Tuesday, November 4, 2014

Kerajaan Yang Tidak Cekap Membelakangkan Keperluan Pekerja Demi Kapitalis.


Kerajaan tidak menjaga kebajikan pekerja swasta,mengambil sikap lepas jangan.Akta buruh yang sudah berkulat dan berlapok masih diterima pakai.Kebajikan pekerja  yang diperuntukan dalam akta buruh ini adalah terlalu minimum dan tidak memcerminkan perubahan kehendak2 pekerja.

Akta buruh perlu di revise.Tetapi siapa yang berkemampuan untuk berbuat demikian pada kerajaan yang tidak efisien ini.Majikan telah memonupilasi sepenuhnya kelemahan akta ini.Ianya meliputi pemberian cuti cuti tahun,pemberian bonus yang dibuat sesuka hati,kenaikan gaji yang tidak menentu serta lain lain faedah yang tidak mencerminkan perubahan zaman.Sebagai contoh pemberian cuti tahun,kebanyakkan majikan cuma memberi faedah yang paling minimum sebagai mana diperuntukkan dalam akta buruh.Ini menyebabkan bilangan cuti tahun pekerja swasta jauh ketinggalan jika dibanding sektor awam.

Kerajaan yang sedia ada tidak ada usaha untuk mengubal akta buruh yang baru bagi menjamin kebajikan pekerja terpelihara.Kelihatannya seperti kerajaan cuba melindungi kepentingan kapitalis daripada mendahulukan kepentingan pekerja.

Apa Komen Pembaca..
Anonymous said...
Mansuhkan Akta Kerja 1955 dan gubal akta baru yang menjamin kebajikan pekerja. Had gaji perlindungan perlu dinaikkan dari RM1,500.00 ke bawah, ke had gaji yang baru iaitu RM5,000.00 serta pelbagai faedah pekerja seperti hak dan faedah pekerja di Peranchis.
November 4, 2014 at 7:48 PM
Anonymous  
Anonymous said...
Akta Kerja 1955 digubal sebelum Hari Merdeka 1957. Sudah sampai masanya Akta ini dimansuhkan dan digantikan dengan Akta yang baru yang dapat menjamin kebajikan pekerja.
November 4, 2014 at 8:03 PM
Anonymous  
Anonymous said...
Akta Kerja 1955 tidak perlu disemak kerana kuasa semakan undang-undang tidak akan mengubah kandungan akta. Yang perlu dilaksanakan adalah pemansuhan dan digantikan dengan yang baru.
November 4, 2014 at 8:26 PM

Monday, November 3, 2014

Tak sanggup berpisah lagi – Iman Anwar

 

Oleh Lyn Nasir

PUTRAJAYA 3 NOV: Nurul Iman Anwar menyatakan beliau sebagai anak pastinya tidak sanggup kehilangan bapanya sekali lagi selepas terpisah sejak berumur enam tahun lagi.

iman2

Katanya, hukuman penjara yang dikenakan ke atas bapanya sebelum ini selama enam tahun sejak 1998 jelas merupakan penderitaan yang terpaksa ditelan oleh keluarganya hanya kerana menjadi mangsa kezaliman Umno BN.

Namun jelasnya lagi, beliau serta keluarga bagaimanapun akan menyerahkan segala kuasa di tangan Allah untuk menentukan nasib yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak lama lagi terhadap Anwar berhubung kes Fitnah 2.
“Saya dah tua untuk rasa kehilangan bapa sekali lagi sejak saya berumur lapan tahun lagi.
“Tapi saya percaya dengan kuasa Allah, Dia akan memberi kekuatan kepada kami dan akan selamatkan ayah saya,” katanya lagi,” katanya ringkas melalui WhatsApp kepada Suara Keadilan.

Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.
Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.

Dalam kes fitnah 2 kali ini, Iman yang hadir setiap hari bagi mengikuti perkembangan kes tersebut mendapati hujah yang diberikan ternyata menyebelahi pihak bapanya.
Namun jelasnya, beliau tetap berasa bimbang sekiranya sistem kehakiman tidak berlaku adil kepada bapanya.

“Setakat ini bukti-bukti semua nampaknya lebih kuat di sebelah ayah saya, tidak ada masalah di situ.
“Tapi saya risau jika sistem kehakiman tidak berlaku adil terhadapnya,” jelasnya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63821

Thursday, October 30, 2014

Kebenaran Pasti Menjerlah,Kebathilan Akan Hilang Disapu Malam.

Anwar yakin bebas, Shafee perlu masa
Hafiz Yatim | 2:23PM Oct 30, 2014
Ekoran penghujahan bersemangat peguam belanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhujah bahawa pembebasannya adalah “terjamin”.
Bercakap kepada pemberita di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini, ketua pembangkang berkata beliau berasa jengkel dengan rayuan pendakwaan untuk memanjangkan tempoh penjara terhadapnya.
Sementara itu, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata, beliau meminta mahkamah untuk membenarkan penghujahannya dilakukan esok kerana memerlukan lebih masa.
Ini kerana, katanya, 15 peratus daripada penghujahannya adalah baru.
Shafee akan memulakan penghujahannya esok pagi.

Friday, October 24, 2014

Dato Seri Anwar Di MH Hotel Ipoh Dengan Wakil Cabang Dan Kepimpinan Pkr Perak

Dato Seri Anwar Ibrahim sempat memberi ucapan terakhir jika keputusan mahkamah tidak menyebelahi beliau.Beliau berharap perjuangan untuk membela rakyat akan berterusan walaupun dengan ketiadaannya beliau.Turut sama dimajlis tersebut ialah kepimpinan tertinggi PKR Perak dan wakil  wakil dari setiap cabang.

Tuesday, October 21, 2014

PERJALANAN KE PENJARA


Apa kah amanat terakhir DSAI,sebelum beliau disumbatkan kembali ke Penjara.Adakah dengan penahanan beliau BN/Umno akan selamat atau akan memberi makna bahawa pemerintahan BN sudah dipenghujung jalan..temui DSAI buat kali terakhir.

Wednesday, October 1, 2014

Seloka Dan Lagu 20 Sen Ajer..





PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi rakyat hidup menderita,
Nak jimatkan duit di mana,
Kalau barang semuanya naik belaka.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kerajaan jangan lupa,
Elaun menteri kena potong juga,
Barulah adil sama-sama.

Minyak naik 20 sen saja,
Tetap kena bayar juga,
Walaupun belanjawan belum tiba,
Tak semena-mena naik tak diduga.



Minyak naik 20 sen saja,
Kata menteri tahun ini tak naik la..
Ini dikira tipu rakyat jelata,
Rakyat didahulukan kena slogannya.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi kehidupan kena terus juga,
Takkan nak makan batu pula,
Segala belanja kena jimat sentiasa.

Minyak naik 20 sen saja,
Rakyat kenalah perlu biasa,
Jika nak membantah siapalah kita,
Tetap mencari rezeki untuk keluarga.

Minyak naik 20 sen saja,
Tapi banyak juga jika dikira,
Itu dihitung 1 liter cuma,
Jika 10 liter berapa jadinya.

Minyak naik 20 sen saja,
Makan dan minum kena jaga,
Jangan mewah dengan harta,
Lama-lama boleh kurang juga.

Minyak naik 20 sen saja,
Berdoa pada Yang Maha Berkuasa,
Semoga dimurahkan rezeki sentiasa,
Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.-Dari Laman FB



Msinc- 20 sen ajer...tak mampu beli banyak...beli sikit...kalau tak mampu jugek...naik beskal...badan sehat...orang jaman jepon dulu semua sihat sihat sal naik beskal...

Sunday, September 28, 2014

Awas Dadah Merbahaya..Pesanan Kemasyarakatan Dari Telok Bakong Online





Dadah membawa kesengsaraan kepada manusia dan masyarakat.Pelbagai kesan negatif telah berlaku akibat penyalahgunaan bahan ini.Oleh itu dadah perlu dijauhi bagi menjamin masa depan anak bangsa dan masyarakat yang cemerlang.Kesan dadah sungguh lah memberikan kesan buruk pada masyarakat.Kebanyakan kes kes jenayah kecil yang berlaku dewasa ini seperti kes ragut,curi,samun,ugut dan sebagainya lahir dari gejala penagihan dadah.untuk memenuhi naluri penagihan,mereka sanggup melakukan apa saja asal kehendak dipenuhi.





Dewasa ini usaha kerajaan untuk membenteras gejala penagihan dadah ini adalah terlalu lemah,Agensi agensi yang terlibat nampak nya seperti menemui jalan buntu untuk menyelesaikan permasalahan ini.Kejadian jenayah semakin meningkat dimana sahaja tak kira bandar mahu pun luar bandar.Dikawasan luar bandar yang majoriti penghuni nya adalah warga emas turut terancam dari aspek keselamatan.kerajaan harus memikirkan suatu kaedah atau mekanisma yang sesuai sebagai langkah pencegahan kepada kadar jenayah yang terus membimbangkan ini.JPAM dan RELA boleh digunakan untuk membuat kawalan dan rondaan di kampung dan juga taman taman perumahan.Mereka mereka ini harus lah dibayar elaun seperti yang telah ditetapkan.Adanya skim seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi para anggota.Sekira nya anggota JPAM dan RELA ini boleh digunakan dalam acara acara keramaian seperti menyambut Menteri dan Wakil Rakyat,mengapa khidmat mereka tidak boleh digunakan untuk keselamatan rakyat?.Anggota anggota ini bukanlah bertugas untuk buat tangkapan,tetapi hanyalah melaporkan pada pihak berkuasa jika terdapatnya kejadian jenayah atau melaporkan kepada peduduk sekiranya ada kes kebakaran dan sebagainya.

Skim Rukun Tetangga dianggap sudah ketinggalan zaman kerana ianya banyak menjejaskan produktiviti rakyat.Jika seorang Guru disuruh mengadakan kawalan Rukuntetangga pada malam hari,nescaya beliau tidak mampu menjalankan tugasnya untuk mendidik pada siang hari.Begitu juga mereka mereka yang terlibat di sektor lain.Oleh itu suatu kaedah harus lah dilakukan.


Msinc-Kalau tak tau nak buat,berilah kepada puak yang mampu..

Linkwithin