Hari ini NGO iaitu MAPIM telah melancarkan Misi Keperdulian Umat Di Mukim Lambor yang bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang berjumlah seramai 4000 orang Susana.Misi yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli Ibrahim ini telah disokong oleh para suka relawan dari kampung kampung terbabit.Matlamat misi ialah untuk menyalur terus bantuan kepada mangsa tanpa batas fahaman politik dan sebagai nya.
Tuesday, December 30, 2014
Wednesday, December 24, 2014
Friday, December 19, 2014
Wednesday, December 17, 2014
Penjelasan PKR Sabah..
Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin berkata Dr Roland Chia masih lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam.
"Buat sementara waktu ini, ini khabar anginlah sehinggalah kita memperolehi pengesahan (mengenainya).
“Saya sudah periksa dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (Datuk Seri Dr Salleh Tun Said) dan (saya) dimaklumkan tidak ada peletakan jawatan (ADUN)," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Chia daripada PKR di dalam laman Facebooknya yang menyatakan hasrat meletakkan jawatan atas faktor kesihatan.
Lajim juga tidak menolak kemungkinan akaun Facebook ADUN Inanam berkenaan digodam.
Menurut Lajim minggu lepas dia dan Dr Chia bersama-sama menghadiri satu mesyuarat namun ADUN Inanam berkenaan langsung tidak menyebut mengenai hasratnya untuk meletak jawatan.
Sementara, Chia masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut darinya dan difahamkan beliau berada di luar negara.
Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said ketika dihubungi Bernama juga mengesahkan pihaknya belum menerima surat perletakan jawatan daripada Dr Chia.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas Dr Chia mendapat 8,926 undi dengan majoriti 3,202 undi menewaskan Eric Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP) yang mendapat 5,003 undi dan Joseph Paulus Lantip dari Barisan Nasional yang memperoleh 5,724 undi.
- Bernama
Tuesday, December 16, 2014
Air,Angin,Udara,Tanah..Sekarang Semua Dah Kena Cukai..Sokong Ler Lagi
Berita terkini untuk kaki pancing apabila
dikhabarkan pihak Jabatan Perikanan akan
mewajibkan kaki pancing untuk mengambil
lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan
memancing bermula tahun 2015 nanti.
Jabatan Perikanan Malaysia telah
mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai
perkara ini dan difahamkan tujuan perlesenan
ini dilaksanakan adalah untuk mengawal
populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari
ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti
bot tunda di perairan cetek.

Bagi pemancing yang ditangkap tidak
mempunyai lesen akan dikompaun dan akan
akan didakwa di mahkamah jika terus
melanggar kesalahan tersebut.
Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini
telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka
akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat
kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis
Perundangan Negara.

Objektif utama Perlesenan sukan memancing
ini adalah satu usaha untuk menaik taraf
sukan reakrasi di lautan dan memastikan
populasi spesis ikan dapat dikawal.
Plan dan kajian selama 12 tahun oleh Jabatan
Perikanan ini akan diwartakan pada 2015
setelah mendapat kelulusan dari Lembaga
perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.
Kadar yang dicadangkan dalam perlaksanaan
perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan
setiap pemancing akan dibekalkan satu buku
log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan
tangkapan ikan di lautan.

Peratutan ini telah diwartakan oleh Jabatan
Perikanan telah diwartakan sejak 27
November 2014 dan akan dibentangkan pada
tahun 2015 untuk mendapat kelulusan
sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh
negara- Siakapkeli.com.my
Sunday, December 14, 2014
Thursday, December 11, 2014
PAS tetap bersama Pakatan Rakyat
MUHAMMAD FAIZAL | .
PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.
"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.
"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.
Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.
"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.
"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.
Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Kita boleh berbincang jika ada sebarang permasalah yang timbul di dalam Pakatan Rakyat, elak dari membuat kenyataan terbuka kerana pelbagai anggapan boleh dilemparkan," ulas beliau.
Turut hadir pada siri lawatan tersebut adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Nasaie Ismail dan Penolong Setiausaha Agung 2 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil. - HARAKAHDAILY 11/12/2014
Monday, December 8, 2014
Projek Terbengkalai Ker? Sapa Mau Pikul Tangungjawab?..Rakyat Jugek Ker..
Ini lah rumah contoh yg akan dibina dan telah dirasmikan MB DS Zamri pada tahun 2012 dan akan siap pada bulan jun 2014, inilah mainanan politik masa nak pru macam2 janji, bila dah menang pru habuk pun tak ada, tapak pun blm buat, semua bekas polis dan tentera diperbodohkan saja, insyaallah kalau umor panjang kita tengok pru yg akan dtg.....rakyat dilupakan kroni diutamakan.(petikan Dari FB)
Apa Kata Mereka di FB
Adun Bota
Pemilihan pemaju dan kotraktor perlu lebih hati hati.jika salah pilih ,banyak projek tak menjadi.akhirnya kerajaan yg kena bertanggungjawab.
Rakyat A
Perlu ambil peduli masalah ini..pemaju dan pihak berwajib perlu Table Talk.
Rakyat B
saya dah byk x call pej tanah, dia orang kata tanya koperasi bila call kop dia kata kerajaan negeri blm luluskan kwsn tgu dan lihat saja la...
Rakyat C
aiseyman...tunggu ajer yeop..pru14 nnti keluo ler balik citer.ni projek pilihanraya..hikhikkkk jgn mare arrr..
Rakyat D
Koje ape lebih dari sabo...rakyat B
Rakyat B
ini bukanye soal sabo ya..cuba kamu baca tarikh mula dibena bln 10 2012 tarikh siap bln 6 2014 sedangkan tapak pun x buat ape lagi tarikh siap dah lepas kan ke menipu namenye....
Rakyat E
Ce kome tengok alasan yg diberikan,memperbodohkan rakyat...
Rakyat F
Kpd pihak2 yg berkenaan perlu lakukan sesuatu. Jgn dah nk pilihanraya baru nk ambik tindakan. Klau terpaksa tangguh or ada mslh perlu inform pihak persatuan utk dihebahkn agar maklumat sampai. Nnti jd isu sperti hospital. Berharap projek rumah ini dpt disegerakn.
Rakyat Msinc Tbo ..hi..hi..
teman ingat waktu perasmian nye dulu..macam ye ye aje...tak sangka jadi macam nie..apasal yekk...tak cukop antor kut...
Rakyat Yang Marah dan Meto
.... isyyyyy....tak kancop kancop kena BORAKKKK.....bila ke nak insapnyeiiii?????.....sedo2 le komeii oiiiii.....udah2 tu di tenggin tenggin kan demeiiiii.....bukan nak menghasut tp pikio2 le sendiri sebaik-baiknyeiiii.....yg boleh merubah dgn izin Allah ialah kiteii....bukan demeiiii......sebab demeii tu kite yg pilih....sampai bila aci keneiii jeiiii......
Saturday, December 6, 2014
Friday, December 5, 2014
Wednesday, December 3, 2014
Sunday, November 30, 2014
Khazanah Persenjataan Anak Melayu Perak
Koleksi Encik Zazali Shaari Kg Paloh Telok Bakong Perak.HP 010 340 5185
Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi beliau.Setiap Golok atau Parang biasa adalah dalam lingkungan harga RM 200 hingga RM 400.Bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan bahan yang dipesan.Untuk keris berserta hulu boleh call dulu untuk bincang mengenai harga.

Golok Yang Mengunakan Kayu Yang Bermutu |
Hulu Golok Boleh Dipesan Mengikut Kehendak Pengguna |
Pisau Sembihan Haiwan |
Cantik dan Bermutu Tinggi |
Ulu keris yang berbagai dibuat dari gading dan kayuan |
Golok Perak |
Koleksi Peribadi..sedia untuk dijual |
Pisau Sembelihan |
Golok Untuk Kerja Kebun |
Saturday, November 29, 2014
Friday, November 28, 2014
Khazanah Perikanan Sungai Perak..Sungguh Lumayan Sekali
Ini Anak Temoleh |
Rohu Sungai Perak |
Siakap Sungai |
Tangkapan Sepagi..sungguh lumayan |
Patin Daa... |
Kembor Baung...sedap buat gulai Empoyak kome.. |
Udah Baye Budak Weh....Model..Irfan Mohd Noor |
Ikan Antu pun ye..Belontok Gajah pun ye..Ikan Ubi pun ye..mahai ikan ni |
Tongsan Roket....Tongsan Cap Keghrih Tak Ade.. |
Wednesday, November 26, 2014
Baru Terhegeh Hegeh Nak Pertahan Tanah Rezab Melayu..Baling Batu Sembunyi Tangan...
TANAH RIZAB MELAYU
Wanita Umno menggesa Kerajaan Negeri mematuhi dan memastikan semua tanah-tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan diganti WAJIB semula mengikut Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing bagi tujuan mengekalkan pegangan tanah-tanah rizab untuk orang Melayu.
Saya difahamkan, malangnya, bahawa ada beberapa negeri dimana Tanah
Rizab Melayu kian terhapus tanpa gantian wajib. Jika digantipun, tanah
gantiannya tidak setaraf terutama dari segi nilai komersialnya. Saya
ingin mencadangkan supaya pindaan undang-undang dibuat dengan memberi
kuasa kepada Peguam Negara bagi pihak kepentingan umum ‘public interest’
untuk membuat permohonan terhadap Kerajaan Persekutuan maupun Kerajaan
Negeri untuk ganti serupa Tanah-Tanah Rizab Melayu yang telah dilupus
tanpa diganti semula.
Saya juga menyarankan apa juga tindakan untuk menggantikan semula Tanah-Tanah Rizab Melayu dan menambah jumlah Tanah Rizab Melayu sebagaimana kadar ditetapkan dalam perundangan dapat dilakukan sesegera yang mungkin. Jangan lagi bertangguh-tangguh, memberi seribu satu alasan teknikal yang akhirnya kita nanti akan dipersoalkan oleh anak cucu kerana gagal mengurus kuasa dan mewariskan sebuah negara yang induknya berkepentingan Melayu. Jadikan sasaran untuk memenuhi kuota Tanah Rizab Melayu sebagai KPI Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional.
Saya selaku Ketua Wanita Umno Malaysia menghulur tangan tali persahabatan, tali silaturrahim kepada semua rakyat Malaysia berbilang kaum, tidak kira apa fahaman politik, maupun parti, tidak kira apa agama, maupun bangsa, marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita kecapi.
Marilah kita balik ke pangkal jalan untuk meluncur kehadapan dan
bersatu membina negara yang lebih berjaya dan lebih mulia di bawah
kepimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri
kita.
Tuesday, November 25, 2014
Monday, November 24, 2014
S'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN
Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.
Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.
Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.
"Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.
"Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun.
"Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin.
Sebelum mengumumkan peruntukkan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukkan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa.
"Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh.
Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukkan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor.
Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukkan itu telah dilakukan di Pulau Pinang.
"Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin
Ketika ditanya adakah peruntukkan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab:
"Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi.

Sunday, November 23, 2014
Apa Dah Jadi?..MB Pahang saman Utusan RM15 juta
MB Pahang saman Utusan RM15 juta
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung tulisan “Hebat Sangatkah Adnan?’ yang disiarkan pada 9 November lalu.
Utusan menerima surat 18 November daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta, lapor akbar Umno itu.
Utusan tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai saman tersebut memandangkan ia bakal menjadi kes mahkamah.
Perkara itu dinyatakan oleh Awang Selamat, yang dianggap sebagai suara Utusan, dalam kolumnya hari ini.
Awang Selamat sebelum ini, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.
Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.
Adnan kemudian dikatakan berang dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.-Mkini.

Saturday, November 22, 2014
K'jaan mansuh subsidi RON95, diesel mulai 1 Dis
Putrajaya akan memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel mulai 1 Disember.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan, mulai tarikh itu, penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Katanya, berikutan itu tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam.
Hasan berkata, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia.

Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Hasan Malek.
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.
Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.
Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.
Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.
Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.
Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.
Thursday, November 20, 2014
Binatang Apakah Ini..Apakah Hubung Kaitnya Dengan Ekonomi Malaysia
Tanda tanda ekonomi Malaysia adalah cenderung untuk menyokong Bangsa tertentu dan untuk membuktikan bahawa cengkaman Yahudi keatas ekonomi antarabangsa.Ini menjelaskan mengapa Dinar Emas Kelantan mendapat kecaman yang hebat dari pendokong pendokong Yahudi ini.Penubuhan Bank bank yang berjenamakan Islam hanyalah satu tempelan sahaja dan ianya bukan lah benar benar menjalankan sistem ekonomi Islam yang sebenar.
Berdasarkan simbol simbol yang wujud sejak dari merdeka lagi telah mencerminkan bahawa Sosio -ekonomi politik Malaysia sudah diresapi oleh pengaruh pengaruh Yahudi.Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengembangkan lagi.Permindahan kuasa British kepada tangan Melayu tidak bermakna ianya telah berhenti setakat disitu.British telah menyerahkan kuasa mereka kepada pihak pihak yang dapat menjamin kelangsungan ekonomi kapitalis yang sememangnya direkacipta oleh Yahudi untuk menguasai manusia "Goyin".Kepada Mereka mereka yang hendak mengetahui lebih lanjut mengenai strategi ini boleh lah membaca buku "Yahudi Antarabnagsa",karangan Henry Ford.
Monday, November 17, 2014
Nor Kama Homestay Penginapan Impian Anda.
Homestay Sri Aman Dan Seri Damai |
Ruangan Padang Dan Parking |
Nor Kama Homestay - Hajah Norsiah bt Mohd Noor 012-5759678 menawarkan penginapan sehari dengan harga berpatutan. Memberi kemudahan bermalam seisi keluarga dengan selesa seperti berada di rumah sendiri.Ruangan untuk parking kereta yang luas dan boleh juga digunakan untuk sebarang aktiviti keluarga.Seluruh bangunan homestay adalah didalam kawasan yang berpagar.Terletak ditepi Lebuh Raya Ipoh - Lumut.
Alamat: No 1 Jalan Aman
Kampung Changkat Cermin
32400 Ayer Tawar
Perak.
Sri Aman (Homestay 1) – RM160.00
2 Bilik tidur (Setiap bilik ada 1 katil kelamin, 1 katil bujang)
1 Bilik air
1 Ruang tamu
1 Ruang dapur
1 Penghawa dingin (bilik utama sahaja)
Kemudahan yang disediakan:
* Penghawa dingin (bilik utama)
* Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak dan rempah ratus. * Microwave
* Tv dan Astro
* Wifi percuma
* Peti sejuk
* Seterika
* Mesin basuh
* Tuala / sejadah / telekong disediakan/ Al-Quran
* Pemanas air elektrik
* Periuk nasi
* Pinggan mangkuk
* Kipas siling – Ruang tamu dan setiap bilik
* TOTO disediakan atas permintaan
Bilik Utama Sri Aman |
Bilik 2 Seri Aman |
2 Bilik tidur (Setiap bilik ada 1 katil kelamin, 1 katil bujang)
1 Bilik air
1 Ruang tamu
Kemudahan yang disediakan:
* 1 Penghawa dingin, 1 televisyen (bilik utama sahaja) serta mini karaoke
* 1 Pemanas air elektrik
* Kipas siling – Ruang tamu dan setiap bilik
* Seterika
* Tuala / sejadah / telekong disediakan/ Al Quran serta bahan bacaan Agama.
* Wifi percuma
* TOTO disediakan atas permintaan
Seri Makmur (Homestay 3)
3 Bilik tidur (1 bilik bergabung dengan dapur)
2 Bilik air
Kemudahan yang disediakan:
* 1 Penghawa dingin, 1 televisyen * 1 Pemanas air elektrik
* Kipas siling – Setiap bilik yang tiada aircond
* Seterika
* Tuala / sejadah / telekong disediakan * Wifi percuma
* TOTO disediakan atas permintaan
2 Bilik air
Kemudahan yang disediakan:
* 1 Penghawa dingin, 1 televisyen * 1 Pemanas air elektrik
* Kipas siling – Setiap bilik yang tiada aircond
* Seterika
* Tuala / sejadah / telekong disediakan * Wifi percuma
* TOTO disediakan atas permintaan
* Bangunan sendiri yang mempunyai laman dan parking
Untuk makluman Sri Makmur adalah didalam proses penambahbaikan untuk memberi keselesaan kepada para pelangan.Kami menjamin perkhidmatan yang baik dan cekap sepanjang tempoh penginapan anda.Seri Aman dan Seri Damai boleh digabungkan menjadi satu rumah diatas permintaan.Ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mempunyai keluarga besar.Berhampiran dengan Kama Homestay terdapat Restoran Hafiz, Kilang Roti Segar dan restoran-restoran baru lebih kurang 5 minit berjalan kaki.Sepanjang Lebuh Raya Ipoh -Lumut terdapat kedai makan dan restoran yang pastinya dapat memenuhi selera anda. Tempat-tempat lain:
- - 15 min ke Pekan Ayer Tawar/Bota Kanan.
- - 20 min ke Bandar Sri Iskandar
- - 45 min ke Teluk Batik/ Bandaraya Ipoh/Komplek Pelancongan Pasir Salak/Lumut.
Hubungi untuk menempah : Puan Hajah Norsiah Azmir (012-5759678).
TERHAD Untuk keluarga Muslim sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)