Thursday, September 6, 2012

Surau Surau Hijau Disisihkan..


                   Tugas pemimpin  yang paling utama ialah untuk mendekatkan para pengikut atau orang dibawah kepimpinan nya untuk mendekatkan diri pada penciptanya.Semakin kepimpinan membawa insan semakin jauh dari Allah bermakna semakin gagal sesaorang pemimpin itu.Seorang pemimpin yang gagal akan dipersoalkan dan akan menerima balasan diatas perbuatan nya didunia ini.Ini bermakna pemimpin yang dilantik mustilah berlaku adil dan saksama kepada keseluruhan orang yang berada dibawah penjagaannya tanpa memilih bulu atau menumpukan agihan kepada sekumpulan sahaja.Tumpuan dan agihan material  mustilah adil dan sekata tanpa mengira fahaman politik,kaum,jantina dan lain lain.Pemimpin melakukan amalan membeza-bezakan dan hanya memperjuangkan untuk kepentingan diri dan penyokong nya sahaja adalah bersifat Assabiah.Sifat ini adalah dilarang dalam ugama Islam.
                   Dalam menentukan pengagihan material ini terdapat golongan yang terpinggir dan disisihkan oleh pemimpin pemimpin parti yang memerintah.Pemencilan ini bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin utama tetapi juga oleh pemimpin tempatan atau pemimpin ditahap yang paling bawah.Mereka mengenakan banyak sekatan dan tekanan kepada penyokong parti lawan dengan harapan parti lawan akan lemah dan dapat disingkirkan.Pemimpin peringkat bawahan ini terdiri dari ketua ketua kampong dan Ahli Jawatan Kuasa Kampung yang dilantik dari kalangan pemimpin Umno Cawangan.Mereka ini adalah menurut arahan Pemimpin Umno Bahagian dan Pusat.Tindakan seperti ini dianggap zalim dan tidak mencerminkan gaya pimpinan Islam yang adil.Gaya pimpinan seperti ini adalah mengikut kaedah kaedah tidak  Islamik.

                Surau Ijtimak di Kg Tanjung Gelugor Bota Kanan adalah salah satu surau di dalam Perak Tengah yang telah didiskriminasikan oleh pemimpin pemimpin  tempatan.Surau ini telah dinafikan segala peruntukan yang patut diterima seperti Sutau surau yang lain.Ini adalah kerana pemimpin tempatan berangapan  bahawa surau ini digunakan oleh Parti Pembangkang dan jamaah surau ini sendiri adalah penyokong kuat Parti PAS.Memang benar rata rata jamaah surau tersebut adalah penyokong penyokong kuat Parti Pas.Perkara ini bertambah ironik lagi bila mereka juga turut menjemput Ustaz atau Guru guru Agama untuk mengajar daripada pemimpin PAS tempatan.Namun begitut hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.Agihan material mestilah adil dan saksama tanpa mengira Parti.Ianya seperti mana,satu satu kerajaan hendak mengutip cukai,tiada pelepasan disebabkan keahlian parti Politik.Semua orang kena bayar cukai,tetapi dalam agihan masih ada yang tersisih.Pemimpin boleh menghantar Guru guru atau Ustaz pilihan mereka untuk mengajar,kerana tidak ada halangan dalam ugama Islam untuk mengembangkan ilmu ke jalan Allah.Tetapi perkara demikian tidak dilakukan oleh pemimpin ini,kerana mereka percaya sekiranya masyarakat mempunyai kefahaman ugama yang baik,secara langsung sokongan kepada Umno akan merosot.Ini dapat menerangkan kenapa UMNO memberi  tekanan kepada Sekolah Sekolah Agama.
                 Pihak TBO mengambil kesempatan untuk menyeru kepada segenap lapisan masyarakat dan juga anak anak tempatan supaya berlembut hati untuk menyumbang kepada kebajikan surau ini.Terdapat beberapa keperluan yang perlu diadakan untuk kebajikan  para jamaah seperti tempat mandi mayat (buat masa ini ianya di pinjam dari surau lain).Mengadakan tempat parking motorsikal.Menambah beberapa kipas dan membaiki tempat mengambil air sembahyang dan kerja kerja pemuliharaan surau.Sesungguhnya rezeki itu adalah dibawah kekuasaan Allah bukan nya ditangan Umno.Insya Allah,surau ini tetap akan aktif dalam melakukan aktiviti aktiviti nya .Akan ada insan insan yang lembut hati yang digerakkan oleh Allah yang akan membantu.Sebarang sumbangan dan bantuan Tuan Puan bolehlah berhubung dengan Pengerusi Surau Ijtimak ,Encik Kamaruddin (Mat Lenggong) ditalian 0165965146.Sesungguhnya setiap sedekah itu dapat menyuburkan harta dan menghapuskan dosa dosa.Pasti ada balasan diakhir nanti.

Msinc-Terkezut pada mula nya, ingatkan surau ni berwarna hijau ..tu pasal deme sekat..bukan ropenyer…surau ni berwarna pink lagi…itu yang menghairankan  surau pink pun diorang sekat jugek…he..he..Ada kawan yang bukan berugama Islam pun menganggap bahawa surau ini tidak boleh disekat dari mendapat segala kemudahan disebabkan pandangan politik yang berbeza.Suatu pandanagan yang bernas jika dibandingkan dengan orang seugama..Pemimpin…anda bolehlah siasat perkara ini..tengok macam mana orang orang anda buat kerja…segala kerjasama dan bantuan anda ,terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih.

Tuesday, September 4, 2012

Korang Ajorr....Ade ke UMNO Kesah??..Sapa Punya Keturunan ni??..

Tak de masuk Utusan pun...TV3 apatah lagi...Berita Hairan...lagi jauh dari panggang dari api...|TV1 dan TV2..puahhh..Perkara ni terjadi lama dah..tak ade sapa sapa yang kesah kecuali penyokong PR.Macam mana sistem negara ini beri layanan terhadap sesuatu isu..ada isu yang di high light kan..ada isu yang ditutup..fikir fikirkan lah pada mereka yang minda nya tertutup...Budak budak suruhan  buat lebih teruk dari itu kepada gambar pemimpin PR...Utusan tak kecoh pun..jangan ler double standard..di Permatang Pauh..Pemimpin PR dihina dengan aksi lucah yang dibuat oleh Putera Puteri Umno..ada sapa sapa yang kisah..,sebenarnya kes pijak gambar ini adalah perkara biasa dilakukan diluar negeri...ianya bukan suatu kesalahan..tapi kalau kencing gambar pemimpin dah kira korang hajor dan tiada adap...jadi nilai lah sesuatu isu dengan rasional..bukan ikut suruhan tuan sahaja..macam hanjinnn...


Pelajar Pijak Gambar PM Ditahan, yang kencing gambar TGHA dan gambar TGNA dah tangkap ke???





CHERAS: Polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat memijak gambar Perdana Menteri ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Khamis lalu.
 

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun yang akan dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut. "Kami menerima maklumat mengenai tempat tinggal ibu bapa suspek sebelum menahannya di kolej. Polis turut bercakap dengan dua lagi saksi yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas tangkapan itu pada Selasa. 






Pada Isnin, polis telah menubuhkan tiga pasukan khas untuk menyiasat tiga laporan membabitan insiden di Dataran Merdeka, serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat dan tindakan penganjur Himpunan Janji Demokrasi yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011... - MSTARONLINE


Msinc-Salah ke pijak gambor orang..atas akta apa nak tahan ni...tunjjuk aksi lucah kat orang di Permatang pauh dulu tak salah ke?..bebudak yang kencing gambar TGHH danTGNA tu kenapa Polih tak cari dan tahan..bior le adil sikit...





Wednesday, August 29, 2012

Idul Fitri Sebagai Lambang Kemenangan Melawan Kebathilan dan Kezaliman.



 Selamat Hari Raya kepada Penyokong Penyokong Pakatan Rakyat .Semoga kita dapat bersama sama mengembleng tenaga untuk menumbang kan Kerajaan Barisan Nasional untuk kebaikan dan faedah rakyat.Tingkat kan segala usaha dan kerja kearah itu.Berjuang Demi Kebenaran Dan Keadilan.Hanya Tuhan sahaja yang membalas segala usaha dan pengorbanan kalian.Jangan undur dan lalai sehingga perjuangan mencapai matlamatnya.Raikan lah Idul Fitr ini sebagai lambang kemenangan kita menentang kemungkaran dan kezaliman.

Friday, August 24, 2012

Perangkap Baru Buat Petani Dari Barisan Nasional





Ini lah bentuk bantuan yang diberikan pada penanam padi apabila bermulanya musim penanaman padi .Selain dari baja butiran,juga dibekalkanbaja cair.Baja berbentuk cair ini tidak pernah diberikan dulu.Ianya dianggap langkah terdesak BN untuk meraih sokongan rakyat dengan membekalkan baja yang mempunyai cap dacing.Kenapa mesti cap dacing?..tidak buleh kah cap lembu ke..cap kondo ke..Apakah dengan terteranya gambar dacing tersebut yang merupakan lambang untuk Barisan Nasional..bermaksud bantuan baja ini diberi dari Dana Barisan Nasional sendiri..Dari mana BN dapat dana yang begitu besar untuk mengadakan bantuan ini.

Sebagai seorang yang biasa dengan penanaman padi,bantuan baja ini kadang kadang dilihat menghalang kepada kemajuan pesawah itu sendiri.Ini adalah kerana baja yang dibekalkan tersebut adalah bermutu rendah.Kandungan NPK didalam baja telah dikurangkan.(Benda yang nak dibekalkan dengan kuantiti yang banyak biasanya dosnya akan dikurangkan..kerana ianya hanya untuk kaburi mata rakyat sahaja bukannya kerana benar benar mahu meningkatkan taraf ekonomi rakyat)Tetapi petani terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk upah menabur baja ini.Mereka juga tidak membeli baja tambahan kerana memikirkan baja bantuan ini sudah cukup untuk menampung keperluan tanaman mereka.Nyata mereka telah tersilap membuat kiraan.Oleh kerana baja ini bermutu rendah,pengunaannya gagal melonjakkan hasil pengeluaran.Hasilnya petani tidak mendapat keuntungan yang lebih.Ianya sekadar cukup cukup makan sahaja.Ini akan mengakibatkan Putaran Ganas Kemiskinan terjadi. Putaran Ganas Kemiskinan ini terjadi kerana hubungkait dengan keadaan petani yang gagal meningkatkan pengeluaran.Kegagalan untuk meningkatkan produktiviti ini menyebabkan petani akan gagal melakukan tindakan tindakan untuk memajukan dan membangunkan pertanian mereka kerana kekurangan modal.Hal ini akan terus berpusing pusing dan memerangkap petani didalam lingkaran ganas kemiskinan tanpa dapat melepaskan diri.Salah satu yang dikenal pasti sebagai punca terjadinya keadaan yang sebegini ialah pembekalan baja yang tidak bermutu kepada petani. Bagi petani yang sedar akan kenyataan ini,mereka mengambil langkah mengunakan baja dan racun komersial yang berada dipasaran,walaupun harganya lebih tinggi.Ini mengakibatkan mereka mendapat untuing yang lebih.Berlainan dengan nasib petani yang mengunakan baja dari dana Barisan Nasional ini,rata ratanya mula mengulung tikar.

Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya Dari Kami TIM TBO


Selamat Hari Raya Kami Ucapkan Maaf Zahir dan Batin dari Tim TBO.Sebarang salah laku dan kesilapan semasa penulisan harap dimaafkan.Tapi tiada lah aku nak minta maap dari Geng Songkok Tinggi tu...pasai aku tak de rasa nya buat salah kat deme..Deme yang banyak buat salah pada rakyat...

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya dari Telok Bakong Online .Maaf Zahir Dan Batin.Hati hati di jalanraya semua agar sampai selamat ke destinasi.Amin




Thursday, August 16, 2012

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG Siri 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman 4


HADIS 4: ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw.
bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu
dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan
mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan
memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang
jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita.
Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini
tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah
berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka
pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan
kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim
ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi
ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.
Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman
yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal
sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik
pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan
yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari
ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Msinc TBO-Keadaan begini banyak berlaku di zaman sekarang ulamak diperlekeh..timbul ulama ulama yang suka bertopeng yang tidak menerangkan yang sebenar.Ini menunjjukkan kehilangan ulama yang tiada berpenganti.Manakala institusi yang mengajar ugama ditindas dan diberi tekanan yang hebat.

Wednesday, August 15, 2012

Jage jage Kome ...bile balik kampong..

67 express buses not roadworthy, says JPJ
Dari Star..
KUALA LUMPUR: A total of 67 express buses have been found to be unfit to ferry passengers during the Hari Raya holidays.

Road Transport Department (JPJ) deputy director-general Datuk Ismail Ahmad said out of 938 buses, 871 were given the go-ahead.

“Buses which have failed will have to go through another check to be deemed roadworthy,” he said at Pudu Sentral here yesterday.

On guard: Patrol teams from various government agencies standing by at their location after the launch of the ‘Ops Selamat’ in conjunction with Hari Raya at the North-South Expressway near Nilai . On guard: Patrol teams from various government agencies standing by at their location after the launch of the ‘Ops Selamat’ in conjunction with Hari Raya at the North-South Expressway near Nilai .

Ismail said 1,600 department officers had been deployed under Ops Selamat to ensure that road safety is maintained during the festive season.

“Some of our officers will go undercover as bus passengers to ensure that the drivers follow the rules,’’ he added.Ismail said 38 drivers were fined on Monday for reckless driving and for driving buses that were not roadworthy.

He also said the JPJ would check on motorcyclists.“The statistics on last year’s Ops Sikap revealed that 60% of fatal road accidents involved motorcyclists and their passengers,” he added.

In IPOH, enforcement officers will be stationed at 15 black spots during the Hari Raya period.State JPJ director Ramli Awang Seberang said the 15 locations were known to be accident-prone, where fatal traffic accidents had been reported.

Ramli said the locations included Jalan Ipoh-Lumut (KM31), Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (KM22), Jalan Gopeng-Simpang Pulai (KM2.5), Jalan Ipoh-Butterworth (KM100), Jalan Ipoh-Taiping (KM50), Jalan Teluk Intan-Bidor (KM14), Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam (KM7), Jalan Sitiawan-Kayan (KM32), Jalan Air Tawar-Beruas (KM32), Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (KM73.1), Jalan Gerik-Kupang (KM7.2), Jalan Gerik-Lenggong (KM8), Jalan Gerik-Jeli (KM13), Jalan Kuala Kangsar-Gerik (KM49) and Jalan Ipoh-Taiping (KM40).

“Besides that, we will carry out mobile patrolling beginning from the toll area near Parit Buntar right up to Tanjung Malim.

“We do not want people to use the emergency lane and will monitor other possible offences road users are prone to commit,” he told reporters during an operation carried out at the Medan Gopeng express bus terminal near here yesterday.

Msinc TBO-Seperti kata Pak Din....67 express buses not roadworthy, semua kena periksa PUSPAKOM 6 bulan sekali, macam mana boleh not roadworthy, kalau macam tu semua bas di Malaysia tak selamat..?So ..kepada semua anak kampong yang budiman..tolonglah berhati hati semasa memandu dalam perjalanan kekampung..ingat le mak apak kome yang nunggu diromah tu.Check kenderaan kome..check tayar,brek dan sebagai.Pastikan kome cukup tidor..kalau ngantok..berenti rehat..Kalau naik bas check sikit keadaan bas tu..kalau rasa lain macam jer..jangan naik.. Semoga Hari Raya tahun ini dapat disambut sebaik yang mungkin.

Linkwithin