Thursday, July 16, 2009

'Pakatan kuasa' tertentu cuba halang pengumuman laporan PKFZ — Tee Keat

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat mendedahkan wujudnya “pakatan kuasa-kuasa tertentu” yang telah cuba menghalang beliau daripada mengumumkan laporan audit PricewaterhouseCoopers mengenai Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Kuasa-kuasa itu termasuklah orang-orang yang terbabit dengan projek tersebut, kuasa-kuasa bisnes politik yang berkaitan dengan orang-orang itu, dan pihak-pihak tertentu dalam parti pemerintah.

"Mereka antara lain mengugut untuk mengancam keselamatan diri saya, dan mengenakan tekanan dalaman… dengan tujuan untuk cuba menghalang saya mengumumkan kandungan laporan itu,“ kata beliau dalam temu ramah dengan Sin Chew Daily hari ini.

Menurut Ong, memang wujud beberapa kuasa yang berpakat yang “mengepung” beliau dari semua penjuru, dan ini termasuklah juga khabar angin yang disebarkan parti-parti pembangkang Cina selepas pengumuman laporan audit tersebut.

Malah, katanya, ada pihak yang menghantarkan mesej melalui perantara kongsi gelap untuk mengugut beliau bahawa "jika kamu hilang daripada dunia ini suatu hari nanti, kamu akan tahu kenapa ini berlaku.”

Ong menjelaskan, tujuan beliau melantik PWC menyiasat PKFZ amatlah mudah.

“Memandangkan bahawa projek itu merugikan sejumlah wang yang besar, saya tidak mahu jumlah hutang yang besar itu diwarisi oleh anak cucu kita," katanya.

Beliau mengaku bahawa kes PKFZ itu merupakan ‘racun’ yang menyebabkan kekalahan teruk BN dan MCA dalam pilihan raya umum ke-12 .

Tetapi oleh kerana kes itu tidak dapat dipadamkan daripada ingat rakyat hanya dengan langkah pengelakan isu, beliau memilih untuk menyiasat projek itu secara menyeluruh untuk mengembalikan kebenaran kepada rakyat.

Ong turut mendedahkan bahawa kes PKFZ itu menyebabkan kepentingan-kepentingan bisnes tertentu merasapi parti MCA dengan tujuan untuk menyingkirkan beliau dari parti dengan apa cara sekalipun.

“Kuasa-kuasa ini cuba membawakan satu nilai moral yang pelik: Bahawa pihak yang menyiasat sesuatu skandal itu jauh lebih jijik daripada pihak atau individu yang terbabit secara langsung dengan skandal berkenaan; dan mencipta ilusi yang indah dan tenteram adalah lebih penting daripada usaha mendapatkan kebenaran,” ujarnya.

1 comment:

mudz said...

Mangkuk nak jadi hero , alih fokus....SPRM buat bodoh....di Bodohland macam-macam manusia bodoh jadi hero..


Bodohland Boleh.

Linkwithin