Tuesday, September 18, 2012

Pakatan Rakyat Perak Bakal Menang 40 Kerusi Dun,Penamaan Calon Bila..?

           
                Tiada kerajaan yang kekal..bila masanya sampai ia akan tumbang,ianya akan tetap tumbang dan runtuh tidak terawal atau terlewat seperti yang dijanjikan oleh Allah.Begitulah kupasan kupasan yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Perak Ustaz Norazli di dalam ucapannya dalam siri Ceramah Bersama Kita Menuju Ke Putrajaya malam ini di Perkarangan Rumah Cikgu Shaari (Alang) Pekan Lambor Kanan Bota Perak..Beliau menambah lagi bahawasanya Allah akan memilih dikalangan orang orang yang soleh untuk memimpin.Ini boleh dilihat dengan naiknya Dr Morsi sebagai Presiden Mesir dan Perdana Menteri Palestin yang mana mereka ini adalah kalangan hafalan Al-Quran dan soleh.
                  Jika janji Allah pemerintahan Umno/BN di Malaysia akan berakhir pada PRU 13,tak kira apa cara atau kaedah penipuan yang dilakukan oleh umno untuk memenangi pilihanraya,Pakatan Rakyat tetap akan memenangi PRU ini.Biarlah berjuta rakyat Myanmar atau Filipina digunakan,namun perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.Oleh itu kepada pemimpin dan ahli ahli Umno,cukuplah segala tipu helah dan usaha kamu untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.Sesunguhnya Tuhan akan memberi kemenangan kepada Islam sekiranya pendokong pendokong nya terus berusaha dan berjihad untuk mendapat keredhaan dan keampunan dari Tuhannya.

               Beliau juga turut menjangka bahawa Kerajaan Negeri Perak bakal dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 40 kerusi berbanding 32 kerusi pada PRU 12.Pendapat ini dibuat berdasarkan terdapat 10 buah kerusi yang dimenangi oleh BN mempunyai majoriti kurang dari 1000.Kerusi tersebut adalah seperti berikut:-
 
N05 Selama
(M-83.5%, C-10.0%, I-6.3%, L- 0.1%)
Datuk Mohd Daud Mohd Yusoff (BN) 5240
Abu Husin Mohamad (PAS) 4885
….Majoriti 355
N06 Kubu Gajah
Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin (BN) 4114
Mohd. Nazri Din (PAS) 4048
Majoriti 66
N09 Kuala Kurau
Mohd Salleh Mat Disa (BN) 7757
Abdul Yunus Jamahari (PKR) 8224
….Majoriti 467

N10 Alor Pongsu
Sham Mat Sahat (BN) 5585
Md. Nasir Rahim (PKR) 5490
….Majoriti 95

N15 Trong
Nor Azli Musa (PAS) 3296
Datuk Rosli Husin (BN) 4212
....Majoriti 916

N16 Kamunting
Mohamed Zahir Khalid (BN) 7975
Muhamad Apardi Shaari (PAS) 7420
....Majoriti 555

N23 Manjoi
Zulkurnain Ibrahim (PAS) 14456
Datuk Nadzri Ismail (BN) 14804
....Majoriti 348

N36 Pengkalan Baru
Datuk Hamdi Abu Bakar (BN) 5375
Abu Bakar Hussain (PAS) 5361
....Majoriti 14

N43 Sungai Rapat
Hamidah Osman (BN) 10635
Radzi Zainon (PAS) 9999
....Majoriti 636

N53 Rungkup
Shaarani Mohamad (BN) 4984
Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS) 4530
....Majoriti 454


Beliau juga turut menyampaikan maklumat dari Cikgu Bard yang menyatakan surat untuk penamaan calun telah tiba kepada SPR  yang meminta Suruhanjaya itu mengadakan penamaan calon pada 5 hb November 2012.Namun tidak mustahil Perdana Menteri akan membuat pembatalan.Sebelum ini sudah tiga kali SPR membatalkan pernamaan calun.

Saturday, September 15, 2012

Terkini: Anak watan Labuan Tan Sri Ibrahim Menudin berucap & umumkan perletakan jaw @ Kampung Tanjung Aru W.P Labuan

Photo by tianchua1963  

 Labuan: TS Ibrahim Menudin: "dari awal saya antara org2 yg membawa Umno masuk Sabah, tapi hari ini saya tinggalkan Umno yg dicemari rasuah."
Bekas bendahari Umno-APCO Sabah yang juga Pengerusi Sabah Port Sdn. Bhd. Ibrahim Menudin mengisytiharkan secara rasmi menyertai PKR.

Pengumuman tersebut dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta ribuan hadirin yang berada di tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat, Kampung Tanjung Aru, Labuan sebentar tadi.
.
Perkara itu disahkan sendiri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menyaksikan majlis yang kini sedang berlangsung.

"Sepertinya macam itu ... tapi kita akan maklumkan lagi," kata Azmin.

Ibrahim yang memegang jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Musa Aman adalah merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding yang menguasai Sabah Port yang dimiliki kerajaan.

"Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting," jelas mesej Azmin dalam Twitternya pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Sabah dan Labuan hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah, mengikut jejak langkah Naib Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran serta ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihanraya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di Semenanjung.

Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula kini memiliki empat kerusi termasuk Kota Kinabalu dan Bandar Kuching.

Ibrahim dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau antara pengasas terawal yang membawa Umno-APCO ke Sabah tetapi hari ini beliau tidak rasa terkilan meninggalkan parti yang sudah teruk dicemari rasuah.-Jalan Pulang

Anwar Cuba Dihalang Di Sabah

Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan Labuan sebentar tadi disambut dengan cara paling 'berhemah' atas arahan Perdana Menteri, Najib .

Dengan memperalatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rombongan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini di pulau bebas cukai itu.

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru.


Anwar yang tiba dari Kuala Lumpur jam 1240 tengah hari tadi disambut meriah penyokong Pakatan Rakyat serta kakitangan lapangan terbang sebelum dibawa menaiki kenderaan ke tapak ceramah.

Perjalanan yang kebiasaannya cuma memakan masa kurang setengah jam kini terpaksa menempuh sekatan polis dan akibatnya kenderaan biasa pun tersangkut selama lebih sejam.

Turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.

Dipercayai ia kali kedua cubaan Najib menghalang kemasukan Anwar ke Labuan setelah cubaan pertama berjaya dengan helah keadaan cuaca buruk di Labuan memaksa penerbangan Anwar dilebcongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinalbalu pada awal Julai lalu.

Ia juga dipercayai bagi menghalang ribuan penduduk tempatan hadir ke ceramah terbesar dalam sejarah pulau yang mempunyai keluasan seluas 98 kilometer persegi itu sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 16 April 1984.

Serangan Ganas Kepada Jelajah PKR Di Johor

Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.
“Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.
“Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.
“Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, “katanya.
Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.
“Kami dapati jalan penuh paku,” kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.
“Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini,” katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.
Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.
Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya.-Malaysia Kini

Friday, September 14, 2012

Jom Pegi Dengar Ceramah Pakatan Rakyat Di Lambor Kanan...meh kite..

Bersama Kita Ke Putrajaya

Penceramah Utama: Siti Aishah (Ketua Serikandi Malaysia)

Penceramah Jemputan:Ustaz Norazli b. Musa (Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak)

Tempat:Rumah Cikgu Alang berhampiran dengan Sek Men Sultan Muzafar Syah 1.Belakang Klinik Bidan Lambor Kanan

Masa           :9.00pm 17hb Sept 2012 (Hari Senayan)

Dijemput hadir,bawa keluarga sekali..dan boleh shopping sekali di gerai jualan..jumpe disana yerr...

Thursday, September 13, 2012

Chua: Right not to fund independent schools

Leven Woon | September 13, 2012
MCA chief says if Chinese independent schools get government funding, then they will not be independent anymore.
KUALA LUMPUR: MCA president Dr Chua Soi Lek says that the government should not be funding independent Chinese high schools, otherwise they will not be independent.
He said if the government allocates funding for independent schools others will also ask for funding.
“You must understand that there are more than 500 independent schools in the country, some of which are English independent schools and independent Muslim religious schools.
“If you gives allocations to the Chinese independent schools, the other private schools will also start asking.
“We do give funds [to them] as when the need arises ,” he said, adding that the allocations should not be fixed.
He was commenting on the National Education Blueprint unveiled on Tuesday. He agreed that the Chinese independent schools should continue to be excluded from the list of government-aided schools.
The Chinese educationists have been lobbying for the government to allocate funds to some 60 independent high schools, as a recognition for what they have achieved.
But the proposed blueprint has again grouped the schools under “non-mainstream” type which receives no government aids.
Meanwhile, Chua said he does not agree with DAP’s criticisms that the blueprint has failed to outline concrete measures to address the shortage of teachers in vernacular schools.
He said Prime Minister Najib Tun Razak has set up a special committee to look into the issue, and statistics shows that the shortage has been reduced from 4,009 in 2006 to 1,008 now.

Adilkah Surau Dijadikan Tempat Melepas Dendam Politik?

Tugas pemimpin yang paling utama ialah untuk mendekatkan para pengikut atau orang dibawah kepimpinan nya untuk mendekatkan diri pada penciptanya.Semakin kepimpinan membawa insan semakin jauh dari Allah bermakna semakin gagal sesaorang pemimpin itu.Seorang pemimpin yang gagal akan dipersoalkan dan akan menerima balasan diatas perbuatan nya didunia ini.Ini bermakna pemimpin yang dilantik mustilah berlaku adil dan saksama kepada keseluruhan orang yang berada dibawah penjagaannya tanpa memilih bulu atau menumpukan agihan kepada sekumpulan sahaja.Tumpuan dan agihan material mustilah adil dan sekata tanpa mengira fahaman politik,kaum,jantina dan lain lain.Pemimpin melakukan amalan membeza-bezakan dan hanya memperjuangkan untuk kepentingan diri dan penyokong nya sahaja adalah bersifat Assabiah.Sifat ini adalah dilarang dalam ugama Islam. Dalam menentukan pengagihan material ini terdapat golongan yang terpinggir dan disisihkan oleh pemimpin pemimpin parti yang memerintah.Pemencilan ini bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin utama tetapi juga oleh pemimpin tempatan atau pemimpin ditahap yang paling bawah.Mereka mengenakan banyak sekatan dan tekanan kepada penyokong parti lawan dengan harapan parti lawan akan lemah dan dapat disingkirkan.Pemimpin peringkat bawahan ini terdiri dari ketua ketua kampong dan Ahli Jawatan Kuasa Kampung yang dilantik dari kalangan pemimpin Umno Cawangan.Mereka ini adalah menurut arahan Pemimpin Umno Bahagian dan Pusat.Tindakan seperti ini dianggap zalim dan tidak mencerminkan gaya pimpinan Islam yang adil.Gaya pimpinan seperti ini adalah mengikut kaedah kaedah tidak Islamik.


                Surau Ijtimak di Kg Tanjung Gelugor Bota Kanan adalah salah satu surau di dalam Perak Tengah yang telah didiskriminasikan oleh pemimpin pemimpin  tempatan.Surau ini telah dinafikan segala peruntukan yang patut diterima seperti Sutau surau yang lain.Ini adalah kerana pemimpin tempatan berangapan  bahawa surau ini digunakan oleh Parti Pembangkang dan jamaah surau ini sendiri adalah penyokong kuat Parti PAS.Memang benar rata rata jamaah surau tersebut adalah penyokong penyokong kuat Parti Pas.Perkara ini bertambah ironik lagi bila mereka juga turut menjemput Ustaz atau Guru guru Agama untuk mengajar daripada pemimpin PAS tempatan.Namun begitut hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.Agihan material mestilah adil dan saksama tanpa mengira Parti.Ianya seperti mana,satu satu kerajaan hendak mengutip cukai,tiada pelepasan disebabkan keahlian parti Politik.Semua orang kena bayar cukai,tetapi dalam agihan masih ada yang tersisih.Pemimpin boleh menghantar Guru guru atau Ustaz pilihan mereka untuk mengajar,kerana tidak ada halangan dalam ugama Islam untuk mengembangkan ilmu ke jalan Allah.Tetapi perkara demikian tidak dilakukan oleh pemimpin ini,kerana mereka percaya sekiranya masyarakat mempunyai kefahaman ugama yang baik,secara langsung sokongan kepada Umno akan merosot.Ini dapat menerangkan kenapa UMNO memberi  tekanan kepada Sekolah Sekolah Agama.
                 Pihak TBO mengambil kesempatan untuk menyeru kepada segenap lapisan masyarakat dan juga anak anak tempatan supaya berlembut hati untuk menyumbang kepada kebajikan surau ini.Terdapat beberapa keperluan yang perlu diadakan untuk kebajikan  para jamaah seperti tempat mandi mayat (buat masa ini ianya di pinjam dari surau lain).Mengadakan tempat parking motorsikal.Menambah beberapa kipas dan membaiki tempat mengambil air sembahyang dan kerja kerja pemuliharaan surau.Sesungguhnya rezeki itu adalah dibawah kekuasaan Allah bukan nya ditangan Umno.Insya Allah,surau ini tetap akan aktif dalam melakukan aktiviti aktiviti nya .Akan ada insan insan yang lembut hati yang digerakkan oleh Allah yang akan membantu.Sebarang sumbangan dan bantuan Tuan Puan bolehlah berhubung dengan Pengerusi Surau Ijtimak ,Encik Kamaruddin (Mat Lenggong) ditalian 0165965146.Sesungguhnya setiap sedekah itu dapat menyuburkan harta dan menghapuskan dosa dosa.Pasti ada balasan diakhir nanti.

Msinc-Terkezut pada mula nya, ingatkan surau ni berwarna hijau ..tu pasal deme sekat..bukan ropenyer…surau ni berwarna pink lagi…itu yang menghairankan surau pink pun diorang sekat jugek…he..he..Pemimpin…anda bolehlah siasat perkara ini..tengok macam mana orang orang anda buat kerja…segala kerjasama dan bantuan anda ,terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih.


Linkwithin