Thursday, November 6, 2008

Kemenangan Obama cara Yahudi memujuk dunia



Obama telah menawan White House didalam pilihanraya Presiden AS yang ke 44.Leluhur beliau berasal dari Kenya di sebelah bapanya.Kini beliau dianggap individu paling popular .

Personalitinya yang menarik membuatkan rakyat Amerika terpukau disamping kepetahannya berpidato.Berbanding dengan lawan McCain yang agak berusia dan akibat dibayangi imej George Bush yang kaki perang membuatkan Parti Republikan itu
tersungkur.

Keputusan pilihanraya sudah muktamad, kini dunia menanti kesan daripada pemilihan rakyat Amerika .Apakah benar " CHANGE HAS BEEN COME" atau sekadar bertukar warna tetapi isinya masih sama ?. Ini sesuatu yang belum pasti .

Yang jelas Yahudi melalui pelobi - pelobinya adalah pemain 'catur ' dalam setiap langkah dan ucap penghuni nombor satu White House itu.Jika diperhatikan secara mendalam ini adalah satu helah para pelobi yang cuba mengalihkan perhatian dunia .Jika sebelum ini Amerika sudah puas melanyak mana - mana negara yang boleh menguntungkan mereka.

Kini polis dunia itu sudah tidak mampu lagi mempertahankan imej 'kepolisan' kerana natijahnya amat buruk dimata rakyatnya sendiri.

Kesan daripada krisis ekonomi dunia kini adalah adalah sebagai penyebab Obama dilobi sebagai Presiden AS sekaligus dianggap bakal merancang strategi baru untuk memulihkan Amerika Syarikat.

Dengan kebangkitan kuasa Asia yang diterajui China dan India negara Uncle Sam perlukan wajah baru .Sebelum ini AS adalah kaki perang yang dianggap pejuang keamanan disamping memburu rangkaian penganas adalah 'alasan Syaitan' demi kepentingan politik Yahudi .

Apakah Obama akan berjaya melahirkan Amerika baru ? kini hutang AS 700 bilion menjadi beban yang entah bila akan lunas.Ditambah kejatuhan Syarikat - Syarikat gergasi pengangguran akan meningkat . Perang entah bila akan tamat .

Bayangkanlah jika pelabur - pelabur Asia dan Negara -negara Teluk menarik balik wang mereka yang tersimpan di AS yang selama ini menjana ekonomi mereka ?.

Janji Obama mahu menarik balik tentera di Iraq dan Afghanistan akan ditagih oleh rakyat AS malah dunia pun menanti keputusan itu.

Apakah retorika,yang pasti Yahudi akan beri signal pada setiap tindakan Barack Hussein Obama .

Jika dahulu tunggangan Yahudi adalah " kuda putih " kini apakah dunia akan melihat " kuda hitam " yang akan terus dipacu untuk melanyak dunia khasnya umat Islam.

Mungkinkah Obama akan diperalatkan ? setelah telaga minyak di Teluk dikuasai oleh taukeh - taukeh minyak Amerika .


Kini mungkin sasaran mereka adalah Benua Afrika bermodalkan Obama yang berleluhurkan Kenya .Sikap diplomasi dan senyuman Obama akan menyedut kekayaan Afrika secara terhormat yang selama ini terpendam didalam perut bumi negara - negara miskin itu.

Adalah diyakini bahawa ini semua adalah perancangan Zionis - Freemason dunia mereka tidak merancang untuk setahun atau dua tahun.Tetapi perancangan ini untuk abad 21 dan seterusnya.


Kelihatan keputusan pilihanraya Presiden kali ini Barack Hussein Obama menang bergaya hasil dari kempen yang besar belanjanya antara yang paling mahal.

Ini membuktikan kesungguhan para pelobi yang benar - benar membawa Obama ke White House .


Obama sudah meratah McChicken (McCain ), Apakah Obama juga akan meratah umat Islam ?


kelulut@telokbakong.com

www.telokbakong.com

KTB:
Kita patut menilai Obama dari tindakkannya selepas ini.Jangan terlalu cepat bergembira dan menjangkakan sesuatu yang indah.Pelbagai kemungkinan bakal berlaku.Tiada apa yang patut diraikan dengan kemenangan Obama.

Kerajaan Perak anjur Solat Hajat Perdana pada 9 Nov

Thu | Nov 06, 08 | 8:01:32 am MYT
IPOH, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa mendedahkan masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Perak yang tidak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri walaupun kini sudah lapan bulan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi ianya sedikit sebanyak boleh merencat hubungan antara pegawai kerajaan jabatan kerajaan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

"Menyedari hakikat ini Pemuda Perak mengambil langkah unuk menyelamatkan Kerajaan Negeri dengan mengadakan solat hajat perdana khusus untuk memohon pertolongan dari Allah agar terbuka hati pegawai pegawai kerajaan tersebut untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,"katanya dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily di sini semalam.

"Solat hajat perdana itu akan dilangsungkan pada 9 November ini di Mini Stadium Manjoi, ianya dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan selepas solat isya' kita adakan solat hajat perdana dan diakhir dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh pimpnan PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang dan Menteri Besar Perak,"jelasnya.

Serentak dengan itu juga akan dilancarkan Tabung Pembinaan Kompleks PAS Perak bagi mencari dana untuk membina sebuah kompleks PAS Perak yang lengkap seperti mana Kompleks Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK).

"Sudah sampai masanya kompleks seumpama itu diwujudkan di negeri ini, kerana itu Pemuda Perak mengambil inisiatif melancarkan tabung pembinaan KOmpleks PAS Perak," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli PAS hadir di majlis solat hajat perdana serentak dengan pelancaran tabung pembinaan Kompleks PAS Negeri Perak

Monday, November 3, 2008

Kakitangan Awam ikrar bersama Kerajaan Negeri Perak



Dari kanan, Ir Amir Hussain, Timbalan Pengarah JKR Perak. Dato’ Jamalludin Al Amini, Pegawai Kewangan Negeri Perak. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam. dan Ir. Dr. Safry Kamal, Pengarah JKR Negeri Perak.


Jumaat 24 Okt 2008 Ipoh. Majlis pertemuan meraikan pemimpin Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan warga-kerja JKR Perak dan Jamuan Hari Raya JKR Perak telah diadakan.

Tetamu penting kerajaan Negeri yang hadir ialah, Dato’ Ngeh Koo Ham, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam. (Ahli Parlimen Beruas dan juga ADUN Setiawan), Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Jamalludin Al Amini, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Pengarah JKR Negeri Perak, Ir. Dr. Safry Kamal, Timbalan Pengarah, Ir Amir Hussain.

Peralihan baru kepimpinan Kerajaan Negeri Perak kepada Pakatan Rakyat pada PRU ke-12 adalah petunjuk dari suara rakyat yang mahukan perubahan. Maka setiap usaha dibuat, bakal melangkah perubahan kepada budaya kerja dan corak kehidupan.

Peneraju kerajaan Negeri Perak, Ir Nizar dari PAS membawa pendekatan ‘Islam untuk Semua’ berkeyakinan Islam membawa kebaikan dan keadilan semua bangsa dan ugama seperti tazkirah MB Ir Nizar kepada warga-kerja JKR sebelum ini. Perlaksanaan nilai hidup Islam yang positif telah diterima semua pihak dari kalangan penyokong kerajaan yang pelbagai bangsa dan ugama.

Merealisasikan agenda perubahan kerajaan Pakatan Rakyat kepada Organisasi dan Jabatan Kerajaan bukan semata-mata terletak kepada perubahan sistem, peraturan dan undang-undang bagi peningkatan kualiti dan mencegah salahlaku. Kakitangan Awam yang didominasi dari kalangan bangsa Melayu Islam perlu kepada perubahan jatidiri dan pemuafakatan berasaskan Islam.

Kepimpinan Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengariskan 5 Prinsip kepada perlaksanaan arahtuju kerajaan iaitu:-
1. Adil, 2. Amanah 3. Telus 4. Berwibawa 5. Berkebajikan

Ir. Dr. Safry Kamal, Pengarah JKR Negeri Perak, mengucapkan selamat datang kepada tetamu yang hadir dan beliau menyeru kakitangan di bawahnya dapat bekerjasama secara profesional, bekerja dalam satu pasukan dan dalam semangat kekeluargaan. Imej JKR lebih ditingkat di mata masyarakat dengan bekerja dengan penuh tanggung-jawap, jujur dan amanah.

Berintergriti dan buang sikap yang negatif seperti membuang masa dan bersangka-buruk yang boleh timbul salah faham dan perbalahan.

Jadikan Jabatan Kerja Raya mencapai ‘legacy’ terunggul dengan warga Kerja yang proaktif dan inovatif. Hasil Kerja yang berkualiti, mesra pelangan kemudahan kepada masyarakat berurusan.
Beliau mengakhiri dengan ungkapan, ‘BERSATU kita TEGUH, BERCERAI kita ROBOH’.

Tuan Hj. Zam selaku wakil pekerja dalam Majlis Bersama Jabatan berikrar mengujud kesefahaman dan mengujudkan suasana persekitaran kerja yang sihat. Berikrar untuk bekerja dengan penuh tanggung-jawap, jujur dan amanah.

Membentuk personaliti takwa dengan program yang diatur seperti perdengarkan bacaan doa pada setiap pagi sebelum mulakan tugas. Mengadakan bacaan surah Yassin dan kuliah pengajiaan dari masa ke semasa. Mengadakan program kebajikan kepada kalangan wargakerja miskin dan merapatkan mengeratkan hubungan terutama dari luar daerah.

Sebagai permulaannya 12 kakitangan miskin dan mempunyai tanggungan besar menerima RM220.00 hasil dari kutipan derma dari semua kakitangan.

Oleh Bumi Perak

Saturday, November 1, 2008

ADAKAH PAS BERSEDIA UNTUK PAS FOR ALL?



Assalamualaikum,


Seorang kenalan saya semasa di USA, Muhammad Ali namanya, mubaligh kulit hitam yang menyebarkan Islam di kalangan banduan di penjara penjara USA, pernah bertugas sebagai tentera US semasa perang Korea. Dia memberi tahu semasa bertugas, tentera kulit hitam disuruh berada dibaris hadapan , tentera kulit putih dibaris belakang, kerana takut sikulit hitam menembak sikulit putih. Juga 20 tahun yang lalu, tiada quaterback kulit hitam dalam American football, tiada coach kulit hitam dalam basketball, tetapi hari ini mungkin mereka akan punyai presiden berkulit hitam. Begitulah perubahan persepsi manusia.


Apabila PAS mencanangkan slogan PAS FOR ALL dalam pilihanraya yang lepas, kelihatan seolah satu keterbukaan dalam PAS telah ada untuk sedia menerima pelbagai isu dan kerenah serta kehendak masyarakat Malaysia. Mungkin slogan ini telah memberi undi bukan Melayu kepada PAS.

Tetapi masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu telah ada beberapa permintaan yang mereka hendak kemukakan, bukan sahaja kepada UMNO dan PAS, tetapi kepada orang Melayu dan Islam keseluruhannya. Di sinilah cabaran PAS FOR ALL bermula.

Cara pemerintahan yang dilakukan oleh UMNO dan BN dilihat sebagai mengungkung, diskriminasi dan represif. Mereka mahu dibebaskan daripada ketidak adilan tersebut. Mereka mahu kuota 30% bumiputra dalam syarikat dan pemilikan harta dihapuskan. Apakah pendirian PAS di sini? Setuju? Atau tidak setuju!



Mereka mahu pengerusi PKNS dikekalkan dengan orang bukan Melayu menerajuinya. Setuju?Atau tidak Setuju? Kalau sekiranya jawatan Naib Cancelor IPTA diminta diperuntukkan kepada bukan Melayu, apakah pendirian PAS? UITM dibuka kepada semua bangsa, tidak kiralah berapa peratusnya.

Apakah pendirian PAS dalam hal konsert dan hiburan. Beri laluan atau tidak? Sebab pada kebanyakan non Muslim, konsert yang pernah diadakah berkeadaan sopan, sedang show yang dibuat oleh artis Melayu Islam ada yang membuka baju!

Dalam hal yang lebih berat lagi, seperti memeluk Islam. Mereka beranggapan kalau sudah masuk Islam, maka, kalau sudah tidak mau Islam lagi, boleh tukar ke agama lain. Sudah ada pun satu kes di mana mahkamah syariah membenarkan seorang yang dulunya memeluk Islam kembali ke agama asal.

Mereka juga mahu orang Islam dibenarkan tukar ugama ke ugama lain. Kita sebut murtad, tetapi pada mereka tukar agama aje. Telah ada pun kes kes yang sedemikian. Dihujahkah kalau orang bukan Islam dibenar menukar ugama kepada ugama Islam, kenapa pula orang Islam tidak dibenarkan tukar ugama ke agama lain? Adakah PAS sudah bersedia dengan persoalan ini?

Ada juga isu urusan rumah tangga yang terbit ekoran daripada masuk Islam, seperti perwarisan harta, penjagaan anak, tuntutan jenazah, hal kad pengenalan dan lain lain lagi. Kesemuanya ini membawa persoalan yang rumit yang perlu ditangani dengan cermat. Sekiranya ditangani cara Zulkifli Nordin ia tidak akan membantu, tetapi akan merugikan pula. Adakah PAS telah sedia dengan permasalahan yang timbul ini?

Bagaimana pula dengan konsep keadilan? Kedah pernah mengumumkan untuk mensyaratkan pemilikan rumah kos rendah dipunyai oleh orang Melayu sebanyak 50%, sedangkan kalau keadilan yang diperjuangkan, maka kriterianya ialah miskin, bukan bangsa. Benarkah membalak kayu secara heliharvesting itu seperti mencabut uban dikepala?

Bagaimana dengan isu penggunaan bahasa pada papan tanda jalan yang heboh diperkatakan oleh UMNO? Bagaimana dengan ketuanan Melayu? Bagaimana dengan peruntukan peruntukan dalam perlembagaan yang sering digembarkan oleh UMNO sebagai dicabar, adakah PAS menerima atau menolak apa yang digembar dan digemburkan?

Apabila PAS mencanangkan PAS FOR ALL maka sepatutnya PAS bersedia untuk mengketengahkan fiqh baru yang mengambil kira dan menjangka perkembangan perkembangan terkini dalam masyarakat. Apabila fiqh tersebut dihasilkan, maka ia menjadi pegangan yang sentiasa bersifat terkini dan terkehadapan.

Itu yang tidak diwujudkan seiring dengan slogan PAS FOR ALL

- http://hamirdin.blogspot.com

PAS please take charge !




Oleh : kelulut@telokbakong.com

31.10.2008

Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) yang diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan atau YIK akan menubuhkan kelab bahasa Cina pada tahun hadapan dan akan membenarkan lebih ramai pelajar menguasainya bagi meluaskan lagi pemikiran mereka.

Menurut laporan Oriental Daily News kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan pendidikan, dan Dakwah Islam kelantan Nik Amar Nik Abdullah berkata pada awalnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadang agar dimasukkan sebagai salah satu subjek pendidikan namun YIK telah menangguhkan kerana mereka telah sedia ada 20 matapelajaran .

"Jika kami memperkenalkan subjek yang lain, pelajar akan terbeban " kata beliau.

Bagaimanapun , bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari bahasa Cina, YIK akan menubuhkan Kelab Bahasa Cina di sekolah terbabit bermula tahun hadapan .

Langkah ini pada hemat penulis adalah sangat wajar memandangkan kepentingan menguasai bahasa Cina kini. Ditambah pula keadaan taburan rakyat Malaysia yang mana Kaum Cina telah jauh kehadapan didalam pelbagai bidang utama dinegara kita ini .




Dengan lahirnya para pelajar yang mahir menguasai ilmu akedemik , agama dan
disamping berkemahiran berbahasa Arab, Inggeris , Cina sudah pasti peluang untuk perkembangan minda sekaligus lanskap dakwah Malaysia akan tercorak dengan warna - warni yang lebih memukau manusia terhadap Islam .


Sekian lama rakyat Malaysia terutama kepada yang bukan Melayu tidak dapat gambaran sebenar Islam lantaran watak - watak Islam yang di bawakan oleh pendokongnya berbeza daripada petunjuk Illahi.

Adalah diyakini bahawa idea TG Nik Abdul Aziz tersebut bukan sekadar berkisar diatas dasar kepentingan populis semata malah yang terpaling penting adalah dakwah Islami yang bersifat holistik yang selama ini terbatas dek kepentingan bangsa dan bahasa dan agama masing - masing .

Inilah antara bentuk reform yang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh pimpinan Parti Islam sebagai Khalifah diantara partai - partai yang lain. Supaya kita dilihat sebagai reformis didalam agama .Kita bukan mahu meminda apa sahaja tetapi membetulkan apa yang tidak lurus daripada agama .

Parti Islam wajib mendahului pelbagai aspek ekonomi, pendidikan, hiburan agar kita tidak dilihat sebagai kaki komplen tetapi gersang dari sudut idea apatah lagi contoh yang sangat didambakan oleh umat .

Ekonomi

Sudut ekonomi misalnya Parti Islam Semalaysia masih tidak jelas dimata rakyat. Sepatutnya negeri - negeri yang telah kita kuasai terutama kelantan sudah ada trademark yang tersendiri.Kita jadikan kelantan sebagai ' lembah hub halal ' wujudkan sektor pertanian penternakan , pertanian sayuran, paling tidak pun pusat ternakan ayam terbesar ( sebagai contoh ) yang dijamin kehalalannya.

Cabaran ekonomi dialam internet juga adalah cabaran bagi kita semua . Ramai
kalangan agamawan apatah lagi rakyat teramai yang terjebak skim cepat kaya ( yang tidak Islamik ) Ulama - ulama kita pun agak lambat untuk memutuskan hukum maka terkadang kita agak terlewat untuk menasihat dan merawat .

Terbukti orang Melayu kelantan adalah paling ramai menduduki carta golongan profesional malah perniagaan kecil dan sederhana merekalah juara diantara kita.

Hinggakan di Pekan Bota Kanan itu pun adalah orang Kelantan peniaga Emas ( keluarga sebelah mertua penulis, bukan ujub sekadar menguatkan keyakinan ).

Hubungan

Hubungan Parti Islam Semalaysia dengan non muslim agak kurang nampak hikmahnya dalam kes - kes besar yang melibatkan agama kita kelihatan agak emosi.

Sebagai contoh baru - baru ini kes bertengkaran dengan Bar Council hingga membawa
kepada pertikaman lidah. Sepatutnya apabila kita sampai bersemuka tidak perlu
menjerit - jerit .Beritahu kepada mereka bahawa pihak kita mahu turut serta dan
hujah secara baik bukan agama menganjurkan kita berhujah secara fakta dan angka ?

Penulis bukan anti demontrasi malah pernah terlibat dalam beberapa demontrasi
sebelum ini . Cuma saya bukan orang besar parti maka gambar tidak banyak dirakamkan.

Kita bimbang media sengaja menayangkan berkali - kali adegan yang kita tidak sedar itu sebenar adalah provokasi oleh pihak - pihak tertentu .Lihatlah pada hari
tersebut pihak polis seperti membiarkan hingga pendemontrator masuk kedalam premisbangunan hingga wujud ketegangan.


Sebenarnya antara kelemahan kita ada kekurangan perundingan / pendakwah yang mahir berkomunikasi dengan pelbagai golongan terutama yang melibatkan para non muslim mahu pun para muslim yang sudah' westernized minded '.

Golongan ini sebenarnya terlalu kritis terkadang terdapat kritikan yang melampau
terhadap Islam.Tapi itu bukanlah alasan untuk kita hanya mengomel tanpa bertindak .Sepatutnya Parti Islam SeMalaysia sudah siap siaga untuk menghadap sebarang hujah daripada golongan yang jahil ini mahupun puak yang sengaja menjahilkan diri tersebut.

Penulis kagum dengan pendekatan yang dilakukan oleh pimpinan Parti yang sanggup masuk kedalam Pusat Ibadat non muslim dengan fasih menerangkan apakah itu Islam yang sebenar dan kenapa Parti Islam perlu dipilih sebagai wadah untuk rakyat Malaysia .

Kita perlukan para ustaz dan pendakwah yang berotak faqih dan dalam masa yang sama berjiwa daie .Bukan sekadar bergelar agamawan maka orang lain dipandang kurang manfaat .

Maka usaha mempelbagaikan bahasa para pelajar pada peringkat awal mereka akan terutama di SAR adalah suatu langkah terpuji dan bervisi daei.

Berebut mayat

Setiap kali ada kematian mualaf yang bermasalah dengan taraf agamanya maka tarik menarik kedua - dua belah pihak sering terjadi. Alhamdullilah ada juga umat Islam yang prihatin sanggup berjuang demi jenazah saudaranya.

Jika tidak dek kerana kematian, murtad pula menjadi cabaran hebat bagi umat kini.

Soalnya kenapa kita tidak ambil peduli apabila mendengar tentang keIslaman seseorang anak Adam.Dimana pusat perlindungan mereka, dimana kebajikan mereka , apakah jaminan keselamatan mereka , manakah silibus khas bagi mereka untuk mendalami Islam ?

Pas mesti wujudkan pusat khidmat mualaf 24 jam jika benar - benar mahu membantu bukan sekadar berjuang setelah berlaku masalah yang sukar di selesaikan barulah kita nampak bagaikan wira tapi sayang semuanya sudah terlambat .

(peringkat awal Tim. Presiden PAS dipilih penulis pernah cadangkan kepada beliau ).


Hiburan

Ini satu lagi usaha yang perlu segera dilakukan reform Parti Islam sering berdepan masalah ini .Tetapi dalam masa yang sama kita masih belum lagi berjaya membawa alternatif bagi muda mudi umumnya dinegara kita ini.

Mungkin budaya menghukum begitu menebal didalam diri kita , tidak disangkal setiap perlakuan buruk yang lari dari konsep Islam mesti ditentang. Apakah kita hanya bicara hukum tentang alatan muzik bertali atau bertiup ?

Rakyat diluar sana mahu melihat perubahan , contoh yang dapat mengantikan hiburan ada berada dipasaran kini .


Persoalan besarnya sekarang apakah kita sudah sedia untuk menggalas tanggungjawab ini ?


www.telokbakong.com

Linkwithin