Tuesday, July 1, 2008

Anwar Bakal Membuat 'Roadshow' Seluruh Negara!!




DS Anwar akan mengadakan 'roadshow, seluruh negara bagi menjelaskan isu-isu terkini berkenaan konspirasi liwat ke atas beliau.Pengumunan tersebut dibuat ketika rapat umum di Stadium Melawati sebentar tadi.Semua jentera BN telah di kerahkan menghentam DS Anwar.Satu kenyataan lawak PM mengenai tahap profesional yang tinggi KPN Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Ghani Patail.Melayu mudah lupa,mereka berdualah individu yang berperanan ketika kes liwat 1998.

Kerjasama DSAI dibalas dengan perbuatan mengaibkan,logikkah DSAI menaruh keyakinan terhadap dua institusi ini.Berikutan pengalaman silam maka laporan polis sudah dibuat dan mari kita saksikan adakah sepantas pihak polis menyiasat kes liwat terbaru ini.Buktikanlah tahap profesional PDRM menyiasat boss mereka serta Peguam Negara seperti dikata PM kita.Saksikanlah episod yang bakal menjadi lawak jenaka yang di saksikan seluruh dunia...Malu Malaysia!!

Monday, June 30, 2008

Ketuanan Rakyat di Stadium Perak!!


Ketuanan Rakyat

Doa TG Nik Aziz untuk DSAI dan Rakyat

Dari Kiri:Tuan Hj Ahmad Awang,TG Nik Aziz dan Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin MB Perak.


Walau DS Anwar Ibrahim tidak dapat hadir ke Stadium Perak malam tadi atas isu keselamatan kehadiran amat membangga dengan ceramah di mulai oleh wakil DAP Pusat ,MB Perak,Saifuddin Nasution dan diakhiri TG Nik Aziz.

Hujan renyai renyai tidak menghalang hadirin berganjak mendengar penerangan pimpinan utama Pakatan Rakyat tentang isu-isu terkini.Kepuasan terpancar di wajah rakyat dan isu menarik perhatian adalah perkembangan terkini DSAI yang di sampaikan oleh Pengarah Strategi PKR Saudara Saifuddin Nasution.Pihak pimpinan Pakatan Rakyat telah bermesyuarat keutamaan masa kini adalah keselamatan Ketua Umum PKR harus di utamakan.

Kemungkinan media pro BN akan memainkan isu Anwar lari menyembunyikan diri dan koleksi laporan polis akan menyusul berserta saksi saksi palsu.Rakyat seharusnya menyedari ini adalah ulang tayang skrip lama dan jangan mudah terpedaya dengan perancangan keji UMNO ini.Ini usaha terakhir mereka menyekat Anwar dari ke Putrajaya.

Cara modus operandinya sama saja seperti sejarah 1998.Tangkap orang terdekat Anwar,paksa mengaku dan membuat laporan polis dan sepantas kilat mereka akan menyiasat.Perancangan Allah mengatasi perancangan manusia,sesungguhnya Babi Negara tidak belajar dari kesilapan lalu.

Rakyat Malaysia Allah sedang menguji kita demi kejayaan yang semakin hampir.Bersatu kita di bawah Pakatan Rakyat dalam setiap dugaan yang mendatang.Amin.

Sunday, June 29, 2008

Najib Punya Angkara Anwar Di Tuduh Liwat??

Bergambar dengan Khairil Annas Jusoh (Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak)


Tindakan golongan 'desperate' UMNO dalam tindakan terbaru mungkin memakan tuan .Terbaru Anwar telah si sembunyikan di Kedutaan Turki atas keselamatan beliau.Ulangan skrip lama di dendangkan iaitu pertuduhan liwat lagi.Bangkrap idea orang UMNO.Memualkan dan jijik melihat sekali lagi adegan seperti ini.

Isu dakwaan liwat kononnya dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap usaha terancang pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam masa terdekat ini.

Kenapa kerap kena main jubur baru tetiba nak report ? Mungkin syok kena dijubur selama ini baru tersedar kot ? Tak lojik kan, kan ?Lu Fikirlah sendiri...Bodoh Punya UMNO!!!BARISAN BABI NEGARA suka benor jubor2 ni....!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 24, 2008

Ceramah Mat Sabu Di Mini Stadium Manjoi


Pada 23.6.2008 Ceramah Mat Sabu telah diadakan di Mini Stadium Manjoi.Turut serta ialah Saudara Mustapha Kamil Ayob.Jumlah hadirin sekitar 3000 orang walaupun keadaan padang basah hujan lewat petang tersebut.Pada 29 Jun nanti ramai-ramai kita ke Stadium Perak menunjukkan sokongan rakyat Perak kepada Kerajaan PR!!.Kita nafikan segala tomahan propaganda media pro BN.Mereka dalam keadaan dilema jadi diharapkan sokongan kita nanti akan menarik mereka bersama kita dalam Pakatan Rakyat.

Visual boleh di tonton di TVTB dalam masa terdekat

Sunday, June 22, 2008

Semalam Yang Hangat Mel Wings


Masih ingat kah anda lagi lagu Lena Diulit Itan dan Semalam Yang Hangat yang dipopularkan oleh kumpulan Rock Wings?.Album Orang Asing tersebut telah dinyanyikan oleh Mel yang mengambilalih peranan Awie sebagai vokalis.Namun,Mel cuma sempat membikin satu album sahaja sebelum menghilangkan diri dari persada seni muzik tanah air.Tetapi peluang untuk mendengar kembali kelunakan dan kemerduan suara Mel didalam bentuk nasyid akan terbuka luas didalam Expo Produk Halal Peringkat Daerah Perak Tengah yang akan diadakan mulai 27 hb Jun hingga 29 hb Jun 2008 di Dataran Iskandar(Sidec).Expo ini adalah untuk promo jualan rumah banglo dengan kolam mandi mini,Semi D dan rumah teres yang di bina oleh Sidec. Anda tentu akan berasa hangat malam itu apabila menyaksikan persembahan hebat Mel Wings ini.Datanglah beramai-ramai untuk mengisi keperluan nurani anda. Berikut adalah senarai aturcara expo berkenaan.

Persembahan Nasyid

Tarikh : 27 hb Jun 2008
Masa : 9.00 malam
Oleh : Mel (ex- Wings )
Kumpulan Nasyid Nur Ikhwan

Forum Ehwal Islam

Tarikh: 28 hb Jun 2008
Masa : 9.00 malam
Oleh : Dr Mohd Anuar Arsyad (USM)
: Dr Puan Rohaya Datuk Mohammad
: Ustaz Tasmidin Mohd Amin
: Ustaz Ismail Mohd Nor ..emm macam nak kenal jer??

Persembahan Nasyid

Tarikh: 29 hb Jun 2008
Masa : 9.00 malam
Oleh : Nasyid Al-Haura’

Bercerita tentang nasyid,suatu rancangan berbentuk pertandingan nasyid iaitu Akademi Nasyid akan diterbitkan oleh TV9,bermula dari 21 hb Jun ini setiap Sabtu,8.30 malam.Pengetua untuk rancangan ini ialah saudara Asri Ibrahim Rabbani,dibantu oleh Yassin Sulaiman sebagai tenaga pengajar dan penasihat.Pengelola rancangan oleh Hafiz Hamidon.Hadiah hadiah lumayan ditawarkan termasuk wang tunai RM 100,000,kontrak album,pakej Umrah dan lain-lain.-Msinc

p.s KTB,kita tukor aliran kot?...he..he..
TBO belum memutuskan samada ada nak buat liputan atau tidak..

Friday, June 20, 2008

Bantuan Rakyat Di Dewan Orang Ramai Bota Kanan

Esok akan diadakan pakej bantuan kepada golongan miskin tegar di Dewan Orang Ramai Bota Kanan.Pakej yang meliputi beras,minyak masak gula serta wang tunai RM 100.

Walaupun jumlahnya tidak seberapa ini menunjukkan tanda ke prihatinan kerajaan Pakatan Rakyat.Bukan niat untuk bermegah - megah cuma memberi bantuan sekadar termampu.5000 rakyat seluruh Perak telah di kenal pasti untuk meneriama bantuan ini tanpa mengira fahaman politik mereka.

Kepimpanan Pakatan Rakyat akan turut memeriahkan majlis dan semua rakyat di jemput hadir.

Monday, June 16, 2008

Anwar Ibrahim di Konvesyen AMK Perak






15hb Jun 2008{TBO} Di bangunan PTTC Ipoh semalam telah berlangsung Konvesyen Angkatan Muda Keadilan Perak dalam usaha memperkuat lagi jentera sayap kanan parti.Seramai 220 peserta dari pelusuk negeri Perak telah hadir untuk mendengar amanat penting dari Ketua Umum Parti Keadilan Perak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir adalah Ketua Angkatan Muda Malaysia Saudara Samsul Iskandar ,Ketua AMK Perak Saudara Anuar,Timbalan AMK Perak Saudara Faizal Effendi serta Ketua Bahagian AMK Daerah.Konvesyen bermula dari jam 8 pagi hingga ke jam 6.30 petang.

Antara amanat penting DSAI adalah agar AMK menyiapkan diri dengan ilmu dan berusaha menambah ahli parti di bahagian masing masing dari masa ke semasa.AMK juga berperanan mengadakan kaunter khidmat masyarakat di bahagian masing - masing untuk mendengar permasalahan rakyat akar umbi.

Wednesday, June 11, 2008

Khalifah Umar bin Abdul Aziz (99-101 H\717-720 M)

Khalifah Umar bin Abdul Aziz (99-101 H\717-720 M)

Dilahirkan di Hulwan,Mesir dengan nama sebenar Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan.Ibunya ialah Laila binti Asim bin Umar al-Khattab.Umar Abd Aziz adalah seorang berpengetahuan tinggi dan arif tentang perundangan Islam dan pernah berguru dengan Imam Malek bin Anas dan lain-lain ulama.Keilmuaan dan ketaqwaannya kepada Allah, mempengaruhi corak pemerintahannya yang penuh dengan keadilan,keamanan,memelihara kesejahteraan rakyat dan kemurnian Islam.Sebelum menjadi Gabenor,beliau dikatakan mempunyai kehidupan yang mewah,tetapi selepas menjadi gabenor,beliau terus meninggalkan kehidupannya yang mewah itu.Sebelum beliau dilantik menjadi Khalifah,keadaan Negara Islam adalah didalam kekacauan.Banyak kezaliman dan penindasan berlaku.Kebajikan rakyat terabai.manakala pembesar-pembesar dan pemerintah berlumba-lumba mengambil kesempatan mengejar kekayaan duniawi sehingga menyimpang daripada syariat Islam.
Setelah beliau dilantik menjadi Khalifah,langkah pertamanya ialah membersihkan diri dan keluarganya dari kehidupan mewah.Harta benda yang tidak diwarisi secara yang wajar dikembalikan kepada yang berhak ataupaun Baitulmal.Beliau juga mengarahkan keluarga Bani Umaiyah melakukan pembersihan keatas diri dan harta benda.Semua gabenor diperintahkan supaya mengistiharkan harta masing masing.Manakala keistimewaan-keistimewaan yang diperoleh oleh khalifah terdahulu,dimansuhkan sekiranya dianggap membazir seperti kenderaan Khalifah.Beliau mengunakan kenderaan sendiri untuk urusan kerajaan.Perabot dan perhiasan mewah khas untuk pejabat khalifah dijual dan wangnya dimasukkan kedalam Baitulmal,kerana perkara ini tidak ujud didalam pentadbiran Khulafa ar Rasyidin.Demikianlah sikap Umar ibnu Aziz yang mengutamakan kekayaan Baitulmal,kerana dari situlah negara dapat dibangunkan dengan adil dan saksama untuk menjaga kebajikan masyarakat tanpa menira kaum,bangsa dan agama walaupun dirinya amat sederhana.Dikabarkan bahawa sebelum menjadi khalifah,Umar ibnu Aziz ini berbadan gempal.Tetapi selepas menjadi khalifah,berat badannya susut akibat mengamalkan hidup secara sederhana.
Pembaharuan untuk Negara turut dilakukan oleh Umar ibnu Aziz.Sistem cukai telah dirombak,dan diselaraskan kembali seperti zaman Khulafa ar Rasyidin.mengemaskini sistem cukai yang lebih adil dan saksama.cukai-cukai yang diturunkan adalah seperti cukai keatas orang Yahudi dan Nasrani,cukai tanah,cukai tanaman dan cukai pajak tahunan.Tindakan beliau melakukan pengurangan cukai ini mendapat bantahan dari pegawainya dengan alasan boleh menjejaskan pendapatan Negara.Umar ibnu Aziz menjawab,bahawa Allah melantik Nabi untuk menunjukkan jalan yang benar,bukan untuk mengutip cukai.Begitu jugalah peranan seorang Khalifah.Tugas sebenarnya sebagai pemimpin orang Islam ialah memimpin rakyat mencapai ketaqwaan dan keredhaan Allah.Beliau juga telah melakukan pembersihan dalam pentadbiran.Mana mana pegawai yang menyimpang dari landasan Allah akan dipecat serta dikenakan hukuman.Hakim-hakim juga dilantik dari kalangan mereka-mereka yang berwibawa dan adil dan diletakkan kepada kedudukan terhormat.Dengan wujudnya sistem kehakiman yang adil dan telus ini membantu jentera pentadbiran dijalankan dengan lebih efisien mengikut landasan Islam.
Apa relevannya keadaan sebelum dan semasa pemerintahan Khalifah Umar ibnu Aziz ini jika dikaitkan dengan pemerintahan kerajaan Pusat dan Kerajaan-kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat?Sama-samalah kita fikirkan.Contoh-contoh yang baik dan buruk sudah terbentang didepan mata anda.Perlukah pemimpin kita mencontohi Khalifah Umar ibnu Aziz.Malu kita sebagai seorang Islam, dimana orang bukan Islam telah mendahului pemimpin-pemimpin lain untuk mencontohi Umar ibnu Aziz ini.(Dulu ada le juge sorang pemimpin tu nak contohi Iman Shafie..tapi tido je kojenye…macamana?..kalau tido je buleh jadi pemimpin,aku pun buleeh,aku lagi kuat tido daripade dia..)Malah ada kalangan pemimpin yang berani menidakkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat seperti penurunan cukai,yang mana tindakan tersebut telah terbukti berjaya membaiki taraf hidup rakyat sewaktu pemerintahan Umar ibnu Aziz.Perlukah atau relevankah perlantikkan hakim-hakim yang berwibawa dan adil dalam sistem Perundangan Negara.Atau relevan kah pemimpin-pemimpin yang mengambil kesempatan mengejar kemewahan dan kekayaan dunia untuk kepentingan diri sendiri dilantik sebagai pemimpin di negara bertuah ini.Adakah dasar-dasar pentadbiran yang begitu membazir perlu diteruskan serta diperhebatkan.Tanya diri sendiri,Jawab sendiri.Kalau tak pasti…susah le..gi tanye We Desan..dia pandai nyawapnyer.

Tuesday, June 10, 2008

Konsert Amal “Live “ bersama Akhil Hayy

Konsert Amal “Live “ bersama Akhil Hayy sempena Sambutan Hari Ibu di Stadium Bakri Rais Bota Kanan telah berjaya dilangsungkan dengan penuh gilang gemilang.Konsert Amal berkenaan adalah lanjutan sambutan Hari Ibu yang telah dijayakan pada pagi hari tadi dengan penganugerahan Ibu Mithali. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Perak iaitu Datin Seri Hajjah Fatimah bt Taat.Konsert Ustaz Akhil ini telah bermula pada pukul 30 malam.Seramai kira-kira 3 ribu orang yang terdiri daripada perbagai lapisan masyarakat telah menyerbu Stadium Bakri Rais.Bayaran tiket sebanyak RM 10 nampaknya tidak menjadi batu penghalang untuk mereka menyaksikan sendiri Ustaz Akhil Hayy beraksi secara langsung.
Didalam konsert berkenaan Akhil Hayy telah menampilkan suatu persembahan yang cukup menarik dan persembahan vokal yang sangat mantap.Persembahan nyanyian menjadi bertambah menarik dengan diselangselikan dengan ceramah dan temubual dengan penonton.Akhil Hayy berjaya memikat hati penonton dengan kata-kata nasihat,gurauan serta kebolehannya bertutur loghat Perak.Dengan kebolehan yang berjaya digabungkannya secara padu,maka Akhil Hayy dapatlah dikatakan sebagai seorang penghibur yang mempunyai okjektif dan misi yang kukuh didalam pembentukan dan penambahbaikan terhadap sosio-budaya kaum remaja dan masyarakat keseluruhannya telah meletakkan beliau kesatu tahap, mendahului penghibur-penghibur yang lain.
Antara lagu-lagu yang disampaikan oleh beliau ialah Anak Durhaka (Kump. El Suraya Medan),Berita Dari Kawan,Ikhlas,Seroja,Dibawah Satu Cahaya dan lain-lain lagi.Sistem audio yang baik serta sistem lampuan telah diatur dan diselaraskan oleh pakar-pakar dari kumpulan khas yang dibentuk sendiri oleh Ahkil Hayy telah berjaya menyemarakkan lagi majlis tersebut.Sistem asap yang digunakan telah berjaya mencorakan lagi konsert tersebut.Disebabkan oleh adanya ceramah,cabutan tiket bertuah serta acara-acara lain menyebabkan konsert ini adalah suatu konsert yang dianggap paling menarik yang pernah dianjurkan di daerah Perak Tengah ini.
Konsert diakhiri dengan lagu Ikhlas,dan kemudiannya Ustaz Akhil Hayy mengucapkan ribuan perhargaan kepada semua pihak-pihak yang banyak membantu menjayakan majlis tersebut,terutamanya pihak penganjur En Mior dan Jabatan Kerja Raya Daerah Perak Tengah.Kemudian sessi bergambar bersama peminat telah dijalankan.Semasa sessi ini,peminat-peminat dapat berbual dengan Ustaz Ahkil secara mesra.Penulis sempat juga berbual kisah-kisah lama dengan beliau.Walaupun konsert ini berlangsung selama kira-kira 2 jam,namun masih ada perasaan tidak puas,dan diharapkan pada masa-masa akan datang,akan ada pihak-pihak tertentu akan menjemput Ustaz Akhil Hayy.Kepada sesiapa yang tidak hadir,ini adalah suatu kerugian dan untuk melihat Akhil Hayy beraksi kembali di Bota,mungkin akan mengambil masa yang panjang.Konsert ini merupakan kenangan yang tidak boleh dilupakan,tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit dan menjadi ingatan sepanjang kehidupan.

Monday, June 9, 2008

BBQ Telok Bakong Online:Mempone ...Nyelere...Nyandor!!!






Pada malam minggu lepas (7.6.2008) pihak Telok Bakong Online telah mengadakan jamuan kecil BBQ untuk chatters TBO serta beberapa sahabat handai dari kampung ini.Suasana sillaturahim dapat diwujudkan disamping acara yang agak santai.Lokasi yang di tetapkan adalah Padang Koba bersebelahan Sungai Perak.

Menu utama adalah daging segar panggang dan ikan patin panggang berserta nasi lemak.Resipi rahsia Chef We Lop Bek untuk menu terbabit amat menyelerakan hadirin.Ramai memuji 'tak ponah keme jumpe sedapnye daging ropeni'.Majlis tazkirah turut di selitkan oleh Wer Lop Bek yang agak meinggalkan kesan kepada hadirin.Turut serta We Dasan yang kebetulan bercuti ketika ini di kampung.

Pihak TBO mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan hadirin yang turut serta.Insyallah pada hariraya ke 3 kita akan membuat lagi sekali sempena sambutan Ailfitri.

Linkwithin