Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang menyeret nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pencerobohan di Lahad Datu.
Dalam berita pada halaman sembilan, akhbar itu memaparkan laporan sebuah laman blog bernama MPP Online yang memetik akhbar Inquirer News dari Filipina sebagai sumber dakwaan itu.
"Portal berita Filipina, Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.
"Inquirer News yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia," laporan di Utusan Malaysia itu dipetik.
Berita yang sama turut mendakwa Reuters memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang berkata penceroboh berkenaan hadir atas jemputan pembangkang.
Ia turut memetik portal berita The Manila Times yang dilaporkan mendakwa "pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak".
Satu lagi berita pula memetik presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang percaya pencerobohan itu dirancang secara rapi dan didalangi pihak tertentu.
Beliau bagaimana pun enggan menamakan dalang tersebut sebaliknya "tidak menolak kemungkinan pihak terbabit adalah mereka yang kecewa dalam politik dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai matlamat politiknya".MK
Msinc-Mengenai berita TV3 yang mengaitkan pencerobohan itu dengan Pakatan Rakyat,Korang kena tengok sendiri berita TV3.Dengor dengan teliti dan sila beri komen.Wa tak de masa nak menaip ada program naikkan bendera di Bandar Seri Iskandar..ampun maaf..hi..hi..

7 comments:
gamaknya thailand bergolak akibat anwar kot??perghhhh takot sampai ke taik umno nie kat anwar.eloklah dsai jadi PM sbb semua dia kenai.sultan sulu pon dia kenai.aku sokong dsai jadi pm.
Dah terdesak tuduh orang itu tuduh orang ini, langsung tak profesional. Selidik dulu ...
Wish & pray for DS to be next PM. Jgn smpi TV3suku, BeritaHaruan diharamkan nanti..
PM dah cakap . BN akan buat dengan apa cata pun untuk kekal memerintah.--Apa maknanya tu...
10 hb Anwar datang Padang Tenggala dan tazkirah di kg batu 16 Lambor kanan...mungkin ada penjelasan nya..umno terdesak guna apa cara...by hook or by crook untuk menangi PRU 13..jangan terpedaya
klu la roket,bulan, mata satu menang..yg akan ke putrajaya dah tentu la roket..bulan nganga..si mata satu..tambah juling laaa..kesiannya..
yang akan merosakkan manusia zi akhir zaman.. Dajjal..si mata satu..siapa yg ada lambang mata satu?..renung2kan lah...
Post a Comment