Saturday, May 17, 2014

PM: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak.Pikir Sendiri Lah..Tapi Puak Belah Sana Memang seronok Barang Mahal,Kena Cukai, Bayar Bil Api Mahal...


Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya, kata perdana menteri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

“Jika (TNB) menanggung kerugian, apa kemudiannya? Terdapat pelbagai implikasi...

“Pada akhirnya, kita akan belanjakan dana awam untuk mensubsidi TNB. Adakah ini yang kita mahu?

“Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan,” katanya.

Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

 Msinc-Dari mana datangnya kos bahan api tu?..kenapa begitu banyak.Tak adakah alternatif untuk elak pengunaan bahan api yang begitu banyak ini..Syarikat Monopoli pun buleh rugi...Dia mengaku pulak tu membebankan rakyat..sepatutnya ucapan yang sebergini dibuat dihadapan rakyat bukannya kepada pekerja TNB.....kangkung..tul..

 Tarif TNB : Bagi SUBSIDI untuk IPP boleh, nak bagi SUBSIDI untuk RAKYAT haram tak boleh..!!
Subsidi IPP 'berdosa', tak dapat dimaafkan: Ku Li

 
Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima.

"Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain.

"Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra sebagai Ku Li itu mengulas pemberian subsidi petroleum oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat berpendapatan rendah yang sebenarnya tidak mampu untuk membeli bahan bakar itu pada harga pasaran yang sebenar.

Bekas pengerusi Petronas merangkap MP Gua Musang itu turut mengkritik cara kerajaan menguruskan pendapatan badan korporat nasional tersebut.

Memetik statistik daripada buku yang dilancarkannya, Tengku Razaleigh berkata hampir separuh trilion yang telah disumbangkan syarikat itu sejak tahun 1974 sehingga 2011 sepatutnya dimanfaatkan untuk menubuhkan tabung khas program pencen nasional seperti dilakukan sesetengah negara Scandinavia.

Namun beliau kesal apabila sebahagian daripada wang itu sebaliknya digunakan untuk menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan iaitu Bank Bumiputra sebanyak dua kali pada tahun 1985 dan 1991 melibatkan wang sebanyak RM3.5 bilion.

Tambahnya, Petronas juga digunakan untuk menjamin pembinaan Menara Berkembar Petronas sebanyak RM6 bilion dan membina Putrajaya sebanyak RM22 bilion.

"Tindakan bermewah-mewah yang dipaksa ke atas Petronas ini menafikan syarikat ini daripada mengumpul rizab tunai untuk pelaburan semula bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

"Adalah penting buat Petronas untuk melihat ke hadapan dalam meneroka pelaburan dalam perniagaan selain minyak dan gas apabila mengambil kira sifat hidrokarbon sebagai sumber yang terhad," katanya.

Namun kini, Petronas digunakan sebagai tabung kecemasan oleh kerajaan apabila ia terdesak memerlukan wang, kata Ku Li lagi.

1 comment:

Linkwithin