang Pauh.

Bagi aturcara kakitangan Telok Bakong Online adalah seperti dibawah:

5.00 am - Bertolak

7.30 am - Di jangka sampai ke Permatang Pauh dan sarapan.

8.30 am - Ke Pusat Penamaan calon dan melaporkan berita terkini.

12.00 pm - Lawatan ke Bilik Gerakkan dan penyerahan poster kempen.Bergambar di kediaman ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ceruk Tuk Kun.

4.00 pm - Menaiki jambatan untuk menjamu selera Mee udang Salwa di Gertak Sanggul.

6.00 pm - Tapao Shareef Nasi Kandar hehe.(sampai rumah tergebe nyepe)

Bagi yang naik bas dan semua rakyat Perak di pelawe untuk seisi bergambar dan video bersama rakan TBO untuk di muatkan ke dalam website TBO.Semoga kita selamat pergi dan kembali dan datang lagi untuk Hari Pengadilan(Judgement Day) pada 26 Ogos kelak.REFORMASI!!!

"Selamat Datang Ke Putrajaya Perdana Menteri Ke 6 Datuk Seri Anwar Ibrahim"
dari Telok Bakong Online

Telok Bakong:Pemilihan Peringkat Cawangan Gempar!!


Hujung minggu lepas berlangsung pemilihan ketua kampung JKKP atau lebih tepat lagi Tok Sidang Umno.Di Kampung Paloh Tok Sidang Jakpo telah 'mengekalkan jawatan' tanpa tandingan.Maka dengan ini terdapat 2 Tok Sidang di kampung ini setelah Tok Sidang dari Keadilan Saudara Li Lop terlebih dahulu dilantik setelah menang tanpa bertanding juga dalam pilihanraya pemilihan ketua kampung yang lalu.Ketika pemilihan itu wakil dari Umno tidak masuk bertanding.

Beralih pula di Telok Bakong Tengah.Tok Sidang Alin di cabar oleh Cikgu Bahari dan akhirnya Tok Sidang Alin berjaya mengekalkan jawatannya.Tok Sidang Bakar dari Pas juga mengalas tugas yang sama.Manakala di Padang Marhum Saudara Nikmat telah dicabar oleh Saudara Arqam.Terdapat rundingan peringkat awal untuk megelakkan pertandingan dan akhirnya Saudara Arqam menarik diri.

Terdapat isu-isu yang agak panas semasa pemilihan Umno di kampung ini.Seorang hamba Allah tidak berpuas hati setelah tewas dalam perebutan jawatan yang ditandinginya dan mengugut akan menyertai Pakatan Rakyat.Manakala seorang calon wanita yang dijangka menang tanpa bertanding di kejutkan di hari pertandingan apabila terdapat calon akan menentangnya.Kaedah undian adalah nama calon dibawah di undi dulu.Biasalah orang perempuan deme gemor je ngangkat tangan,bila masa ngundi tu yang mula nama naik banyaklah ngundi.Maka calon utama wanita ini mendapat sokongan minoriti setelah kebanyakkannya sudah tak boleh mengundi lahi.Hahahaha.Lawak kome.

Di peringkat pencalonan Ketua Bahagian Parit,Datuk Zain setakat ini mendahuli 46 - 20 mengatasi Datuk Nasaruddin Hashim.Barang harus di ingat ini hanya lah pencalonan,pengundian nanti macam-macam boleh terjadi.Kita tengok sajalah pemilihan mereka ini,sekadar melaporkan pasal Telok Bakong Online orang Umno pun ada juga nengok.Website deme udah lama benor tak berupdate.

Tapi....jangan lupa 16 September 2008,kalau Anwar Ibrahim menjadi PM apa kan jadi pada Tok Sidang Umno ini.Takkan masih di kekalkan,mustahilkan?.Jangan orang Umno marah pulak,ini bukan serangan peribadi,sekadar makluman sahaja.Sebelum terlambat baiklah mari menyertai kami di Pakatan Rakyat,dengan tangan terbuka kami mengalu-alukan kehadiran saudara.Kita memang bersaudara....

Friday, August 8, 2008

Ceramah PKR di Dewan Sg.Tapah Manjoi : Shamsul Iskandar dan Ustaz Zulkifli Ibrahim

Oleh :KTB
Pengerusi Saudara Shamsul PKR Tambun
Saudara Faizal Naib AMK Perak@Ketua AMK Parit

Dari kiri Saudara Anuar Ketua AMK Perak,Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar dan Pengerusi PKR Negeri Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim

Malam tadi berlangsung satu ceramah anjuran PKR Tambun di Dewan Sg.Tapah Manjoi yang di pengerusikan oleh Saudara Shamsul.

Penceramah yang di jemput adalah Saudara Faizal Timbalan AMK Perak,Saudara Anuar Ketua AMK Perak,Pengerusi PKR Negeri Perak Ustaz Zulkifli Ibrahim dan Ketua AMK Malaysia Saudara Shamsul Iskandar.

Isu yang dibangkitkan adalah mengenai perkembangan terkini mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pendakwaan kes liwat di mahkamah.Pelbagai keanehan muncul dalam seisi mahkamah.Tuduhan awal adalah kes liwat tanpa kerelaan di pinda ke persetubuhan luar tabie suka sama suka.Jangan kita berasa hairan jikalau kelak akan ada perubahan lagi.Ini jelas terdapat konspirasi peringkat tertinggi sedang bertungkus lumus merencanakan misi menghalang kemaraan DSAI.Manusia yang waras fikirannya sudah pasti terdetik dihatinya mengapa suasana kes liwat 2 ini begitu bercelaru.

Bukti semakin hari semakin banyak muncul secara langsung dan tidak langsung.Pihak kerajaan Amerika melalui dutanya sedang memerhati dengan rapat Malaysia menjalankan undang-undang dalam kes liwat ini.Ini bukan bermakna DSAI agen Amerika seperti sering di permainkan oleh media.

Kerajaan pimpinan Dolah semakin tertekan dari segenap penjuru.Kalau di Jepun baru ada laporan rasuah ke atas menteri sudah pasti akan meletak jawatan secepat mungkin.Diharap BPR mempercepatkan siasatan ke atas Dolah dan Najib sepantas PDRM dan Jabatan Peguam Negara mendakwa DSAI.Semua mata tertumpu kepada kelakuan PDRM,Peguam Negara dan Kerajaan BN.

Sudah terang lagi bersuluh permainan kotor mereka yang mudah dibaca.Kalau dihati kita terdetik sekelumit rasa ragu-ragu di atas pendakwaan DSAI,maka kita harus yakin ia adalah konspirasi yang menjijikkan.Penyokong BN harus menerima dengan hati terbuka bahawa UMNO dan parti komponennya sudah tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.Malu kita apabila anak cucu kita kelak tahu kita penyokong parti yang sering berminat dengan aktiviti seks sahaja.Luar tabie pulak tu.

Krisis dalaman yang meruncing dengan politik wang yang paling teruk dalam sejarah pemilihan Umno.Ini baru setakat pemilihan cawangan dah tobang kerusi meja,bergaduh macam samseng.Kalau peringkat bahagian dan pemilihan agung kelak mau agaknya deme pakai bom dan mortar roket.Mari kita bagi orang Umno codek sikit.Berabih duit untuk pemilihan Umno untuk apa?Kalau menang sekalipun nak pergi mana,menang PRU 12 dulu pun takleh buat apa(terutama 5 negeri le).Duit udah tobang nak cover balik exco pun idak.Mana nak kobek duit.Mangko sudahnya.

Abih apa nak buat?Mai teman kabokan,masuk Keadilan atau Pas atau DAP mane kome berkenan.Duit yuran RM 2.00 jer.Tak keme bulo masuk Pakatan Rakyat,Hidup Keme Demi Umno,Demi Ketuanan Melayu,tak ade umno tak ade melayu,kome tak merase zaman jepun,keme udah pueh susah dulu.Kalu inilah alasan yang di berikan rentikan ler.Udah tak sape bulor dengo alasan ini lagi.Buang ke tebin jer alasan ni.

Rakyat secara keseluruhan tanpa mengira kaum sudah lama menderita.Orang Umno,Keadilan,Pas,MCA,MIC dan macam - macam parti ler semuanya terkena tempias kerosakan ekonomi di sebabkan pemerintah yang tak reti bahasa keperitan rakyat.Ingat orang Umno beli minyak,gula,ikan .beras,lampin dan lain keperluan asasi tu dapat diskaun ker.Undi lagi ahli parlimen kome(BN) yang nyokong rege minyak naik.Udah kome undi kome kene bayor minyak lebih dan semua barang naik.Auwmak codek benor ler kome kalau nyokong lagi BN tu.Kesian nengok orang Umno yang di bawah ni,kome tu ramai yang baik orangnya,kome setia,jujur pada perjuangan asal UMNO.Tapi masalahnya kome tu di pergunakan oleh pemimpin atasan untuk kepentingan peribadi.Jangan kome marah kata-kata teman,malam kang nak meroloh tu letak tangan atas dahi tu,renungkan seminit dua,benor tak apa teman stori kat kome ni.Lu fikirlah sendiri bak kata Nabil.

Kalau udah pikior isi borang Pakatan Rakyat.Lepas tu siap-siap ler kita nyongket ke Permatang Pauh,bawak bundut baju untuk nolong kempen bakal Perdana Menteri ke 6 kita.Tak nak juga?Moh ler kita pergi,bila DSAI PM nanti bungkus ler Umno tu,jangan ler kome ngecek diri sendiri,teman tahu kome pun suke DSAI jadi PM.Kome pun tak percaye kes liwat ni.Usah bedaah ler ,hati kome tu ngombok-ngombok nyokong DSAI,tapi tertahan-tahan malu ngan keme penyokong PR.Keme penyokong PR lagi suka kome turut serta,lagi ramai lagi meriah.Ingat 16 Sept kita meraikan hari kelahiran Malaysia Baru!!

Thursday, August 7, 2008

Dr Osman tetap dengan laporannya


Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

saiful bukhari pusrawi hospitalDr Mohamed Osman yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur, sebelum membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman. Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada pihak media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara sebut.

Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Saiful.

Linkwithin