Sunday, June 7, 2009

Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tolak idea Hadi, anggap "karut"


mSTAR
Ahad Jun 7, 2009


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

"Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan," kata beliau semalam.

Bercakap dalam ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Malawati, Nik Aziz berkata, beliau sendiri tidak faham bagaimana cadangan seumpama itu timbul sedangkan parti itu telah mengambil ketetapan untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dianggotainya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Kenyataan Nik Aziz itu ternyata bercanggah dengan pandangan Abdul Hadi yang terus menaruh keyakinan bahawa cadangan pembentukan kerajaan perpaduan akan tetap diterima satu hari nanti.

Selain itu Nik Aziz turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama Umno yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

"Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh," katanya.

Sambil menyifatkan Umno sebagai samseng politik, Menteri Besar Kelantan itu turut mengingatkan supaya Umno terus dimusuhi dan dibasmi.

"Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.

"Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu," katanya.

Keputusan Muktamar Pas 55 :Menang atau kalah jangan sampai prinsip tergadai

7 Jun
2009

kelulut@telokbakong.com
7.05.09
husam-nasa
Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 871 undi; diikuti ahli parlimen Kubang Krian, Salahuddin Ayub (824) dan ketua penerangan PAS yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar (636).

Ahli Jawatankuasa Kerja

1) Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato’ Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

Teka - teki siapa pemenang bagi calon - calon yang bertanding sudah berakhir. Kehangatan berkempen secara online amat terasa didalam pemilihan kali ini.

Nama - nama besar yang disebut - sebut bakal mencorak halatuju Pas pada masa hadapan benar - benar diambil serius oleh rakyat Malaysia .Lebih tepat lagi PRU 13.

Nama - nama besar seperti YB Nizar , YB Husam , YB Nasarudin yang benar - benar ditunggu - tunggu oleh pemerhati politik .

Persaingan hebat diantara Husam dan Nasarudin adalah ibarat pertandingan akhir bolasepak Piala Dunia . Manakan tidaknya ,akhbar utama milik Umno pun ‘ berminat ‘ dan ada pilihan mereka sendiri .

Nawaitu mereka jelas mahu mencari calon yang sesuai bagi sudut pandang mereka sekaligus memecah belahkan Pas itu sendiri .

Sesuatu yang menghairankan bagaimana perkara yang rahsia sulit yang tidak diketahui ahli Pas dapat ketangan Utusan Malaysia .Sebagai contoh jumlah peratusan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden telah bocor . Sedangkan pada masa yang sama Harakah pun tidak menyiarkannya .

Persoalan bagaimana Umno boleh mendapat maklumat sulit itu ? Apakah sudah ada pihak yang bermurah hati menyerahkan sumber tersebut ?

Seolahnya akhbar perdana telah memanipulasi isu pertemuan sulit yang lalu dengan begitu berkesan .Hingga calon pilihan Utusan menang dalam pertandingan tersebut .

Rasanya, biarlah perkara ini dijawab oleh mereka yang bertanggung jawab .Tetapi sesuatu yang perlu diingat Ahli Pas dan rakyat sedang memerhati gerak geri pimpinan .

Dan bagi yang menang terutama Ustaz Nasarudin ,rakyat menagih janji seperti yang telah dilafazkan bahwa Pas tidak akan menyertai Umno .

Jika janji dimungkiri ,jangan salahkan rakyat apabila Umno kembali berkuasa penuh kelak .

Tentang calon Naib Presiden seperti dijangka malah kemasukan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan harapan baru . Dengan penarikan diri Ir Nizar maka laluannya semakin luas .

Bagi rakyat Perak pula apabila Ir Nizar menarik diri seperti menolak tuah . Bagi penulis pun pada awalnya merasakan sedemikian juga.

Tetapi sewaktu pertemuan dengan salah seorang Blogger Perak di Kajang beliau telah memaklumkan bahawa Nizar tidak akan bertanding . Atas beberapa sebab antara masih junior dan bimbang akan jadi seperti Hasan Ali .( yang pernah menjadi N.Presiden tetapi tidak begitu berkesan ).

Berdasarkan undian paling tinggi yang diterima iaitu sebanyak (854) sebagai Ahli Jawatankuasa kerja jika bertanding Timbalan Presiden pun boleh menang .

Penulis yakin bahawa Nizar mahu menyusun gerakkerja peringkat negeri itu yang paling penting .Apanya guna hebat di Pusat ,sedangkan ada negeri yang tidak mampu ditembusi Pas .

Negeri Melaka,Johor ,Negeri Sembilan malah Perak pun sokongan terhadap Pas masih bergantung penuh kepada parti gabungan .

Sepatutnya kempen penambahan Ahli perlu terus konsisten . Cawangan - cawangan baru perlu ditubuhkan segera. Janganlah hanya ada pemimpin yang megah berada di Kawasan sedangkan cawangan lesu .

Kami sebagai anak Perak amat berharap Pas akan diterima oleh orang melayu secara tuntas barulah kita boleh mengantikan Umno .

PRU 13 perlu dijadikan medan terbaik untuk pimpinan bertandingan di Negeri mereka sendiri . Tidak perlu ‘mengelupur ‘mencari tempat selamat seperti di kelantan atau mana - mana yang dirasakan kubu Pas .

Misalnya YB Nasarudin boleh mencuba di Negeri Sembilan , YB Salahudin kembali ke Johor , Mat Sabu pulanglah ke Pulau Pinang .Maka barulah rakyat melihat pemimpin Pas memimpin masyarakat setempat .

Peluang sudah terbentang ,rakyat semakin terbuka .Maka janganlah pula pimpinan yang merasa sempit fikiran .Lantas hanya mencari jalan mudah .

Pengukuhan Pas akan berlaku jika pemimpin Pas boleh membawa pengaruh ke ceruk negeri agar tidak hanya gah didada akhbar.

Hentikan polemik dalam parti yang bakal merobohkan binaannya.Persoalan ulama atau profesional yang penting solehnya.

Benarlah kata hikmah ini , perkara yang batil jika dilakukan secara tersusun ia juga akan berhasil.Sebaliknya juga jika perkara yang hak sekalipun jika tidak ada perancangan yang rapi ia tetap akan gagal.

Pas perlu ada kekuatan sendiri , tidak boleh lagi hanya bergantung kepada isu - isu nasional yang melanda . Atau hanya mengharapkan Umno porak peranda barulah Pas muncul sebagai wira.

Kini tidak boleh dinafikan faktor Anwar . Apa akan terjadi jika beliau disumbat sekali lagi kedalam penjara ?

Pru 2004 menjadi saksi Pas terbenam dek kerana virus terlalu yakin .

Walau apa pun menang atau kalah jangan sampai prinsip tergadai .

www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

Saturday, June 6, 2009

Pertempuran di Manek Urai siapa yang akan terburai ?

kelulut@telokbakong.com

6.06.09



Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.

Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.

Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub daripada PAS pada 22 Mei lalu.

Sebagaimana yang dibayangkan oleh Perdana Menteri, UMNO/Barisan Nasional dijangka akan meletakkan calonnya, kerana kekosongan seperti ini dikatakan menepati kehendak perlembagaan jika dibandingkan dengan DUN Penanti?


Umno telah mendapat kembali kejantanannya . Setelah enggan bertanding di Penanti dengan alasan tidak mahu terjebak permainan politik Anwar .Itu kata mereka .

Bukit Gantang terpaksa dilewatkan tarikh pengundian kerana ' menghormati ' mesyuarat Agung Umno .Namun Umno tetap terlentang tewas di tangan Mr Nice Nizar Jamaluddin .

Kini giliran Pas bermesyuarat dan memilih pemimpin mereka. kerusi Dun Manek Urai pula menyusul .Ahli Pas pasti berkobar - kobar mahu menguburkan Umno .Kelantan adalah gelanggang Pas.Walau bagaimanapun jangan terlalu yakin .

Jika PRK Kuala Trengganu dan Bukit Gantang Umno diratah , kali ini Umno inshaallah akan terburai di Manek Urai .

Khabarnya kini pemimpin umno sudah mula turun padang .Mereka diarah agar hanya mendengar arahan seorang sahaja Jeneral .Agaknya sebelum ini ramai sangat jeneral hingga rebah dan tewas.

Mereka sudah mencari pisau pemotong getah dan bersama ' menyembah ' pokok getah tanda simpati kepada rakyat . Lucu memang lucu .

Pengundi di Manek Urai bukanlah sebodoh itu. Umno pasti bertungkus lumus mahu menjaga aib Presiden baru mereka .Kita percaya apa sahaja yang mereka lakukan sudah tidak berkesan lagi .

Jika sebelum ini Pak Lah dikataka mempunyai kepimpinan yang lemah akibatnya BN tewas.Kini Pak Lah sudah di medan 'perang' tapi nampaknya UBN tetap tidak mendapat sokongan rakyat .

Tentu Pak Lah berkata " hang kata , hang teraa... " .Menantunya pula telah di 'beku kan' beliau dikatakan juga antara punca Umno tewas.

Nampak kelemahan Umno terus terburai - burai .Kini meniti hari kehancuran UBN . Manek Urai akan menyaksikan bagaimana manik yang terurai dari benang . Begitulah nasib Umno selepas ini .

UBN akan terurai satu demi satu , rakyat memberi isyarat bahawa Umno - BN SUDAH TIDAK RELEVAN LAGI .

www.telokbakong.com

http://kamarulbiz.blogspot.com

www.telokbakong.blogspot.com

Thursday, June 4, 2009

IPD Ipoh Di Kawal Ketat

TERKINI 10:20: Semua diminta bersurai

Semua yang hadir diminta untuk bersurai setelah taklimat diberikan oleh Polis Glen sekitar 5 minit sahaja.

Bayangkan ianya betul-betul menyusahkan OKT yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Alasan polis siasatan belum diselesaikan lagi dan baru menerimanya kelmarin kebanyakanya tidak boleh diterima oleh OKT.

yg ni dari blog cina islam gua kat rumah dah ni hehehe


Sebentar tadi penulis ke IPD Ipoh ada urusan.Kelihatan ramai anggota polis mengawal pintu utama.Terdapat kehadiran pemimpin PR di situ dan beberapa OKT yang melaporkan diri akibat kes 7 Mei.

Lepas tu pergi ke kawasan Ibu Pejabat DAP Perak,nak pergi makan kat Restoran IDWA tak boleh masuk pasal satu restoran itu penuh dengan anggota polis tengah bersarapan.Berhampiran Wisma DAP tersebut terdapat satu lagi trak polis.Saja gatai mulut tanya polis kat situ apa yang berlaku,ada orang PKR datang tu aje sambil tersenyum.

Begitu keadaan yang tidak menyelesakan rakyat jelata sedang berlaku di Perak.

Tuesday, June 2, 2009

Akhil: "Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV"



Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Maizawati ketika hadir di Mahkamah Syariah Ipoh pagi tadi untuk menghadiri kes tuntutan cerai yang difailkan tempoh hari terhadap suaminya, penyanyi/pendakwah Akhil Hayy.(Foto The Star oleh Zabidi Tusin)
IPOH: Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.

Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.


Maizawati membawa anak-anaknya ke mahkamah pagi tadi
Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.


Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan
Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.


Kelibat pendakwah dan penyanyi Akhil Hayy sememang dinanti-nanti oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pagi tadi
"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."


Akhil Hayy tersenyum riang ketiak sampai di mahkamah pagi tadi
Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya.

"Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini," kata anak kepada pendakwah terkenal ini.
Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.

Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.

Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."


Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV
Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.

"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."

Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?

"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.

Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?

"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.

Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.

ADUN BN mohon maaf pada Husam

Jun 2, 09 12:54pm
ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas kepada naib presiden PAS itu pada 2007.

"Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta
memburukkan keperibadian beliau," kata Nozula dalam notis permohonan maaf itu yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.

Nozula dan seorang lagi ADUN BN Kelantan, Muhd Adhan Kechil (Bukit Bunga) telah membuat laporan tersebut terhadap Husam pada akhir November 2007.

Dalam satu kenyataan hari ini, peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam berkata, antara lain laporan mereka adalah mengenai:

bullet buttonLaporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri, Datuk Hussam Musa.

bullet button Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd

bullet button Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd.

bullet button Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

bullet button Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

bullet button Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.

bullet buttonPenyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

bullet buttonLaporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

bullet button Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Ahmad Shabrimi berkata, tindakan kedua-dua ADUN tersebut antaranya, telah meletakkan Husam dalam kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum dan kehinaan awam.

Berikutan katanya, Husam telah mengarahkam tindakan undang-undang diambil terhadap kedua-dua ADUN BN tersebut serta akhbar New Straits Times (M) Berhad.

"Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

"Dengan notis permohonan maaf ini, maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.

"Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami.

"Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain," kata Ahmad Shabrimi.

Linkwithin