Thursday, August 7, 2008

Dr Osman tetap dengan laporannya


Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

saiful bukhari pusrawi hospitalDr Mohamed Osman yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur, sebelum membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman. Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada pihak media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara sebut.

Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad Osman tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Saiful.

Saturday, August 2, 2008

PKR Tambun Mesra Rakyat

Selori Doyannya Yop!!!

Bertempat di sebuah Dewan Cina Chemor telah diadakan majlis mesra bersama masyarakat setempat anjuran Pakatan Rakyat Tambun.Pelbagai lapisan masyarakat turut serta dalam jamuan doyan(durian) yang sungguh meriah.Terjalin kemesraan hadirin yang hadir.

Orang kuat PKR Tambun Saudara Shamsul telah bekerjasama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menjayakan program seperti ini.Diharap banyak program khidmat masyarakat di lakukan dari masa ke semasa.

Anwar Ibrahim Di Selekoh Bagan Datoh:Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat


Jam Kome..rase nak tanggai lutut...

Lautan manusia di Padang Selekoh malam tadi memberi gambaran tsunami politik pasca PRU 12 masih berterusan.Kira 15 Ribu hadirin dari pelusuk negeri Perak dan Utara Selangor berpusu-pusu hadir untuk mendengar penjelasan dari tuan punya badan sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu-isu yang hangat melingkari beliau dewasa ini.

Isu utama mengenai Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi.Beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.TG Haji Hadi Awang akan mengarah semua jentera parti PAS akan bertungkus lumus di samping KM Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama tentera DAP akan mengempur habis-habisan Umno yang semakin gemuruh menanti detik kekalahan mereka.

Isu liwat tidak juga ketinggalan mewarnai ceramah beliau malam tadi.Hadirin menyambut dengan penuh semangat dan memahami akan mainan media pro BN selama ini.Kemasukan beberapa pemimpin Umno tempatan ke PKR menyemarakkan semangat penyokong Pakatan Rakyat.Umno Bagan Datoh menerima tamparan hebat malam tadi.Terdapat tindakkan sabotaj memotong wayar pembesar suara namun dapat di kawal oleh penganjur.Selesai ucapan , DSAI di bawa ke dewan makan untuk menjamu selera,nasi doyan gamaknya:).

Terpancar kepuasan di raut wajah hadirin tanpa mengira bangsa.Situasi ini di harapkan berterusan sehingga tumbangnya Umno di bawah Zahid Hamidi di Bagan Datoh.Buat warga Bagan Datoh dan Perak amnya,tahniah berjaya menganjurkan ceramah semalam dan terus berusaha menarik ahli-ahli Umno yang juga saudara mara kita agar tidak di sesatkan lagi oleh pemimpin durjana mereka.Reformasi dari Telok Bakong Online!!!

Linkwithin