Monday, May 4, 2009

Rentap Habis:Tebas Rapat Juara !!!

Pasukan Yang Bertanding Tebas Rapat(Kg Telok Bakong Tengah),Rembat Otai(Kg Paloh),Tajak Kedah (Padang Marhom)

Kejohanan Bolasepak Sungai Perak telah berjaya dijayakan dengan jayanya.3 pasukan mewakili 3 kampung di Telok bakong memakai nama yang agak pelik dan sukar untuk mengenali pemain yang mewakili pasukkan mana.

Maklumat yang di terima Kg Telok Bakong Tengah menjadi juara,Kg Paloh naib juara dan Kg Padang Marhom tempat ketiga.Hahaha sedap dengornye tempat ketiga,mun 3 pasukkan jer ada kira last corot ler tu.

Juara mendapat hadiah wang tunai RM 200 serta makan bihun.Naib juara RMnya tak pasti dan makan bihun.Pasukan Padang Marhom berjaya juga mendapatkan bihun yang lazat itu.

Mat Kulop Ayo Goal Keeper Yang Hebat

Ketika perlawanan pengadil import dari Lambor Saudara Budin(kalau tak salah ler namanya)telah bertindak tegas dan garang .Tindakkan penjaga gol mengangkat kain sedikit untuk tendangan percuma telah memberikan sepakan penalti.Namun kesilapannya itu berjaya di tebus dengan berjaya menyelamatkan tendang penalti yang di ambil oleh saudara Amri(Oli Harun) dari pasukan Padang Marhom.
Merambas Kaki We Zari Baki sebelum perlawanan klasiko.

Suasana amat meriah dengan kehadiran penyokong terutama isteri-isteri yang amat risau tahap kekuatan kain batik yang dipinjamkan kepada suami.Terdapat pemain gantian yang merayu-rayu nak masuk,mun udah seronok jenuh mujuk deme membuat pertukaran.Penuh bergaya

Wartawan Sinar Harian turut membuat liputan.Begitu berprestijnye Rentap Habis julung-julung kali ni kome.Kalau kome terror benor main bola pikior ler camna nak lepas mun semua udah nokam rope ni,semua bersemangat tinggi.Yang berkaca mata tu macam Edgar David..hahaha.

Penyokong fanatik yang setia walaupun sedikit gerimis menyulami arena.
Nostalgia lelame bagi kebanyakkan orang.tiang buluh lagi...
Sedutan visual perlawanan akan menyusul di TVTB...tunggu...

Semoga di masa hadapan terdapat penaja yang lebih ramai lagi...

Majulah Sukan Untuk Telok Bakong

3 comments:

TBO said...

salam

ha ha lepas nih kene letak hadiah yg lebih baik yor sambutan lebih hebat

BumiPerak said...

Lawaknye kome weh...
Kenape pakei kain main bola.. eh..eh... mengundang bahaya weh!

Telok Bakong said...

sukan rakyat bumiperak seronk2 jer..geratkan sillaturahim...

Linkwithin