Friday, April 10, 2009
Apakah ' PM ghaib ' yang merasuk Najib agar tidak memilih Khairy ?
kelulut@telokbakong.com
10.04.09
Perihal ajaib sudah berlaku didalam kepimpinan baru BN .Perdana menteri yang baru telah pun mengumumkan barisan kabinet yang baru.
Dalam pemilihan ' rombongan melayu umno bersatu ' sebelum ini . Calon yang hampir kalah mendapat kemenangan .
Sebaliknya pula ketika pemilihan menteri kabinet calon yang menang pula gagal mendapat tempat .
Bayangkanlah Naib ketua pemuda Umno Dato Razali berjaya mengalahkan bosnya sendiri. Memang ajaib .
Apakah ada tangan ' perdana menteri ghaib ' yang merasuk Najib agar tidak memilih Khairy ?
Jika pandangan Che Det ini ketika memberi alasan kenapa beliau enggan hadir keperhimpunan pada masa yang dijadualkan;
Berdalilkan tulisan Dr Mahathir di dalam blognya ini sudah tentu akan menimbulkan kesangsian .
" Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir
pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.
2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.
3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.
4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.
5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.
6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.
7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/kenapa-saya-tidak-hadir.html
Sebenarnya Najib bertindak atas kehendak Mahathir. Padah menanti Najib jika engkar kepada bekas perdana Menteri itu . Mahathir mempunyai sikap jangan ditentang cadangannya. Lihatlah apa yang berlaku kepada mereka yang pernah menentang sebelum ini.
Pak Lah dilanyak sepuas - puasnya hanya kerana pembebasan anwar , jambatan bengkok, dan sebagainya. Akhirnya Pak Lah dijatuhkan .
" Apa yang baik pada najib maka baiklah juga kepada saya " katanya selepas penyerahan borang keahlian umno .
Ucapan itu merujuk kepada beberapa persamaan tindakan yang pernah dilakukan beliau .
www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com
Penulis:
KELULUT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment