Wednesday, June 4, 2008

RM 2.70 jer


Harga minyak naik lagi.Inilah hadiah dari Kerajaan BN untuk semua pengundi pengundi setianya dan bukan pengundi pengundinya.Kita harus menyokong tindakkan kerajaan ini kerana salah kita tidak memberi sepenuhnya undian kita 8 Mac yang lalu.Berlaku percanggahan keputusan antara PM dan Menteri KPDNHEP. Datok Shahrir kata minyak naik bulan Ogos tapi PM kata esok harga minyak dinaikkan.Dah tak sabar nak tengok rakyat menderita.Padan muka kita.

Takrif elektrik dan gas LPG yang akan naik turut menyumbang kenaikan kos barang keperluan asasi.DSAI cepatlah ambil alih ,sanggupkah melihat rakyat marhaen terus dihimpit pelbagai koleksi masalah.Tak perlu sampai September dah.Ambil alih segera.Rombak balik dasar yang menjahanamkan rakyat.Pakatan Rakyat harus bertindak segera.Perlukah tunjuk perasaan mendesak Anwar Ibrahim bertindak segera?

Friday, May 30, 2008

MAT EZAM BUKAN PENGKHIANAT





Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.

Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.

Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.

Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka mengikut kitab Al-Fikarabun , kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan - tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah. Inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

Di luar gerombolan ini ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun.

Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

Saya juga meminta semua fitnah dan tohmah tentang Mat Ezam di hentikan serta-merta. Cerita tentang Mat Ezam datang membantu Mat Dolah memang betul. Tetapi kini telah wujud analisa politik cekai yang berunsur fitnah tersebar. Rasa saya konco-konco Mat Najib yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini. Konco-konco Mat Najib menganggap Mat Ezam datang kerana arahan bos lamanya untuk membantu Mat Dolah. Ini fitnah. Mereka kurang arif dengan tujuan suci Mat Ezam.

Saya juga di fahamkan bahawa Rafidah cukup gembira dengan kedatangan Mat Ezam. Saya dengar kenduri talkin akan diadakan di Kuala Kangsar, kawasan parlimen Rafidah untuk menyambut Mat Ezam. Dari apa yang saya difahamkan Mat Ezam telah menelefon Rafidah. Dengan manja sekali Mat Ezam telah bersedia untuk menghadiahkan sebuah kotak harta karun yang ada pada Mat Ezam. Saya dengar khabar kotak ini ada menyimpan kasut Rafidah yang patah ketika Rafidah berlari-lari untuk mencium punggung Mahathir ketika Mahathir menangis dahulu.

Satu kotak lagi akan dihadiahkan kepada Nazri Aziz. Saya dengar khabar kotak untuk Nazri ini bersisi lesen-lesen teksi. Sebuah lagi kotak untuk Noh Omar yang penuh dengan surat pajak. Lesen-lesen teksi dan surat-surat pajak ini telah dikumpulkan oleh Mat Ezam ketika dia menyamar sebagai pegawai pencegah rasuah pada satu ketika dahulu.

Saya sedar memang ramai orang tidak mengetahui bahawa ketika Mat Ezam menyamar macam Inspektor Jacques Clouseau dulu dia telah melakukan satu yang amat tragik. Biar saya nyatakan di sini satu rahsia yang begitu lama saya simpan. Menurut Mat Ezam tiga lagi kotak yang dicari-cari oleh pihak polis itu dipenuhi dengan gambar-gambar dan video rakaman Altantuya yang sedang bershopping dengan Dotty di Paris.

Dari mulut Mat Ezam sendiri saya telah di beritahu bahawa video ini telah di rakamkan oleh KGB. Bagaimana pita ini sampai ke tangan Mat Ezam saya juga kurang arif. Apa tujuan KGB memberikan pita rakaman dan gambar-gambar Altantuya di Paris wallah hu alam bisawwab - hanya Lingam sahaja yang maha mengetahui. Apa hubungan Mat Ezam dengan KGB ini saya pun tidak pasti. Tapi menurut Mat Ezam ada seorang pengendali laman web yang telah membuat salinan video ini untuk ‘safe keeping’.

Saya cukup bengang dengan Minah sepupu Mat Najib yang ingin bertanyakan tiga soalan untuk Mat Ezam. Siapa Minah ini? Apakah locus pocus Minah ini untuk menyoal Mat Ezam. Ini mesti atas arahan sepupunya. Saya yakin Mat Ezam pasti akan bertanya kembali kepada Minah ini nanti – wahai Minah, mana dia laporan kewangan Sukom yang sampai hari ini belum di audit? Pasti menggigil bra Minah ini nanti bila Mat Ezam mula menyoal. Jangan play play, ini Mat Ezam. Dia bukan Kancil dia Wira.

Saya paling menyampah melihat sikap Angkatan Muda Keadilan yang menjadikan Mat Ezam ini seperti selipar buruk. Sudah dipakai ditinggalkan. Ini betul-betul kurang hormat. Minah di Lorong Haji Taib pun kalau sudah pakai kena bayar. Angkatan Muda Keadilan telah murtad terhadap ketua mereka.

Sepatutnya Mat Ezam yang begitu gah dan berpengaruh pasti ada beratus-ratus ahli Angkatan Muda yang akan berduyun-duyun mengikut buntut Mat Ezam. Tetapi ini tidak berlaku. Angkatan Muda Keadilan telah menghina Mat Ezam sama seperti gerombolan United Malays National Organisation menghina Tun Dr. Mahathir bekas Presiden mereka yang keluar dari gerombolan. Mat Ezam terkonteng-konteng dengan empat lima Pak Pacak ketika membuat sidang akbar. Kenapa Mat Ezam seekor Wira dikulupkan. Apa punya turrr Angkatan Muda Keadilan ini.

Ada satu perkara yang amat-amat memilukan hati saya apabila Mat Ezam masuk ke dalam gerombolan United Malays National Organisation ini. Saya tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada kawan baik saya si Lokman Adam yang bersama-sama di Kamunting dahulu. Lokman selalu ke hulu ke hilir berceramah dan buka cerita tentang strategi perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Ini modal cari makan Lokman Adam.

Apabila Mat Ezam memasuki gerombolan United Malays National Organisation ke mana agaknya Lokman Adam nak cari makan kerana Mat Ezam juga akan ke hulu ke hilir dengan modal yang sama. Mat Ezam seharusnya bersimpati dengan sahabat lamanya Lokman Adam. Saya berharap mereka akan berkongsi kembali cari makan sama-sama agar sorro tidak miss.

Kelentong ke hulu kelentong ke hilir
Mat Ezam mencegah rasuah
Hujah dahulu hujah lendir
Kini Mat Ezam dah pandai rasuah.

Catatan ini telah dibuat pada Mei 29, 2008 pada 8:35 am di bawah Altantuya Shaariibuu, Analisa, Bacalah..., Hishamuddin Rais

Wednesday, May 28, 2008

Ceramah MB Di Kg.Teluk Kepayang, Bota Kiri Perak Tengah

DR .Najihah pun turut serta




Setelah di awal pagi berada di Pejabat Daerah Perak Tengah,dikuti ke Majlis Perasmian Kilang Burung Unta di Telok Bakong dan Ke Kg Gajah di sebelah petang,maka di malam hari pula MB Perak akhirnya sampai ke Kg . Teluk Kepayang untuk mengadakan ceramah mengenai isu isu semasa.

Walaupun tapak ceramah yang asal telah berubah namun tidak mematahkan semangat sekitar 2000 orang rakyat jelata menghadirkan diri.Persiapan rapi yang di lakukan oleh penganjur iaitu PAS Cawangan Kg. Teluk Kepayang harus dipuji.

Video ceramah di akan menanti anda di TVTB.Banyak benor nak kene upload,bior sepasai sepasai dulu...

Tuesday, May 27, 2008

Lawatan Kerja MB Perak Ke Daerah Perak Tengah



Suasana ketika menunggu MB selesai dari acara taklimat

MB Besar Perak Dato' Seri Ir.Haji Mohamad Nizar Jamaluddin semalam telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Perak Tengah.Taklimat perkembangan daerah di sampaikan oleh Pegawai Daerah En. Hasim bin Haji Hasan berserta ketua - ketua bahagian kakitangan kerajaan.Turut hadir KSU Negeri,Bendahari Negeri dan Orang Besar Jajahan Perak Tengah.Kehadiran di anggarkan kira kira 4000 orang termasuk para imam,kakitangan kerajaan serta orang ramai yang berpusu pusu ingin menatap sendiri wajah MB mereka.

Majlis berlangsung dalam keadaan harmoni,pelbagai lapisan masyarakat yang hadir berpuas hati dengan penerangan MB mengenai isu - isu semasa serta dasar dan polisi kerajaan Pakatan Rakyat.Dalam ucapannya MB menekankan kakitangan kerajaan harus melakukan tugas dengan rasa tanggungjawab telus dan amanah tanpa perlu risau tekanan mana mana pihak.Ujar beliau lagi zaman pemimpin politik menyalahgunakan kuasa politik ke atas kakitangan kerajaan telah berlalu di sambut tepukan gemuruh hadirin.

Akan muncul video ucapan MB Perak nanti,buat masa ini nengok ler dulu video MB Perak kat Telok Bakong mun sari due...

Saturday, May 24, 2008

Lawatan MB Perak Ke Padang Marhum Kg Telok Bakong 26hb Mei

Sempena lawatan Menteri Besar Perak Y.A.B Dato’ Seri Ir.Mohammad Nizar bin Jamaluddin pada 26 hb Mei 2008 ke Daerah Perak Tengah nanti,beliau juga turut berkesempatan untuk merasmikan Kilang Minyak Burung Unta (Ostrich) MS Worldwide Manufacturing (M) Sdn Bhd yang terletak di Padang Marhum,Kg Telok Bakong.Syarikat ini adalah syarikat Bumiputera yang sedang berkembang pesat.MS Worldwide ini dijangkakan akan menubuhkan cawangan di Bandar Seri Iskandar dan Shah Alam.Buat masa ini barangan syarikat telah berjaya dieksport ke luar negara.Perkembangannya yang begitu pesat telah menjadi kebanggaan penduduk Kg Telok Bakong.
Lawatan ini merupakan suatu kebanggaan kepada warga Telok Bakong,kerana inilah masanya rakyat dapat mengenal dan beramah tamah dengan beliau.Menurut Y.B Usailli Alias,kesempatan sebegini sepatutnya diambil oleh orang ramai untuk mengenal dengan lebih dekat pemimpin mereka.Beliau juga menyatakan bahawa Y.A.B Menteri Besar akan memberi kelonggaran untuk rakyat berjumpa dengan nya tanpa protokol yang ketat.Selanjutan dari itu, pemilik MS Worldwide iaitu Encik Shahrom bin Shahidan telah berbesar hati menyediakan suatu jamuan rakyat diperkarangan kilang tersebut.Dari sumber-sumber tidak rasmi seekor lembu akan ditumbangkan.Beliau menyeru agar warga Telok Bakong sama-sama hadir untuk meraikan lawatan tersebut dan bersama-sama menyertai jamuan yang diadakan itu.Y.A.B Menteri Besar dijangkakan akan meluangkan masa di Kg Telok Bakong selama satu jam sebelum bertolak ke Kg Gajah. Lawatan tersebut dijadualkan bermula pada pukul 2.15 petang.
Oleh itu,diseru kepada semua warga Telok Bakong khasnya dan orang ramai amnya untuk datang beramai-ramai kemajlis perasmian ini,bagi menunjukan sokongan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat ini.Bersama-samalah kita meraikan kedatangan Y.A.B Menteri Besar Perak ini dengan penuh mesra dan berhemah.Luangkanlah sedikit masa anda dan hebahkan berita lawatan ini kepada saudara mara dan rakan taulan.Ini merupakan peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan untuk kita berjumpa dan berkenalan dengan beliau.Mungkin ada pesanan yang mahu beliau sampaikan kepada kita semua.

Friday, May 23, 2008

Pemancar Celcom Udah Siap



Pemancar Celcom sudah siap.3G tiada teman baru balik ngetes!!Tapi udah boleh nguling2 ler dalam rumah bersembang.Line penuh pelusuk kampung.Zaman cari line tepi jalan telah berlalu.Biarkan berlalu...ade yang nuko line lepas ni rasenya:)Tak payah lagi ke padang koba,tepi tebin...punggai pun anda boleh dihubungi..

Thursday, May 22, 2008

Majlis Bekas Pelajar SMT Ipoh 1973 - 2007



Semua bekas pelajar & guru SMT Brash Drive Ipoh dari tahun 1973 hingga 2007 di jemput hadir ke majlis berikut:

Pertandingan Golf Bekas Pelajar SMTI pada jam 8pg 31 Mei 2008 bertempat di Kelab Golf Kinta, Batu Gajah. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan sila layari laman web www.ihsanteam.com.

Majlis Makan Malam Bekas Pelajar bersama YAB MB Perak Dato' Seri Ir Hj
Mohd Nizar Jamaluddin (Bekas SMTI batch 73/74) pada jam 8mlm 31 Mei 2008
bertempat di Dewan Besar Sek Men Teknik, Brash Drive, Ipoh. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran kehadiran sila layari laman web
www.ihsanteam.com.

Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan lain. Kita berharap setiap
batch dapat diwakili.

Sebarang kemusykilan sila hubungi saya di tel 0193357111, tel
03-41437727, fax 03-41435727 atau emel mazlan@ihsanteam.com

Terima kasih, jumpa nanti

Ir Hj Ahmad Mazlan bin Othman
SMTI batch 1973/74

KTB,Eddie Tuid,Chaa Mat Raga,Idris Kamaruddin(SMTI Brash 1991 - 1992)hehehe

Wednesday, May 21, 2008

Ada Apa Dengan Umno

Oleh KTB

Krisis demi krisis dalaman Umno tidak dapat di tutup lagi.Sejak kempen PRU ke 12 lagi hingga kini kita dihiburkan dengan pelbagai versi blog dan website.Hampir keseluruhan berita yang di sanggal media perdana menjadi nyata dan benar.Pihak penyokong Umno yang bertuhankan berita dan kenyataan para menteri BN mula tidak senang duduk.Emosi mereka tidak ketahuan.Melepak di kedai kopi pun sudah jarang,seperti malu berhadapan dengan masyarakat.

Adakah kita penyokong Pakatan Rakyat sudah berpuas hati dengan situasi ini.Bagi penulis kita patut berpuas hati tapi tidak secara total.Kepuasan peribadi yang di impikan penulis adalah negara ini kembali ke landasan sebenar di bawah Perdana Menteri Pakatan Rakyat!!Waktu untuk kita bermusuh dengan akar umbi Umno dan BN sudah berakhir.Inilah masanya kita menyedarkan mereka agar kembali ke pangkal jalan.Memaafkan segala kesalah lalu mereka.Jangan kita pinggirkan mereka.Kita peluk mereka dengan penuh kasih sayang.Bagi mereka merasai kegembiraan kita menjelang era baru peringkat nasional di bawah Pakatan Rakyat.

Kini ahli Umno bagai penagih dadah yang baru di bebaskan dari penjara.Masyarakat sukar menerima kehadiran mereka.Tapi itu era zaman dulu.Kaedah terbaik jangan kita pinggirkan bekas penagih dadah terbaik.Malah ada penagih dadah lebih islamik dari kita kerana ketika dalam tahanan mereka di dekatkan dengan agama.Begiu juga ada ahli ahli Umno yang pakar dan pengalaman dalam bidang tertentu.Oleh itu kepada ahli ahli Umno khususnya marilah kita berhijrah ke PKR atau Pas yang mana kalian selesa.Islam menggalakkan umatnya bermaaf maafan.

Kami Pakatan Rakyat tidak membenci ahli Umno peringkat bawah,kita berbeza anutan politik tapi kita masih boleh gelak ketawa minum bersama.Kami menentang pemimpin utama Umno yang rakus dengan kuasa.Ahli bawahan Umno sudah lama tertipu,jangan biarkan anak cucu kita diperlakukan begitu.Justeru itu kami mengalu-alukan kemasukan ahli Umno ke dalam Pakatan Rakyat.Buat Pemuda Umno jangan bazirkan usia muda anda di dalam parti yang terbukti tidak relevan dulu kini dan selamanyee..

Tun Dr Mahathir pun sudah keluar dari parti usang ini.Suasana sekeliling kita pun kelihatan ramai ahli Umno sudah insaf dan sedar dan menyertai Pakatan Rakyat.Marilah kita bersama membangunkan Malaysia tercinta ini.Takbir,Reformasi dan Makkal Sakti!!!

Tuesday, May 20, 2008

Pakatan Rakyat Perak Tengah

Di dalam situasi sekarang samaada PAS da PKR Parit seharusnya dapat memantapkan lagi kerjasama dari masa ke semasa.Di peringkat negeri kerjasama semakin serasi dan mantap.

Terdapat di peringkat daerah-daerah seolah olah berlumba lumba untuk menjadi tuan kepada parti yang lain.Peringkat akar umbi seolah olah curiga dengan pihak lain.Arahan dari pihak atasan tidak di patuhi.Sepatutnya Pejabat Menteri Besar sudah dapat menghidu masalah ini.Kelewatan mengeluarkan suatu dasar untuk di guna pakai ke peringkat daerah secara rasmi patut dielakkan demi mewujudkan suasana harmoni di peringkat daerah.

Sesungguhnya tiada sesiapa samaada PAS atau Keadilan di peringkat daerah akan mengetuai pihak lain.Ini adalah dasar utama Pakatan Rakyat.Pihak Pas dan Keadilan Parit harus mengambil tindakkan ke atas ahli akar umbi yang tidak mahu menerima dasar ini.MB Perak adalah Menteri Besar semua.Jangan Pihak PAS berasa inilah masanya melebarkan pengaruh dan kuasa tanpa memikirkan hati dan perasaan rakan yang lain iaitu PKR dan DAP.

Di Perak Tengah ada segelintir ahli dari parti tertentu cuba menunjuk partinyalah 'leader' dan segala aktiviti dibuat tanpa pengetahuan parti yang satu lagi.Mujurlah parti suatu lagi dapat berfikiran rasional.Janganlah kita kecewa di kemudian nanti hanya kerana isu remeh temeh sebegini.Ketua ketua parti masing masing dapat menjalinkan kerjasama tetapi akar umbi masih tidak mahu akur araha pemimpin!Buat semua penyokong Pakatan Rakyat,kita harus mendisplinkan diri dalam berpolitik.Jangan berpolitik jika arahan MB Perak pun sukar nak diikuti.

Buat Pas dan Keadilan Perak Tengah sama sama kita berusaha lebih keras lagi menjamin kejayaan mutlak di masa depan.Zaman sudah berubah,pemikiran jumud tiada tempat lagi dalam dunia politik.Jangan kerana sayangkan jawatan ketua parti masing masing pemimpin menurut sahaja suara hati akar umbi yang kadangkala harus di sanggah demi kepentingan jangka panjang.Pastikan kita memberi khidmat kepada rakyat lebih bermutu dari zaman pemerintahan UMNO dulu.

Teguran ini untuk semua parti politik pakatan rakyat.Penulis tiada menyebelahi mana mana parti politik.Tulisan ini dibuat berdasarkan pengamatan penulis.Harap pihak Pas dan Keadilan jangan berasa tersinggung kerana teguran Telok Bakong Online adalah tanda sayang.Anggaplah ianya kritikan membina dari kami.

Saturday, May 17, 2008

Kerajaan Perak Berkebajikan


Oleh KTB

Sebanyak RM 1 juta di peruntukan untuk golongan marhaen di Perak.Sebanyak 5000 keluarga yang di kategorikan mengalami kemiskinan tegar di negeri ini akan mendapat sumbangan dalam satu pakej yang terdiri dari 30kg beras,2 kg gula dan 1kg minyak masak serta RM 100 tunai.Bungkusan pakej terbabit akan mennggunakan logo Pas ,DAP dan Keadilan demi menggelakkan pihak Umno mengambil kesempatan sumbangan terbabit dari pihak mereka.Agihan akan di mula awal bulan depan.

Pemberian ini adalah tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat Perak berikutan kenaikan bahan makan utama terbabit baru-baru ini tanpa mengira perbezaan agama bangsa dan anutan politik.Ini selari dengan manifesto dalam PRU ke 12 yang lalu iaitu Negara Berkebajikan.

Tahniah buat Kerajaan Perak!!Kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah untuk semua rakyat negeri ini.Bukan seperti Kerajaan BN untuk orang BN!!!

Linkwithin