
Bekas
presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Hata Wahari
menyeru wartawan, editor dan pemilik media memboikot daripada membuat
liputan program kerajaan dan pemimpinnya sebagai reaksi kepada
penggantungan The Heat semalam.
"Saya
ingin menyoal semua wartawan di Malaysia ini, sampai bila kita hendak
membiarkan perkara ini berlaku dan adakah kita seperti selalu hanya
melihat dan melaporkan sahaja perkara ini berlaku.
"Mari kita bersama-sama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran di mana kita memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media-media atas talian, letakkan warna hitam dalam media atas talian, akhbar dan pelbagai lagi media.
"Mari kita berdemonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan kita terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Hata, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu menyifatkan penggantungan permit The Heat itu sebagai satu lagi sejarah hitam dalam dunia kewartawanan Malaysia.
Katanya, rekod kebebasan media yang teruk telah menyaksikan banyak akhbar mengalami masalah termasuk digantung permit kerana menyiarkan berita, rencana dan pelbagai lagi penulisan yang menegur kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.
Menurutnya lagi, walaupun itu merupakan tugas utama akhbar serta wartawan, insiden berkaitan tetap berlaku.
"Saya boleh memberi (cadangan) lagi tindakan-tindakan yang ekstrem tetapi saya percaya tidak ramai wartawan yang sanggup melakukannya, kerana saya percaya wartawan-wartawan di Malayia ini merupakan wartawan dunia ketiga yang tidak sanggup berkorban untuk memperjuangkan nilai-nilai kewartawanan dan kebebasan media," katanya.
Hata, wakil Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Malaysia turut berkata beliau telah menyerahkan laporan mengenai hal ini kepada badan pemantau kebebasan media yang berpangkalan di Paris itu.
Hata sebelum ini dipecat daripada Utusan ketika memegang jawatan presiden NUJ pada 2011 kerana lantang bersuara menentang majikannya.-MK
"Saya
ingin menyoal semua wartawan di Malaysia ini, sampai bila kita hendak
membiarkan perkara ini berlaku dan adakah kita seperti selalu hanya
melihat dan melaporkan sahaja perkara ini berlaku."Mari kita bersama-sama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran di mana kita memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media-media atas talian, letakkan warna hitam dalam media atas talian, akhbar dan pelbagai lagi media.
"Mari kita berdemonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan kita terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Hata, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu menyifatkan penggantungan permit The Heat itu sebagai satu lagi sejarah hitam dalam dunia kewartawanan Malaysia.
Katanya, rekod kebebasan media yang teruk telah menyaksikan banyak akhbar mengalami masalah termasuk digantung permit kerana menyiarkan berita, rencana dan pelbagai lagi penulisan yang menegur kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.
Menurutnya lagi, walaupun itu merupakan tugas utama akhbar serta wartawan, insiden berkaitan tetap berlaku."Saya boleh memberi (cadangan) lagi tindakan-tindakan yang ekstrem tetapi saya percaya tidak ramai wartawan yang sanggup melakukannya, kerana saya percaya wartawan-wartawan di Malayia ini merupakan wartawan dunia ketiga yang tidak sanggup berkorban untuk memperjuangkan nilai-nilai kewartawanan dan kebebasan media," katanya.
Hata, wakil Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Malaysia turut berkata beliau telah menyerahkan laporan mengenai hal ini kepada badan pemantau kebebasan media yang berpangkalan di Paris itu.
Hata sebelum ini dipecat daripada Utusan ketika memegang jawatan presiden NUJ pada 2011 kerana lantang bersuara menentang majikannya.-MK


Langkah
itu juga boleh menjimatkan perbelanjaan negara kerana jasa berkenaan
menunjukkan Rosmah lebih cekap dari menteri sedia ada, kata Kadir dalam
tulisannya di blog kadirjasin.blogspot.com.
“Berpandukan
maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan
Menteri Luar Negeri Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan
Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.
KUALA LUMPUR:
PAS Sarawak berharap pihak kerajaan jangan terburu-buru dalam
melaksanakan sesuatu peraturan baru, kerana ianya akan menyusahkan
kebanyakan rakyat. 


Najib
yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan
Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit
diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
KUALA LUMPUR:
Selepas mendakwa pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun)
hanya untuk ahli Umno sahaja, selepas ini mengaku sebagai apa pula?










Ketika dihubungi Malaysiakini
pagi ini, Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin mengesahkan
perkara itu berlaku, tetapi menegaskan bahawa ia telah diselesaikan
selepas dirujuk kepada badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan ibu
pejabat parti.
"Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS.
Menurut Khairy, beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara itu walaupun beliau bukanlah menteri KBS pada masa itu.
Abu
bakar tampil untuk menenangkan keadaan dengan berkata kontroversi
sekitar pusat pemprosesan nadir bumi itu "selamat seperti kilang kicap".


